TERKINI :

Wednesday, January 9, 2013

Apa kata HIMPUNAN kali ini POLIS & SB pamer nama & nombor polis mereka..!!!


KUALA LUMPUR 9 Jan: Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) mendesak semua anggota polis termasuk Special Branch (SB) yang bertugas dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat perlu memaparkan pas, ID, tanda nama dan nombor pengenalan mereka pada uniform masing-masing.

Ini, kata Setiausaha Agungnya, S Barathidasan supaya sebarang salah laku oleh pihak polis juga boleh direkodkan serta dilaporkan oleh rakyat yang terlibat.


Sehubungan itu, katanya WargaAMAN berasa agak kesal dengan keputusan pihak polis untuk mengeluarkan pas khas media serta membezakan kehadiran rakyat jelata pada 12 Januari ini yang akan turut serta dalam HKR.

“Pokok persoalannya ialah kenapa perlu membeza-bezakan antara wartawan dan peserta?” soal beliau dalam satu kenyataan, seperti dilapor Harakah Daily.

Padahal, kata beliau para wartawan sudah pun memiliki pas media syarikat mereka dan akreditasi rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi yang sudah memadai untuk mengenal pasti wartawannya.

Sikap UMNO yang bongkak dan sombong telah diterjemah oleh SYABAS

Sikap UMNO yang bongkak dan sombong telah diterjemah oleh SYABAS. Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat telah memaklumkan kepada SYABAS bahawa pam di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu bermasaalah sejak awal tahun 2012.

DEngan kata lain, amaran dan peringatan dari Kerajaan Negeri Selangor hampir setahun lamanya sebelum trajegi krisis air yang melanda Kuala Lumpur dan Selangor berlaku.

Malangnya, oleh kerana SYABAS adalah syarikat yang berorientasikan UMNO, maka perangai buruk dan sombong UMNO turut berlaku dalam SYABAS.

Hanya kerana kerajaan Negeri Selangor diperintah Pakatan Rakyat, amaran Kerajaan Negeri telah tidak diendahkan.

Takpalah lebih 500,000 rakyat Kuala Lumpur dan Selangor terpaksa turun naik untuk mengambil air dari lori asalkan sikap sombong dan bongkak UMNO dapat dilakukan oleh SYABAS.

Laporan polis terhadap Timb Menteri atas tuduhan fitnah edar 100,000 Bible Bahasa Melayu

DAP lapor polis tuduhan Puad Zarkashi edar 100,000 Bible Bahasa Melayu

 Zairil (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat hari ini.

KUALA LUMPUR, 9 Jan — DAP hari ini membuat laporan polis berkenaan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar) dan tiga akhbar iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times ke atas dakwaan berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar tersebut pada 8 Januari 2013.

Menurut Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari, beliau membuat laporan polis atas kenyataan Mohd Puad dalam Utusan Malaysia yang mengatakan parti tersebut mencetak 100,000 Bible dalam Bahasa Malaysia menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

“Dakwaan Dr Mohd Puad Zarkashi yang disiarkan dalam ketiga-tiga akhbar tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Ia merupakan fitnah jahat yang bertujuan untuk menghasut sentimen perkauman dan agama, serta untuk membangkitkan kebencian terhadap DAP di kalangan rakyat yang beragama Islam.

Ketua Pemuda BN KEDAH kena sekolah macam tu je dengan Unit Penerangan Kedah

Oleh: Zulkifli Yahaya



Saya berbaik sangka untuk mengatakan Badrul Hisham Ketua Pemuda BN Kedah benar-benar tidak tahu membaca laporan Bajet 2013 bagi negeri Kedah. Dia tidak berniat untuk berbohong atau membuat fitnah kepada kerajaan negeri. Kesalahan peribadinya tentulah kerana tidak mempunyai penasihat isu yang baik lalu mengutip maklumat yang salah dari orang yang 'tidak betul'.

Sebagai pemimpin Pemuda kepada sebuah pertubuhan politik yang besar di negeri ini, beliau sangat wajar mempunyai penasihat isu semasa sepenuh masa kerana nilai kehebatan seseorang ahli politik diukur dari aspek penguasai terhadap isu.

Badrul sangat 'bernasib baik' kerana tidak ada langsung mana-mana media yang menyiarkan tindakan Pemuda BN Kedah menyerahkan Sijil Penghargaan kepada MB kerana kononnya defisit Bajet 2013 bagi negeri Kedah ialah sebanyak RM460 juta. Jika tidak beliau serta seluruh pendokong BN Kedah akan malu besar.

Pelawaan saya untuk mengadakan Kursus Memahami Laporan Bajet terhadap Pemuda BN Kedah adalah ikhlas, namun jika pelawaan saya tidak diterima berilah peluang untuk saya menjawab perkara yang tidak benar yang diucapkan ketua pemuda itu di hadapan Wisma Darul Aman dua hari lalu.

Pengawal SYABAS acu senjata api halang rakyat hendak tahu apa berlaku di rumah pump Wangsa Maju


Situasi yang berlaku semasa rombongan mangsa-mangsa gangguan air ke rumah Pam Wangsa Maju. Lihat bagaimana ramainya polis berkawal seolah ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan. Semasa orang ramai berkeras menyerbu nak masuk melihat apa yang terjadi. Salah seorang anggota pengawal mereka (gambar ke-2) mengangkat senjata Pump Gun dan menggugut untuk menembak.

Apa yang cuba disembunyikan oleh Syabas kepada orang ramai. Dan kenapa beria-ia benar anggota polis ditempatkan di rumah pam tersebut sedangkan sebelum ini kita sendiri lihat rumah pam ibarat seperti rumah hantu yang yang berkawal pun tidak seramai ini. Adakah gangguan air ini adalah salah satu usaha-sama Kerajaan BN dengan kerjasama polis dan tukang buat kerja sabotaj Syabas berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, semata-mata kerana mereka mahukan Projek Langat 2 dilakukan untuk menampung poket kroni2 mereka,dan seboleh-bolehnya sebelum PRU supaya mereka boleh menberikan dana Pilihanraya kepada UMNO/BN yang sedang ketandusan duit. Natijahnya rakyat yang tidak tahu apa-apa akan dipaksa membayar bil air yang mahal setelah Projek langat 2 berjaya mereka usahakan kelak.

[TERKINI #KL112] KOMPOM KEBENARAN STD. MERDEKA dah dapat....


KL112 : Jangan Ingat 26 juta sokong kita saja....


Penganjur: Himpunan KL112 cermin banyak tuntutan rakyat belum ditunai


SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN 9 Januari 2013 SHAH ALAM - Di sebalik 'feel good factor' yang disulam ke dalam jiwa rakyat di negara ini, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadual berlangsung Sabtu ini akan memcerminkan masih ramai rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan keadaan semasa, kata jurucakapnya, Hishamuddin Rais.

Beliau berkata, himpunan yang akan diadakan pada hari minggu itu sebenarnya bertujuan memberi isyarat jelas bahawa rakyat biasa mahu pun mereka yang bernaung di bawah badan-badan bukan kerajaan (NGO) ini punya rungutan dan tuntutan mereka sebagai rakyat yang harus didengari.

"Ia adalah untuk membuktikan bahawa ramai rakyat di Malaysia ini merasa tidak berpuas hati melalui NGO-NGO, melalui badan-badan sivil, badan-badan masyarakat Madani ini untuk mengajukan tuntutan-tuntutan mereka ini.

"Tuntutan-tuntutan mereka ini juga pelbagai. Jadi Himpunan Kebangkitan Rakyat ini mengemblengkan semua tuntutan ini dalam satu hari. Jadi ini yang cuba dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Bukan setakat memberi amaran kepada pemerintah pada hari ini, ia juga suatu peringatan kepada mana-mana parti yang akan mengepalai tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Tujuannya adalah untuk mengajukan tuntutan-tuntutan daripada NGO-NGO seperti Anak untuk selamatkan Felda, Mufakat untuk selamatkan kampung warisan, kumpulan Hijau untuk selamatkan Pengerang dan kilang Lynas (dan sebagainya)," ujarnya.

MELAYU dah jadi kelas ketiga walaupun MELAYU yang jadi PEMIMPIN NEGARA..!!!

MELAYU LEBIH TERUK DARIPADA INDIA DAN LAIN-LAIN BANGSA

Pendapatan isi rumah Bumiputera di Sabah berjumlah RM2,800, jauh di belakang purata pendapatan isi rumah Bumiputera di seluruh negara sebanyak RM3,624 .

Purata pendapatan isu rumah rakyat Malaysia di seluruh negara berjumlah RM4,025.

Pendapatan Bumiputera Sabah itu hanya 23% daripada pendapatan purata semua Bumiputera dan 30% pendapatan purata seluruh rakyat Malaysia.

Pendapatan purata isi rumah untuk Bumiputera dan Semenanjung masing-masing sebanyak RM3,784 dan RM3,217.

Maklumat ini diperolehi melalui tinjauan Jabatan Perangkaan pada tahun 2009, yang disampaikan di Parlimen sebagai jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP- Serdang) minggu lalu.

Lebih memeranjatkan ialah catatan yang dikeluarkan oleh The Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009. Purata nasional ialah RM4,025. Bumiputera seluruh negara RM3,624. Cina RM5,011. India RM3,999. Lain-lain bangsa RM3,640. Bumiputera Semenanjung RM3,784. Bumiputera Sarawak RM3,217. Bumiputera Sabah RM2,800. Tinjauan itu dijalankan dua kali dalam tempoh lima tahun. Kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2009.

Semasa NAJIB LULUSKAN judi bola..mana HILANGnya MAJLIS FATWA..??

Mana Majlis Fatwa Waktu Najib Luluskan Judi Bola?

TERJEMAHAN BAHAGIAN DALAM BULATAN MERAH: Menteri Kewangan (Dato' Najib Tun Razak) telah pun memberi kelulusan kepada pemberian semula lesen judi kepada Ascot untuk menjalankan aktiviti judi sukan berdasarkan beberapa syarat dan terma.
Tertanya2 Tulang Besi. Sewaktu isu judi bola tempohari, Majlis Fatwa Kebangsaan seperti tidak wujud.

Mufti Perak, yakni mufti yang tiada ijazah itu, juga seperti hilang suara waktu isu judi bola hebat dahulu.

Malahan, suara DAP lebih nyaring dan lantang berbanding suara MAjlis Fatwa Kebangsaan ataupun mufti tiada ijazah itu.

Namun, kebelakangan ini Majlis Fatwa serta mufti tiada ijazah itu begitu kuat menentang Haji Hadi.

Begitu lantang dan begitu nyaring mengharamkan "Amanat Haji Hadi" sehingga fatwa telah di wartakan bagi menyatakan Amanat Haji Hadi itu haram diwartakan tanpa memanggil tuan punya badan untuk membela diri.

Isu 100k Bibble Melayu : Menteri UMNO U-Turn kelam kabut takut kena AES..

Puad Kencing Kilat...

LENTANG PETANG


Politik provokasi yang ditunjukkan oleh ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkahsi tidak menunjukkan beliau seorang ahli politik yang profesional setaraf dengan kedudukan sebagai timbalan menteri pelajaran. Puad walaupun terdesak sangat untuk mempertahankan sokongan Melayu agar terus menyokong Umno tetapi jangan sampai membuat provokasi sebegitu huduh dan buruk.

Puad dilaporkan menggesa DAP agar memberi penjelasan berhubung dakwaan parti itu (DAP) akan mencetak 100,000 naskah Injil dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah.

Laporan itu telah disiarkan dalam akhbar pennjilat buntut dan dipetik oleh proital berita.

Puad tidak mahu memberi tahu mengenai dakwaan itu itu sebaliknya beliau ingin bertanya kepada DAP mengenai maklumat yang beliau difahamkan. Puad tidak sepatutnya berselindung di sebalik ayat atau perkataan belapik "difahami", "dikatakan" atau "menurut sumber." Politik hari ini politik realistik bukan politik halimunan lagi.

Bila DAP meminta bukti dakeaan itu Puad harus memberikan buktikan. Sekiranya Puad tidak dapat menjelaskan sumbernya, ternyata Puad membuat provokasi dengan isu berkenaan. Beliau harus faham isu yang dimainkan itu sangat sensitif dan boleh menyebabkan berlaku perbalahan kaum dan agama.

Apa kata kalau kalau ada orang Islam yang 'gila' dan tidak waras tatkala mendengar dakwaan Puad berasaskan sumber yang tidak sah itu, akan bertindak ke atas mana-mana pemimpin DAP? Puad kena bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kelak.

Lebih Elok Memoir Rosmah Diterbitkan Selepas Najib Tidak Lagi Jadi PM...

Oleh Shahbudin Husin

BIOGRAFI YANG BARU SIAP KULIT SUDAH PUN DIRASMIKAN
OLEH TUANKU SULTAN PAHANG

Belum pun sempat buku biografi isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor siap dicetak dan diterbitkan, sebuah buku mengenai beliau telah pun diedarkan dalam talian yang bertajuk The Black Rose 1.0 oleh Deepak Jaikishan dan penulisnya menggunakan nama Spirit of Altantuya.

Buku ini ditulis dalam bentuk cerita dengan nama watak-wataknya dieja secara terbalik atau diberi mirip nama yang hampir sama seperti Deepak diterbalikkan menjadi Kadeep, Najib diterbalikkan menjadi Bijan dan Raja Ropiaah ditukar kepada King Popiah.

Buku The Black Rose 1.0 yang dipercayai mempunyai sambungan lagi ini diedarkan sebagai memenuhi janji Deepak sebelum ini bahawa beliau akan menerbitkan sebuah buku setebal 26 mukasurat untuk menceritakan kebenaran mengenai hubungannya yang penuh warna warni dengan isteri Perdana Menteri itu termasuk penglibatannya dalam memujuk penyiasat persendirian P Balasubramanin membuat akuan bersumpah kedua bagi menafikan akuan bersumpah pertama sebelumnya yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Antantuya yang melibatkan Razak Baginda.

Buku yang boleh dimuat turun secara bebas dalam talian dan jua diberi kebenaran kepada sesiapa yang mahu mencetaknya supaya orang kampung, rakyat pedalaman, ketua kampung, JKKK, imam surau, bilal masjid dan pelbagai golongan yang tidak mempunyai kemudahan internet boleh membacanya, turut mengisahkan mengenai penglibatan Deepak dalam mengolah akuan bersumpah kedua itu setelah beliau diarahkan oleh Rosmah dan Najib untuk berbuat demikian dan pelbagai perkara lainnya.

NEGARA HURU HARA Jika tukar KERAJAAN.. kenapa.. Selalunya yang buat hal "ORANG YANG KALAH"

Apa bukti negara bahaya jika bertukar kerajaan

KUALA LUMPUR: “Insya Allah rakyat akan hidup selesa dalam dunia baru yang mereka tidak pernah kecapi setelah 55 tahun merdeka,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Justeru, beliau mempersoalkan atas asas apa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Matahir Mohamad bercakap bahawa negara bahaya jika bertukar kerajaan.

Menurutnya, mungkin Mahathir tidak sedar bahawa sudah ada empat negeri, Umno menjadi pembangkang.

“Kelantan sudah 22 tahun berkembang dengan pesat. Rakyat hidup aman tanpa apa-apa rusuhan. Tiga negeri PR berpindah kuasa dengan baik, dan berjaya mengurus tadbir dengan baik.

“Buktinya ialah pelabur berani melabur. Simpanan kerajaan Selangor daripada RM400 juta kepada RM2.53 bilion,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang mengaku Umno lemah di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, walau bagaimanapun kena pertahankan.

Mahathir dilaporkan berkata demikian selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana.

PUSPAHANAS delay sampai 2015 pulak......

Zahid Hamidi: Puspahanas dijangka siap pertengahan 2015

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Di sebalik kontroversi, projek pembangunan Pusat Pendidikan Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang dijadualkan siap pada tahun 2011, kini ditambah kepada empat tahun, menjelang pertengahan 2015 kata Kementerian Pertahanan (Kementah).

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran untuk projek itu siap pada 2011 tidak dapat dilaksanakan berikutan terdapatnya masalah pertukaran tanah.

"Puspahanas di Putrajaya sedang dalam peringkat pembinaan ... kami memantau (projek) kerana ia projek penswastaan dan 'progress report' akan dikemukakan dan kami telah menentukan tarikh sasaran (siap) pada pertengahan 2015," kata Ahmad Zahid (gambar) kepada pemberita di pejabatnya di sini.

"Tarikh siap pada 2011 tidak dapat dipenuhi disebabkan permasalahan pertukaran tanah," katanya.

Projek itu telah dianugerahkan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang dimiliki Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, pada 2005 sebagai pertukaran dengan kira-kira 80 hektar tanah di Bukit Raja Selangor, termasuk wang sebanyak RM27 juta.

Yang datang Negeri Sembilan nie Timb PM atau Timb. Presiden UMNO

Lawatan TPM: 1 Malaysia, tapi untuk ahli UMNO/BN


Kegagalan UMNO/BN memahami perbezaan antara parti dengan kerajaan bukan sahaja menunjukkan mereka salahguna kuasa malah menyinggung hati rakyat jelata.

Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Kompleks Belia dan Sukan Paroi malam ini telah menafikan hak rakyat yang tidak menyokong BN untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Ini kerana, slogan 1 Malaysia sinonim dengan slogan kerajaan Malaysia bukannya slogan untuk UMNO/BN. Tambahan pula, kedatangan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohammad Yassin ke Negeri Sembilan atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri bukannya Timbalan Presiden UMNO.

Sudah tentu rakyat Negeri Sembilan dari pelbagai ideologi politik ingin bersama dengan pemimpin negara bukannya bersama pemimpin parti politik (UMNO/BN).

EXCO KEDAH - Siasatan SPRM bersih nama saya

Chow Kang: Siasatan SPRM bersih nama saya
Wartawan Sinar Harian
8 Januari 2013
Tan Chow Kang
Tan Chow Kang
 
ALOR SETAR - Siasatan telus yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah membersihkan nama baik Exco Kerajaan Negeri, Tan Chow Kang dari dikaitkan dengan kes rebat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tan Chow Kang yang juga Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan berkata, beliau amat berterima kasih kerana SPRM kerana melakukan siasatan rapi sehingga membawa kepada penahanan seorang kontraktor dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan seorang kontraktor memiliki dua syarikat persendirian di Sungai Petani dipercayai terlibat dengan kes ‘pemotongan’ 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalurkan kepada beberapa NGO di negeri ini.

Walaupun UMNO kata KUIN Projek RUGI.. Namun inilah hasilnya selepas 4 tahun...!!


Walaupun UMNO BN mengatakan pprojek KUIN bukan satu projek yang BAIK
namun kini ia telah berdiri megah di bumi kita Kedah



Inilah hasilnya selepas 4 tahun memerintah..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...