TERKINI :

Tuesday, January 15, 2013

Sekretariat HKR #KL112 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Malaysia

Mat Sabu: Terima kasih rakyat Malaysia

 

Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu. 

Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata perhimpunan tersebut, yang menurutnya dihadiri 500,000 perserta adalah bukti apa yang diperjuangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat, "iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun secara aman dan bebas menyatakan pendapat."

Katanya, sekretariat itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik.

[GEMPAR] Rupa-rupanya MELAYU JOHOR paling MISKIN & MELAYU KELANTAN paling KAYA di atas muka bumi MALAYSIA nie..!!!

 Melayu Johor paling miskin di Malaysia kerana faktor kos hidup, kata DPMM


Syed Ali berkata kos hidup di Johor yang semakin meningkat adalah punca 
orang Melayu di negeri tersebut paling miskin.
KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.
Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

“Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.

“Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.

Dari ulamak yang berserban hingga punk yang berserabut semuanya menyokong Pakatan

Kejayaan terbesar #KL112 ialah menyatukan kepelbagaian

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Hakikat sedia dimaklumi bahawa Pakatan Rakyat hanya wujud selepas PRU12, iaitu pakatan perkongsian kuasa antara ketiga-tiga parti PAS, KeADILan dan DAP setelah BN dikalahkan di lima buah negeri. Sebelum PRU12, yang terjalin hanya persefahaman untuk menjatuhkan BN dengan mengelak pertandingan sesama sendiri.

Dalam PRU13 diadakan nanti, semua parti komponen Pakatan akan berkempen untuk pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya. Ramai tertanya-tanya akan model atau rupabentuk Pakatan yang akan ditonjolkan kepada rakyat jelata. Maka pada 12 Januari lalu, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur rakyat dipertontonkan dengan rubentuk Pakatan yang dijangka akan mengambil alih kerajaan daripada BN nanti. Jika ada yang bertanya, apakah kejayaan besar Pakatan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat maka itulah jawapannya... kejayaan menyatukan kepelbagaian.

Daripada jumlah kehadiran yang besar itu, majoritinya orang Melayu yang merupakan kira-kira 60 peratus kehadiran. Ia diikuti oleh kaum Cina dan India. Kaum etnik orang asal turut hadir walau dalam jumlah yang kecil tapi terserlah. Kehadiran orang ramai adalah dari seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak. Semuanya hadir melengkapkan sokongan.

Kesian Minah #LISTEN..UMNO macam dah tak mengaku 'geng'' tapi......!!!


Umno jauhkan diri dari Sharifah Zohra tapi...

Walau pemimpin Umno menjauhkan diri daripada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, panelis yang menegur seorang pelajar Universiti Utara Malaysia dalam satu forum, Sharifah Zohra didapati aktif di kalangan kelompok Umno.

Semakan dengan ibu pejabat parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mengesahkan bahawa Sharifah Zohra merupakan bekas timbalan ketua Wanita Kimma.

NONEJawatan beliau itu kini diisi timbalan ketua Wanita Kimma sekarang, Nafisah Mammoo.

Kimma merupakan ahli gabungan Umno yang mendakwa mewakili kepentingan masyarakat India Muslim dan berkempen untuk BN dalam pilihan raya sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan perhimpunan agung Kimma pada Oktober tahun lalu dan menyifatkan parti itu sebagai parti yang "dekat dan rakan setia BN".

Kakitangan ibu pejabat Kimma yang mengesahkan jawatan Sharifah Zohra dalam parti bagaimanapun tidak mengetahui tempoh jawatannya sebagai timbalan ketua Wanita Kimma.

Carian di Google juga menunjukkan beliau menjawat jawatan itu pada akhir 2011 dan gambarnya turut dirakam bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam satu program di Tanjung Bidara, Melaka.

ada TPM pon setaraf otak BLOGGER UMNO & UTUSAN jeee

HKR112: Muhyiddin pun macam blogger Umno


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajar rakyat berbohong kerana masih mengatakan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari lalu sebagai Himpunan Shamsidar.

“Rakyat tidak hairan jika yang bercakap itu blogger upahan Umno yang tidak takut dosa dan pahala sedangkan Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Umno merangkap Menteri Pelajaran,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Justeru, katanya tidak hairan jika murid sekolah bercakap bohong kerana menterinya seorang pembohong dan lebih memalukan lagi Muhyiddin adalah anak seorang tuan guru.

“Adakah layak seorang menteri terikut-ikut rentak Utusan Malaysia dan akhbar pro Umno yang menamakan Himpunan Shamsidar?

“Apakah otak seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri boleh berbohong walaupun satu dunia sudah maklum ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat, tidak ada kaitan langsung dengan Himpunan Shamsidar?

Nama saja ISLAM.. tetapi perlaksanaan macam YAHUDI..!!

Azrul Azwar: Bank Islam rugi, bank lain untung

KUALA LUMPUR: Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama bank itu sebagai institusi kewangan negara.
Ini kerana ia kelihatan sebagai permainan politik oleh Bank Islam.

Lantas, badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian kepada bank itu dan keuntungan kepada mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin mengambil beliau.

Berikut kenyataan KPRU berhubung isu berkenaan.

Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa tindakan Bank Islam menggantung tugas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, hanya menunjukkan Bank Islam mementingkan kepentingan politiknya berbanding melindungi hak kebebasan bersuara kakitangannya.

Justeru, KPRU menyarankan Bank Islam menyemak semula keputusan menggantung tugas Azrul Azwar dan mengembalikan jawatan dan tugas Azrul Azwar kepadanya.

Azrul Azwar mempunyai pengalaman selama melebihi sepuluh tahun dalam bidang ekonomi. Beliau telah bertugas sebagai penganalisa di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Islamic Financial Services Board (IFSB).

EXCO PKR Kedah suka persembahan "SEKSI"..!!!!

KATAKAN TIDAK PADA EXCO INI

Azizan : Yang Penting BERPAKAIAN SOPAN & TAK MENJOLOK MATA...

Kedah beri 'lampu hijau' acara CNY 1Malaysia
NONEKerajaan Kedah telah memberi lampu hijau untuk program budaya '1Malaysia Tahun Baru Cina 'yang dijadual diadakan pada 15 Februari di Alor Setar.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa pihak penganjur mesti memastikan penghibur berpakaian sopan.

Menurutnya, setiap peserta yang terlibat dengan
persembahan pentas dalam program itu, sama ada lelaki atau perempuan, mesti berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas laporan media bahawa program itu dilarang diadakan jika tidak mematuhi garispanduan kerajaan negeri berhubung persembahan awam.

Menurut pekeliling yang dikeluarkan kepada media oleh Exco Negeri bagi kesihatan, sukan, belia, budaya, seni, warisan dan bioteknologi, Hamdan Mohamed Khalib, garispanduan itu "boleh diubah" mengikut keadaan.

Apa yang lebih penting, katanya, ialah kerajaan Pakatan Rakyat tidak sombong dan tidak takut untuk mengakui kesilapan jika ia berlaku.

Wahai BN.. Jika rakyat tak desak hangpa pakai buat telinga badak je jawabnya..!!!

Akta Perhimpunan Aman hasil desakan rakyat, bukan ihsan BN
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
15 Januari 2013
Mat Sabu: Terima kasih kerana #KL112 aman
Suasana di Stadium Merdeka yang menjadi lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat.
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) yang menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka dengan aman Sabtu lalu menegaskan, penggubalan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 lebih setahun lalu adalah hasil perjuangan panjang yang terpaksa ditempuh rakyat.

Pengarah Himpun Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu berkata, jelas sekali APA 2012 adalah atas desakan dan tuntutan rakyat yang tidak kenal erti penat lelah dan patah semangat dalam memastikan hak kebebasan bersuara di negara ini didengari oleh pemerintah.

"Ia melalui perjuangan rakyat. Bukan kerajaan pemerintah sengaja beri. Untuk mendapatkan perhimpunan ini, ia terpaksa melalui perjuangan yang panjang.

"Dapat akta ini kerana perjuangan rakyat, bukan ihsan daripada pemerintah," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang turut dikenali sebagai #KL112 menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan APA 2012.

#KL112 - Antara Teknik & Tektik media BN/UMNO nak kalih isu berkenaan perhimpunan tersebut



Tahukah anda.. propaganda media pro umno ni di arahkan mengalehkan perhatian..

Contoh :

1 : Nama himpunan kebangkitan rakyat HKR di tukar kepada himpunan Shamsidar

2 : Focus kepada kesalahan2 spt membawa kanak2.. [ siapa tahu yg bawa kanak2 tu ntah2 org yg di upah menyamar] sebab nak alehkan isue tuntutan HKR.

3 : cari sampah sarat.. di sebabkan tak ada isue.. maka sampah2 sarat di focus kononnya nak tunjukkan bahawa pendemo2 tu semua pengotor belaka.. walhal majlis2 anjuran BN tak ada sampah sarat ker? tu contoh 2 benda SAMPAH yg admin nak highlightkan..

Isu Air Selangor - SYABAS kata masalah air tak cukup pulak...pump dia OK jee..!!



Aduhai SYABAS kata AIR TAK CUKUP pulak... pump dia beroperasi dengan baiknya.... Tapi KERAJAAN NEGERI kata AYAQ BELAMBAK dalam EMPANGAN SANA... habih yang mana satu masalah dia sekarang nie...

Jika dikatakan masalah air rawat yg dok kalut dengan LOJI LANGAT 2 seperti TPM kalut UMUM nak buat tuu....

seperti apa yang dikatakan dalam SINAR hari ini nampaknya masing-masing sedang bermain bola dan cuba menjaringkan gol...

Dan harus dingat sekarang RAKYAT DI BAWAH YANG MENJADI MANGSANYA....


Tahniah MB KEDAH..tambah satu lagi dalam enakmen tu.."JANGAN BAWA KANAK-KANAK"

1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina diteruskan jika patuh syarat

15 Januari 2013
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' yang dicadang berlangsung di Star Walk Alor Setar di sini pada 15 Februari boleh diadakan jika semua syarat dipatuhi.
  
Antara syarat yang ditetapkan ialah setiap peserta yang terlibat dengan persembahan pentas pada program itu sama ada lelaki atau perempuan (kanak-kanak dan dewasa) mesti berpakaian sopan dan tidak menjolok mata, katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini.
  
Sebelum ini pada 9 Januari, satu garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian.
  
Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.
   

Kenapa masa saya sekolah dulu zaman 70an, segala-galanya percuma ..??

oleh Watleklok Skit


Wajib Baca.. Orang2 zaman 70an..

Siapa nak tolong bagi jawapan. Kenapa masa saya sekolah dulu zaman 70an, segala-galanya percuma Dari sekolah rendah, menengah dan masuk universiti. Ketika itu KDNK Malaysia pada tahap yang rendah dan operasi Petronas baru bermula. Ketika sekolah rendah dan menengah saya menerima biasiswa. Begitu juga teman-teman saya kecuali yang datang dari keluarga yang berada. Saya dihantar ke luar negeri untuk mengambil ijazah dengan biasiswa BUKAN pinjaman. 

Dua anak saya lahir diluar negeri. Kerajaan negara dimana tempat saya belajar menangung duit susu anak saya setiap bulan sehingga saya tamat belajar. Ketika bersalin, isteri saya yang juga student dimasukkan ke wad kelas 1. Semuanya ditanggung oleh kerajaan tersebut walaupun saya bukan warganegara. Persoalannya, kenapa perkara yang sama tidak berlaku sekarang sedangkan KDNK negara sudah meningkat begitu juga keuntungan Petronas dan dari sumber2 asli yang lain.

#Listen : Senarai duit & projek yang hilang entah kemana zaman kerajaan PR memerintah..!!

Listen! Listen! Listen...!

MANA DEPA MAIN JUTA-JUTA DAH LANIE..DEPA DAH MAIN MILLION MILLION DAH LANIE BAQ HANG..!!!


1. PKFZ = RM12 billion
2. Submarine = RM500 million
3. Simedarby = RM964 million
4. Paya Indah Westland =RM88 million
5. Posmalaysia (transmile) = RM230 million lost
6. Eurocopter deal = RM1 billion waste?
7. Terengganu Stadium Collapsed = RM292 million
8. MRR2 repair cost = RM70 million
9. Maybank Overpay for BII = RM4 billion
10. Tourism -NYY kickback = RM10 million
11. 3 paintings bought by MAS = RM1.5 million
12. Overpayment by Sport Ministry = RM8.4 million
13. London ‘s white elephant sports complex = RM70 million
14. MATRADE repairs = RM120 million
15. Cost of new plane used by PM = RM200 million
16. InventQ irrecoverable debt = RM228 million
17. Compensation for killing crooked bridge = RM257 million
18. Lost in selling Augusta = RM510 million
19. Worth of AP given out in a year = RM1.8 billion
20. Submarines (future Muzium Negara artifacts) = RM4.1 billion
21. PSC Naval dockyard = RM6.75 billion
22. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion = RM3.2 billion in 2008 ringgit
23. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. = RM1.6 billion
24. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia = RM30 billion in the 1990s.
25. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million = RM2.56 billion.
26. Use of public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market = RM10 billion

UMNO Kepanasan - Ramai Ulamak Besar & Kecil sedang mengintai Pakatan Rakyat

Kemasukan interlektual agama - satu lagi kejutan dari PR

ULASAN SEMASA: Kemasukan ulamak – satu lagi letupan.
www.umno-reform2.com sebelum ini telah memaklumkan 5 kejutan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 yang bagi mereka akan menyempurnakan misi mereka ke Putrajaya. Kami telah maklum mengenai pendedahan Deepak Jaikrisna. Kejutan seterusnya adalah kemasukan intelektual agama serta tokoh intelektual pendidik dalam Pakatan Rakyat. Mereka dijangka akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat bagi menguatkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat sudah mula diterima secara keseluruhan.

Dalam pada itu, beberapa tokoh agama akan bertindak agresif berkempen pada saat-saat pembubaran parlimen – sehingga PRU 13 berlaku untuk memberi loncatan kekuatan kepada Pakatan Rakyat. Kami juga dimaklumkan strategi yang di rancang khas untuk memukul gendang – mencanangkan kemasukan mereka akan dilaksanakan bagi mengukuhkan kedudukan mereka.

Surat terbuka untuk "MINAH LISTEN"

#Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin

Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir
Lawak Universiti terpoyo dalam dunia.. hehhee!

"Listen, listen, listen, listen, listen..[99 X]. 

I will answer your questions but animals have problems too. Kucing, anjing, lembu, kambing, ikan, burung, ikan jerung jaws semua pun ada masalah tau."

Harian Metroll

Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.

Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu."

Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?"

Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport."

Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!"

Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh-tumbuhan dan sungai. - wartawan Johan
“Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them.”

- William Faulkner, Intruder in the Dust.
SAYA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk ‘Forum Suara Mahasiswa Part 4’ bertajuk ‘Seiringkah Mahasiswa Berpolitik’ yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013.

Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan ‘ikrar mahasiswa’ untuk ‘menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah’ dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil ijazah sarjana muda dahulu, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari.

Membongkar Fitnah Blogger UMNO di #KL112 - Bendera ISRAEL itu di edit.....!!!


Ini sahabat saya, Ahmad Hafiz Zakaria. Pernah tinggal serumah selama 2 tahun, apa yg dapat saya rumuskan beliau adalah seorang yg berseni, radikal dan lantang bersuara/berkarya. Maka apabila beliau upload gambar memegang bendera Israel BERPANGKAH di Himpunan Rakyat #KL112 semalam, saya tidak hairan kerana itulah Apih yg dikenali.

Namun apabila blog2 pencacai pakat sebar pic beliau dan bendera Israel TANPA PANGKAH, itu ternyata memfitnah dan memberikan tohmahan terang2an melalui skill photoshop picisan. Sila jengah  blog yang buat fitnah tersebut :


P/S: Saya tak join sebarang perhimpunan rakyat, tapi saya juga tidak tengok Buletin Utama. Semalam saya balik jenguk Mak Abah lagi bermakna.


Isu Amanat : Dah mintak live sejam tak bagi.. Bila buat buku mintak di sekat pengedaran dia pulak...

"Minta penjelasan, bila diberi tak dengar"

(Gambar Utusan yang menunjukkan Ustaz Hadi melancarkan bukunya)

KUALA LUMPUR: "Mula-mula minta penjelasan. Bila kita beri penjelasan, tak nak dengar pula," kata Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Politik Presiden PAS.

Dr Samsuri (gambar bawah kanan) mengulas sikap Umno dan para pengikutnya ekoran pelancaran semula buku  buku 'Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta' oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Akhbar Umno, Utusan melaporkan, NGO Umno,  Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Johor meminta Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menyekat kemasukan buku kecil itu ke negeri tempat lahirnya Umno itu kononnya bagi mengelakkan umat Islam terus berpecah-belah disebabkan amanat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perkasa negeri, Saharuddin Kamijan berkata, selain sekatan, mereka yang membeli, menyimpan mahupun mengedar juga perlu dikenakan tindakan berdasarkan kepada undang-undang sedia ada.

Salinan MEMO KSU KDN tentang Naskah Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesi


PEMERINTAH SUKA RAKYATNYA JADI LEMBU - Listen.. Listen.. Listen.. Listen.. Listen..

BABAK 1:



Mohon tonton video ini dahulu, baru anda faham..

Belia masa kini tidak diberi kebebasan bersuara.. Situasi isu semasa yang melibatkan mahasiswa itu sebenarnya sama seperti isu dalam urusan pentadbiran negara.... mereka anggap mereka pandai semua....2+2 jawapannya 5... Jangan cakap 4, buruk padahnya..

Penyokong butthurt di luar sana jangan main hembus komen maki hamum disini, mohon fahami dahulu apa admin ingin sampaikan.. sebab kadang2 kala ada penyokong komen terus maki hamum TANPA MEMAHAMI APA YG CUBA DISAMPAIKAN... Itulah sebab suara dan pandangan kita TAK SAMPAI dan kita dipaksa menerima maki hamum daripada mereka...

Selepas ini marilah pulak KITA menonton VIDEO di bawah ini dan lihatlah bagaimana mereka mempermainkan suara anak mudah untuk berkata-kata dan menyampaikan apa yang terbuku di hati....

Debat cara BN Penakut : NAJIB + MAHATHIR Vs ANWAR..amacam ada berani..??

Najib patut debat, tak berani bawa Dr M sekali

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawan pembangkang dengan cara yang lebih terdidik dan demokratik.

Bagi beliau, dengan pilihan raya yang sudah sangat dekat, Najib patut melawan pembangkang dengan berdepan dengan mereka dalam isu-isu yang dibangkitkan.

Bagi beliau, BN mempunyai pakar-pakar ekonomi, agama dan penerangan yang hebat untuk berlawan dengan Pakatan Rakyat.

"Bila Datuk Seri Anwar sedang memperhalusi semula erti Merdeka di depan 100,000 peserta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat, PM sibuk dengan memberi pelbagai habuan, kali ini di Semenyih," tulis Zaid dalam blognya.

"Apa yang menghairankan saya adalah, kenapa dia tidak bangun dan melawan pembangkang dengan membahaskan isu," kata Zaid.

Garis PANDUAN Persembahan : UMNO & PERKASA diam seribu bahasa...hangpa pun suka tengok 'seksi-seksi' juga kaa..??

Tahun Baru Cina: Teras anggap Soi Lek celaru

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyanggah pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menyifatkan garis panduan kerajaan PAS Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

“Kami berpendapat garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Januari lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian adalah wajar dan tidak  bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu kenyataan.
 
Katanya, amat dangkal dan berbau politik jika soal kesusilaan dan kesopanan dalam majlis awam dilihat sebagai sikap tidak menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak golongan bukan Islam.
Justeru, beliau mempersoalkan apakah Presiden MCA itu sengaja tidak mahu faham bahawa Rukun Negara yang menekankan soal kesusilaan dan kesopanan adalah salah satu asas yang penting yang perlu dipelihara di negara ini.

Katanya, hanya dengan alasan hak golongan bukan Islam MCA menolak peraturan yang berkaitan dengan kesopanan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Kedah adalah sangat sempit dan tidak layak disuarakan dari sebuah parti politik yang sudah begitu lama di negara ini.

160 ribu rakyat Kedah tak bayar cukai tanah dalam anggaran tunggakan RM50juta

Pemilik culas bayar cukai berdepan tindakan
ROSLINDA HASHIM
14 Januari 2013
Muhamad Nor Rofie
Muhamad Nor (kiri) dan Mohd Shahadan pada sidang media di PTG, semalam.
 
ALOR SETAR - Pemilik tanah berstatus kediaman diingatkan jangan culas membayar cukai bagi mengelak tanah dirampas setelah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) melancarkan Ops Tunggak 3 bermula awal bulan ini.

Pengarahnya, Datuk Muhamad Nor Rofie berkata, tunggakan cukai tanah melibatkan hak milik bersyarat kediaman merupakan tertinggi, berbanding tanah komersil dan pembangunan.

“Ops Tunggak 3 akan fokus pada tunggakan tanah kediaman kerana ramai yang tidak tahu ianya perlu dibayar setiap tahun. Ada yang beranggapan setelah cukai pintu dibayar, tidak perlu lagi bayar cukai tanah,” katanya pada sidang media.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian II, Mohd Shahadan Abdullah.

Berdasarkan rekod, sebanyak 160,034 hak milik dikenal pasti mempunyai nilai tunggakan mencecah RM49.9 juta.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...