TERKINI :

Tuesday, January 8, 2013

PUTRAJAYA PR punya saman AES akan dihapuskan


Kase sokong cadangan Pakatan batal saman AES

Wan Nordin Wan Yaacob, 08 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyokong cadangan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang mahu membatalkan semua saman membabitkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak ia dilaksana September 2012.

Menurut Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar, cadangan itu adalah satu kebaikan kepada rakyat memandangkan pelaksanaan AES oleh kerajaan Umno BN dibuat secara tergesa-gesa.

Sambil merayu rakyat agar terus mematuhi undang-undang meskipun AES suatu hari nanti ditangguh sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Mahfuz juga menegaskan satu kajian akan dilakukan terhadap pelaksanaan AES .

"Kajian termasuklah dalam isu perjanjian dengan dua syarikat yang mendapat kontrak AES ini," katanya lagi.

Kata beliau lagi, Kase memandang serius isu AES membabitkan rakyat kerana sehingga kini lebih 400,000 saman telah dikeluarkan.

Senang saja tak bagi merusuh...bagi stadium....

Hisham: Penganjur harus pastikan tiada rusuhan

Bernama 4:47PM Jan 8 2013

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata pakatan pembangkang harus memastikan perhimpunan yang dicadang dianjurkan mereka Sabtu ini tidak bertukar menjadi rusuhan.

Mereka patut memohon kepada Stadium Negara jika ingin menganjurkan perhimpunan di situ dan memastikan kapasiti yang ditetapkan, dipatuhi, katanya.

Beliau berkata semua pihak harus memastikan perhimpunan itu tidak mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih tahun lepas.

Dalam hal ini Hishammuddin berharap pihak penganjur mengadakan perjumpaan dengan polis mengenai langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.

"Saya cukup yakin bahawa Ketua Polis Negara telah memantau keadaan ini dan boleh memastikan apa yang kita bimbang tidak akan berulang. Yang penting sekarang kita belajar daripada apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih dahulu di mana berlakunya huru-hara dan rusuhan jalanan," katanya.

Hishammuddin memberitahu pemberita demikian di Seremban, selepas majlis taklimat persediaan Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Bukti Wang Pampasan Buruh Paksa Jepun sudah kena rembat

AKHBAR milik Umno, Utusan Malaysia dalam portal rasminya ada menyiarkan kisah sedih lagi menyayat hati tentang nasib salah seorang daripada lebih 30,000 rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa Jepun namun sehingga kini tidak mendapat pampasan mahupun sebarang pembelaan ~ Kisah Pak Embong.



Pak Embong sama seperti puluhan ribu bekas buruh paksa yang dikerah oleh tentera Jepun untuk membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia Kedua.

Mereka sangat-sangat mengharapkan wang pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk membela nasib mereka yang kebanyakannya hidup dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.

Memang benar, kerajaan Jepun telah memberikan duit pampasan untuk buruh paksa ini melalui satu perjanjian pada tahun 1967. Namun sebenarnya duit pampasan yang diberikan oleh Jepun sudah digunakan (sebut dirembat) untuk membina Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).

PRESIDEN PAS - Kalimah Allah: Islam benarkan tapi jangan salah guna

Abdul Hadi Awang, 08 Jan 2013

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan januari 2010 yang lalu.

2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3. Kalimah "Allah" tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Aallah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:

Tak puas hati Isu Salihiah selesai pun jangan la dok marahkan kepada ISTANA..!!

Perhimpunan di Pedu mahu balas dendam terhadap istana isu Madrasah Salihiah???


Oleh: MKBB

Sebuah pertubuhan pelampau Melayu akan mengadakan demonstrasi dekat Tasik Pedu, ini kira kali pertama dalam sejarah orang demo tepi hutan. Rasanya beruk2 kat Tasik Pedu tu akan gelak tengok kelaku depa.

Baru-baru ini hasil titah Yang Di-Pertuan Agong maka pihak jawatankuasa bertindak pertahan Madrasah Salihiah akhirnya akur dengan cadangan asal kerajaan negeri supaya madrasah itu dibuat istibdal atau pindahwakaf. Ada yang malu sebab depa kena ikut cadangan asal kerajaan negeri. Nak marah kat Agong tak boleh, baginda ketua negara. Dok merekam dalam dirilah.

Maka mengikut pirasat MK, cara puak-puak ni nak lepas geram dekat pihak istana ialah pi buat bantahan kat Tasik Pedu. Awat pulak Tasik Pedu? Sebab di situlah kompartment terakhir balak sedang diangkut dan kompartment terakhir tu milik Kerabat Di-Raja Kedah. Raja Kedah tu sapa? Yang Di-Pertuan Agonglah!

Apa punya SYABAS.. Orang kalut TAK ADA AIR mereka kalut dok buat statement POLITIK...!!!

Gangguan bekalan air tiada kaitan Langat 2

Hari ini saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor telah melawat Rumah Pam di Wangsa Maju bagi meninjau kerja-kerja membaiki pam yang menjadi punca gangguan bekalan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.

Turut bersama saya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Suhaimi Kamarulzaman dan Pengarah Konsortium Abbas Sdn Bhd, Abas Abdullah. Mereka ini adalah antara orang yang akan bertanggungjawab menguruskan operasi air apabila kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi.

Saya telah mendengar taklimat daripada wakil Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang menerangkan bagaimana sistem pam itu berjalan dan saya mengingatkan Syabas menyelesaikan masalah ini dengan segera supaya operasi air kembali seperti biasa.

Saya juga mengingatkan Syabas tentang pentingnya sistem pemantauan dan perlu lebih pro-aktif untuk memastikan kelima-lima pam ini berjalan dengan baik serta lancar.

Berdasarkan laporan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang telah mengadakan lawatan ke rumah pam ini pada 2 Januari lalu, kita mendapati 4 daripada 5 pam telah rosak manakala satu pam sedang diselenggara dan tidak beroperasi pada masa lawatan itu.

Jawatankuasa ini mendapati pam nombor dua telah rosak sejak setahun lalu dan tidak diperbaiki kerana tiada alat ganti manakala pam nombor 4 dan 5 rosak pada malam 28 Disember 2012 ketika beroperasi secara serentak.

TERBUKTI UMNO nie parti PENAKUT.. DEBAT takut.. AMANAT Sejam takut.. Bagi Std Merdeka pun takut..........



  1. Nak kami berkumpul macamana jika tak bagi..
  2. Macam-macam alasan di beri untuk tak bagi
  3. Mana dia kata nak bagi Std Merdeka
  4.  
    Kompom UMNO nie parti PENAKUT.. DEBAT takut.. AMANAT Sejam takut.. Bagi Std Merdeka pun takut..........

EXCO Selangor Jelaskan punca KRISIS AIR kenapa berlaku..

Exco Selangor: Air cukup hingga 2016
SYAIRI SHAARI
8 Januari 2013
Exco Selangor: Air cukup hingga 2016
Ronnie membantu penduduk mendapatkan bekalan air dari MPAJ 
di Flat Pandan Utama di Kampung Pandan Dalam, malam kelmarin.
 
AMPANG - Bekalan air di Selangor dijangka mencukupi sehingga 2016 sekiranya rumah pam tidak mengalami masalah kerosakan.

Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, sekiranya 23 loji atau rumah pam yang ada di seluruh negara dalam berkeadaan baik, isu bekalan air tidak akan timbul sama sekali.

Dakwanya, masalah berkenaan terjadi apabila pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menyelenggarakan loji sehingga timbul krisis air yang menjejaskan kira-kira 430,000 penduduk di sekitar Lembah Kelang.

“Kerajaan Negeri sudah mengkaji situasi seandainya tiada kerosakan berlaku kepada pam loji, bekalan air memang mencukupi untuk warga Lembah Kelang.

“Bagaimanapun, sikap Syabas yang gagal mengurus tadbir dalam soal penyelenggaraan menjadi punca krisis air sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan ke kawasan terjejas berikutan gangguan bekalan air di sekitar Ampang malam semalam.

Aku, Bersih dan KL112 .. ada aku kesah...janji hak aku sebagai rakyat akan aku perjuangkan..

Mohamad Azhan Hj Desa, 08 Jan 2013


Salam untuk semua, moga dirahmati

Kuala Lumpur bakal menjemput kembali sekalian manusia yang cintakan keadilan. Keadilan yang sudah lama senyap tertidur oleh buaian tangan-tangan bernajis, dibuai manja jangan dibiarkan terjaga. Begitulah mungkin niat sebahagian "makhluk" bertopeng wajah manusia. KL112, membuatkanku mengimbau sejarah 2007, tika aku mula merangkak untuk memahami dunia semasa dan politik caca marba, aku terperosok sama ditarik arus kebangkitan anak muda.

Tanpa pengalaman, dengan hanya sedikit keberanian dan pengetahuan, kaki digerak perlahan, masih terbayang-bayang sepasang kasut sukan jenama Puma berjalur merah, telapaknya menjadi saksi kulorekkan warna warni di lembah yang lazimnya penuh sesak dengan kenderaan, kini berubah dengan lautan insan yang entah dari mana datangnya.

Jalan Masjid Jamek!

"Lari....lari!" Dari jauh laungan memberi satu arahan.Tak keruan dibuat dek tembakan bahan jijik ala zionis, kepulan asap memerangkap pernafasan. Detik itu, mataku makin kelam, kelabu mencari haluan. Kugoncangkan semangat untuk terus bergerak lebih pantas. Tanpa semangat mungkin aku terus tumbang di jalanan, tersekat amat udara ke trakea, fizikal dan mental bergabung seiring menjana tenaga luar biasa. Kebarangkalian itu juga detik-detik manis buat aku dan teman-teman.

"Ya Allah....pedihnya!" meronta jiwa, pertama kali aku dihidang makanan yang tidak diundang! Mata dan wajahku bertukar kemerahan melampau menahan serpihan habuk zionis ala Malaysia. "Apa dosa aku sampai dilayan sebigini rupa...?"

[Gempar] Benarkah Fathul Bari sudah lompat UMNO jadi BEBAS sekarang ini..!!!


ADUN BN Kedah pakat tebai muka, Badrul Ketua Pemuda punya angkara...

"Kalau orang ni jadi calon BN kami buat lauk..."

Oleh: Ipad China
Semalam heboh satu Wisma Darul Aman apabila 20 ribu para pemuda BN Kedah berhimpun depan pintu pagark menyerahkan sijil penghargaan untuk MB. Sempat jugakla aku turun dengan Setiausaha Akhbar MB pi bersalam-salam dengan puak2 pemuda BN tu, lenguh jugakla tangan bersalam makloumlah nak habih 20 ribu orang bukan senang.
Ingatka sijil apa, rupanya sijil penghargaan kerna defisit bajet 2013 tang terbesar di malaysia iaitu RM460 juta kata depa. Rupanya depa salam paham. 
 
RM460 juta tu bukan defisit sebab ada sumber pendapatan untuk jumlah itu iaitu wang pembangunan, kumpulan bekalan air, saham ekonomi dan kesejahteraan rakyat, pemberian kerana pertambahan hasil dan selenggara jalan - sebahagian besar tu dari kerajaan Pusat kerana cukai yang depa kutip dari rakyat Kedah.

Aduhai Fathul Bari Pakailah serban tebal mana pun, rakyat tahu Umno parti rasuah...!!

Bantuan dua buah bas pun masih gagal penuhkan kerusi di ceramah Fathul Bari

DIFAHAMKAN malam tadi, Umno Selangor telah menganjurkan satu majlis ceramah politik yang disampaikan oleh Fathul Bari Mat Jahya, yang mereka gelar sebagai Ulama Muda Umno.

Majlis ceramah politik tersebut turut dilengkapi dengan persembahan kumpulan Nasyid Rabbani untuk menarik penyertaan orang ramai.



Difahamkan, dua buah bas digunakan untuk membawa hadirin dari Pekan Sungai Buluh untuk memenuhkan majlis tersebut. Di bawah ini gambar bas yang dimaksudkan.


Himpunan 12 Jan: ‘Game over’ untuk Umno BN

KUALA LUMPUR: Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya.
Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.

Fasa terakhir ini, katanya bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 12 Januari dari jam 2.00 hingga 5.00 petang di Stadium Merdeka.

Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya.

Fasa terakhir ini bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu - 12 Januari 2013, dari jam 2.00 pm hingga 5.00 petang di Stadium Merdeka.

Dari soal Lynas, Felda, Royalti, Pengerang, tuntutan Bersih, pembelian kapalselam dan banyak lagi isu rasuah dan penyelewengan; himpunan gergasi ini akan menjadi tanda jelas penolakan rakyat terhadap kejelekan dan sikap semberono pemerintah Umno BN merompak hak Rakyat. Penolakan ini kita akan muktamadkan dalam PRU13 kelak.

Tarian Lucah di Majlis Polis Selangor sama Seperti K.POP Bertam Nite.. Jadi mana yang salah tu ambiklah tindakan...!!

Tarian lucah Wujud, Polis Selangor nafi terlibat.

Pengakuan di petik dari laman peribadi Tun Hisan. 

Rujuk bawah ;


Aku dah check facebook peribadi Tun Hisan memang tak jumpa langsung komen di atas. Agaknya dia set sebagai private kot. So orang2 yang tak friend dengan dia macam aku tak dapat akses. Apa pun info ini di petik dari rakan blogger. Rujuk sini.

Bagi aku kalau betul dah amek tindakan baguslah. Insiden neh sama seperti insiden kpop anjuran PKR bersama PAS dan DAP. PR taktahu menahu ada aktiviti tarian lucah dan sebagainya. Walaupun dah beritahu garis panduan tarian bagaimana yang patut dipersembahkan namun masih ada pihak yang langgar arahan.

Perkara yang sama boleh terpakai dalam situasi PDRM. Jika sedar bahawa itu satu kesalahan, bagus. Ini yang kita mahukan. Amek langkah2 yang sewajarnya. Hukum pihak yang terlibat dan dalam masa yang sama minta mereka ganti balik wang rakyat jika penari2 tersebut dibayar menggunakan wang pembayar cukai.

Memandangkan BN bacul nak bagi Sejam LIVE di TV.. PAS ulang cetak buku "Amanat Haji Hadi"

Pas Pusat ulang cetak buku Amanat Haji Hadi
Wartawan Sinar Harian
8 Januari 2013
 buku Amanat Haji Hadi
Mohd Khalil memegang buku Amanat Haji Hadi yang akan diulang cetak.
 
MARANG - Di sebalik polemik amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun 1981 yang kembali hangat, Jabatan Penerangan Pas Pusat akan mengulang cetak sebuah buku bertajuk Amanat Haji Hadi bagi memberikan penjelasan kepada isu-isu berkaitan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dijangka akan melancarkan buku tulisannya itu pada majlis yang bakal diadakan di Dewan Tok Guru di pekarangan Masjid Rusila, Marang pada Jumaat ini.

Buku berkulit depan berwarna hijau dengan gambar wajah Presiden Pas itu dicetak pada 2002 dan diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Pas Pusat, bagaimanapun berbeza dengan buku Amanat Haji Hadi, Amanat Haji Mahathir dan Haji Najib.

Terdahulu, Jabatan Penerangan Pemuda Pas Kelantan melancarkan buku Amanat Haji Hadi, Amanat Haji Mahathir dan Haji Najib yang diisi dengan fakta-fakta penting tentang amanat itu termasuk keratan akhbar membabitkan isu-isu dibincangkan.

KEDAH -Kemenangan Sulung Yang Bermakna

Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN


BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (6) Selasa, 8.1.2013

Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN 

KEMENANGAN SULUNG YANG BERMAKNA

KEDAH membuka tirai Liga Perdana dengan cemerlang mengatasi pasukan UiTM FC 2-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka dan memastikan tiga mata penuh milik mereka hasil jaringan dua gol oleh penyerang kebangsaan Khyril Muhymeen Zambri.

Pada babak pertama Kedah terpaksa menunggu sehingga minit ke-28 untuk menjaringkan gol pertamanya kerana sebelum itu prestasi barisan pemain Pasukan Hijau Kuning sedikit gugup kerana ini adalah perlawanan pertama dalam kancah Liga Perdana musim ini.

  Pada minit ke 28 bola silangan cantik oleh ketua pasukan Baddrol Bakhtiar gagal di tampan oleh penjaga gol UiTM FC, Afif Aizad Azman dan Khyril Muhymeen Zambri dengan mudah menguis bola masuk ke dalam bagi Kedah mendahului 1-0.

  Sebelum ini pada minit ke-26 tendangan kencang Baddrol dari jarak 40 meter menggegarkan palang gol UiTM FC dengan Afif penjaga gol lawan sekadar dapat melihat keadaan ini dan gawang UiTM FC terselamat.

  Selepas jaringan pertama, Kedah mula menguasai permainan dengan mengatur gerakan-gerakan cantik menerusi Nelson Sam Martin, Chayene Santos dan Mohd Syazwan Mohd Asyraf tetapi pertahanan UiTM FC berjaya menghalangnya.

  Pada minit ke-31, Khyril berjaya mengelecek dua pemain pertahanan UiTM FC dan menewaskan Afif penjaga gol lawan dengan menendang bola masuk terus ke penjuru kiri gawang lawan.

  Tiga minit kemudian Khyril Muhymeen hampir menjaringkan hatriknya tetapi ketangkasan Afif yang berjaya menolak bola melepasi palang golnya hasil tandukan penyerang Pasukan Hijau Kuning, bermula dari umpanan cantik sebelah kiri kotak penalti UiTM FC oleh Santos.

 Pada permulaan separuh kedua, Kedah mengeluarkan Arman Fareez Mohd Ali dan memasukkan Muhamad Fiqkry dan pada minit ke-55 Kedah melakukan satu lagi pertukaran mengeluarkan Mohd Syazwan Mohd Asyraf.

  Kedah seterusnya mengeluarkan Khyril Muhymeen mengantikan dengan Tengku Hasbullah Raja Hassan bagi menguasai permainan tetapi barisan pemain Kedah yang terpaksa beraksi pada perlawanan petang nampak begitu letih berbanding barisan pemain UiTM yang jarang-jarang melakukan serangan.

END.

#iamhijaukuning

© Media KFA
KEDAH membuka tirai Liga Perdana dengan cemerlang mengatasi pasukan UiTM FC 2-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka dan memastikan tiga mata penuh milik mereka hasil jaringan dua gol oleh penyerang kebangsaan Khyril Muhymeen Zambri.

Pada babak pertama Kedah terpaksa menunggu sehingga minit ke-28 untuk menjaringkan gol pertamanya kerana sebelum itu prestasi barisan pemain Pasukan Hijau Kuning sedikit gugup kerana ini adalah perlawanan pertama dalam kancah Liga Perdana musim ini.

Pada minit ke 28 bola silangan cantik oleh ketua pasukan Baddrol Bakhtiar gagal di tampan oleh penjaga gol UiTM FC, Afif Aizad Azman dan Khyril Muhymeen Zambri dengan mudah menguis bola masuk ke dalam bagi Kedah mendahului 1-0.

Antara Dr.Novandri, Papagomo & Sobri Sudin.....!!!

Maaf: Khalid ucap tahniah kepada Dr Novandri


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti rugi di atas fitnah terhadap beliau.

“Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan,” tulis beliau yang juga AJK PAS Pusat di dalam blognya http://www.khalidsamad.com.

Berikut tulisan penuh beliau.

Kenyataan Maaf Dr Novandri

Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti-rugi di atas fitnah beliau terhadap diri saya. Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan.

UMNO KELANTAN ketandusan isu..sudah mula belit isu Tanah !!

Isu tanah tergadai: Umno Kelantan terkial-kial

Ahmad Fadli Shaari,


Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyelar kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat dakwaan kononnya tanah rizab melayu di Kelantan terlepas ke tangan bukan Melayu.

Pada pandangan DPPNK, kenyataan Mustapa yang disiarkan oleh akhbar-akhbar hari ini 6 Januari 2013 sekali lagi membuktikan kelayakannya untuk menjadi Menteri Besar Kelantan sudah hilang sama sekali.

Hakikatnya, Mustapa sedang terkial-kial untuk mengumpul semula kekuatan Umno Kelantan yang sedang berangan-angan untuk merampas Kelantan di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam isu tanah rizab Melayu, DPPNK suka mengingatkan Mustapa agar merujuk kepada jawapan yang dikemukakan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan YB Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [Balik Pulau] berkenaan jumlah keluasan tanah Rizab Melayu mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Ia disenaraikan di dalam jawapan bagi soalan bukan lisan no. 348 pada Januari - April 2011. Di dalam jawapan tersebut, dinyatakan bahawa keluasan tanah rizab Melayu di Kelantan ialah seluas 1.3 juta hektar iaitu paling tertinggi di Malaysia.

UMNO sudah mula tutup mulut isu amanat..kini spin pula ke arah Tabung Memali...

Amanat Hadi: Umno sudah mula tutup mulut, kata Pas
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar 
 
KUALA LUMPUR - Pas menyifatkan langkah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menarik balik kesediaan memenuhi permintaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk muncul di televisyen bagi menjelaskan isu Amanat Haji Hadi menunjukkan pemimpin Umno mula mengambil sikap "diam diri" daripada membicarakan isu tersebut.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan yang tidak konsisten dalam membuat keputusan, lebih-lebih lagi berhubung kebebasan bersuara menggunakan media yang berpaksikan Umno-Barisan Nasional.

“Saya anggap bahawa pemimpin Umno sudah bersedia untuk tutup mulut untuk tampal mulut mereka dengan 'plaster' daripada bercakap dengan isu-isu ini,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Dalam perkembangan yang sama, hasrat pemimpin tertinggi Pas itu juga mendapat perhatian Sinar Harian apabila sanggup menawarkan platform alternatif selain media arus perdana dan beliau menyambut baik tawaran tersebut.

Isu MEMALI : Antara TABUNG yang sudah di siasat SPRM & KISAH sebenar yang tak disenangi BN

MEMALI - RINGKASAN KISAH...

MEMALI - RINGKASAN KISAH...

untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.

1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.

2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).

4) dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.

5) merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.

6) akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.

7) itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.

8) rundingan demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis, arahan jelas daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup atau mati.

9) akhirnya selepas subuh, polis melancarkan serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat makcik2 kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.

10) pada mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan kemarahan seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus.

11) selepas zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum.

al fatihah untuk para syuhada memali.

http://al-hajari.blogspot.com/2013/01/memali-ringkasan-kisah.html

Untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.

1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.

2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).

Wartawan POLIS buat pas khas...RAKYAT pulak..??

Polis akan keluar pas khas akhbar perhimpunan 12 Jan

Pihak polis telah menggesa wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan Pakatan Rakyat Sabtu ini memakai pas khas yang dikeluarkan oleh pihak polis supaya mereka mudah dikenal pasti.

Langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini ini dilihat sebagai satu usaha untuk mengelak berulangnya kejadian petugas media dipukul oleh anggota polis seperti semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas.

Semalam, beberapa wartawan Malaysiakini menerima panggilan telefon dari kontinjen polis Kuala Lumpur meminta senarai wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan tersebut.

Senarai itu dikehendaki dikemukakan selewat-lewatnya esok, termasuk butiran peribadi seperti nombor telefon dan MyKad.

Ketika dihubungi, ACP Ramli Mohamed Yoosuf, pembantu kepada ketua urusetia (perhubungan awam) Ketua Polis Negara (IGP), berkata langkah itu bertujuan untuk memastikan keselamatan para wartawan.

"Kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti masa lalu," katanya, merujuk kepada BERSIH 3.0.

Kesilapan penjumlahan undi DAP tidak libatkan wang rakyat yang berbillion


Saya mengambil sedikit masa untuk memberikan komen tentang isu yang dipanaskan oleh pihak UMNO dan pemimpinnya, iaitu isu kesilapan DAP membuat perkiraan tentang penjumlahan undi dalam konvensyen DAP 15 Disember lepas. Saya mengambil masa untuk memberikan komen sebab saya terlalu asyik membaca komen dari pimpinan UMNO yang menggunakan isu itu untuk melarikan pandangan ramai dari isu-isu besar yang mereka (UMNO) hadapi sekarang.

Dengan mengalihkan pandangan terhadap apa yang berlaku di dalam parti itu UMNO berpendapat ia akan mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka kerana isu mereka sendiri terlalu besar dan tidak terjawab oleh mereka (UMNO). DAP telah mengambil ‘accountability’ dan mengakui kesilapan yang berlaku dan memperbetulkan keadaan secara terbuka dan 'transparent' tanpa rasa takut.

Bagi saya tidak ada apa yang perlu disebut tentang kesilapan penjumlahan itu kerana ia telah diperbetulkan dan kita berhenti menyebut di situ. Tetapi yang terpenting sekarang ialah bagi UMNO menyelesaikan masalah mereka sendiri. Masalah mereka masalah dengan orang ramai. UMNO telah melakukan kesalahan kepada rakyat dengan terlalu banyak isu yang berbangkit. Ia melibatkan masa depan rakyat yang ramai. Ia melibatkan rompakan besar-besaran segala harta rakyat melalui Kementerian-Kementerian serta Jabatan-Jabatan yang bersangkutan dengan rakyat.

Lawatan Ke Kuala Lumpur hari Sabtu nanti untuk cuti-cuti Malaysia

Anwar ajak rakyat turun HKR Sabtu ini, tuntut kebebasan & keadilan

KUALA LUMPUR 7 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat seluruh negara turun beramai-ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
“Dedikasi untuk semua pejuang rakyat yang menuntut kebebasan dan keadilan. Ayuh bersama turun ke KL 12 Januari ini! Suara rakyat, suara keramat!” kata Ketua Umum KEADILAN di facebooknya hari ini.
Sebelum itu, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengerahkan semua anggota KEADILAN setiap peringkat agar hadir ke KHR.

Menurut Saifuddin, KEADILAN mendukung penuh himpunan tersebut yang merupakan kemuncak kepada jelajah kebangkitan rakyat yang diadakan di seluruh negara.
“Ia bukan sekadar perhimpunan, tetapi manifestasi kebangkitan rakyat, yang bukan saja disokong KEADILAN dan Pakatan Rakyat, malah badan bukan kerajaan (NGO),” kata Ahli Parlimen Machang itu.

Hari tu bukan main heboh kata EXCO KEDAH RASUAH..tetapi yang SPRM tahan ialah kontraktor..!!

SPRM Kedah tahan kontraktor terbabit kes rebat NGO

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang kontraktor dipercayai terbabit dengan kes 'pemotongan' 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalur kepada badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu.

Pengarahnya Datuk Mohamad Yusoff Akope berkata SPRM menjalankan siasatan mengenai kes itu setelah dilaporkan media pada Februari tahun lalu.

Laporan media itu menyebut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri Tan Chow Kang telah mengarahkan wakilnya untuk membuat potongan itu sebagai balasan kepada sumbangan yang telah diberi.

Mohamad Yusoff berkata berdasarkan siasatan, Tan didapati tiada kaitan dengan kes berkenaan, sebaliknya ia melibatkan seorang kontraktor berusia 46 tahun itu.

Mohamad Yusoff berkata kontraktor berkenaan sepatutnya membekal peralatan kepada NGO, namun bekalan itu tidak dibuat walaupun bayaran telah dikeluarkan.

Amaran Awal Kedah - UITM FC 0 - 2 KEDAH



Kata-Kata Sahabat di fb : Hanz Janz > Kedah bermain sangat cemerlang, tetapi Nelson tetap di turunkan walaupun injured. Manakala Khyril Muhymeen walaupun tidak perform 100% agak kurang cergas tapi masih bernafsu menjaringkan Gol, manakala Santos gerakan yang mengelirukan skill yang tinggi membuat perthanan UITM sibuk bertahan. Semua pemain beraksi baik Kedah mampu menjaringkan banyak gol , tetapi mungkin menyimpan tenaga untuk bertemu Pos Malaysia Jumaat ini di Stadium Darul Aman.

PEMUDA BN kena perli beradap macam tu je selepas buat "BENDA TERENCAT" semalam..!!!

UPKNKed sedia anjur Kursus Membaca Laporan Bajet untuk Pemuda BN

ALOR SETAR – Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah (UPKNKed) bersedia mengadakan Kursus Membaca Laporan Bajet kepada mana-mana pihak yang tidak faham atau terkeliru dengan maksud Bajet yang dibentangkan oleh kerajaan negeri. Demikian diberitahu oleh Pengarahnya, Haji Zulkifli Yahaya.

Cadangan atau pelawaan UPKNKed ini adalah ekoran dari demonstrasi oleh Pemuda UMNO/BN Kedah di hadapan Wisma Darul Aman untuk menyerahkan ‘Sijil Penghargaan’ kepada Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak bertujuan menyindir kerajaan negeri kononnya defisit bajet terlalu besar.

Sijil Penghargaan tersebut diserahkan sebagai penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah sebagai Johan Defisit Belanjawan 2013. Dalam Pembentangan Bajet 2013 sempena Sidang Dewan Undangan Negeri Bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas lalu, mensasarkan perbelanjaan sehingga mencecahkan RM1.11 billion tetapi hasil pendapatan negeri dijangkakan hanya sekitar RM640 juta. Pemuda BN mentaksirkan defisit adalah sebanyak RM460 juta.

UPKNKed mengira Pemuda UMNO/BN Kedah tidak faham dengan pembentangan bajet berkenaan yang telah dikupas secara terperinci dalam perbahasan Sidang DUN yang lalu.

Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar perlukan darah


KUALA LUMPUR, 7 Jan — Sebanyak 200 unit darah jenis A, AB, B dan O diperlukan dalam sehari bagi menampung keperluan pesakit terutama yang melibatkan kes-kes kecemasan.

Pakar Hematologi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Dr Hafizah Hashim, berkata hospital berkenaan yang kini mengalami masalah kekurangan darah memerlukan bekalan yang banyak bagi merawat pesakit talasemia, leukimia, obstetrik dan mangsa kemalangan.

“Darah yang kita ambil dari badan penderma hanya boleh disimpan dalam tempoh 35 hingga 42 hari sahaja dan ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan pesakit yang banyak,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Justeru beliau memohon orang ramai untuk hadir ke lokasi derma darah yang dijadualkan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Antara tempat yang terlibat ialah Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Hospital Kulim, Hospital Jitra, Hospital Kuala Nerang, Hospital Sik, Hospital Yan, Hospital Baling dan Hospital Langkawi.

Operasi derma darah dijalankan setiap Ahad hingga Rabu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan pada Khamis dari 8 pagi hingga 3.30 petang. — Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...