TERKINI :

Sunday, January 13, 2013

#KL112 - Bukti bergambar bahawa memang "STADIUM MERDEKA" tidak penoh...!!!


Inilah bezanya antara Himpunan PR & UmnoBN..!!



Saya masih mahu menulis tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam kerana kejayaannya menarik sejuta rakyat untuk berkumpul di dalam dan di luar Stadium bersejarah itu.
Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan kepada sahabat saya Hj Mohamad Sabu kerana berjaya mengetuai jawatankuasa yang telah berjaya menyempurnakan himpunan itu dengan begitu berjaya dalam sejarah politik negara.
Tidak juga lengkap jika kita tidak mengucapkan syabas kepada pihak Polis yang telah menjaga keselamatan perhimpunan itu. Keadaan aman ini juga telah membuktikan yang menjaga perhimpunan dengan jujur adalah baik dan menjauhi dari melakukan provokasi seperti yang dilakukan pada perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu adalah perkara terpuji dan ia sedikit sebanyak memperbaiki imej PDRM dari kaca mata rakyat bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga baik dari segi pandangan masyarakat antarabangsa. .

Saya juga mengucapkan syabas kepada PAS kerana mempunyai unit amal yang sangat berkesan untuk menjaga keselamatan peserta perhimpunan kerana memang di ketahui umum. PAS adalah parti yang begitu berpengalaman yang telah membentuk dan membina unit amalnya yang berkerja dengan jujur dan ikhlas untuk mempastikan perjalanan apa-apa program parti itu berlaku dengan lancar.

[GEMPAR] PRESIDEN MCA terbukti gila tengok orang berpakaian "SEKSI"

MCA: Garis panduan sambut Tahun Baru Cina di Kedah gugat hak bukan Islam

13 Januari 2013
   
IPOH - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan garis panduan kerajaan Pas Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata, garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Januari lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian, dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, MCA berpendapat isu tersebut bukan sesuatu yang remeh kerana ia berkaitan dengan sikap menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak golongan bukan Islam.

#KL112 - Laa banyak nie jee patut laa TV3 kata 40K...!!!

http://cikgupj.blogspot.com, 12 Jan 2013  







Kategori Macamana yang boleh bawa anak kecil..macam Jom Heboh, Macam Program Najib bagi Beras semalam..!!!!

'Mengapa ada kanak-kanak di himpunan Najib?

Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyelar kerajaan kerana bertindak dwistandard dengan membenarkan anak kecil dan siswa hadir ke satu program bersama perdana menteri semalam, tetapi menghalang golongan berkenaan hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

Setiausaha agung Mipas S Barathidasan berkata acara perdana menteri di Semenyih semalam disertai kanak-kanak dan golongan pelajar.

Namun, polis mengumumkan untuk menyiasat penganjur berhubung kehadiran kanak-kanak di perhimpunan dihadiri 100,000 orang di stadium bersejarah itu semalam.

Beberapa universiti turut mengeluarkan larangan kepada siswa supaya tidak hadir ke perhimpunan di Kuala Lumpur itu.

“Mipas mempersoalkan kenyataan menteri pengajian tinggi yang tidak menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan ini.

Perhimpunan KL112 jadikan PRU13 pertempuran lebih menarik


KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur semalam menghidupkan semula impian Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya dari Barisan Nasional (BN) yang menggunakan gabungan dasar dan pemberian untuk menggembalikan sokongan, kata penganalisis politik.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider kemampuan PR untuk menghimpunkan sehingga 100,000 bagi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan kepentingan orang ramai dalam isu-isu diperjuangkan akan menjadikan pilihan raya umum (PRU) pertempuran hebat untuk kedua-dua gabungan.

PR menganggarkan hampir 500,000 hadirin pada perhimpunan di Stadium Merdeka yang ikonik itu tetapi polis berkata paling ramai 45,000 orang.

Videographer David Lim berkata perhimpunan kali ini berjaya. – Gambar-gambar oleh Boo Su-Lyn
“Tidak kira apa angka sebenar hadirin, gambar dari udara daripada peristiwa itu menunjukkan peserta yang sangat ramai, mencerminkan keupayaan pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk menggerakkan orang ramai,” kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre.

HKR: UBN Perlu Lawan Dengan Himpunan Raksasa

oleh MSO

ANALISA                                                                                                                               

Kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) semalammembawa pengertian berlainan kepada Pakatan Rakyat dan UBN. Bagi Pakatan ia memberi makna besar dan pakatan itu wajar merasa merasa gembira kerana ia berjaya menutup beberapa isu yang disondorkan ke atas mereka ke belakangan ini.
Anwar keliling stadium sambil lambai tangan kepada hadirin.
Pastinya himpunan berkapastiti setengah juta itu menjadi benteng mengukuhkan halangan dari diserangan UBN ke atas mereka. Secara tidak langsung gah himpunan itu yang bergema ke seluruh negara malahan di santero dunia menyebabkan isu-isu yang digunakan UBN untuk menyerang PR rakyat tenggelam begitu saja.

Berlainan dengan pihak UBN, himpunan itu membuat UBN khasnya Umno "kenalin" sampai berlaga gigi atas dengan gigih bawah terpaksa mencari tektik dan juga peluru baru untuk diserang kepada Pakatan Rakyat. Segala tuba dan racun yang dihembur ke dalam minda rakyat hari hari ini, menjadi tawar dan 'dawas' dengan himpunan semalam. Himpunan semalam juga boleh disifatkan hujan sehari yang melanda kemarau setahun.

Mulai sore semalam membawa kepada hari ini, esok dan rapat ke pilihan raya orang ramai akan bercakap mengenai kejayaan himpunan berkenaan. Orang akan melihat akan keseriusan dan nekad rakyat bangkit untuk menumbangkan UBN. Ia akan menjadi momentum cukup power dan bersakti untuk rakyat membuat tindakan dalam pilihan raya kelak.

Apa hinanya kaum INDIA ini sampai nak dapat BERAS FREE kena pakai BAJU BN dan cara bagi pulak taboq atas lori jee..!!!




HIMPUNAN ROSMAH AMINAH BERSAMA NAJIB TUN RAZAK DISEMENYIH BERTUKAR MENJADI HIMPUNAN REBUT BERAS SEKAMPIT!!!!!!!

RAKYAT BERSAMA NAJIB RAZAK DIDATARAN TESCO, BANDAR RINCHING, SEMENYIH, SELANGOR DARUL EHSAN. JAM 9.30 PAGI 12HB JANUARI 2013.

Rakyat diangkut dengan bas dari merata tempat di negeri Selangor..Majoriti yang hadir ialah warga kaum India..

Pada majlis tersebut bungkusan berisi sekampit beras, gula, tepong dan tidbits telah diagih-agihkan.

Difahamkan 2 buah treler panjang berisi penuh dengan bungkusan digunakan.

Suasana menjadi kelam kabut kerana para hadirin berebut-berebut sehingga ada yang pengsan.

#KL112 - Mana hilangnya Shamsider yang selalu di ulang sebut TV3 & Utusan..???

King Jason


Ok.. tv3 jelas kata Himpunan Shamsidar ..gua tak salahkan tv3 dan Utusan sebab skripnya di sediakan oleh unit2 cawangan khas umno di bahagian penerbit berita tv3 serta Utusan.

kuiz hari ini untuk peminat tv3 dan Utusan yg korang sayang2 tuh..

TUNJUKKAN GAMBAR2.BANNER2... OR APA SAHAJA NAMA SHAMSIDER.. OR..RATUS RIBU YG HADIR TU BAWAK SOMETING BERKAITAN SHAMSIDAR..ada?

Ada tak? kalau ya himpunan tu himpunan si Shamsidar.. Si empunya diri iaitu Shamsidar bini Azmin tu pun mesti ada sama sebab tukan himpunan dia kan? ada tak bukti dia hadir kat situ? ada?

#KL112 - Antara SUREHEBOH & HARI KEBANGKITAN RAKYAT

 

Kalau SURE HEBOH bawa anak -anak tak jadi kesalahan, sebab boleh didik anak jadi artis..atau penyayi dimasa depan....Tapi kalau bawa anak-anak mai perhimpunan macam ni.. mak bapak di persalahkan kerana mendidik anak-anak memahami erti politik negaranya supaya menentang pemimpin2 yang kurup, tipu dan rasuah n tak ada demokrasi.

Jawatankuasa HKR112 mengesahkan kehadiran sekitar 24,653 untuk perhimpunan semalam..!!!

NOTA:
jawatan kuasa himpunan 
menerangkan disini
sila jangan fitnah hkr112
sila jangan tohmah kami

jawatan kuasa ini
sedang berbincang dengan pihak peguam
untuk melihat  apakah tindakan
mahkamah yang dapat diambil
kepada fitnah fitnah yang sedang disebarkan

terakhir ialah akhbar sinar harian
yang memaparkan gambar

disini kami nyatakan
ini gambar fitnah

#KL112 - Antara Koleksi Gambar Amoi Cun yang berada di himpunan semalam..

KL112 - Gambar Amoi-amoi cun sekitar Kuala Lumpur semalam.... phewitttt!

Pelbagai kenangan manis dirakam di sekitar Kuala Lumpur semalam. Perhimpunan yang julung-julung kalinya diadakan tanpa gangguan daripada pihak polis mahupun seteru politik itu berakhir dengan penuh keceriaan.

Berikut dipaparkan beberapa gambar menarik di Stadium Merdeka, sekitar Kuala Lumpur dan Sabah.

DAN PALING BERSEJARAH TENTUNYA GAMBAR INI

Orang Asal juga turut serta menandakan mereka juga mahukan perubahan dan tidak mahu dizalimi lagi
Sori bro, gambar amoi cun ada dua orang sahaja... wakaka

Amoi Paling Cun.. Gua tak jumpa. kalau jumpa nak gak bergambar dengan dia

Pemimpin tanpa protokol... selamber jerrr.

[VIDEO] Himpunan Kebangkitan Rakyat- Situasi Pagi & Petang



Suasana di beberapa kawasan sekitar KUALA LUMPUR

PRU13: Anwar rayu rakyat beri PR peluang

Wartawan Sinar Harian
13 Januari 2013
KL112
Peserta KL112 bersemangat ketika mendengar ucapan Anwar.
 
[VIDEO KLIP] KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) merayu kepada rakyat supaya memberi peluang untuk mentadbir negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keupayaan PR sudah mampu memikat rakyat dengan menjanjikan beberapa perkara khasnya demi kepentingan rakyat.

Menurutnya, dengan keadaan negara hari ini yang semakin kucar-kacir kerana rasuah, kronisme dan banyak lagi, rakyat perlu memberikan mandat kepada mereka.

"Siapa tidak tahu pelaksanaan AES dirompak, wang lembu dirompak dan macam-macam lagi.

"PR berjanji akan merubah sistem yang kolot dalam negara kita," katanya ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Stadium Merdeka di sini, semalam.

Anwar yang dilihat mengulangi ucapannya sebelum ini memberi jaminan akan menurunkan harga minyak, pemansuhan AES, tol serta memberikan pendidikan percuma.

"Saya ingin menegaskan, PR tidak mampu untuk menjanjikan banyak perkara, tapi saha tahu hala tuju kita.

"Ikrar kami dengan setulus hati, dengan kerajaan baru nanti, tidak akan berlaku rompakan duit rakyat," katanya.

PENGANJUR #KL112 : Terima Kasih Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR -Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan himpunan hari ini.

Mohamad berkata, himpunan itu yang turut dikenali dengan nama "#KL112" adalah rentetan daripada himpunan sebelum ini yang dibawakan oleh parti-parti dibawah Pakatan Rakyat.

"Terima kasih saya ucapkan kepada parti PR, Parti Sosialis Malaysia, semua NGO-NGO yang bertungkus lumus menjayakan HKR112.

"Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kerana mengizinkan kita berhimpun hari ini, dari perundingan dan pertemuan, mereka PDRM bekerjasama menjayakan majlis ini serta terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Dan lebih utama adalah tuan-tuan dan puan-puan yang menyertai HKR112 ini," katanya ketika berucap di hadapan 50,000 di Stadium Merdeka, hari ini.

#KL112 - TAHNIAH kami ucapkan untuk semua.... Masa untuk berubah sudah tiba...

KUALA LUMPUR -Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua.


Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.

Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilangan peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang.

Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3.0.

Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang, nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...