TERKINI :

Monday, January 14, 2013

UMNO KEDAH semakin pening - Pelajar pergi HKR tak boleh tetapi Ikut PERKASA pergi PEDU boleh..!!

Umno Kedah kesal pelajar sertai Himpunan #KL112


Logo Himpunan Kebangkitan Rakyat
ALOR SETAR - Umno Kedah kesal Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran pembangkang di Kuala Lumpur kelmarin turut disertai sebilangan anak muda yang merupakan penuntut universiti.
  
Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, mereka adalah penuntut beberapa universiti yang sedang dalam musim peperiksaan.
  
"Tindakan mereka menyertai demonstrasi tersebut adalah membuang masa. Sepatutnya mereka mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.
  
"Apa untungnya mereka menyertai demonstrasi berkenaan? Mana yang lebih penting antara berdemo atau belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang?" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
   

Apa punya 'zalim' la kelaku macam nie.. ramal BN KALAH pun kena gantung kerja..!!!

Ramal BN kalah, Ketua Ekonomi Bank Islam digantung tugas

KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."

Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.

"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya  itu, dengan mengatakan  “kami tidak terlibat dengan forum tersebut”.

Macan orang tak tahu kelaku BN - Penaik 60sen lepas tu Umum turun 40sen..

* Baca sampai habis...


Tol l'raya Kesas turun antara 10 sen dan 40 sen


Kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) diturunkan antara 10 sen dan 40 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor hari ini.

Kadar tol untuk Kelas 1 iaitu bagi kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2.

Bagi kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3), Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50).

The Star pulak joint UTUSAN geng dok kena bayaq 'saman'..!!

The Star akan mohon maaf pada Rosli Dahlan

Peguam kanan Rosli Dahlan hari ini bersetuju untuk menarik balik saman fitnah ke atas akhbar milik MCA, The Star yang difailkan pada 2009, berhubung laporan mengenai penahanan dan pendakwaan pada hari sebelum Hari Raya pada 2007.

The Star akan mengeluarkan notis permohonan maaf dalam laporannya esok dan membayar gantirugi kepada tiga organisasi kebajikan yang dipilih Rosli, selain membayar kos.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hasnah Hashim manakala kes yang sepatutnya didengar di hadapan Hakim Hew Siew Keng ditarik balik.

Hakim Hasnah juga memerintah The Star membayar kos kepada Rosli.

Rosli berkata samannya ke atas The Star merupakan antara usaha untuk membersihkan namannya apabila beliau dimalukan dengan penahanan Badan Pencegah Rasuah daripada firma Lee, Hishammuddin Aleen and Gledhill, lima tahun lalu.

Antara Pak Cik Teksi & Apek Kristian - Pengalaman di #KL112

Corat coret HKR #KL112

 
Seorang pemandu teksi berusia awal 50-an yang saya tumpangi dari Stesen Monorel Bukit Nenas untuk ke Central Market pada petang Jumaat 11 Januari 2013 begitu rancak bercerita tentang kebanjiran ramai orang di sekitar Kuala Lumpur hari tersebut. Lumayan sungguh pendapatannya hari ini, dari awal pagi sehingga hampir jam 4.30 petang, kira-kira RM1,000 telah masuk ke poketnya.

Saya hanya memberi komentar ringkas dalam rangka mahu menguji sejauh mana minatnya untuk bercakap tentang himpunan yang bakal berlangsung keesokannya, “Alhamdulillah… syukur atas rezeki kurnian Allah.”

Pak Cik teksi itu bertanya lagi, “Agak-agak esok ada gas tak?” Juga jawapan ringkas saya berikan. “Entahlah Pak Cik, dengar khabarnya himpunan esok mendapat permit polis.”

“Ada permit pun, bukan boleh percaya sangat dengan polis ni! Esok dia buat perangai gila, habisss..” Bebelnya dengan nada penuh kekesalan atas perlakuan dan tindakan polis semasa himpunan-himpunan yang telah lepas.

“Himpunan Bersih yang terakhir baru ni, Pak Cik pun kena gas. Aduh! Pedih sekali…”

Puak UMNO boleh la bagi duit baru datang..tengok kami geng PR..siap bagi DERMA lagi..!!!

Peserta HKR112 sumbang lebih RM280,000

KUALA LUMPUR: Lebih RM280,000 sumbangan wang dikumpulkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Sabtu lalu.

Menurut Pengarah Jawatankuasa HKR, Mohamad Sabu, jumlah tersebut dapat dikumpulkan sejurus beliau mengumumkan dan melancarkan kutipan derma di Stadium Merdeka.

"Maknanya, dalam masa yang singkat, para peserta begitu bermurah hati mengeluarkan wang poket mereka hingga berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak itu," kata beliau, hari ini.

Kutipan derma tersebut meliputi peserta yang berada di dalam stadium dan juga di luar stadium.

Mohamad, yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peserta-peserta yang menghulurkan sumbangan pada program bersejarah itu.

"Mereka bukan sahaja sanggup datang dari seluruh pelusuk negara, sanggup berjemur berpanas, tidur di masjid, dan bersantai di tepi jalanan, mereka juga sanggup mengeluarkan wang mereka untuk memberikan sumbangan," kata beliau.

Sebelum itu, Mohamad menafikan dakwaan yang mengatakan peserta hari itu dibayar RM150 seorang untuk hadir ke program tersebut.

Kronologi ISU Nama ALLAH - PIMPINAN PAS tak pernah bercanggah.. cuma nak bagi gelong Media UMNO BN sahaja..!!!

Kronologi isu nama Allah: PAS tidak bercanggah

KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS tidak bercanggah dalam isu penggunaan nama Allah kerana ia semacam telah disepakati sejak isu ini berbangkit semula menjelang Krismas tahun 2012 iaitu pada 25 Disember 2012.

Mereka jelas bersetuju, Islam tidak boleh menghalang penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam tetapi mereka tidak bersetuju nama Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu sebagaimana dicadangkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Namun begitu, ia banyak dikelirukan oleh laporan yang kurang tepat selepas ia dibincang dengan meluas dalam media.

Berikut adalah sebahagian dari kronologi bagaimana isu ini dibincangkan dan berkembang.

1) 24 Disember: Menjelang Krismas 2012, Lim Guan Eng dalam ucapannya mencadangkan agar Bible terjemahan Bahasa Malaysia dibenarkan untuk menggunakan nama Allah.

Namun, Setiausaha Politik beliau, Zairil Khir Johari menjelaskan, yang dimaksudkan oleh Lim Guan Eng adalah untuk penggunaan Bible di Sabah dan Sarawak kerana ia telah lama digunakan di sana.

2) Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS dalam Sinar Harian tidak bersetuju nama Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu kerana ia akan kelirukan umat Islam.

3) Dr Rani Othman, Pesuruhjaya PAS Selangor juga tidak bersetuju Bible Bahasa Melayu gunakan nama Allah. Kenyataan ini disiarkan oleh Sinar Harian.

4) 26 Disember: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS dalam kenyataan bertulisnya menegaskan nama Allah tidak tepat digunakan dalam Bible Bahasa Melayu kerana terjemahannya dari God sepatutnya Tuhan bukannya Allah. Bagaimanapun dia setuju Allah boleh digunakan Kristian dalam amalan ibadat dan gereja mereka.

ISU PAKAI PAKIAN SOPAN & TAK JOLOK MATA - GERAKAN & MCA sudah..Kini PKR pulak.. DAP bila lagi..

Nak mencelah sikit sahaja bab GARIS PANDUAN KERAJAAN NEGERI KEDAH yang dibisingkan sehari dua nie... CUBA tengok balik dalam RUKUN NEGARA bab no. 5 iaitu KESOPANAN & KESUSILAAN... nampaknya dari apa yg dilihat berdasarkan wakil mereka dari 3 parti ini tidak termasuk DAP sebab suara bantahan mereka tak dengar lagik...iaitu masyarakat CINA nie merupakan MASYARAKAT YANG SUKA BERPAKAIAN SEKSI, TERDEDAH SANA TERDEDAH SINI, TERBENJOL SANA TERBENJOL SINI, COLI SANA COLI SINI.....macam itukaa..??


Exco PKR pertikai garis panduan persembahan

Seorang anggota exco Kedah mempertikaikan garis panduan oleh kerajaan negeri berhubung sambutan Tahun Baru Cina yang antara lainnya menggariskan cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat agar bersopan dan tidak menjolok mata,

Pengerusi jawatankuasa alam sekitar, hal ehwal masyarakat Cina dan pengangkutan Tan Chow Kang daripada PKR berkata garis panduan yang dikuatkuasa ke atas orang Islam sejak 2008, tidak sepatutnya diperluas kepada orang bukan Islam.

HKR #KL112 - Bermula Kebangkitan Bangsa Melayu Menolak UMNO


Sesungguhnya perhimppunan kebangkitan rakyat semalam adalah satu kejayaan. Dianggarkan hampir 300 ribu rakyat Malaysia telah turun ke Stadium Merdeka tanpa dibayar dan dipaksa mahupun diumpan dgn beras semata-mata mahu menunjukkan kebencian dan betapa meluatnya mereka kepada pemerintahan UMNO dan Barisan Najis.

Yang lebih membanggakan adalah 70% yang hadir itu adalah dari bangsa Melayu/ISlam kerana pada pusingan kali ini, orang2 Cina dan India tidak berapa ramai turun. Ini kerana perhimpunan kali ini adalah anjuran parti2 politik dan bukannya anjuran NGO seperti BERSIH 2 dan 3.

Namun, itu tidak bermakna orang2 CIna telah kembali kepada UMNO. Mengikut kajian2 saintifik yang terbaru, sokongan orang Cina kepada BN hanyalah di tahap 20% atau lebih sikit.

Ini dia pekeliling kerajaan Malaysia bab bibble boleh guna bahasa Malaysia


Sokongan India Merosot, Melayu Meningkat manakala Cina tatap maintain..!!!


Dakwaan presiden MIC, G Palanivel bahawa sokongan masyarakat India terhadap Pakatan Rakyat merosot memang tidak boleh dinafikan. Ukuran terbaru sokongan masyarakat India ialah kepada Himpunan Kebangkiran Rakyat (HKR) Sabtu lalu. Ternyata sekali bilangan masyarakat India begitu kurang.
Perhatikan berapa orang India dalam kelompok ini.
Saya membuat hitungan rambang mengenai perkara ini dengan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memerhati orang ramai yang berjalan di sebatang jalan menuju ke stadium merdeka pada tengah hari itu. Dalam perhatian saya setiap kelompok yang dipurata sebanyak 10 orang, ianya terdiri dari lima Melayu empat Cina dan satu India - 5 Melayu 4 China 1 India.

Dengan permerhatian ini boleh dianggarkan komposisi mereka yang hadir pada himpunan itu terdiri dari 50% Melayu, 40% peratus Cina dan 1% India serta ethnik lain. Kalau diterjemahkan ke dalam angka 50,000 Melayu, 40,000 Cina dan 10,000 India.

Dikira dari usia pula kira-kira 65% terdiri dari orang mudah yang berusia di bawah 40 tahun ke bawah, manakala selebihnya berusia 40 tahun ke atas sampai 76.

Dari pemerhatian itu juga jumlah dari segi jantina pula didapati 55% lelaki dan 45% peratus perempuan.

Isu kalimah ALLAH - BUKTI : UMNO punca segalanya...


HKR #KL112 - Antara surat habaq yang boleh pakai dan tak boleh..anda nilaikanlah..!!!

Himpunan 12 Jan: Akhbar tonjol sikap berbeza

kl112 coverage 130112 nstHimpunan Kebangkitan Rakyat yang menarik penyertaan 100,000 orang di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya semalam merupakan perhimpunan paling besar anjuran pembangkang sejak beberapa lama.
Berbeza dengan perhimpunan besar yang dihalang polis sebelum ini, ia juga merupakan perhimpunan pertama yang berlangsung dengan aman dan lancar.

Ia secara umumnya dilaporkan secara negatif oleh akhbar pro-kerajaan berbahasa Inggeris dan Melayu namun akhbar harian berbahasa Cina memberi laporan yang positif.

Akhbar New Sunday Times melaporkan perhimpunan itu di muka depan dengan tajuk "Memang tak bertanggungjawab" (Simply irresponsible) dan turut menampilkan gambar yang tak berkaitan.

Gambar yang ditonjolkan di ruang paling atas menunjukkan seorang wanita mengintai dari celah pintau kedai – kemungkinan menunjukkan bahawa beliau memandang kumpulan peserta perhimpunan.

Gambar kedua pula menunjukkan sampah yang bertaburan di atas jalan manakala gambar ketiga menunjukkan kanak-kanak berbaju-T kuning terlelap di atas basikal.

Tiada gambar yang menunjukkan suasana perhimpunan di muka depan.

HKR #KL112 - Eishh POLITWEET nie..mana ada sampai 150K..cuma 24,563 orang sahaja..!!

PoliTweet ramal 150,000 sertai perhimpunan semalam


Rakyat mengisi Stadium Merdeka semasa Himpunan Kebangkitan 
Rakyat 12 Januari 2012. — Gambar Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 13 Jan — Jumlah peserta yang menyertai perhimpunan “Himpunan Kebangkitan Rakyat” anjuran pembangkang semalam di Stadium Merdeka mungkin mencecah 150,000, menurut badan kajian bebas online PoliTweet.org hari ini selepas penyelidikan awal mereka. 
PoliTweet.org yang menjejak penggunaan laman sosial media dalam lapangan politik di Malaysia menulis dilaman Facebook mereka anggaran tersebut dibuat berdasarkan gambar dalam perhimpunan oleh media dan yang dikongsi oleh online netizens.

Laporan mereka menyatakan berdasarkan bukti visual daripada gambar, peserta yang hadir meliputi hampir 40,000 meter persegi dalam stadium (tidak termasuk yang berdiri ditangga) dan dikawasan sekeliling luar lokasi perhimpunan.

Rakyat Sengsara Jika Kekalkan BN ....

Oleh Shahbudin Husin

Ketika ini jumlah kehadiran rakyat berbilang kaum di HKR112 di Stadium Merdeka semalam masih menjadi pertikaian. Polis mengatakan jumlahnya cuma 45 ribu orang manakala ada media arus perdana mengatakan hanya 15 ribu orang yang hadir. Hishammuddin Rais pula menganggarkan kehadiran tidak kurang 500 ribu manakala pakar matematik daripada UKM, Prof Dr Shahrir Md Zain pula menganggarkan kehadiran seramai 700 ribu orang.

Angka 500 ribu orang oleh Hishammuddin adalah berdasarkan kehadiran di dalam dan di luar stadium manakala Dr Shahrir pula berhujah bahawa jika orangramai dikumpulkan sebarisan 20 orang dengan panjangnya 1 kilometer, jumlahnya ialah 100 ribu. Oleh kerana terdapat tujuh kumpulan rakyat yang berkumpul menuju Stadium Merdeka semalam dengan masing-masing sepanjang kira-kira 1 kilometer, maka jumlahnya tidak kurang 700 ribu orang.

Bagaimanapun, di mana pihak polis dan media arus perdana mendapat angka 45 ribu dan 15 ribu itu tidaklah pula diketahui.

Tetapi kehanyakan media bebas dan orangramai sama ada yang hadir atau dapat melihat gambar-gambar perhimpunan itu, mengakui bahawa di dalam stadium saja ada lebih 100 ribu dan jika diambil kira mereka yang berada di luar stadium yang juga melimpah jumlahnya, angka 500 ribu hingga 700 adalah logik untuk diterima oleh akal yang waras.

Apa pun angka kehadiran yang dipertikaikan, yang lebih penting ialah himpunan kali ini menunjukkan semangat dan kesatuan rakyat untuk mengubah kerajaan nampaknya begitu jitu dan padu. Ini adalah perhimpunan rakyat terbesar dalam sejarah negara.

Oi PERKASA inilah salah satu sebab kawasan hutan di PEDU itu di cerahkan...!!!

Optimis Kedah jadi negeri pengeluar makanan utama 

KOTA SARANG SEMUT – Kerajaan negeri optimis menjadikan Kedah sebagai negeri pengeluar makanan sebagaimana yang telah diputuskan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam mesyuarat NCIA bahawa Kedah adalah negeri pembekal makanan Malaysia.

Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, menjelaskan, setakat ini Kedah adalah penyumbang terbesar beras negara dan selebihnya diimport dari Thailand, Filipina dan Indonesia.

“Satu ribu ekar tanah di Charuk Genting Bunga, Pedu kita jadikan ladang buah-buahan. Semua jenis buah-buahan akan kita tanam di sana, dan ianya bukan sahaja menjadi ladang untuk mendapatkan hasil malah untuk dijadikan ladang pelancongan,“  kata beliau lagi.

HKR #KL112 - Akhirnya RAIS mengeluarkan kira beliau..

INI DIA ....MENTERI PALING BODOH DALAM MALAYSIA.....macam ni upsr pun tak lulus!!!



Akhirnya RAIS dah keluarkan dia punya pengiraan..nampaknya pengiraan RAIS pun masik tak tepat lagik sebab kali nie dia main pukul RATA...iaitu bawak 50K..bawah tu dah betul dah cuma tak beri figure yang tepat... nie kami nak habaq yang tepatnya ialah ialah 24,563 orang sahaja.. tak caya cuba tanya TUKAR TIUB

JIM POLARE

HKR #KL112, BN tak takut hadapi PRU...inilah buktinya.!!!

oleh Taufik

Kerajaan Barisan Nasional dan komponen parti sepatutnya berasa lega. Kerana perhimpunan pembangkang kali ini gagal.

Oleh kerana itulah media BN tidak perlu bersusah payah menyiarkan berita-berita yang terpesong dari fakta dan kompas kebenaran seperti apa yang sebenarnya berlaku di Stadium Merdeka. Mereka tidak lagi perlu mencipta angka yang merapu-rapu habuan untuk menyedapkan hati penyokong mereka.

Oleh kerana “kegagalan” himpunan ini terlalu ketara, BN langsung tidak perlu mengadakan “himpunan” diversion untuk cover malu dan tebal muka kerana kehadiran peserta HKR amatlah sedikit. Hinggakan budak pra-sekolah pun boleh mengira dengan tepat jumlah kehadirannya.

Begitu juga dengan para penyokong sejati BN. Mereka tidak lagi perlu mempertahankan maruah mereka yang sememangnya tidak tercalar dengan jumlah angka kehadiran di himpunan HKR ini. Malahan ramai pengikut pembangkang terpaksa memencilkan diri kerana risau diri mereka mendapat malu. 

Akhirnya MADRASAH SALIHIAH dan PEJABAT TAKAFUL IKHLAS berjaya dirobohkan

Operasi roboh madrasah
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
11 Januari 2013
Operasi roboh madrasah
SEBELUM... Kerja-kerja menanggalkan cermin dimulakan sejak 
tiga hari lalu sebelum operasi meroboh dimulakan.
 
Operasi roboh madrasah
SELEPAS... Keadaan tapak Madrasah Salihiah selepas selesai 
dirobohkan lewat petang kelmarin
 
ALOR SETAR – Kerja-kerja meroboh bangunan Madrasah Salihiah, di sini telah mula dilaksanakan sejak kelmarin selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah dan bersetuju menerima lot tanah baru menggantikan tapak tanah wakaf berkenaan oleh kerajaan negeri.

Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Abdul Ghani Ahmad berkata, pihaknya bersyukur kes Madrasah Salihiah yang menimbulkan kontroversi sejak setahun lalu akhirnya menemui jalan penyelesaian.

Katanya, beliau juga bersyukur kepada Allah kerana hasrat kerajaan negeri untuk membina surau yang lebih baik di tapak Kompleks Perniagaan Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai sejak 32 tahun yang lalu akhirnya berjaya.

Kalimah Allah Tidak Boleh Diterjemah Ke Dalam Mana-Mana Bahasa - Majlis Syura PAS

Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas. TAKBIR!
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

HKR #KL112 - Catatan kenangan bersama pejuangan Tuan Guru Hj Salleh Musa

HKL 112 catatan kenangan bersama pejuangan Tuan Guru Hj Salleh Musa dan komen Tuan Guru Hj Salleh


Alhamdulillah Tuan Guru Hj Salleh Musa tiba di Pondok Ar Rahmaniah jam 2.30 pagi semalam .

Setelah selesai menyertai HKR 112 Tuan Guru bersama sama rombongan bertolak dari Hotel Zon KLCC ke Bukit Setonsa Selangor bagi memenuhi hajat Ajk masjid supaya Tuan Guru hadir sebentar di Masjid mereka untuk memberi tazkirah serta mendekati masyarakat setempat dengan ulama , walaupun keletihan Tuan Guru tetap mampu memenuhi hajat mereka.

Tuan Guru Hj Salleh Musa berusia 85 tahun tetapi sangat semangat berjuang . Setelah selesai kuliah jumaat kami rombogan Tuan Guru bertolak ke KL jam 6 petang (11.1.2013), Alhamdulillah sampai jam 1 pagi dan terus ke Hotel Zon berhadapan KLCC.

Kemudian setelah solat subuh( 12.1.2013) Tuan Guru Rehat sebentar . Jam 8 pagi setelah sarapan pagi ramai murid Tuan Guru datang ziarah Tuan Guru di Hotel  .

Kami begerak dari Hitel Zon ke Masjid Negara jam 12 tengahari. Apabila sampai di Masjid Negara tidak sampai 20 minit maka azan berkumandang .Kami solat Zohor berjemaah ,setelah selesai solat Zohor Tuan Guru Hj Salleh pimpin Munajat Kas HKR 112.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...