TERKINI :

Thursday, January 17, 2013

#LISTEN : Bukti MELAYU tak akan hilang KUASA jika UMNO tumbang..!!!


#LISTEN - "Kalau Tak Suka Malaysia Boleh Duduk Kat Negara Luar"... last siapa yang rugi bila mahasiswa kita yang cerdik pandai tak mau balik..??..??



"Kalau tak suka, boleh duduk kat negara luar"... Ini ayat yang popular dikalangan pencacai. Macam kes Madam LISTEN lah... Bila bijak pandai keluarkan hujah, disuruhnya duduk kat negara luar... Maka sebab itulah ramai rakyat Malaysia yang bijak pandai berhijrah di luar negara. Mereka tidak diberi peluang di Malaysia dan sebab itu ramai yang berjaya di luar negara dalam bidang yang diceburi oleh mereka berbanding negara sendiri... 

Rakyat Malaysia semuanya hebat-hebat dalam pelbagai bidang, tapi di Malaysia, mereka jarang diberi peluang kerana banyak yang diberi peluang adalah kroni kepada orang-orang tertentu... Macam kisah "Singapura Di Langgar Todak" lah. Kerana takut budak tu bila besar nanti ambilalih kuasa kelak atas kepandaiannya, maka dihumbannya budak itu ke dalam laut...

Contohnya mudah sahaja... Kita seharusnya patut bangga dengan Khien Seng Pua, seorang engineer dan juga president Sole Phison Electronics Corp. Beliau berumur 31 tahun dan berasal dari Sekinchan, Selangor. Beliau dah lama berhijrah & menetap di Taipei, Taiwan. Beliau adalah pencipta pendrive USB yang pertama yang digunakan di dunia sehingga sekarang... 

Video "Keganasan" Himpunan Shamsidar seperti UMNO kata tu terdedah...


Gempar! Video yang cuba "disembunyikan" oleh pembangkang untuk mengelakkan dari mendapat liputan media kerajaan. Video ini mampu membuatkan pembangkang "kalah teruk" dalam PRU yang akan datang.

Sama-sama kita saksikan "keganasan" dan "salahlaku" yang telah dilakukan oleh peserta-peserta himpunan yang merosakkan akhlak ini. 

Beri IC - Kami tak kesah siapa teruk yang pasti hangpa dah juai hak warganegara kita kepada warga asing...


Beri IC: Tunku lebih teruk dari saya, kata Dr M

Zulaikha Zulkifli 6:35PM Jan 17 2013

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

Mahathir ketika ditanya pemberita, mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Namun beliau mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.

"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

"Ya saya memang buat (beri kad penxgenalan), tetapi mengikut undang-undang," katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.

Nasib kamulah KJ..PKR dok bercadang nak ambik prosiding hina mahkamah...


PKR timbang prosiding hina mahkamah ke atas Khairy

Ahmad Fadli KC 3:51PM Jan 17 2013

PKR bercadang untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang didakwa memberi kenyataan berlainan daripada persetujuan bersama yang direkodkan di mahkamah dalam penyelesaian kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata, Khairy dalam persetujuan bersama itu bagi kes saman fitnah itu mengaku tidak pernah mendakwa Anwar sebagai "pengkhianat bangsa Melayu" dan "boneka Amerika Syarikat dan Yahudi" dalam satu ceramah di Perak pada 1 Ogos 2007.

Azmin berkata Khairy bagaimanapun menukar pendiriannya dalam akhbar Sinar Harian Online semalam apabila mengaku tidak menarik kenyataannya dan menyalahkan akhbar yang didakwa salah memetik kenyataannya dalam ceramah tersebut.

"Saya bercadang supaya ada prosiding menghina mahkamah (terhadap Khairy). Kita sedang berbincang dengan peguam (tentang perkara ini), dan kita meneliti dengan rapat kenyataan-kenyataan beliau," katanya.

Isu IC - Pengakuan pelarian yang terima IC pulak....

RCI: Pelarian imbas pengalaman terima IC

Nigel Aw 4:20PM Jan 17 2013

Seorang pelarian dari Filipina memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja berhubung masalah pendatang asing di Sabah bahawa beliau dan individu lain dijadikan warganegara Malaysia tanpa usaha mereka sendiri.

Ismail Balaka berkata beliau menerima kad pengenalannya tiga bulan selepas satu kumpulan misteri melawat penempatannya di Kinarut untuk mendapatkan butiran peribadinya.

Katanya, beliau tidak dapat mengingati tarikh kejadian tersebut.

Tambahnya, kumpulan itu datang dengan menaiki satu kenderaan tidak bertanda dan menghimpunkan semua penduduk kampung tersebut pada satu tarikh.

Katanya, kumpulan itu meminta penduduk kampung tersebut mengisi borang, dan turun mengambil cap jari dan gambar mereka.

Katanya lagi, beliau pada masa itu tidak tahu apakah tujuan kegiatan tersebut tetapi diberitahu seorang rakannya bahawa ia adalah untuk kad pengenalan.

Selepas menerima kad pengenalan tersebut, beliau dapat memohon untuk mendapatkan kad penempatan yang dikeluarkan unit penempatan di Jabatan Ketua Menteri.

Ismail mengakui bahawa beliau tidak pernah memiliki pas lawatan pelarian, kad penempatan sementara atau kad penduduk tetap sebelum memperolehi kad pengenalan biru itu.

Beliau tiba di Sabah dengan satu bot nelayan pada 1975 dari Pulau Ubian, Filipina ketika melarikan diri dari konflik di kawasan tersebut.

5 Hakim tolak rayuan UTUSAN... mmmmm... siap kena bayaq kos mahkamah lagi...



PUTRAJAYA: Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan. Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00.

Lima orang Hakim yang bersidang di dalam rayuan hari ini adaalah Hakim Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Datuk Bentara Luar Datuk Haji Hashim Bin Datuk Hj. Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Bin Hj Maarof, Hakim Datuk Hasan bin Lah dan Hakim Datuk Jeffery Tan Kok Wha.

Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Minah #Listen nak bust penjelasan...pasai LISTEN

Masalah dia sekarang ini ialah apabila minah listen nie tak hormat si penanya soalan.. Apa kata biarka dahulu beliae bercakap dan tak payah la dok listen listen sampai 11 kali...siap tarikh microphone lagi tuuu...

Sharifah Zohra: 'Saya akan jelaskan'



MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN 17 Januari 2013 SHAH ALAM – Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menjelaskan beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai klip video 24 minit antaranya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet.

Menurutnya, kenyataan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, namun beliau tidak menjelaskan butiran mengenai bila dan di mana kenyataannya itu akan dibuat. “Insya-ALLAH, saya akan maklumkan (dalam masa terdekat),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

#LISTEN - Mahkamah Agong arah tangkap Perdana Menteri

Mahkamah Agong Pakistan arah tangkap Perdana Menteri


Mahkamah kita macam mana?

Undang-undang di Pakistan tidak mengenal pangkat dan kedudukan. Ketua Hakim Mahkamah Agong Pakistan telah mengarahkan supaya Perdana Menteri Pervez Ashraf berhubung dengan kes pembelian janakuasa semasa Pervez menjadi Menteri Air dan Tenaga suatu ketika dahulu. Jika itulah yang berlaku di Pakistan ia menunjukkan yang tidak ada siapa yang terlepas dari tindakkan undang-undang jika melakukan kesalahan.

Ia menunjukkan yang tiada ada siapa yang mempunyai immuniti jika melakukan kerja hina rasuah itu kerana ia melibatkan wang keringat rakyat yang mengisi perbendaharaan negara itu. Jika itulah yang juga berlaku di negara ini ia sudah tentu akan memberikan lebih keyakinan terhadap badan kehakiman dan undang-undang negara yang menjadikan kerja yang ‘criminal’ seperti rasuah itu amat dibenci oleh sistem demokrasi dan kehidupan moden di zaman ini.

Sesungguhnya tindakan yang lebih kuat perlu diambil jika kesalahan itu dilakukan oleh pemimpin kerana jika pemimpin ketagih dengan rasuah yang akan menderita adalah rakyat seperti yang kita rasai sekarang ini. Kita pernah mempunyai sistem undang-undang yang bebas dari ancaman pihak kerajaan serta eksekutif, tetapi keadaan itu sudah menjadi sejarah kerana sistem kebebasan kehakiman telah dicerobohi oleh pihak eksekutif semasa pentadbiran Dr Mahathir dahulu.

Fenomena #Listen #Listen #Listen.. Let Me Speak!

Oleh Mohd Zainal

Virus’ terbaru yang menular telahpun menjadi fenomena pantas di Malaysia, malah mungkin telah tembus ke beberapa negara luar seperti Brunei, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Walaupun tidak menjangka akan berterusan lama, masih boleh dikatakan, ini merupakan pencapaian yang hebat apabila dua wanita yang pertamanya tiada jawatan prima dalam politik, tidak pun dikenali masyarakat besar sebelum ini, dan tidak juga siapa yang mengaku mengenali beliau sehingga kini, berjaya mencetus fenomena ini dalam tempoh sekelip mata.  

Manakala wanita yang kedua menepati ciri-ciri yang pertama, cuma bezanya nasib beliau berubah menjadi pujaan masyarakat apabila semua mula menyanjungnya dan ingin mengaku mengenali beliau.

Dan saya terpaksa mengakui mengenali beliau sebagai seorang yang aktif dengan aktiviti kepimpinan kemahasiswaan, cuma beliau tidak mengenali saya.

Impak peristiwa yang berlaku melampaui senario politik semasa secara santai dan tajam. Tanpa perlu membuka siaran lawak jenaka, ia masih mampu menyejukkan sebentar kepanasan kepala menghadap politikus menjawab sana-sini bagi menjustifikasikan kebenaran perjuangan masing-masing. Dan kesannya ini jelas merentas segala elemen kemasyarakatan yang wujud, pastinya kerana ia melibatkan tunjang sosial negara dan budaya timur rantau ini.

Pertembungan ini boleh sahaja dilihat pertembungan bangsa, boleh juga dilihat pertembungan ideologi politik, atau pertembungan orang tua orang muda, atau pertembungan golongan terpelajar dengan golongan kurang ajar, atau juga pertembungan tata susila adat dan agama.

Kesian DS Hishamuddin..nak cover ketar lutut tengok #KL112 bercakap pun dah mula merapu..!!!

Hishamuddin lupa "Berjalan Demi Demokrasi" itu menuju Stadium Merdeka
Oleh EDY NOOR REDUAN (Pengarah Propaganda SAMM)

Kenyataan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini mendakwa huru-hara yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 3.0 tahun lalu kononnya kerana pihak penganjur enggan menerima tawaran kerajaan supaya himpunan dilangsungkan di stadium adalah satu kenyataan dangkal dan sangat tidak cerdik

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menepis dakwaan Dato Seri Hishamuddin yang sememangnya telah lupa sejarah perhimpunan aman yang telah dihuru-harakan sendiri oleh pihak polis melalui Kementerian Dalam Negeri. DS Hishamuddin juga telah lupa bagaimana permintaan penganjur untuk menggunakan Stadium Merdeka ketika bersih 2.0 tidak dilayan.

Mengimbas kembali tanggal 9 Julai 2011, lebih seratus ribu rakyat menuju ke Stadium Merdeka dengan motto "Berjalan Demi Demokrasi" atau "Walk For Democracy" telah dihalang daripada masuk ke Stadium Merdeka dengan rintangan kawat berduri dan seterusnya rakyat diserang dengan pancuran 'watercanon' beserta ribuan tembakkan gas pemedih mata. Ketika itu, huru-hara mula berlaku apabila pihak polis cuba halang rakyat dari masuk ke perkarangan Stadium Merdeka. Di manakah Hishamuddin ketika itu? Begitu mudah Hishammuddin melupakan peristiwa Bersih 2.0 yang turut membabitkan kehilangan nyawa?

HKR #KL112 : UTUSAN RTM TV3 kekal primitif namun Sinar dan Akhbar Cina wajar dipuji..!!

HKR: Akhbar Cina, Sinar Harian wajar dipuji; Utusan TV3 kekal primitif
Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN


Harakah edisi Isnin lalu terpaksa dilewatkan penerbitannya bagi mendapatkan liputan terkini Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari 2013. Lazimnya deadline kami, pada Jumaat malam; ada kalanya terlajak sekitar jam 3 pagi Sabtu, malah kadang-kadang sehingga azan Subuh.

Himpunan bersejarah paling aman itu berakhir lebih kurang jam 5 petang Sabtu. Kami perlu bergegas menyiapkan bahan untuk  proses percetakan tidak boleh melewati tengah malam. Saya masih di hotel dekat Pudu Sentral, sehingga jam 6 petang. Mengambil masa berehat sebentar sebelum memulakan tugasan. Malangnya, seorang editor jatuh pitam semasa berjalan balik dari Stadium Merdeka dan proses editing dan rekabentuk tersangkut sehingga 2 pagi.

Rakan-rakan di bahagian pengedaran berhak untuk khuatir jualan merosot jika pembeli menunggu lama sehingga senja Ahad, apatah lagi jumlah cetakan sengaja ditambah.

Alhamdulillah, sambutannya laris, mengulangi terbitan Harakah untuk siri demonstrasi Bersih, yang juga kami lewatkan percetakannya. Ramai mahu mengabadikan foto besar yang menghiasai dari muka depan ke back cover itu sebagai poster untuk tatapan awam.

Pagi-pagi Ahad, 13 Januari,  ketika lenguh seluruh badan menapak ke Stadium Merdeka belum terubat, kolumnis A Shukur Harun menelefon: "Lutfi, dengar suara pun sudah maklum anta tak sihat, tapi harap dapat beli akhbar-akhbar Cina hari ini dan bandingkan dengan surat khabar Melayu. Jangan tunggu sampai tengahari, nanti habis!"

Cakap banyak pulak KJ nie.. Yang kamu mengaku depan hakim kata bukan kamu yang kata tu apa kejadahnya pulak..!!

Kes selesai tapi Anwar-KJ 'perang' di Twitter
Wartawan Sinar Harian
17 Januari 2013
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
SHAH ALAM - Meskipun laporan media menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mencapai penyelesaian kes fitnah RM100 juta semalam, 'perang' membabitkan kedua-dua mereka berterusan di dunia siber.

Kedua-dua Anwar dan Khairy berbalas mesej menerusi Twitter semalam bagi mengatakan kenyataan dan pendirian masing-masing.

Susulan kepada kenyataan pagi semalam, Anwar sekali lagi menegaskan Khairy telah menerima balik kenyataan berbaur fitnah, yang didakwa dibuat lima tahun yang lalu.

"Khairy tarik (balik) fitnah; saya tak teruskan saman," kata Anwar menjawab soalan beberapa pengikutnya yang bertanya apa sebenarnya berlaku ekoran kenyataan yang berbeza.

DAP pun boleh setuju dengan MAJLIS SYURA mai PERKASA pulak buat report POLIS bab Kalimah Allah...

Kalimah ALLAH: DAP Perak setuju Majlis Syura
SAIFULLAH AHMAD
16 Januari 2013
Ngeh Koo Ham
Ngeh Koo Ham
 
IPOH - Isu berkenaan kalimah ALLAH tidak harus diperbesarkan sebaliknya perlu dibuat perbincangan bagi menyelesaikannya.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Majlis Syura Ulama Pas bahawa kalimah ALLAH adalah universal dan sesiapa pun boleh menyebutnya.

Beliau berkata, setiap agama mempercayai bahawa wujudnya satu tuhan iaitu ALLAH cuma setiap agama berbeza perspektif dalam mempercayainya.

“Saya yakin kebanyakan agama di dunia meyakini tuhan itu satu tetapi konsep ketuhanan itu sedikit berbeza.

“Saya juga bersetuju bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH untuk maksud yang lain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Koo Ham berkata demikian ketika mengulas Keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan bahawa perkataan ALLAH tidak boleh digunakan di dalam kitab mana-mana agama di negara ini.

Pelajar terima sumbangan pakaian sekolah

TELOK BAGAN – Seramai 214 orang pelajar-pelajar sekolah pelbagai kaum dari seluruh DUN Pengkalan Kundor menerima sumbangan pakaian dan beg sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’Phahrolrazi Zawawi hadir bersama dalam majlis berkenaan.

Dalam ucapannya, beliau mengharapkan para pelajar belajar bersungguh-sungguh dan menanamkan azam baru untuk lebih berjaya sempena menyambut tahun baru 2013. Kepada ibu bapa juga beliau berharap agar aktiviti anak-anak dipantau terutama selepas waktu sekolah untuk mengelakkan mereka dari terlibat dengan gejala sosial.

“Setiap tahun kerajaan negeri menyumbang melalui Pusat Khidmat masing-masing pakaian dan beg sekolah kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang bernasib baik.

Garis Panduan Kod Etika Persembahan dah wujud 2008 lagi..cuma mai nak bising 2,3 hari nie saja..!!

Boleh runding walaupun garis panduan hiburan sedia ada dikekalkan
NURUL FATIHAH SULAINI
16 Januari 2013
Ada ruang untuk bincang walaupun garis panduan hiburan sedia ada dikekalkan
Azizan (depan, tiga dari kanan) menyiram pokok yang ditanam sebagai simbolik merasmikan program.
 
YAN - Garis panduan persembahan hiburan terbuka sedia ada dikekalkan namun penganjur boleh berunding untuk mendapatkan kebenaran mengadakannya.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, garis panduan itu sudah wujud sejak 2008 dan digunapakai oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT) tanpa timbul sebarang masalah.

“Sebelum ini memang ada garis panduan itu tetapi tiada siapa bising namun apabila dekat pilihan raya depa (mereka) pakat bising, timbul orang yang kita tidak kenal bagi pelbagai kenyataan.

“Pokoknya semua garis panduan di Kedah untuk memastikan keadaan terkawal tidak kira pada orang Islam dan bukan Islam untuk menghormati budaya serta adat setempat,” katanya kepada media selepas merasmikan Penanaman Pokok Peringkat Daerah Yan, di Kampung Permatang Buluh, di sini, semalam.

Azizan berkata, persembahan program ‘1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013’ dicadangkan berlangsung di Star Walk Alor Setar pada 15 Februari depan boleh diteruskan sama ada lelaki atau perempuan (kanak-kanak dan dewasa) tetapi mesti berpakaian sopan.

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah bermula Sabtu

Wartawan Sinar Harian
16 Januari 2013
Hari Keputeraan Sultan Kedah
Kain rentang Hari Keputeraan sudah mula dipasang di jalan utama sekitar bandaraya.
 
ALOR SETAR - Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-85 akan bermula Sabtu ini, dengan majlis bacaan Yasin dan doa serta jamuan kesyukuran di Masjid Zahir.

Sejurus itu, pelbagai acara rasmi diatur sepanjang Januari hingga April depan. Malah di jalan-jalan utama sekitar bandaraya ini, kain rentang pemberitahuan sudah dipasang bagi memaklumkan kepada rakyat.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Majlis & Protokol), Mohamad Rizal Mohamad Radzi berkata, Istiadat Perbarisan Kehormat akan diadakan di Dataran Balai Besar, seawal 8 pagi, pada 20 Januari.

“Selepas pasukan kawalan kehormatan menyembahkan Hormat DiRaja, bendera Pemangku Sultan dikibarkan sebelum sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...