TERKINI :

Sunday, January 6, 2013

[GAP] Hujah kami berkenaan ISU TANAH PAS bagi kepada DAP..!!

facebook : Geng Atas Pagar

dari apa yg kami faham berkenaan isu nie ialah:

1- Kontrak tanah nie dah diberi pajak pada tahun 2005 pada satu syarikat
2- Syarikat tersebut telah tak manpu lalu dia jual saham kepada cina DAP tu
3- Cina DAP tu ambik pada 2012 iaitu tahun lepas..
4- Bab anugerah kepada DAP sebab bagi jawatan MB pada PAS pada kami ia ada percanggahan kerana setahu kami PR waktu nak dipilih calon MB mereka hantar nama 3 org pada TUANKU SULTAN iaitu satu wakil PAS, satu wakil DAP dan satu wakil PKR..dan TUANKU SULTAN PERAK sendiri yang memilih wakil dari PAS jadi dimana timbulnya PAS berterima kasih kepada DAP sbb bagi jawatan MB..

maka dengan ini GENG ATAS PAGAR menolak hujah UMNO BN dalam isu tanah ini dan kami sokong 100% atas kesanggupan MB KELANTAN untuk di tubuhkan suruhanjaya..

TQ
Isu tanah: Kami sedia disiasat, kata Nik Aziz
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
6 Januari 2013
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menerima dengan terbuka syor diadakan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat secara terus berhubung isu pajakan tanah seluas 4,000 hektar kepada syarikat yang kini dimiliki dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Nie baru JANTAN - Siang tadi MB Kedah ajak PERKASA..Malam nie MB Kelantan terima penubuhan Suruhanjaya...

Isu tanah: Kami sedia disiasat, kata Nik Aziz
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
6 Januari 2013
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menerima dengan terbuka syor diadakan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat secara terus berhubung isu pajakan tanah seluas 4,000 hektar kepada syarikat yang kini dimiliki dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya terbuka kepada apa jua bentuk siasatan kerana kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar telus dalam pentadbirannya.

Menurutnya, pegawainya telah pun menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

“Saya beri peluang kepada orang buat apa sahaja termasuklah suruhanjaya diraja atau apa sekalipun. Saya selalu sebut, pejabat saya dibuka 25 jam sehari dan bukannya 24 jam.

Apa yang RAIS cakap nie adalah tanda-tanda awal Perhimpunan Rakyat tidak jadi di Stad. Merdeka..!!

Pilih tempat perhimpunan tanpa perbincangan bukti Pakatan ‘angkuh’, kata Rais

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Tanpa perbincangan dengan polis dan pihak berkuasa stadium dan memilih Stadium Merdeka sebagai tapak perhimpunan pada 12 Januari menunjukkan ‘keangkuhan’ Pakatan Rakyat (PR), kata Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Penganjur “Hari Kebangkitan Rakyat” diharap dapat menarik satu juta peserta perhimpunan untuk ke stadium bersejarah itu untuk membantah beberapa isu yang masih belum diluluskan.

“Mana-mana pihak, sama ada dari PAS atau parti pembangkang atau mana-mana badan bukan kerajaan, tidak boleh memaksa memilih venue yang hendak mereka buat tunjuk perasaan,” Rais (gambar) berkata, dan menyatakan bahawa ini adalah mengikut semangat dan kandungan dalam Akta Perhimpunan Aman.”

Beliau berkata pembangkang harus “berunding” dengan polis terlebih dahulu sebelum mereka menentukan tempat perhimpunan.

“Ini menunjukkan keangkuhan dan membelakangi undang-undang tanah air,” beliau berkata dalam satu sidang akhbar di sini.

Letih betoi ngan puak ketuanan Melayu neh...!!!!

"Salam semua... Letih betoi Pak Long ngan kelaku orang kita. Pong pang, pong pang punya cerita pasai perpecahan orang Melayu la ni... macam la dulu tak berpecah... haha... Sebenaqnya perpecahan neh dah ada sejak sebelum merdeka lagi... ca tengok time depa tuntut merdeka dulu.

Satu puak yang nak merdeka bersandaqkan Islam dan Melayu... yang lagi satu pulak nak merdeka berteraskan Melayu tapi kongsi ngan semua kaum yang dok kat Tanah Melayu dengan Islam jadi agama rasminya. Tak pecah lagi ka lagu tu...

Kepala hotak Melayu dah memang terdidik dalam dua cara pembawakan... Satu puak cintakan Islam lalu depa pun teringin nak realisasikannya manakala satu puak lagi tak berapa nak faham Islam, sebab tu depa pandang ringan pada suruhan agama... tambah-tambah lagi tertarik ngan kebesaran duniawi. Dua fikrah tu ditinggai penjajah sampailah la ni...
Melayu boleh bersatu sebenaqnya tapi bersyarat... Bukan syarat macam Hj Hadi mintak kat Rais Yatim tuh... haha...

Inilah seorang menteri yang berfikiran "rasional"....

Tim menteri: Universiti patut bantu Aziz Bari

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, universiti sepatutnya menjaga dan membela kebajikan pegawainya termasuk bertanggungjawab memberi khidmat guaman kepada pensyarah sekiranya didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, tanggungjawab sesebuah institusi pengajian tinggi terhadap pegawainya adalah sama seperti ketika mereka dimasukkan ke hospital kerana ia telah menjadi tanggungjawab universiti itu.

"Kalau boleh saya respon tentang beberapa perkara yang ditimbulkan tadi (di dalam forum), kalau ada satu perkataan mewakili perasaan saya, jawapan saya ialah soal roh universiti itu sebenarnya sudah seperti tiada lagi.

"Seperti dalam kes (Prof Dr) Abdul Aziz Bari, saya rasa itu tidak wajar. Sebab pada pandangan saya tanggungjawab universiti ialah antara lain membela kebajikan pegawai sama ada pekerja pentadbir atau pensyarah," katanya.

Tambahnnya, juga niversiti patut bertanggungjawab memberi bantuan guaman kepada pesyarah yang didakwa di mahkamah.

"Kalau salah, bantu dia untuk membuat rayuan. Kalau bersalah juga, habislah tugas universiti. (Universiti) perlu ada tanggungjawab moral. Itu pegawai kamu.

TAHNIAH keatas SPRM diatas kepantasan menyiasat KES RASUAH TERBESAR di ABAD ini..

Kes pegawai daerah: P Pinang dijangka buat rombakan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri bertindak untuk menggantikan seorang pegawai daerah di negeri itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah.

"Seorang daripada pegawai daerah baru adalah seorang wanita. Beliau akan menjadi pegawai daerah wanita kedua di negara ini," kata Lim yang menambah pegawai daerah wanita pertama juga dilantik semasa pentadbirannya.

Lim berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan tindakan curang penjawat awam dan akan mengambil langkah tegas ke atas individu yang bersalah atas dakwaan rasuah.

Beliau mengulas laporan media hari ini bahawa seorang pegawai daerah yang merupakan pembantu kepada salah seorang timbalan ketua menterinya serta seorang lagi individu ditahan pada 3 Januari berhubung dakwaan rasuah.

Kedua-duanya dijangka akan dituduh di mahkamah dalam masa beberapa hari dan identiti kedua-duanya juga bakal diketahui pada tarikh tersebut.

Jika Benarlah Mahathir Di belakang Deepak...

Oleh: Shahbudin Husin

Sejak Deepak Jaikishan muncul sebagai tajuk sensasi berita dan mengaitkan Najib serta Rosmah dengan pelbagai dakwaan, perkara yang menjadi persoalan umum mengenai usahawan karpet itu ialah dia dilihat bukan saja begitu berani tetapi seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Dia sudah membuat pelbagai dakwaan terhadap Perdana Menteri dan Rosmah. Daripada mendakwa memberi sejumlah wang kepada Najib, yang tentunya bermaksud seorang Perdana Menteri menerima rasuah daripadanya, menuduh Najib terlibat dalam akaun bersumpah kedua P Balasubramaniam untuk menafikan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya sehinggalah kepada pelbagai dakwaan lainnya sama ada berkaitan Najib mahupun Rosmah, Deepak dilihat amat bebas untuk bercakap apa saja.

Dia boleh menuduh bermacam perkara, bebas mengadakan sidang akhbar dan senang dihubungi media untuk memberi komen mengenai konflik yang dhadapinya. Dia juga bebas bergerak seolah-olah tiada apa yang dibimbanginya.

Sementara Najib, Rosmah dan pimpinan UMNO lainnya tidak berani bersuara menyanggah apa yang disuarakan oleh Deepak, agensi kerajaan seperti polis dan SPRM juga bagaikan sudah kehilangan kuku untuk bertindak terhadap Deepak.

[Video] Kupasan Isu Amanat Hj Hadi


"Alangkah lucunya mereka ini"

oleh  Ahmad Mursyid Abdul Halim

Seperti biasa, menjelang pilihan raya umum, semua pihak akan mula merancang pelbagai strategi demi mencapai apa yang mereka hajati, sama ada majoriti atau mungkin juga populariti.

Maka akan timbullah pelbagai isu, segala rahsia yang disimpan beberapa tahun akan dibongkar, segala salah laku yang selama ini tak terlihat akan diperlihatkan dengan jelas dan nyata di mata rakyat marhaen semuanya. 

Mereka yang ketandusan isu akan cuba memainkan isu lama yang sudah basi. Terbaru, tiba-tiba sahaja isu 'Amanat Hadi' yang disampaikan pada tahun 1981 dimainkan kembali.

Dan dalam isu ini, Presiden ISMA Abdullah Zaik Abdul Rahman begitu pantas memberi pendapat mewakili NGO itu. Entah apa tujuan ISMA begitu pantas memberi pandangan dalam isu ini.

Dalam buletin TVISMA terbaru, dimuatkan sidang media oleh presiden ISMA yang memohon agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya kerana pada pandangan mereka ia memecahbelahkan umat Islam.

Masih segar di ingatan, ketika ramai memberi komen terhadap "Melayu Sepakat Islam berdaulat" yang ISMA canangkan, mereka meminta agar diberi ruang untuk menjelaskan.

Tetapi apabila sampai kepada Abdul Hadi, begitu pantas pula mereka memberi pandangan sedang beliau belum lagi memberi penjelasan. Alangkah lucunya mereka ini.

Madrasah Salihiah... walhasil balik asal.. pi mai pi mai kot tuu..!!!


 
Alhamdulillah, isu Madrasah Salihiah selesai akhirnya

ZULKIFLI YAHAYA

Kontroversi isu Madrasah Salihiah, Kanchut berakhir apabila persetujuan dicapai antara pihak yang membantah madrasah itu diroboh dan digantikan, dengan kerajaan negeri yang mahu berbuat demikian setelah dibenarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah. Ia diselesaikan secara baik di luar mahkamah setelah pihak plaintif yang mengaku menjadi waris pemilik asal tapak dan defendan mencapai kata sepakat untuk berbuat demikian.
Defendan iaitu pihak kerajaan negeri, bersetuju menyediakan lot baru untuk membina semula surau menggunakan wang pampasan (yang dibayar kepada Maik RM1.43 juta) kira-kira 200 meter daripada tapak asal.
 
Pada 6 Mei tahun lepas, Jamludin, Fadzil, Fidel Firaidid dan Fidel Firaidi yang mengaku sebagai waris pemilik asal tanah memfailkan injunksi sebagai usaha menghalang bangunan Madrasah Salihiah dirobohkan kerajaan negeri bagi membina pusat membeli-belah. Majlis Agama Islam Kedah (Maik), Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Bagus SPRM dakwa sahaja pembantu TKM P.Pinang tu jika dia bersalah..!!

NOTE - Kes lain jangan laa diam macam tu saja.. nuu kes BALAK DI PEDU takan tak selesai lagi kot... nuu kes DEEPAK dan ROSMAH takan tak selesai siasat kot... 

SPRM tahan pembantu TKM P Pinang

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan menahan seorang pembantu kepada timbalan ketua menteri Pulau Pinang berhubung satu dakwaan rasuah.

Akhbar Mingguan Malaysia melaporkan, pembantu itu menyaksikan cubaan untuk menyerahkan rasuah RM30,000 orang seorang individu kepada seorang wanita.

Pengarah SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan kepada akhbar berkenaan bahawa pembantu berkenaan bekerja kepada salah seorang daripada dua timbalan ketua menteri, tetapi tidak menamakan timbalan ketua menteri itu.

Laporan The Star pula menyebut, jumlah sogokan itu adalah untuk mendorong wanita berkenaan agar menggugurkan satu aduan gangguan seksual ke atas seorang penjawat awam kanan.

Aduhai NAJIB..apa kes nie..projek hang sendiri pun geng hang pertikai..???

Pemuda Gerakan persoal mekanisme kad 1M'sia
 
Gerakan hari ini membangkitkan persoalan mekanisme dan kegunaan kad '1Malaysia Privilege Card' yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini.

Timbalan ketua Pemudanya Oh Tong Keong berkata, isu lain yang mungkin timbul sama ada ia benar-benar berguna kepada rakyat Malaysia dan berhubung kriteria penerimanya.

"Berdasarkan pengalaman dalam pengedaran Kad Diskaun Siswa 1Malaysia, terdapat masalah apabila banyak kedai yang mengambil bahagian dalam skim itu bukan peruncit utama dan terletak di pinggir bandar.

"Kami sudah menyuarakan perkara ini sebelum ini," kata Oh.

Beliau sebaliknya mencadangkan insentif diberikan kepada peruncit untuk mengawal peningkatan kos dan pada masa yang sama meningkatkan perbelanjaan pengguna secara umumnya.

Kad itu dilancarkan perdana menteri pada Ogos lalu dengan fasa pertamanya untuk 241,000 anggota dan pegawai polis serta tentera.

“Anak saya minat Lady Gaga, ustaz!”



http://saifulislam.com


“Bagaimana kami hendak menjawab kepada anak-anak yang semakin meningkat remaja, persoalan mengapa mereka perlu bertudung, kenapa kena bataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta hal-hal lain yang sering menjadi persoalan mereka?” salah seorang sahabat yang hadir di dalam halaqah kami bertanya.

Ia persoalan yang berat.

Menjawabnya secara mudah akan seperti memandang remeh dan enteng persoalan itu.

Kepala saya ligat berfikir.

Hari ini, saya sedang berhalaqah dengan rakan-rakan komuniti Malaysia yang berkampung di Lucan, Dublin. Kami berbicara tentang Ibrah Daripada Surah Luqman. Soalan yang hadir daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak mereka di ‘negeri orang’. Ironinya, soalan yang sama telah beberapa kali saya terima daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak di kampung halaman sendiri.

Macamana nak tawan Kelantan wahai UMNO.. Rumah tangga sendiri pun nak roboh nie..??

Umno Kelantan sudah mula gaduh

http://msomelayu.blogspot.com

Barang kali tidak ada berita lain paling panas di Kelantan hari ini dalam padang politik melainkan cerita tunjuk perasaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kota Bharu oleh beberapa orang ahli Umno yang meminta supaya Dali Hussin tidak dipilih menjadi calon.

Salah satu baner yang desak agar Dali tak jadi calon.
Dali ialah bekas ketua pemuda Umno Kelantan dan kini adalah Ketua Bahagian Umno Pengkalan Chepa.

Dengar khabar banyak juga sepanduk dan kain rentang diangkat semasa tunjuk perasaan berkenaan. Di sebuah kain rentang terpampang tulisan antara lain menyebut "ketua-ketua cawangan". Bermakna yang tunjuk perasaan itu terdiri dari ahli Umno sendiri.

Tidak jelas lagi apakah sebab musababnya. Khabarnya tunjuk perasaan itu mahukan agar Dali tidak dipilih menjadi calon. Satu memorandum juga hendak diserahkan kepada Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed tetapi gagal.

Apa yang terdengar Dali dikatakan mengamalkan kronisme di Pengkalan Chepa. Kronisme apa tidak pula dijelaskan lanjut. Sikap kronisme itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ketua-ketua bahagian.

Tuan Guru Haji Salleh Musa minta Tuan Guru Haji Hadi pertahankan Amanat

Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Mudir Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah merupakan tokoh ulama Kedah
berusia 85 tahun yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di Malaysia meminta Tn Guru Hj Hadi Awang mempertahankan Amanat 1981.

Amanat tersebut tidak perlu ditarik semula kerana bertepatan dengan hukum agama kata Tuan Guru Hj Salleh Musa

Tn Guru Hj Salleh berkata ucapan Tn Guru Hj Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan UMNO pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud , mempersenda hukum Allah , mempersenda sunnah Rasulullah SAW . Banyak perkara UMNO buat yang bertentangan dengan syaraq dan aqidah, yang paling nyata kesalahan UMNO adalah kerana asingkan agama dari politik

Wow..!! Orang Melayu UMNO Tipu, Raja2 Melayu pun UMNO Tipu!..

oleh Sakmangkol AK47

Padan muka orang Melayu. 


UMNO tipu mereka selama ini. orang Melayu ditakutkan supaya percaya kalau UMNO tidak ada, musnah lah orang Melayu. Apalah yang sangat kita boleh harapkan UMNO kalau para pemimpin rasuah dan bermuka muka menolong bangsa Melayu. Lebih lagi jika pemimpin UMNO koro dan kurang cerdik.

Raja2 Melayu pun UMNO tipu supaya takut dan percaya kalau UMNO tidak ada kedudukan mereka musnah. Jangan takut kepada UMNO. Takutlah kepada rakyat. Bila rakyat kecik hati, Raja akan dihina.

Apa pasal orang melayu tidak lagi sedar bahawa kedudukan orang Melayu, kedudukan Agama Islam, kepentingan orang Melayu semua nya dilindungi oleh Majlis Raja2 Melayu?

Raja2 tak pernah titah orang macam Ibrahim Ali jadi jurucakap Raja2 Melayu. Orang UMNO sahaja yang hidung tak mancung, pipi sorong2 nak jadi juara Raja Melayu. Takde Raja cerdik kah? Takde Raja yang pandai bercakap jika kepentingan mereka diancam? Malu Raja2 Melayu kalau jurucakap dan juara mereka orang standard Ibrahim Ali.

Raja Melayu tidak perlu takut kepada UMNO. Yang mereka mesti takut ialah suara majoriti rakyat. Kalau Raja zalim dan tidak adil kepada mereka, rakyat akan berontak. Kalau Raja Melayu tak jaga diri, selalu mabuk, berpoya poya, berjudi, malukan Agama Islam- rakyat akan marah Tuanku. Maka lebih baik jaga hati rakyat daripada hati UMNO. UMNO- kecik sangat. 3.2 juta dari 18 juta orang Melayu. Lebih baik Raja2 Melayu ambil hati 15 juta orang Melayu dari layan karenah dan ugutan UMNO.

Hadi - Mereka membuat keputusan untuk mengharamkannya tanpa memanggil saya memberi penjelasan

Hadi: 'Saya tetap dengan pendirian saya'
FARAH SHAZWANI ALI
6 Januari 2013
ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG
 
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kejutan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menarik balik fakta ucapan kontroversinya yang dilabelkan sebagai Amanat Haji Hadi.

Beliau bertegas mahu diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung dengan ucapan yang dibuatnya di Kampung Banggol Peradong, Manir, dekat sini, 32 tahun lalu.

Menurutnya, masyarakat perlu mendengar penjelasan beliau dahulu, sebelum menilai sendiri sama ada apa yang beliau ucapkan itu betul atau salah.

“(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais (Yatim) tak nak bagi peluang (kepadanya menjelaskan perkara itu melalui siaran langsung RTM dan TV3).

"Itu hak dia, tetapi saya tetap dengan pendirian saya, supaya masyarakat berlaku adil kepada semua pihak. Hanya cara (memberi penjelasan melalui siaran langsung) itu boleh memulihkan keadaan, kerana kita (Pas) tiada media. Biar rakyat tahu dan jangan dengar sebelah pihak.

Bolasepak Kedah - Sejarah 21 Tahun Yang Lepas Akan Berulang

Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN


SEJARAH AKAN BERULANG SELEPAS 21 TAHUN

SEJARAH yang dilakarkan 21 tahun lalu akan menjadi cabaran utama pasukan Kedah yang beraksi pada Liga Perdana musim ini. Kejayaan pasukan Kedah pada tahun 1992 menjuarai Liga Perdana musim itu dengan rekod cemerlang tidak kalah akan menjadi cabaran utama pasukan musim 2013 bagi mengulanginya ataupun menandingi kegemilangan pasukan yang dibimbing oleh arwah Datuk Paduka Ahmad Basri Haji Akil.

Tahun 1991 pasukan Kedah telah disingkirkan ke Liga Perdana dan pada tahun 1992 berjaya menjuarai pertandingan itu dengan tidak mengalami sebarang kekalahan dan mereka juga berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia tetapi kecundang kepada Pahang dengan jaringan tunggal oleh lawan mereka.

Pada tahun 1992 pasukan yang dilatih oleh Robert Alberts dan dibantu oleh Mohd Azraai Khor Abdullah, manakala pasukan musim 2013 ini dilatih oleh Mario Tot dibantu oleh Antonio Sisic yang berasal dari Croatia, jurulatih penjaga gawang Talib Saidi berasal dari Perak, jurulatih fizikal Mat Zali Lazim serta seorang pengurus yang sudah sinonim dengan permainan bola sepak dan senario bola sepak tempatan, Datuk Jeffery Low Hang Chow iaitu Naib Presiden KFA turut dibantu oleh Amirul Nizam Mahadzir.

Ustaz Azizan JEMPUT PERKASA & UMNO melawat kawasan BALAK DI PEDU..!!!


Tanah runtuh di Baling hantui penduduk

Wartawan Sinar Harian
5 Januari 2013
Tanah runtuh hantui penduduk
Azmi (duduk) bersama penduduk setempat melihat tebing yang runtuh.
 
BALING - “Sehari suntuk saya tidak dapat tidur kerana memikirkan keselamatan saya dan keluarga. Saya risau sekiranya runtuhan tebing menjadi lebih teruk,” kata Harun Hanafiah, 57, pemilik kediaman yang terlibat dalam kejadian tebing runtuh di Kampung Rambong Batu 7 di sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Ayah kepada dua anak ini bimbang apabila kejadian itu turut melibatkan beberapa struktur kediamannya.

Menurutnya, dia terdengar bunyi runtuhan kuat sebelum bergegas ke luar rumah untuk melihat bunyi runtuhan itu.

“Saya terkejut setelah mendapati beberapa struktur rumah termasuk tembok penghadang runtuh ke dalam parit,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kejadian tebing runtuh di kawasan parit tersebut merupakan kejadian kali kedua selepas 22 November tahun lalu.

Kedah lahirkan ramai karyawan negara

Wartawan Sinar Harian
5 Januari 2013
ALOR SETAR - Kedah antara negeri yang berjaya melahirkan golongan karyawan terkenal negara khususnya dalam bidang kesusasteraan moden tanah air seperti iaitu novel, cerpen, puisi, teater dan kritikan.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan berkata, antara tokoh karyawan ternama kelahiran Kedah adalah Sasterawan Negara (SN) Abdullah Hussain, SN Shahnon Ahmad, Tan Sri Dr Ismail Hussein, Datuk Abdul Halim R, Kassim Ahmad, Mohd Yusof Hasan, Rosmiaty Shaari dan Shaari Isa.

“Ada antara mereka yang telah kembali ke rahmaullah antaranya seperti Affrini Adham, Azizi  Abdullah, Hashim Yasin, Jihaty Abadi, TS Mohd Zahir Ismail.

“Namun, tradisi kecemerlangan bidang ini tetap diteruskan oleh para penulis yang menganggotai badan penulis Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (Asasi), manakala sebahagian daripadanya aktif berkarya dalam portal sastera maya, e-Sastera,” katanya dalam Malam Puisi Puzi Hadi, di Auditorium Kompleks Budaya Negeri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah (JKKNK), baru-baru ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...