TERKINI :

Friday, January 11, 2013

#KL112 tunggu kami datang...!!!!


#KL112 : UKM kata HARAM tapi RAIS kata KERAJAAN BAGI KEBENARAN... benda simple camnie pon hangpa tak boleh faham...!!!


Akhirnya orang Umno terima ‘Amanat’ - TG Hadi

Khairul Azalam Mohamad, 11 Jan 2013

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan petikan dari ucapannya yang dinamakan ‘Amanat’ oleh pihak tertentu dan akhirnya diterima juga oleh orang Umno.

Dalilnya, kata Ustaz Abdul Hadi, di kalangan pemimpin dan menteri Umno kini tidak lagi menghina hukum Islam serta menerima politik dalam Islam.

“Alhamdulillah, orang Umno terima (amanat) dan dalilnya mereka tidak lagi menghina hukum Islam. Itu respon saya, cuma jangan degillah tak mengaku salah. Tahun 60-an, 70-an (waktu) itu masih ramai yang hina hukum Islam.

“Sekarang ini tidak ada lagi di kalangan orang Umno yang mengatakan ‘politik suku, agama suku’…dah tak ada lagi kata macam itu. Mereka pun sudah terima dan percaya politik ada dalam Islam..cukuplah dulu, respon (tindak balas) ada," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pelancaran Buku Amanat Haji Haji- Antara Fitnah & Fakta di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Eishh Pengarah RELA nie awat bengap sangat itu PERHIMPUNAN YG di iktiraf oleh KERAJAAN MALAYSIA habih apa masalahnya..??

Pengarah Rela: Kad ahli ditarik, elaun dihentikan jika sertai perhimpunan esok

11 Januari 2013

MELAKA - Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan menarik balik kad keahlian dan menghentikan elaun terhadap mana-mana anggotanya yang dianggarkan lebih daripada tiga juta orang sekiranya mereka menyertai perhimpunan yang didalangi pembangkang di Kuala Lumpur esok.

Ketua pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata tindakan tegas itu wajar dilaksanakan ekoran perhimpunan tersebut adalah bertentangan dengan misi Rela dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.

"Rela walaupun tidak terlibat secara langsung dalam menjaga keamanan dan keselamatan perhimpunan esok, namun kira-kira 3,000 anggotanya dari Selangor dan Wilayah Persekutuan sedia diturunkan sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela ke-41 Tahun di Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan Sungai Udang di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapan perasmian sambutan majlis tersebut, beliau berkata lima strategi utama dirangka bagi memperkasa dan memartabatkan pasukan sukarelawan itu pada tahun ini.

RAIS YATIM akui Perhimpunan di Std MERDEKA adalah SAH & TAK HARAM..!!!

Rais: Benar perhimpunan di Stadium Merdeka bukti kerajaan bertimbang rasa

11 Januari 2013
Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
 
KUALA KLAWANG - Kesediaan kerajaan memenuhi permintaan pembangkang yang tetap mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cukup bertimbang rasa.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata walaupun kerajaan mencadangkan perhimpunan diadakan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, namun akur dengan kehendak penganjur mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka di ibu negara esok.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Antara syarat di bawah akta itu ialah tidak harus 'memporakperandakan' lalu lintas, tidak menjejaskan para peniaga, pengangkutan dan menjamin suasana muhibah semasa mereka menjalankan perarakan atau  mengeluarkan ucapan," katanya pada majlis mesra anggota polis dan Rela Parlimen Jelebu sempena pertandingan kemahiran menembak 2013 di lapang sasar Titi dekat sini, hari ini.

Menggulung Panji Kemenangan Esok

Himpunan akhir menjelang pilihan raya umum ke-13, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tetap akan diadakan di stadium Merdeka lokasi awal yang ditetapkan. Walaupun ada cadangan daripada polis Kuala Lumpur agar ia dipindah ke stadium Nasional Bukit Jalil, kononnya untuk memudahkan manusia dimobilis namun pihak penganjur tetap mahu meneruskan himpunan itu di stadium Merdeka.
Foto Bersih 3: Moga keadaan ini tidak kelihatan esok.
Cadangan itu semacam suatu perangkap?

Alasan yang diberikan, kerana persiapan telah dibuat di stadium Merdeka. Semua persiapan pentas dan layar besar untuk 'menampung tonton' peserta yang dijangka melimpah tidak dapat masuk ke dalam sudah dipunggah ke stadium berkenaan. Lagi pun stadium itu ada signifiken tersendiri terhadap himpunan berkenaan. Sekiranya selapas pilihan raya nanti UBN 'syahid' dan Pakatan Rakyat mengambil alih kekuasaan, ia akan dicatat; himpunan sejarah yang menjatuhkan kerajaan UBN dan meruntuhkan hegomeni Umno klimeksnya di situ - stadium Merdeka.

Stadium merdeka itu juga akan menambah satu lagi bahan koleksi momentum kemerdekaan negara ini.

Apa yang harus difahami HKR adalah himpunan bukan saja menuntut lapan perkara berkaitan dengan pilihan raya dan demokrasi dilaksanakan seperti mana dideklarasikan oleh Bersih. Tetapi ia membawa makna lebih besar dari itu. Maksud dan mesej lebih jauh dari itu untuk mendapat kemerdekaan negara dan rakyat lebih bererti lagi. Kemerdekaan bagi mebebaskan rakyat dari ketidakadilan, penindasan dan kezaliman ciptaan UBN.

Pas menang isu fitnah dengan gantirugi sebanyak RM100,000

ROSDALILAH ZAHARI
11 Januari 2013
Nor Azli
Nor Azli (empat, kiri) bersama peguam (tiga, kiri) dan penyokongnya melaungkan takbir selepas keputusan kes fitnah berpihak kepadanya di mahkamah sesyen, semalam.
 
IPOH - Mahkamah Sesyen di sini, semalam mengarahkan bekas Ketua Penerangan PKR Perak, Fauzi Muda membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011.

Hakim Roslan Abu Bakar turut mengarahkan Fauzi membayar kos tetap sebanyak RM10,000 kepada Nor Azli Musa yang diwakili peguam Aminuddin Zulkifli dan Amirul Fairuzin.

Dalam penghakimannya, Roslan berkata, artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 bertajuk ‘Nor Azli Perlu Cermin Diri - Fauzi Muda’ adalah dengan jelas memfitnah terhadap plaintif.

Artikel tersebut, Fauzi mendakwa bekas Ketua Pemuda Pas Perak itu ialah antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi jutawan segera semasa tempoh 11 bulan pembangkang berkuasa di Perak dan perkara itu sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 11 Februari 2011.

Lingkup duit KWSP & KWAP sebanyak RM75juta dek penangan saham FGV

KWSP, KWAP rugi RM75 juta beli saham FGV

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) didakwa mengalami kerugian atas kertas yang dianggar RM75 juta ekoran pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata jumlah itu masing-masing RM40 juta bagi KWSP dan RM35 juta KWAP.

Katanya, kerugian itu adalah daripada jumlah keseluruhan pembelian saham oleh kedua-dua badan itu dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 iaitu kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP.

Menurut Wong, seawal 9 Ogos 2012 hingga 4 Januari 2013, pandangan majoriti pengalisis saham terhadap saham FGVH menjadi negatif dan harga sahamnya jatuh mendadak.

“(Namun) KWSP terus tambah 46 juta saham kepada portfolionya, manakala KWAP tambah 10 juta saham," katanya.

SPRM sahkan TV3 menipu!!!

Bukankah aku dah kata, fitnah itu rukun nombor 1 UMNO

Susulan daripada 'penahanan' seorang pegawai khas kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, TV3 dalam laporan beritanya Ahad lalu menyiarkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menahan pegawai terbabit bersama dua yang lain atas dakwaan rasuah.
Bagaimanapun, sebenarnya laporan berita tersebut tidak menyatakan siapa dan status tuduhan tersebut terhadap ketiga-tiga individu terbabit.
Setelah disiasat, rupanya pegawai terbabit tidak disabitkan kesalahan sebaliknya hanya dipanggil sebagai saksi kes tersebut!
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, Zainal Abidin Saad yang mengaku adalah individu yang dimaksudkan TV3 tampil memberi penjelasan berhubung status dirinya yang hanyalah saksi terhadap kes berkenaan.
Selain menafikan penglibatannya dalam kes tersebut, Zainal menambah bahawa kes tersebut sebenarnya melibatkan bekas pegawai daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang didakwa memberi suapan RM30 ribu bagi menutup aduan salah laku seksual.

#KL112 : Kementerian Pengajian Tinggi pun meroyan haru lah lagu nie...

NAMPAKNYA satu demi satu usaha dilakukan untuk menggagalkan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang dijadual berlangsung di Stadium Merdeka esok.

Sepucuk surat daripada Kementerian Pengajian Tinggi, KPT yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KPT Datuk Ab. Rahim bin Md Noor yang dihantar kepada semua Naib Chancelor dan Ketua Exekutif IPTA dan IPTS jelas merupakan surat penipu.

Surat itu meminta pihak universiti agak menasihatkan para pelajar supaya jangan terlibat dengan perhimpunan haram, Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka esok. Namun hakikatnya Himpunan Kebangkitan Rakyat bukanlah himpunan haram.


Ahli ekonomi ramal Pakatan menang PRU 13


KUALA LUMPUR, 11 Jan — Pakatan Rakyat (PR) akan menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 menurut perkiraan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

Dalam laporan The Straits Times Singapura, perkiraan Azrul mendapati BN hanya mampu menang diantara 97 heingga 107 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan, tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.

Tetapi ini juga bermakna PR hanya menjadi kerajaan dengan majoriti tipis, jauh dari apa yang pernah dinikmati oleh BN satu masa dahulu.

Penemuan ini dianggap paling mungkin dalam pembentangan dilakukan oleh jurubank itu di Regional Outlook Forum, Singapura semalam dengan mengambilkira faktor kaum dan demografi.

Kemudian, Azrul meramalkan kejatuhan akibat dari kemenangan PR, dengan pasaran saham bersedia untuk bertindak balas secara “spontan” serta tempoh lanjutan ketidakstabilan dilihat.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan “sabotaj ekonomi” oleh perniagaan dan perkhidmatan awam yang berkait dengan BN.

Penjelasan isu 'penyelewengan' Tabung Memali

Jadi 8 benda ajaib dunia jika Tabung Memali diseleweng tapi polis tak ambil tindakan...!


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Antara perkara yang membosankan dalam menjelaskan isu yang dibangkitkan BN ialah, terpaksa menjawab perkara yang sama berulang kali. Baru-baru ini Ketua Pemuda BN Kedah Badrul Hisham Hashim bersama gerombolannya menghantar ‘sijil penghargaan’ sebagai menyindir Menteri Besar, Dato’ Seri Di-Raja Ustaz Azizan Razak kerana kononnya defisit Bajet 2013 adalah yang paling tinggi di Malaysia.
Terpaksa jelas berkali-kali…
Dalam Bajet Kedah 2013 mensasarkan perbelanjaan RM1.1 billion tetapi jangkaan hasil sebanyak RM640 juta. Maka Ketua Pemuda BN itu mendakwa defisit sebagai RM460 juta. Perkara yang sama dibangkitkan oleh ADUN BN Kuah Dato’ Ir. Nawawi Ahmad sewaktu Sidang DUN tempohari. Exco Kerajaan Negeri Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa RM460 juta bukan defisit kerana hasilnya diperolehi dari akaun berasingan, kebanyakan hasilnya dari geran Pusat.

Kaedah yang sama diguna dalam laporan Bajet 2008 di zaman BN mentadbir Kedah. Dato' Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar menetapkan jangkaan hasil cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan ialah sebanyak RM1,127 juta. Tidaklah bermakna defisit RM643 juta.

Sepatutnya apabila perkara itu sudah dijelaskan, ia tak sepatutnya dibangkitkan semula. Apakan daya itulah ‘standard’ pembangkang yang ada di Kedah.

Mengapa gua turun #KL112 ?


ROAD TO PUTRAJAYA..


Secara ringkas gua nak perincikan mengapa gua turun ke #KL112 esok!

Pertama :

Korang tgk tv3/RTM hari2. apa berita berkaitan politik tanahair?

~ Cerita berkisar kebaikan BN
~ Cerita PR buruk tak ada yang baik!
~ Cerita pemimpir PR yg di reka fitnah
~ Skrip berita di sediakan oleh umno cwangan khas

Rumusannya : kami semua meluat!! kebebasan media di cekam melampaui hadnya!! wartawan media TELAH MELANGAR S.O.P etika kewartawanan, kamu ni tinggal di Malaysia! bukan di Zimbabwe!! reti?

Kedua :

Perasan tak bila ke pasaraya membeli barang2 keperluan,setiap bulan peruntukan makin naik? harga barang mengila naik,kerajaan buat apa? bukak KR1M? kedai ikan 1 M?
Kedai kain 1 M? beri kad discaoun ? begitu ke cara selesaikan malah kuasa beli rakyat? Bila menteri2 umno tak buat kerja. rakyat sensara!! mana ruang untuk kami bersuara? tv3 datang temubual kami? SUMPAh!! tak akan masuk berita punya!! bila harga barang naik,buat temubual.. 20 org di tanya.. 5 bersetuju dan senada dgn kerajaan.. 15 lagi membantah!! tapi yg keluar tv yg sokong kerajaan.. yg membantah mana? mana tempat untuk kami bersuara wahai kerajaan umno? perlukah kami kekalkan kerajaan PEKAK?

#KL112 - Esok..pastikan anda tak naik TEKSI PETEKMA.. banyak lagi teksi lain...!!!



Esok teksi2 yang bernaung bawah PETEKMA ni sila tampal sticker besar2 kat cermin teksi... Kami tak nak naik sebab takut menabur pasir dalam periuk nasi tuan-tuan semua.

Malam Ini - Di Stadium Darulaman : KEDAH FA Vs KL POS Malaysia

PREVIEW KEDAH FA BERTEMU KL POS MALAYSIA FC MALAM INI
BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (13) Jumaat, 11.1.2013

Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN

PREVIEW KEDAH FA BERTEMU KL POS MALAYSIA FC MALAM INI

SLOGAN pulun Kedah pulun sudah memadai untuk barisan pemain Pasukan Hijau Kuning memastikan tiga mata penuh memihak mereka pada perlawanan malam ini di Stadium Darulaman tetapi kejayaan mengatasi UiTM FC di Melaka Isnin lalu boleh menjadi azimat bagi mereka mengatasi lawan malam ini.

Pasukan Kedah yang memiliki barisan pemain yang berpengalaman dan juga muda adalah satu adunan yang dicari bagi memastikan prestasi mantap dan semangat jitu meraih kemenangan dan pasti akan menjadi tonik mengatasi KL Pos Malaysia malam ini.

Kejayaan mengatasi UiTM FC pada perlawanan lepas dengan dua jaringan oleh Khyril Muhymeen Zambri serta kelicikan Chayene Santos dari Brazil dan Nelson Sam Martin dari Chile, menjadi kelebihan Pasukan Hijau Kuning di suntik lagi dengan kepantasan Baddrol Bakhtiar, ketua pasukan musim ini.

Seperti kata pepatah “kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih”, bukan setakat hendak malah Kedah memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri di hadapan ribuan penyokong setia Pasukan Hijau Kuning dan ini mencerahkan harapan Kedah meraih mata penuh.

Barisan pemain Kedah sudah dipersiapkan dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi asakan dan juga kehebatan KL Pos Malaysia yang berjaya mengatasi Kuala Lumpur FA walaupun ketinggalan dua gol sebelum meraih keputusan 3-2.

Seperti kata ketua jurulatih Kedah, Mario Tot, tidak ada kemenangan yang mudah di kecapi tanpa usaha dan kerja sama daripada kesemua pemain yang beraksi dan seharusnya tidak memandang rendah keupayaan lawan untuk melakarkan keputusan luar dugaan.

Sokongan tidak kurang dari 20,000 peminat setia Pasukan Hijau kuning di Stadium Darul Aman sudah memadai untuk membakar semangat kesebelasan utama yang beraksi malam ini bagi meraih kejayaan yang di harapkan oleh pihak pengurusan dan juga peminat sendiri.

Kehadiran pengurus pasukan Datuk Jeffrey Low Hang Chow di bangku simpanan buat pertama kali musim ini pasti akan menambahkan keyakinan setiap pemain bagi beraksi dengan kewibawaan sebenar mereka yang pasti menguntungkan pasukan Kedah sendiri.

KEDAH PANTANG KALAH, BIAR SAKIT JATUH REBAH, PULUN KEDAH PULUN, BIAR JASA KEMENANGAN JADI KENANGAN.

END.

#iamhijaukuning

© Media KFA
SLOGAN pulun Kedah pulun sudah memadai untuk barisan pemain Pasukan Hijau Kuning memastikan tiga mata penuh memihak mereka pada perlawanan malam ini di Stadium Darulaman tetapi kejayaan mengatasi UiTM FC di Melaka Isnin lalu boleh menjadi azimat bagi mereka mengatasi lawan malam ini.

Pasukan Kedah yang memiliki barisan pemain yang berpengalaman dan juga muda adalah satu adunan yang dicari bagi memastikan prestasi mantap dan semangat jitu meraih kemenangan dan pasti akan menjadi tonik mengatasi KL Pos Malaysia malam ini.

Kejayaan mengatasi UiTM FC pada perlawanan lepas dengan dua jaringan oleh Khyril Muhymeen Zambri serta kelicikan Chayene Santos dari Brazil dan Nelson Sam Martin dari Chile, menjadi kelebihan Pasukan Hijau Kuning di suntik lagi dengan kepantasan Baddrol Bakhtiar, ketua pasukan musim ini.

Seperti kata pepatah “kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih”, bukan setakat hendak malah Kedah memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri di hadapan ribuan penyokong setia Pasukan Hijau Kuning dan ini mencerahkan harapan Kedah meraih mata penuh.

Muktamat : Jumpa di Stadium Merdeka

Perhimpunan tetap di Stadium Merdeka




Walaupun Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesyorkan supaya penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat esok diadakan di Bukit Jalil, tetapi Pakatan Rakyat tetap dengan rancangannya untuk berkumpul di Stadium Merdeka.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kerana Pakatan sudahpun membuat persiapan di Stadium Merdeka, maka adalah mustahil untuk menukar tempat pada saat-saat akhir.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, ini adalah hari terakhir sebelum perhimpunan itu berlangsung esok dan menegaskan bahawa "sistem pembesar suara telahpun disediakan."

Beliau berkata, stadium bersejarah itu yang terletak di tengah-tengah bandar menjadi lokasi yang selesa kerana kemudahan pengangkutan awam untuk membawa peserta ke situ.

Adakah Najib akan dipaksa meletak jawatan atas ‘sebab kesihatan’?



http://bm.malaysia-chronicle.com

Nampaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Perdana Menteri Najib Razak yang sedang menghadapi pelbagai tekanandijangka meletak jawatan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin,atas sebab-sebab kesihatan, tetapi akhirnya, Najib yang berusia 59 tahun akan menjadi mangsa terbaru persengketaan parti Umno dan perasaan khuatir akan kehilangan kuasa terhadap kerajaan persekutuan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan.

Cakap-cakap itu telah diganti pula oleh spekulasi panas bahawa Najib telah jatuh sakit. Menurut Sarawak Report, para doktornya telah diletakkan dalam keadaaan berjaga-jaga pada hujung minggu lalu. Tidak dinafikan terdapat banyak tekanan pada Najib dan isterinya Rosmah Mansor terutama sekali sejak beberapa minggu yang lalu apabila mereka menjadi sasaran rentetan pendedahan rasuah oleh ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan.

Apabila pasangan pertama ini tidak menjawab apa-apa dakwaan serius dan juga 'ketiadaan' Najib di mata awam sejak dua minggu lalu telah menimbulkan syak wasangka bahawa ada sesuatu telah berlaku. Ada juga berspekulasi bahawa Najib mungkin telah ke luar negara untuk menerima rawatan.

Istimewa Melayu Malaysia kerana Islam

Ahmad Baei Jaafar, 10 Jan 2013

Pelik juga kalau ada orang Melayu yang dilahirkan sebagai Melayu tetapi tidak berasa bangga dengan kemelayuannya. Namun tidaklah sampai tidak mahu mengaku Melayu. Di mana salahnya Melayu? Lainlah kalau Melayu ini asal usulnya penjenayah, pemberontak dan seumpamanya dan kekal sehingga ke hari ini, tidak mahu saya mengaku Melayu. Malu saya menjadi Melayu.

Rasanya Melayu tidak begitu, tidak tahulah kalau begitu pada zaman purbanya. Sekarang Melayu sudah bertamadun, sudah berada dalam negara merdeka. Jadi, apakah salahnya kalau kita dilahirkan sebagai Melayu. Kalau kita tidak gembira dengan Melayu kita, tentu secara tidak langsung kita telah menyalahkan ibu bapa yang melahirkan kita. Silap-silap pula kita salahkan Allah yang melahirkan kita sebagai orang Melayu.

Sesungguhnya Melayu dan orang Melayu tidak salah apa-apa kerana Melayu hanyalah salah satu bangsa yang diwujudkan Allah bagi tujuan memberi peluang kepada manusia berkenalan antara mereka.

#KL112 - Ni semua Mahathir la punya kerja...

oleh Laki Mak Long hang: Pak Long Din
Salam semua...

Pak Long ni luluih sekolah atap ja, rasa macam tak layak pulak nak ulaih lelebih pasai tiga orang Piem Umno neh... Tapi dah tengok makin ramai sangat orang kampung yang koi tak kenai depa, Pak Long paksa diri jugak la nak cerita satu kelebihan yang ada pada tiga Piem Umno neh... Mahathir, Pak Lah ngan Najib.

Satu kelebihan ja yang ada kat depa bertiga neh yakni... TERBAIK...

Sapa kata Mahathir neh TERBAIK...?

Bangsa Umno la yang kata selepaih berpuloh tahun dok jilat daki kat tangan dia... haha...
Mahathir memang ada wawasan politik, tilikan dia nampak cukup warak tapi akhirnya orangramai tau jugak... harap hidung ja besaq, tapi HATI tarak..

Sapa pulak kata Pak Lah neh TERBAIK...?

Mahathir la yang kata, Pak Lah adalah pilihan terbaik tuk ganti dia jadi Piem... haha...
Pak Lah neh bersih, warak dan tak berlagak tapi last-last orang tau jugak... harap kepala ja besaq, tapi OTAK tarak...

Isu Kalimah Allah - PAS sebenarnya benarkan penggunaan seperti ini..itu suruh baca kedua belah pihak..!!!

ISU KALIMAH ALLAH - SEBIJIK KAT MUKA UMNO SEMULA!!

Isu kalimah Allah menjadi modal murahan Umno. Tapi peluru makan tuan. Mereka lupa berpuluh tahun merdeka, ada lagu resmi negeri2 menyebut perkataan Allah dan setiap rakyat negeri tersebut tidak kira apa jua agama telah menyanyikan lagu itu. 
 
Ini logo yg tetap ada pada pakaian angota Tentera Darat tidak kira apa jua agama
Mereka lupa, di dalam pakaian seragam PDRM dan ATM terdapat logo yg tertulis kalimah Allah, dipakai oleh anggota2 PDRM dan ATM tidak kira apa jua agama, bahkan sehingga mereka bawa ke dlm tandas dan ada di antara mereka yg bukan Islam apabila mati, dipakaikan pakaian istiadat yg terdapat butang/badge yg tertera nama Allah dikebumikan bersama jenazah yg bukan Islam itu bersama keranda mereka. 

Dalam dok AMAN nie pun ada lagi mangkok dok curi kabel telekom..

Leka bakar kabel curi
Wartawan Sinar Harian
10 Januari 2013
Leka bakar kabel curi
Polis memunggah kabel yang dibawa ke Balai Polis Bukit Selambau pagi semalam
 
BUKIT SELAMBAU - Seorang suspek berusia 35 tahun ditahan ketika sedang leka membakar kabel sebelum dijual bersama dua lagi yang masih bebas dalam kejadian di Ladang Kelapa Sawit Sin Hock, Bukit Selambau berdekatan kawasan jerat Cina semalam.

Suspek yang juga merupakan penduduk tempatan ditahan semasa serbuan dijalankan oleh sepasukan empat anggota dari Balai Polis Bukit Selambau sebaik sahaja menerima maklumat dari orang awam.

Serbuan diketuai Koperal Joned Ismail bersama tiga anggota lain bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan.

Difahamkan, sebaik sampai ke lokasi kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, tiga lelaki sedang leka membakar kabel yang dipercayai dicuri di beberapa kawasan sekitar.

Rakyat Kedah berpendapatan bawah RM3000 dijangka mencecah 570,000 orang

Penerima BR1M di Kedah dijangka bertambah lebih 200,00 orang

10 Januari 2013

ALOR SETAR - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang akan mula dibayar Februari ini bagi negeri Kedah dijangka mencecah lebih 570,000 orang.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharom berkata bilangan itu berdasarkan 204,000 telah mendaftar setakat ini berbanding lebih 363,000 penerima tahun lepas.

Beliau menjangka lebih banyak permohonan akan diterima menjelang tarikh tutup 15 Januari ini, katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bulanan dengan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan negeri Kedah di Bangunan Persekutuan, Anak Bukit, dekat sini hari ini.

"Pelanjutan tempoh permohonan itu memberi peluang kepada rakyat terutama penduduk luar bandar yang tidak menerima maklumat mengenai bantuan kerajaan persekutuan itu," katanya.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata pembayaran BR1M akan dibuat mulai 2 Februari. - Bernama

Tempat #HKR112: Muktamad jam 11 hari ini


KUALA LUMPUR: Keputusan akhir tempat Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (#HKR112) akan diumumkan jam 11 hari ini.

Ahli jawatankuasanya, Tian Chua dalam Twitternya berkata, jawatankuasa penganjur akan bermesyuarat pagi ini bagi membuat keputusan akhir itu.

"Jawatankuasa penganjur akan mengadakan sidang media di Pejabat Agung PAS jam 11 hari ini bagi memaklumkan keputusan akhir kami," kata Tian Chua.

Tengah malam tadi, jawatankuasa penganjur telah bermesyuarat di Pejabat Agung PAS ekoran cadangan polis agar perhimpunan di pindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sebelum itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, perhimpunan itu dicadangkan agar dipindahkan ke Stadium Nasional kerana muatannya lebih sesuai.

Ini kerana, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan 30,000 orang sahaja sedangkan penganjur menjangka penyertaan kali ini mencecah satu juta orang.

Rakyat Kedah menikmati sumbangan pusat dekat RM1billion

Kerajaan pusat tidak pinggirkan Kedah walaupun diperintah pembangkang

ALOR SETAR - Kerajaan persekutuan akan terus melaksana projek untuk kesejahteraan rakyat Kedah bernilai kira-kira RM1 bilion tahun ini, bukti negeri ini tidak dipinggirkan walaupun diperintah pembangkang.
  
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharom berkata selain beberapa projek infrastruktur baharu, projek yang dirancang pada tahun 2012 yang belum siap akan diteruskan.

Katanya 171 daripada 257 projek atau kira-kira 67 peratus bernilai RM920 juta telah disiapkan tahun lepas untuk meletakkan Kedah pada tangga ketiga prestasi keseluruhan peringkat kebangsaan.
  
"Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM1.3 bilion untuk Kedah tahun lepas dan berpuas hati dengan prestasi pelaksanaan projek," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan jabatan dan agensi kerajaan persekutuan negeri Kedah di Bangunan Persekutuan, Anak Bukit, dekat sini hari ini.
  
Lebih 300 ketua jabatan dan agensi atau wakil mereka hadir termasuk Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU), Datuk Azmi Lateh.

Jasa Amanat Haji Hadi Kepada UMNO yang cuba di sembunyikan kebenarannya...

Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.

Jom pagi nie kita pergi Lawatan ke Tasik Pedu Bersama PERKASA


Bila masa orang kafir atau bukan muslim boleh kita perangi..???

Bilakah non-Muslim diperangi?
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sekalipun umat Islam di Malaysia telah hidup sekian lama bersama dengan mereka yang non-Muslim, namun di sana masih terdapat beberapa persoalan dasar yang tidak jelas dalam pemikiran sesetengah pihak. Ketidakjelasan itu boleh menatijahkan tindakan yang tidak tepat dalam keadaan tertentu. Dalam keadaan biasa, mungkin kesannya kurang kelihatan, tetapi apabila krisis tertentu melanda, kita akan merasai kesan salah tanggapan terhadap Islam dan prinsipnya khusus berkaitan hubungan Muslim dengan non-Muslim.

Saya ingin menggesakan pelbagai pihak untuk menganjurkan wacana dan dialog tentang hubungan Muslim dengan non-Muslim di sudut nas-nas Islam yang sebenar. Perbincangan yang bebas daripada ketamakan politik dan fanatik perkauman. Ini penting untuk nama baik Islam dan dakwah, serta masa depan negara ini.

Beberapa persoalan tentang prinsip interaksi antara Muslim dan non-Muslim seperti apakah asas hubungan antara Muslim dan non-Muslim; perdamaian ataupun permusuhan? Apakah sebabnya jihad dalam Islam difardukan; kerana kekufuran ataupun disebabkan permusuhan yang dilancarkan? Siapakah kafir zimmi dan harbi?, dan lain-lain lagi perlu didalami.

Disebabkan kegagalan memahami asas-asas ini dengan baik, maka sentimen agama yang kadangkala tidak tepat dimainkan. Apatah lagi ada pihak yang menangguk di air keruh mengambil kesempatan politik pilihanraya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...