TERKINI :

Monday, January 21, 2013

Projek ic : Walaupun jasamu banyak tapi tindakan undang-undang wajib diambil keatas TUN..

Projek IC: Pengakuan Tun serius, AG perlu tindak

Muhammad Faizal, 21 Jan 2013

KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pihak Peguam Negara (AG) berhubung pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan sepatutnya AG mengambil tindakan segera atas pengakuan tersebut termasuk menyiasat sama ada ianya dibuat mengikut undang-undang atau sebaliknya.

"Walaupun pengakuan telah dilakukan tetapi sehingga sekarang kita tidak melihat ada sebarang tindakan diambil oleh pihak Peguam Negara terhadap Maharhir.

"Adakah kerana negara ini di perintah oleh Barisan Nasional (BN) sehinggakan tiada tindakan boleh diambil," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Dr Siti Mariah juga turut memberitahu segala apa yang telah didedahkan oleh Pakatan Rakyat selama ini berhubung dengan pengundi yang meragukan atau pengundi hantu adalah berkemungkinan benar.

Hina sangat ka rakyat Kelantan mai dok janji benda yang dah janji...!

7 janji: Najib hina rakyat Kelantan

Rizal Tahir, 21 Jan 2013

KOTA BHARU: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan tawaran tujuh projek pembangunan jika BN menang di Kelantan sebagai suatu penghinaan pada rakyat di negeri itu.

Menurutnya, meletakkan syarat kemenangan BN Kelantan dalam PRU 13 untuk melaksanakan tujuh projek mega Kerajaan Persekutuan amat tidak wajar kerana hak wajib yang patut mereka perolehi melebihi tujuh projek pembangunan.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata demikian dalam sesi wawancara dengan Harakah dan Harakahdaily di pejabatnya petang ini.

Menurutnya, Kelantan sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tanggungjawab Persekutuan menyediakan kemudahan sebagaimana negeri-negeri lain.

“Kemenangan tidak seharusnya dijadikan syarat sekiranya Kerajaan Persekutuan jujur dan menghormati rakyat Kelantan kerana apa yang dijanjikan adalah hak rakyat Kelantan dalam negeri berdaulat di Malaysia.

“Tujuh projek mega yang dijanjikan juga sebagai pengulangan kepada janji terdahulu sebelum PRU 12. Jika royalty Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak RM12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yang dijanjikan,”ujarnya.

[GEMPAR] #LISTEN - Selepas otak mahasiswa cuba di brainwash.... kini terdedah budak ting. 6 pun depa brainwash juga..!!!



Aduhai kesian laa tengok UMNO BN dok pulun berpolitik sekarang nie... sebelum nie isu #LISTEN nak mengembirikan mahasiswa dalam isu politik... kini siap budak tingkatan 6 pun dah pulon dok bagi ceramahnya... BTN ohh BTN.... modal lama dah cara hangpa tuuu..

Ceramah kat adik-adik je kee..lepas tu tajuk ANWAR PENGKHIANAT NEGARA....awat tak buat kat padang lepas tu panggil dengan cara tempek poster merata tempat....nie panggil budak ting.6 ceramah dan pesan suruh balik habaq kat mak bapak.... budak2 tu main gelak macam tuu jaaa.. siap ada yang TAKBIR lagi tuuu....kesian laa gua tengok UMNO berpolitik nie.....

Asyik kalah SAMAN sahaja UTUSAN nie jadi boleh panggil UTUSAN PEMBOHONG dah kot..!!!

Saman Fitnah Anwar Terhadap Utusan: Kemenangan Untuk Keadilan

dok kalah SAMAN memanjang..jual pun tak laku..last sampai kena bagi FREE..
 Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada hari ini yang mendapati bahawa Utusan Melayu (M) Bhd serta ketua editornya, Abdul Aziz Ishak bertanggungjawab terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kemenangan ini bukan sahaja kepada Anwar tetapi untuk badan kehakiman itu sendiri. Keputusan ini merupakan isyarat yang jelas dan nyata bahawa kewartawanan yang kotor tidak akan diberi toleransi oleh mahkamah.

Hari ini merupakan hari yang menentukan kebebasan badan kehakiman. Hakim perlu mempunyai pegangan yang berani dalam membuat penghakiman tanpa perlu mengambil peduli tekanan yang diterima. Oleh itu, saya salut kepada Hakim VT Singham untuk tindakan tegas dan keputusan yang tepat ini.

Pada pendapat peribadi saya dan saya percaya bahawa rakyat seluruhnya, tidak timbul sebarang keraguan mengenai artikel-artikel yang disiarkan oleh media alat Umno pada 17 Januari tahun lepas itu merupakan satu fitnah yang telah dirancang untuk merosakkan reputasi Anwar serta mendedahkan beliau kepada cemuhan dan penghinaan awam. Seperti yang dinyatakan Anwar didalam mahkamah, pemilikan Umno keatas Utusan Malaysia dan penerimaan arahan mereka daripada presiden parti itu bukan lagi rahsia.

Insya'Allah kurang dari 100 hari lagi ROYALTY akan kembali kepada KELANTAN...!!!

Mendapatkan royalti minyak melalui pilihanraya lagi cepat hasilnya


Siang tadi PM Najib berada di Kota Baru untuk menabur janji lagi. Ada tujuh yang dijanjikan beliau kepada orang Kelantan. Di antaranya ialah membina lebuhraya Kota Baru Ke Kuala Kerai dan membina 3000 unit rumah mampu milik untuk rakyat Kelantan jika BN berjaya merampas negeri itu dari PAS (PR) dalam pilihanraya kali ini. Selain dari itu ialah untuk membekalkan air bersih, membina UiTM dengan kapasiti pelajar seramai 5000 dan memperbaiki keadaan sistem pengangkutan awam dan berbagai-bagai lagi janji yang telah kita dengar setiap kali pilihanraya tiba.

Janji yang paling seronok kita mendengarnya ialah masalah royalti minyak dan Najib telah berjanji penubuhan jawatankuasa tentang isu ini. Isu tuntutan royalti minyak sememangnya menjadi isu yang terhangat kerana kegagalan serta keengganan Petronas membayar royalti minyak seperti yang termaktub dalam perjanjian pada bulan Mei 1975 yang lalu. Berbillion ringgit wang royalti yang sepatutnya di terima oleh rakyat Kelantan melalui kerajaan pilihan mereka masih belum di bayar dan wang royalti ini di jadikan sebagai alat menekan rakyat Kelantan untuk memilih BN dalam pilihanraya ini.

Bagi saya rakyat Kelantan mesti jangan percaya dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan itu kerana ia belum boleh memastikan rakyat Kelantan akan berjaya mendapatkannya dan ia akan memakan masa yang lama untuk mengetahui kejayaannya. Jawatankuasa itu mungkin untuk menarik perhatian rakyat Kelantan untuk menyokong BN dan juga menggunakan jawatankuasa itu untuk tidak membayarnya setelah mereka (BN) mendapat kuasa nanti.

Di SELANGOR BN bagi BERAS free.. di KELANTAN semalam BN bagi t-Shirt free...!!

Dikerah sambut Najib, diupah sehelai baju T

KOTA BHARU: Rata-rata mereka yang hadir ke program Janji Ditepati bersama Perdana Menteri di Kelantan semalam didakwa kerana 'arahan pihak atasan'.

Difahamkan, bukan sahaja ahli Umno di setiap kawasan dikerah, malah kesemua agensi kerajaan termasuk imam-imam dan guru takmir juga dipaksa hadir ke program tersebut bagi menampakkan sokongan ramai rakyat Kelantan BN.

Arahan dan kerahan itu juga kononnya bagi 'tidak memalukan' Datuk Seri Najib yang turun berkempen buat kali kedua di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung itu.

Mereka yang diarah hadir itu dibekalkan dengan sehelai baju berwarna oren bertulis 'Janji Ditepati'.

Setiap mukim juga didakwa perlu menghantar sekurang-kurangnya 25 orang ke program tersebut dengan duit minyak RM30 disediakan bagi setiap kereta.

Namun ada juga dikalangan pemilik kereta yang mengangkut peserta itu mendakwa, mereka hanya diberi duit minyak sebanyak RM20 sahaja.

UMNO & IC FREE : Jika masa kuat Umno buat, apa lagi masa sekarang...


1. Menyebutkan bahawa Umno dan Tun Mahathir sedang menggelabah menangani isu RCI Projek IC adalah terlalu lunak. Umum sedang memantau gelagat mereka sekarang ini. Bukanlah apa yang telah berlaku itu yang menjadi tumpuan utama, tetapi lebih penting bagi rakyat ialah mungkinkah sedang berulang segala episod perbuatan khianat dan jahat itu, menjelang pilihanraya umum ke-13 ini?

2. Dalam keadaan mereka kuat dulu pun mereka lakukan segala rencana jahat ini, maka apa yang akan menghalang mereka dari mengulagi perbuatan terkutuk ini menjelang PRU ke-13 ini yang bakal merupakan satu pertempuran yang paling sengit dan getir kerana Umno-BN mungkin sahaja akan kehilangan kuasa di peringkat kerajaan Pusat.

3. Inilah yang tersirat dalam desakan supaya RCI Projek IC Sabah ini dilangsungkan juga, meskipun kerajaan Umno-BN di peringkat Persekutuan sangat sangsi akan kesudahannya dan risiko bencana yang bakal menimpa mereka kelak setelah semuanya terdedah.

4. Dalam kegelabahan itu Umno akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan. Umno telah terkena badi perbuatan buruk mereka sendiri. Penulis meramalkan RCI Projek IC Sabah ini, tampaknya akan menjadi lebih parah lagi dari pendedahan Deepak terhadap PM Najib dan isterinya Rosmah. RCI telah pun tampak membibitkan perpecahan di antara parti-parti komponen BN akibat mulut celupar Tun Mahathir.

Macai BN Kedah macam dah tak ada isu... kesian dilihatnya..!!!


#LISTEN - Jika manusia yang Edar Bible tu salah kenapa tidak ditangkap dan dakwa mereka..???

Kalau Betul Mereka Edar Bible, Kenapa Tak Tangkap?


Edar Kitab Injil : Hasutan Perkauman Terbaru Alihkan Perhatian Rakyat

Dakwaan ada cubaan untuk mengedar kitab Injil kepada pelajar Islam di Pulau Pinang merupakan hasutan perkauman terbaru bagi mengalihkan perhatian rakyat, dakwa MP Shah Alam Khalid Samad.

Khalid berkata rakyat jangan terpengaruh dengan hasutan perkauman yang kini cuba ditiup oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Khalid menegaskan perkara itu tidak masuk akal dan merupakan fitnah jahat yang dilakukan bagi mencetuskan kemarahan umat Islam selepas isu penggunaan Kalimah Allah.

“Jika betul perkara itu berlaku, mengapa hanya mengambil video dan tidak menangkap perlaku itu? “Tangkap saja sebab pelaku itu sudah menyalahi undang-undang dan perlembagaan. Kenapa tidak serahkan kepada pihak polis? Kenapa hanya dimuat naik di Youtube dan Facebook?


“Sebagai rakyat, jangan mudah diperbodohkan Umno-BN. Mereka sudah terdesak dan tersempit oleh itu mereka lakukan pelbagai perkara,” katanya dalam ucapannya di Program Merdeka Rakyat, di Seksyen 17, di sini semalam.

Tambahnya, Umno-BN sengaja membangkitkan isu perkauman yang lain selepas isu kalimah Allah dan amanat Haji Hadi tidak berkesan.

MINAH #LISTEN nie awat meroyan sangat.. orang suruh lu mintak maaf bukan suruh lu maafkan orang..!!!

inilah masalahnya apabila suka sangat cakap bahasa inggeris sampai bahasa ibunda sendiri pun dah tak berapa nak faham... dey minah.... ‎#listen #listen #listen... Payoh weyh kkecek denge LEMBU..! Rakyat Tuntut Sharifah Zohra MOHON MAAF PADA BAWANI, bukan suruh mung MAAFKAN BAWANI..!

KO SORANG BODO SUDAHLAH JANGAN NAK PERBODOHKAN ORANG PULAK.....!!!

Utusan kalah saman lagi dengan Anwar....


BERNAMA kantoi BERBOHONG - Antara kedatangan HKR #KL112 & Prog. Najib di Kelantan semalam..!!

 Tu dia aihh nak mohong pun pada-padalah...sebab suatu hari nanti ALLAH SWT akan bayaq CASH... cuba tengok apa yang mereka katakan pada HKR pada 12.01.2013 tempohari.... Mereka bukan main mencanang kata kehadiran sekadar 45K sahaja....

Tiba-tiba nasa NAJIB melawat KELANTAN semalam..media pencacai nak bodek punya pasal terus menghukum akan kedatangan program Najib itu ialah 50K.... he he he

Anda lijhatlah sendiri macamana mereka cuba memperbodohkan kita.. tak percaya sila lihat keratan BERNAMA di bawah...!!

PROJEK IC - Punca-punca MAHATHIR "TERKANTOI"

oleh ANakKedah007

Sekarang cuba anda tengok permainan pemimpin yang disanjung dan dijulang walaupun hakikatnya beliau telah menggadai kedaulatan negara MALAYSIA..

Pada mulanya beliau tidak mengaku bahawa dia terlibat dengan Projek IC nie...
Sehinggakan beliau buat statement bahawa dia tak tau apa bab projek IC nie...
Apabila DS Najib Razak umum akan buat RCI di SABAH beliau lantas menjawab tak perlu nak siasat semua-semua nie...

Masih ternanti-ternanti apa pendirian UMNO bab kalimah Allah


Kalimah Allah: Apa pula pendirian Umno BN

Abdul Aziz Mustafa, 19 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan mengapa kerajaan Barisan Nasional sendiri tidak menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah.

"Amat pelik apabila kerajaan, BN dan parti-parti komponennya terutama Umno hanya pandai mendesak pihak lain sahaja menyatakan sebarang pendirian rasmi berhubung isu kalimah Allah.

"Sekarang, rakyat hendak tahu apa pendirian kerajaan, BN dan setiap satu komponennya mengenai isu itu," kata beliau.

Mahfuz berkata, sudah sampai masanya kerajaan, BN dan setiap satu komponennya menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah.

"Rakyat ternanti-nanti apakah pendirian kerajaan, BN, Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBS dan setiap satu parti komponen BN berhubung isu itu.

Akhirnya selepas 55 tahun lebih UMNO memerintah.. lahirlah juga melayu terkaya di Malaysia


Ananda orang terkaya di Malaysia



Oleh LILY YEAN lily.yean@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.

Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.

Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.

Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.

Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...