police abuse suhakam pc 050808 simon sipaunPerkembangan terbaru siasatan suruhanjaya diraja (RCI) menyiasat dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk undi di Sabah memerlukan daftar pemilih dibersihkan seboleh yang mungkin sebelum pilihan raya umum ke-13, kata bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun.

Katanya, ia adalah langkah terbaik yang boleh dilakukan sekarang, walaupun langkah yang lebih sempurna, ialah menangguhkan pilihan raya untuk membersihkan daftar pemilih sepenuhnya.

"Kita kesuntukan masa, sekurang-kurangnya perlu ada usaha untuk membersihkan pengundi hantu yang jelas dari daftar pemilih," kata bekas setiausaha negeri Sabah itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, dua bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara - dalam keterangan mereka kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah - mendakwa menerima arahan untuk mengeluarkan resit sementara kad pengenalan kepada warga asing di Sabah untuk membolehkan
mereka mengundi.

Mereka mengaitkan dua orang kanan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai orang atasan yang mengeluarkan arahan tersebut.