TERKINI :

Wednesday, January 16, 2013

Nak bagi duit RM100 kat anak yang bapak dok kena dengaq TAKLIMAT oleh pimpinan UMNO apakejadahnya

 
nak dapat BRIM kena ceramah
nak dapat duit RM100 anak kena ceramah
balik buka tv RTM & TV3 ada ceramah
balik buka surat habaq UTUSAN ada ceramah
eishhh eishhh eishhh TERUK sangat dah ka nie
nak kena bagi ceramah sampa 3,4,5 kali..
cakap sekali dua dah laa..jika orang nak pangkah
orang pangkah aihhhh...
TAPI
Jika orang tak kelapaq...
hang ceramah pie la berapa kali pon
orang tak kelapaq situ laa...
Macam la duit tu duit MAK BAPAK DEPA BAGI
itu duit RAKYAT duit dari cukai RAKYAT
nak bagi..bagilah...macam tak ikhlas jaa...

Bekas pegawai JPN mengaku bagi IC kat warga asing atas arahan menteri UMNO BN..!!

2 orang kanan Dr M dikait dakwaan beri IC di Sabah

Dua bekas orang kanan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dikaitkan oleh saksi-saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

NONEBekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah memberi
keterangan bahawa dia dan yang lain-lainnya menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin (kanan), yang ketika itu merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir, untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Yakup Damsah, yang ketika itu ketua JPN Tamparuli, memberitahu RCI bahawa beliau dan pegawai lain JPN telah diterbangkan dari Sabah ke Kuala Lumpur.

Katanya, selepas menerima arahan dari pengarah JPN Sabah ketika itu, Abdul Rauf Sani, mereka diminta pergi ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di kediaman Abdul Aziz di Kampung Pandan.

Beliau berkata mereka ditugaskan untuk menandatangani kad pengenalan yang akan diberikan kepada pendatang, yang kemudiannya dilamina di ibu pejabat JPN di Petaling Jaya dan dihantar ke JPN Kota Kinabalu untuk pengagihan.

Puak nie NGO ka NGOK..yang bangang tak sudah-sudah nie...!!!

Kenapa NGO's ni semua tidak membuat laporan polis terhadap Najib dan UMNO yg mengeluarkan surat membenarkan kalimah Allah digunakan di gereja..?? anih betul pemikiran dorang ni...gajah sebesar Rosmah depan mata tak nampak..!! tapi zarah atom nampak..!!

4 NGO buat laporan polis terhadap LGE, Hadi, Anwar

azlanEmpat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap tiga pemimpin Pakatan Rakyat berhubung cadangan menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.
  
Laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar itu dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
Empat pertubuhan berkenaan adalah Pertubuhan Silat Garuda Malaysia (PSGM), PSGM Kedah serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kota Setar dan Kedah.
  

Berpolitik dengan UMNO nie sampai tahap boleh nai Booo Booo Sannnn nak habaq kat hangpa..!!!

Bo.bo..bo.saannn..bla..bla..bla..UMNO..bosan...

Oleh : PUTERI BULAN

Fuhh...penat Puteri baru nak lega...beting kering Puteri macam nak tercabut...berjalan..berlarak ke stadium merdeka sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR #KL112 tapi tobat Puteri nak bagi tau..syok sungguh...nikmat bersama dari semua lapisan masyarakat seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak...

Aduhhh..tapi Puteri frust menonggeng pasai tak dapat masuk dalam stadium...penuh..sesak...heheheh..maka berlapuklah Puteri dengan ribuan lagi pencinta keadilan yang senasib dengan Puteri...walau macamana pun hati dan fikiran Puteri sentiasa berlegar-legar dalam stadium....terhinjut-hinjut juga bahu Puteri bila mendengar lagu Ubah Sekarang oleh Ito...walau pun Puteri tak dapat melihat suasana di dalam sana...jadi Puteri buka You Tube sajalah nak tengok macamana rupanya...

Keliling kelalang Puteri ketika diluar stadium...nampak anak-anak muda bersemangat dan ibu-ibu dan ayah-ayah muda membawa anak-anak bersama-sama tidak lepaskan peluang detik bersejarah itu. Bagai diajar-ajar anak-anak yang dibawa macam di 'makan ajar'. Duduk elok..ikut arahan mak ayah...tak buang sampah merata-rata..bila jalan pegang tangan mak ayah..tak ada pun yang lari sana...lari sini...pekik sana..pekik sini. 
 

Fenomena #LISTEN melanda negara - Semoga ada hikmah di sebaliknya....

Mustapa Mansor

Sejak semalam rasa nak demam dan pening kepala dengan "LISTEN", akhirnya malam ini cuba lihat sekali lagi video klip tersebut. Ada beberapa mesej yang cuba dihantar oleh UBN melalui Presiden SW1M...kpd rakyat Malaysia khasnya mahasiswa:

1. UBN tidak mampu menerima teguran dari rakyat secara terbuka dan terhormat. Rakyat hanya boleh dengar dan ikut saja...!!

2. Kelakuan PSW1M mendapat kutukan dari seluruh rakyat yang masih waras. Faham perkauman yang menebal amat ketara sekali hingga seorang rakyat berwarga negara Malaysia (sekalipun siswa itu bukan Melayu) boleh dihina begitu sekali.

3. Beberapa orang ahli panel juga spt tunggul dan langsung tidak memberi ruang bijaksana kepada siswa yang berada di dewan. Apakah mereka juga menerima upah dari UBN untuk menerapkan faham perkauman sesat ini..? 4. Inilah tahap kebimbangan UBN terhadap masa depan mereka dan tindakan dungu begini sebenarnya adalah sebuah malapetaka di bumi kita.

Smg "LISTEN "melakar warna baru politik tanah air pada tahun 2013 pasca HKR..!! RAKYAT PULA berkata LISTEN kpd UBN..!!

KJ mula nak spin isu dia di saman RM100 juta yg selesai t.hari tadi..!

Oleh Abang MGR

Masalah skrg ko tarik balik buat apa statement tersebut katakanlah ko yg kata dsai tu memang pengkhianat melayu dan ajen amerika....bila ko sendiri tak ngaku ko yg katakan perkara tuu....jd selama nie apa....bla bla bla berbakul hgpa kata kat fia bila masuk mahkamah pakat tak ngaku....yg ko dok dengaq cakap dsai surh ngaku kata bkn ko yg kata apasal....last ko spin ke dsai pulak.....habih jika org suruh mkn t*ik ko mkn laaa





Masa dok edaq duit RM100 tu dan lagi pangkah PAS wahai Mat Bashah.....

Amboi bila boleh bercakap waktu dok taboq duit RM100 sampai lupa punca sebenaq mai kot mana....dalam isu Nama Allah nie dari awal lagi Presiden PAS kata tak boleh guna dlm bible tapi boleh guna dalam amalan mereka namun yg dok spin media hangpa lain orang cakap lain diulasnya...ini semua orang dah tahu....tetapi bab pekeliling najib yang benarkan import bible bahasa indon yg terang2 dlm tu guna nama allah ganti tuhan awat hang tak komen wahai mat bashah oi......

Pas tidak layak memimpin, kata Umno


15 Januari 2013 ALOR SETAR - Pemimpin seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak layak memimpin rakyat kerana beliau sering mengubah kenyataan sekiranya mendapat tentangan hebat daripada sesuatu pihak, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Kita nak pilih pemimpin tak boleh main-main. Saya harap ahli dan penyokong PAS boleh buat penilaian sendiri, Umno dan Barisan Nasional (BN) tak pernah buat sesuatu keputusan yang meragukan rakyat," katanya mengulas tindakan Pas mengubah pendirian dan akur menyatakan bahawa kalimah ALLAH adalah khusus untuk Islam.

Main Sedap mulut je Mak Long Umno nie hina kaum India....

Oleh Sudin Kuala


Eishhh bangganya mak long umno nie dok mengata kpd orang.. Macam nie ka ajaran umno kepada puak dia...tak boleh berhujah maka terus buat ayat racist....

Sedaq lah mak long oi...nuuu melayu Johor dok merempat miskin....itu pun dok bangga lagi dengan Umno.... Dok sedaq kata kat orang jamban.... Lanie kaum mana yg ramai kerja punggah isi jamban tu jika tak kaum melayu....

Tak percaya cuba mak long pie tengok kaum mana ramai dok kerja di Indah Water....itu laa dok bangga tak sudah dengan Umno nie.....

Kepada kaum India anda pun sudah tahu mana racun mana madu mau sokong..jadi fikirkanlah yang terbaik untuk kaum anda dan negara Malaysia yang tercinta ini...

Kesian MAHATHIR hidup dah seperti kelindan lori nak punggah barang..!

Apabila teringat Dr Mahathir, teringat pula kepada kelindan lori
Oleh Aspan Alias

UMNO begitu gusar dengan apa yang berlaku di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas. HKR112 sangat berjaya dan kejayaan perhimpunan itu bukannya kejayaan menghimpunkan seramai ratusan ribu umat semata-mata, tetapi kejayaan rakyat yang mahukan perubahan menunjukkan manifastasi mereka hendak mengalih dan menganjak kepimpinan negara dengan pimpinan dari parti pilihan mereka. Kalau kita ikut hukum akal UMNO telah pun merudum jika pilihanraya ke 13 di adakan setahun sebelum HKR112 itu atau bila-bila selepas perhimpunan bersejarah itu.

Tetapi ada seorang bekas pemimpin kita yang lebih gusar dari pucuk pimpinan yang rakyat hendak ambilalih ini. Nama pemimpin itu ialah Dr Mahathir Mohammad dan beliau secara deras telah memberikan reaksi beliau tentang HKR112 itu. Beliau menyamakan himpunan itu sebagai bukti yang parti-parti pembangkang sedang membina gerakan untuk menumbangkan kerajaan BN seperti yang berlaku dalam siri Arab Spring di negara-negara Timur Tengah.

Komen Dr Mahathir itu tidak melambangkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berpuas hati setelah begitu lama menjadi Perdana Menteri negara ini. Walaupun masyarakat dunia telah menganggap beliau sebagai bekas pemimpin yang kedua terkaya di dunia ini, nampaknya masih ada yang merunsingkan bekas PM yang ‘famous’ ini.. Semua tindakan dan pemikiran beliau amat mudah di baca oleh sesiapa yang berkemampuan untuk berfikir. Rakyat sudah mahir membaca Dr Mahathir dan rakyat faham apa yang mencelarukan pemikiran beliau.

Bagusnya HKR #KL112 kali ini ialah apabila tidak di hantar 'Salih Kamil' dan 'Malik Selamat'

Pujian Najib Kepada HKR Tidak Ikhlas

ULASAN HKR


Najib Razak tampaknya cuba hendak menunjukkan baik dengan pembangkang dan dalam masa sama untuk melembutkan hati rakyat apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu lalu kerana himpunan itu berlangsung dalam keadaan aman dan tidak menimbulkan sebarang kekalutan dan kekacauan seperti sebelum ini.

Kata Najib, dia ucap terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya berhimpun secara baik, walaupun tegasnya dia tidak bersetuju dengan Pakatan Rakyat. Ucapan terima kasih Najib itu disambut dengan rasa senang hati oleh setiap peserta himpunan dan juga orang ramai yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat.

Sejak lebih 10 tahun lalu 'ini kalilah' perdana menteri mengucap terima kasih kepada pembangkang. Cara itu terima kasih itu menunjukkan Najib setidak-tidak ada sedikit telor masak merah. Begitu pun beliau tetap 'bermukah kata' dengan mengatakan kejayaan himpunan itu adalah kerana kejayaan polis kawal keselamnatan.

Pujian terhadap polis itu menjadi pesimis kepada mereka yang menyertai himpunan. Apa yang boleh lakukan pada hari itu, dari bentuk mana kawalan dilakukan polis? Sekali lagi Najib mendapat gambaran serong mengenai peranan polis. Apakah sebuah halikeptor yang berlegar-legar di langit stadium hari itu adalah pasukan polis yang membuat kawalan agar hujan tidak turun?

Walhal yang patut dikalungkan ucapan terima kasih dan syabas di atas kejayaan himpunan itu adalah rakyat dulu (PR) sebelum berterima kasih kepada polis.

#LISTEN : Aduhai UUM.. dulu ajak JKKKP tengok video porno.. Kini panggil minah listen nak perbodohkan mahadiswa..!

Peristiwa di UUM gejala pembodohan mahasiswa

Mohammad Syazwannuddin Shaharuddin,

Peristiwa yang berlaku di UUM yang sekarang ini heboh diperkatakan di media sosial perlu difahami dengan teliti punca berlakunya masalah tersebut. Pertama begitu sedikitnya mahasiswa yang sanggup bangkit mempertahankan pendapatnya dan hanya menjadi tukang angguk. Tahniah ke atas saudari Bawani yang berani dan juga berhujah menggunakan bahasa yang elok dan tidak emosional.

Kedua adalah pentingnya mahasiswa (dan juga pensyarah) diberi peluang meluahkan pendapat. Apatah lagi dalam sebuah program yang mahu dilihat sebagai forum intelektual. Pada masa kini memang telah banyak program seperti ini namun kebanyakannya menjadi semacam pseudo-intelektual dan orang yang dipanggil bukan daripada ahlinya. Sepatutnya program seperti forum ini adalah gelanggang pertentangan idea di mana orang yang berkenaan berbincang secara aman dan bukan menjadi tempat menyerang individu tertentu dan memaksakan pendapatnya ke atas orang lain. Ini namanya gejala pembodohan mahasiswa.

KJ kalah saman lagi..kali nie kes kata Anwar pengkhianat Melayu dan boneka Amerika/Israel...

Anwar menang saman, Khairy tarik balik fitnah
(Oleh Aisha Geoffrey)


KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.

Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.

Royalty 20% - Juak Umno mula merapu..Petronas Lumpuh dan Bangrap tapi yang pasti kantung mereka yang akan kering...


Rafizi yakin royalti 20% tidak lumpuh Petronas


NIZAM ZAIN 15 Januari 2013 SHAH ALAM –Dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussain bahawa operasi Petronas akan lumpuh jika membayar royalti minyak 20 peratus tidak berasas sama sekali kerana kenyataan itu tidak berpandukan kepada prestasi semasa syarikat tersebut, kata Pakatan Rakyat (PR).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pembayaran royalti 20 peratus sebenarnya satu kadar munasabah berbanding hasil diterima Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM30 bilion.

“Sejak 2008, Petronas menyumbangkan hampir RM70 billion setiap tahun iaitu RM30 bilion dalam bentuk dividen tetap dan selebihnya dalam bentuk cukai pendapatan, cukai petroluem, duti dan lain-lain kepada Kerajaan Persekutuan.

“Jumlah dividen tahunan yang diambil Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu RM30 bilion setahun adalah jauh lebih tinggi berbanding di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu iaitu hanya RM3 bilion setahun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

#LISTEN : Penjelasan Biwani berkenaan isu di UUM

Insiden memalukan di Universiti Utara Malaysia (UUM) secara jelas memperlihatkan sisi hodoh bagaimana universiti kita hanya mahu mengajar surah-surah yang memuja Barisan Nasional (BN) dan memburukkan Pakatan Rakyat semata-mata.

Jika tidak dengan keberanian mahasiswa bernama Bawani KS mempertahankan hujah hingga gagal dijawab panelis serba dangkal pro-BN, Sharifah Zohra Jabeen tersebar di laman perkongsian video Youtube, tiada siapa yang terasa panas termasuk timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah.

“Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum ‘Mahasiswa dalam politik’ dan menggunakannya untuk ‘brainwash’ pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka,” kata Bawani.

Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.

#KL112 - Mana hilangnya Ketua pemuda DAP& PAS??


Alhamdulillah nampaknya segalanya telah selamat semuanya... Namun cuma kedengaran suara-suara sumbang dok tanya kemanakah kelibat saff pimpinan pemuda PAS & DAP.... Ketua mereka tak nampak batang hidung pun berarak bersama rakyat menuju ke Std Merdeka.

Yang jelas sekarang ialah Ketua PKR....ini bukan bertujuan nak buruk sesiapa...inilah masanya untuk kita turun kebawah hendak bersama sama dengan rakyat.

#LISTEN - BIWANI di kunjungi oleh Pemuda PAS untuk ucap tahniah



Pemuda PAS Temui Bawani Ucap Tahniah

KAMPAR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diwakili Exconya, Mohd Hakim Mohd Nor telah bertemu dengan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi buah mulut masyarakat ketika ini setelah berani tampil ke depan menyatakan pandangannya pada satu forum yang dianjurkan di universiti tersebut.

Pertemuan singkat itu diadakan di kediamannya di Air Kuning, Kampar semalam yang turut disertai oleh Exco Pemuda PAS Perak, Isran Fahmi dan Ketua Pemuda PAS Tapah, Shamsul Busra.

Mohd Hakim mengucapkan sekalung ucapan tahniah kepada Biwani mewakili DPPM atas keberaniannya menyatakan pandangan di program yang dianjurkan itu.

Katanya, Pemuda PAS sentiasa memberi sokongan kepada beliau yang berani berhadapan untuk menyatakan kebenaran di khalayak ramai.

Bawani, seorang pelajar yang aktif memperjuangkan hak rakyat dan mahasiswa menceritakan tentang kejadian itu kepada wakil Pemuda PAS.

Tiba masa pemimpin Umno berkempen dalam sekolah sambil huluq duit kerajaan Malaysia


Bantuan awal persekolahan RM100 mula diagih di Kuala Kedah


15 Januari 2013 ALOR SETAR - Lebih 2,500 pelajar dari tiga buah sekolah dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seorang hari ini.

Bantuan diserahkan Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah kepada ibu bapa pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sharifah Rodziah dan SMK Alor Janggus.

Dalam ucapannya di SMK Tun Sharifah Rodziah, Latt Shariman yang juga Ketua Umno bahagian Kuala Kedah berkata kerajaan pusat telah menunaikan janjinya untuk memberi bantuan itu seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013.

"Saya harap wang ini walaupun tidak seberapa, digunakan sebaik mungkin untuk membeli keperluan anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan mereka," katanya.

Eishhhh kerap aihh pendatang asing masuk kot Kuala Chenang Langkawi...?


Lebih 300 Pati ditahan di Langkawi

15 Januari 2013 LANGKAWI - Seramai 354 orang pendatang asing tanpa izin dari Myammar ditahan di dalam dua buah bot di Kuala Chenang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harith Kam Abdullah berkata, seramai 143 orang yang terdiri daripada 94 lelaki, 18 wanita dan 31 kanak-kanak menaiki salah sebuah bot itu manakala bot kedua dinaiki 211 orang iaitu 207 lelaki dan empat kanak-kanak.

"Penahanan mereka dibuat hasil maklumat orang awam yang menyatakan terdapat dua bot yang berlabuh di Kuala Chenang kira-kira pukul 3 pagi tadi," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, para pendatang itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka akan diserahkan kepada pihak imigresen.

Sementara itu Harith Kam berkata, beliau percaya 40 orang dari kumpulan tersebut telah memboloskan diri ke kawasan pantai dan meminta penduduk melapor jika melihat orang yang mencurigakan di kawasan mereka.- Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...