TERKINI :

Thursday, January 3, 2013

Tuu dia Kedutaan Jepun kata duit PAMPASAN KERETAPI dah di beri sekitar tahun 90an lagi..!!!

Kedutaan Jepun sahkan serah wang pampasan

(Pertemuan Sekretariat Jejak dengan wakil Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."

Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sampai bila UMNO nak bertongkat LANGIT.. Masanya akan tiba jua..!!!

Akhirnya pihak yang zalim tetap akan tertewas. Itu hukum alam.

Semalam saya menulis tentang isu UMNO yang saya katakan tidak mampu bertahan lagi. Kali ini saya suka untuk mengiyakan apa yang ditulis oleh Harakahdaily yang desakan untuk Muhyiddin menyelamatkan UMNO itu sebenarnya wujud lebih-lebih lagi setelah timbul tuduhan Deepak terhadap Najib dan isterinya dalam berbagai-bagai isu. Tidak payah di sebut lagi isu yang dihadapi oleh Najib suami isteri kerana isu itu berkumandang setiap hari dan menjadi bualan ramai di mana-mana kita berjumpa sesiapa.

Tidak kurang ramainya di dalam UMNO yang sudah bertekad untuk mendesak Muhyiddin mengusahakan permintaan supaya Najib mengundurkan diri dan beliau (Muhyiddin) mengambilalih kepimpinan UMNO untuk menyelamatkan parti itu tersungkur bersama Najib. Bagi saya seorang, usaha untuk memberhentikan Najib itu memanglah satu usaha yang sepatutnya telah dilakukan lama dahulu. Tetapi oleh kerana permainan politik yang berkepentingan peribadi itu lebih dari kepentingan parti, kerajaan dan rakyat, usaha itu tidak dapat dilaksanakan.

“Siapa yang hendak memberitahu Najib itu” merupakan persoalan yang telah ditanya oleh ramai pemimpin UMNO dan saya telah mendengarnya semasa saya masih menjadi ahli parti itu. UMNO sedar yang Najib akan membuat UMNO terkubur jika beliau masih mengetuai parti itu. Tetapi adakah betul jika UMNO berharap untuk Muhyiddin mengambil alih kepimpinan?

malaysia duduk di tempat ke 36 negara paling sesuai nak lahirkan anak..!!

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Singapura melonjak ke tempat keenam terbaik untuk dilahirkan di dunia tahun ini manakala Malaysia adalah ke 36, mengikut indeks Economist Intelligence Unit (EIU).

Kajian EIU daripada 80 negara cuba diukur menyediakan peluang terbaik untuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan hidup.

Ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara lompat dua anak tangga daripada tempat ke-38 diduduki 25 tahun lalu, apabila EIU pertama kali menggeluarkan indeks “Dimana-mahu-dilahirkan” pada tahun 1988, melebihi negara-negara lain di rantau ini kecuali Singapura.

EIU sebuah anak syarikat kepada majalah perniagaan dan hal ehwal semasa berpengaruh Economist.

Satu suku abad kemudian, Kota Singa melompat ke tempat keenam, naik dari 36 daripada 48 negara pada tahun 1988 apabila seri dengan Jerman Timur sebelum Tembok Berlin runtuh.

Thailand menduduki tempat 50, Filipina yang berada pada kedudukan 24 pada tahun 1988 menurun kepada 63, seri dengan Sri Lanka, manakala Vietnam dan Indonesia masing-masing mengambil kedudukan 68 dan 71.

Ust Nik Muhammad Amar - PAS pun KAFIR jika depa tentang hukum ALLAH..


Idea PR - 4 prinsip jamin harga kelapa sawit, getah stabil

PKR garis 4 prinsip jamin harga kelapa sawit, getah stabil

PKR mengambil pendirian bahawa masalah kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan getah adalah masalah nasional yang memerlukan tumpuan segera.

"Satu perancangan khusus dan praktikal bagi tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang perlu dilaksanakan segera bagi menjamin kestabilan harga komoditi utama negara," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, secara amnya, PKR menggariskan prinsip sebagai asas program penstabilan harga dan jaminan kebajikan yang boleh dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak:

1. Satu Tabung Kebajikan Komoditi Negara wajar ditubuhkan dengan sumbangan asas sebanyak RM100 juta setahun oleh Kerajaan Persekutuan.

Tabung ini, menurut Anwar, bertindak sebagai skim jaringan sosial (dalam bentuk pinjaman mudah, takaful perlindungan, bantuan pendidikan dan lain-lain) untuk membantu keluarga yang ekonominya bergantung kepada komoditi utama apabila harga komoditi mula jatuh di bawah paras minima yang ditetapkan dari setahun ke setahun.

TG Haji Hadi semakin dikenali pemuda generasi bawah 31 tahun, terima kasih Umno ..!!



CATATAN 3 JANUARI 2013

 

TG Haji Hadi semakin dikenali, terima kasih Umno

Pemuda itu usianya sekitar 30an, menemui saya, katanya, mahu bertanya tentang “Amanat Haji Hadi” yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya bertanya; siapa yang menghangatkan amanat yang sudah sejuk basi itu kepada kamu?. “Saya mengetahuinya dari laporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, tapi tak faham maksud amanat itu”. Pemuda itu mengaku terus terang tak faham dengan “Amanat Haji Hadi” yang siarkan pada muka depan akhbar sepanjang minggu akhir Disember dan awal Januari 2013 kerana ketika isu kontroversi itu meletup 31 tahun lampau, sang pemuda baru pandai merangkak. Belum tahu membezakan antara makanan dengan najisnya sendiri.

Setelah saya menceritakan inti “Amanat Haji Hadi” baru pemuda itu faham. Anak matanya merenung tajam ke arah saya sambil bibirnya mengukir senyum. “Hebat Haji Hadi” ujarnya dengan bangga.

Madrasah Salihiah - Apa sudah jadi...kena roboh juga lah nampaknya..!!!

Madrasah Salihiah dibina di tapak baru

ALOR SETAR 3 Jan. - Madrasah Salihiah di Kancut bakal dibina semula di tapak baru yang terletak kira-kira 200 meter dari tapak lama iaitu di Jalan Lumpur di sini.

Peguam Jesvinder Jit Singh yang mewakili plaintif dalam kes itu berkata, keputusan itu dibuat setelah plaintif dan pihak defendan mencapai jalan penyelesaian di luar mahkamah hari ini.

Pihak plaintif terdiri daripada waris-waris asal tapak Madrasah Salihiah iaitu Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, Fidel Firaidi Mustafa, 49, dan Fidel Firaidid Mustafa, 49.

Nah !! Tak jadik pulak....hangpa bantai di 24jam sehari mai mintak sejam terus rujuk keputusan majlis fatwa..!!

K'jaan tak jadi siar penjelasan 'amanat Hadi'

Kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan membatalkan rancangan untuk menyiarkan penjelasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung satu ucapan kontroversi presiden PAS itu yang dibuat pada 1981.

Menurut laporan Utusan Malaysia, menterinya Datuk Seri Rais Yatim berkata penyiaran amanat Hadi itu akan bercanggah dengan satu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

Rais berkata, amanat yang diucapkan Hadi di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 itu bercanggah dengan ajaran Islam.

"Sehubungan itu, kementerian dan RTM khususnya adalah terikat dengan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kesimpulannya, forum berkenaan tidak dapat diadakan kecuali jika Abdul Hadi bersedia menarik balik amanatnya," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Orang Kristian buat kerja sampai seluruh dunia.. Kita di Malaysia masih dok bahas bab LIVE ke RAKAMAN isu Kafir Mengkafir..!!!

PANAS: Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem - Ustaz Muhamad Al-Amin merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam program keagamaan di kaca televisyen.

Beliau juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com.

Beliau juga dikenali sebagai seorang pendakwah yang sering ke Palestin, membawa rombongan pelancong Muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya.

Namun kunjungannya ke sana baru-baru ini memberi kesan yang cukup mendalam dan pahit.

Ia berlaku apabila beliau dengan mata kepalanya sendiri menemui bukti yang beliau sifatkan sebagai ‘agenda Kristian di Malaysia’.

Tu dia aihh nak siarkan manifesto pun sampai bincang 3X.. patutla mintak LIVE sejam sampai sekarang tak jadi-jadi..!!!

Siar manifesto: SPR-RTM bincang kali ketiga
JAMILAH HAMZAH
3 Januari 2013
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan perbincangan kali ketiga dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi memperincikan kaedah penyiaran manifesto parti-parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, penyiaran manifesto membabitkan semua parti, yang julung kali diadakan menerusi radio dan televisyen, akan menjadi catatan sejarah pilihan raya negara ini.

Justeru beliau berkata, SPR akan mengambil langkah seterusnya berbincang dengan RTM tentang kaedah terbaik untuk menguruskan proses penyiaran manifesto tersebut.
"Sebelum ini pun kita sudah bincang tapi ini kali ketiga sebelum keputusan dibuat dan diumumkan kepada media kelak.

"Perbincangan kali ketiga ini adalah untuk memperincikan kaedah pengurusan yang tepat bagi penyiaran manifesto semua apti politik itu," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Sejam pun takut ke wahai UMNO..!!!!

Rani: Umno takut kebenaran
Wartawan Sinar Harian
3 Januari 2013
Dr Abdul Rani Osman
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman
 
SHAH ALAM - Pas Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersiaran langsung menerusi RTM dan TV3 kerana takut kepada kebenaran.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, siaran langsung sejam itu membolehkan Abdul Hadi beri penjelasan lanjut.

"Kita tidak mahu rakaman, takut dipotong (disunting). Barisan Nasional (BN) kata siaran langsung Abdul Hadi berbahaya dan menteri tidak benar penjelasan dibuat secara langsung.

"Di negara luar, mereka akan tunjuk (siaran) secara langsung, tapi di sini, tidak berani," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pas Selangor mengenai isu Amanat Haji Hadi.

Dr Asri sedia jadi panel forum Amanat Haji Hadi

Wartawan Sinar Harian
3 Januari 2013
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
 
SHAH ALAM – “Saya bersedia untuk menjadi salah seorang panel membincangkan isu berbangkit ini dalam program siaran langsung di televisyen, walaupun tidak bersetuju dengan Amanat Haji Hadi,” kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, selain Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kriteria panelis harus dipilih berdasarkan tiga kategori iaitu, wakil pihak pembangkang, pengkritik (kerajaan atau Barisan Nasional) dan seimbang (golongan akademik).

Menurutnya, kesan dari amanat tersebut telah memberikan impak besar kepada rakyat, tetapi ia dikeluarkan 30 tahun lalu dalam situasi tersendiri.

“Ketika itu, amanat tersebut lebih menjurus kepada keadaan semasa yang membawa maksud jelas mengenai mengkafirkan Umno.

“Tetapi, zaman telah berubah, Pas tidak lagi terikut dengan amanat tersebut malah telah bercampur gaul dengan pelbagai pemikiran matang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Aduhai SIAPA laaa nak mengaku dia BERAK tepi JALAN...

oleh DepaKataV2

Standart laa....ada ka sapa nak mengaku...
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berhubung sekatan terhadap kumpulan pemerhati bebas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang disifatkan sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.
  • PETALING JAYA - Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat yang mengadakan mesyuarat pertama mereka tahun ini mempertikaikan garis panduan yang dikenakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas badan bukan kerajaan (NGO) dilantik sebagai pemerhati pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

note : depakata dah pindah rumah baru.. http://depakatav2.blogspot.com

Blogger UMNO kantoi nak SPIN Isu Bekas KSU kena tangkap dengan GRO tu bukan geng depa..!!!

Penyokong tegar Pakatan Rakyat ditangkap bersama 36 GRO?

MALAM tadi gua ada siarkan kisah bodoh blogger United Malays No Otak, Umno mendedahkan dokumen bukti kononnya isteri Anwar Ibrahim, iaitu Wan Azizah membeli barang kemas bernilai jutaan ringgit, rujuk sini ~ Dokumen.

Kali ini salah seorang blogger United Malays No Otak membayangkan pula kononnya Bekas Ketua Setiausaha yang juga penyokong tegar Pakatan Rakyat telah ditangkap dalam keadaan mabuk bersama 36 GRO malam tahun baru yang lalu.


Berita itu sebenarnya diambil dari portal MyMetro. Kalau dia nak sangat teka KSU ini adalah penyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, bukanlah sesuatu yang sukar.

Lihat baik-baik pada jawatannya sebagai Ketua Setiausaha sebuah Kementerian. Kalau sudah namanya kementerian sudah terang lagikan bersuluh berkaitan dengan kerajaan pusat.

UMNO tidak mampu bertahan lagi

 
 
Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Najib dan Rosmah untuk memberikan jawapan kepada semua tuduhan keatas beliau dan isteri oleh Deepak melalui Harakahdaily atau TV PAS.  Nampaknya media perdana tidak mahu membuat liputan ke atas isu yang amat serius itu. Isu yang dibangkitkan terhadap Najib suami isteri oleh Deepak ini bukannya isu yang kecil. Ia merupakan isu yang sangat besar kerana ia menjatuhkan imej negara dan rakyat keseluruhannya di mata dunia.
Bagi saya tawaran Tuan Ibrahim itu sangat baik dan elok di ambil perhatian oleh Najib suami isteri. Isu yang di lemparkan oleh Deepak ini terlalu berat dan ia sepatutnya mendapat pembelaan dari pimpinan UMNO yang lain, khususnya dari Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan kepada Najib. Sepatutnya semua ahli-ahli jemaah kabinet memberikan kenyataan sokongan kepada Najib tetapi tidak kedengaran perkara itu berlaku dan nampaknya Najib terpaksa berperang sendirian dalam isu ini.
Semua pimpinan UMNO dalam Kabinet mesti faham yang mereka juga mesti berhenti jika apa yang di tuduh terhadap Najib itu ternyata benar. Mereka (menteri-menteri) adalah lantikan Perdana Menteri dan jika Perdana Menteri terpaksa berhenti mereka juga mesti berhenti. Ini adalah amalan moral demokrasi yang sebenarnya.

Nizar nafi hasrat kritik Sultan Johor berhubung nombor plat ‘WWW1’


KUALA LUMPUR, 2 Jan — Bekas Perak Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mentweet bahawa Sultan Johor menyalahguna dana awam ketika membida pendaftaran plat WWW1 seperti dilaporkan oleh TV3 dalam slot Buletin Utama pada 30 Mei, tahun lepas.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Liew Teck Huat yang mewakili defendan, Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Mohammad Nizar berkata beliau telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar dengan tujuan memperjelaskan tweetnya itu, setelah Tengku Mahkota Johor memberi respons melalui media bahawa tiada wang atau peruntukan awam daripada kerajaan kepada kerabat diraja yang digunakan dalam untuk bidaan itu.

“Saya hanya menyatakan pandangan sendiri mengenai perkara itu, sebagai orang biasa dan seorang ahli politik. Tidak pernah niat saya mengkritik Sultan. Walaupun individu lain membayar RM520,000 dalam mendapatkan nombor plat itu, pandangan saya akan tetap sama,” katanya.

Mohammad Nizar memberi keterangan dalam saman fitnah RM50 juta terhadap stesen televisyen swasta itu berhubung tweetnya mengenai pendaftaran plat WWW1 yang diberi kepada Sultan Johor.

Bagaimanapun anggota Parlimen Bukit Gantang itu bersetuju dengan hujahan Liew bahawa tweetnya itu sebagai jawapan kepada laporan media bahawa Sultan Johor telah berjaya membida nombor plat itu dan orang awam mengetahui siapa pemenangnya.

Mohammad Nizar, 55, juga mengakui bahawa beliau tidak tahu bahawa wang RM520,000 itu ialah wang Sultan sendiri dan tidak ada kena mengena dengan orang awam atau elaun yang diterima daripada kerajaan.

Malah, katanya beliau malah menulis surat kepada Sultan memohon maaf mengenai perkara itu sekiranya tindakannya (kenyataan) telah menimbulkan rasa benci atau kurang senang hati dalam kalangan keluarga diraja atau rakyat negeri Johor.

Nak buka Felda dulu kawasan hutan digondolkan juga


PADANG TERAP – Terdapat segelintir pihak yang kurang senang dengan usaha kerajaan negeri untuk bangunkan hutan di Charok Genting Bunga menjadi ladang buah-buahan yang terbesar di Malaysia.

Mereka mengatakan kerajaan negeri rakus menebang balak serta penggondolan hutan dilakukan dan berselindung di sebalik Projek Ladang Buah-Buahan bagi mengaburi mata rakyat.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, jika kita bercakap mengenai isu penebangan hutan, dalam membangunkan Felda juga hutan ditebang untuk tanam kelapa sawit.

“Tapak ini jadi isu besar, seolah-olah kita nak rosakkan alam sekitar. Sekarang kita tebang sebab nak tanam semula, nak buat ladang buah-buahan untuk tingkatkan hasil pertanian.

“Ada dua isu besar yang dibangkitkan, iaitu mereka kata kita nak rosak alam sekitar dan pencemaran air tasik.

TV3 pulak kena perli dengan MUFTI PERLIS perihal Amanat Hadi..!!!

Mufti Perlis, Juanda Jaya perli TV3.


Sumber : sini
TV3 kena perli dengan Mufti perlis. Sebenarnya tv3 dan RTM sudah tiada asas nak balon TGHH pada saat TGHH bersedia untuk bersemuka, berbincang dan berhujah mengenai hal tersebut. Orang kata, pihak PAS sedia open table untuk di kritik dan di bidas secara berdepan, live di tv lagi.

Masalah sekarang RTM dan TV3 taknak sahut permintaan TGHH. Ya, RTM sahut. Tapi versi rakaman. Rakaman? Boleh pergi mampos. Kenapa perlu versi rakaman? Jangan2 tak confirm disiarkan, pun boleh jadi juga. So apa salahnya tuan guru minta LIVE?

Takut?

Takut itu maksudnya apa? Belum berhujah lagi UMNO dah tunjukkan bahawa mereka akan kalah. Itu belum lagi panggil beberapa panel untuk menganalisa statement TGHH. Baru sekadar berbincang2 di media internet jek.

100 unit rumah untuk keluarga miskin di bina di Yan

YAN – 100 unit rumah di Tapak Projek Rumah Sejahtera Rakyat, Mukim Dulang, Daerah Yan akan menjadi kenyataan apabila projek pembinaannya akan dimulakan menjelang Januari 2013.

Rumah mengikut pelan rekabentuk dan konsep pembangunan keluarga miskin itu merupakan Projek Perumahan Rakyat pertama di Yan dan ianya sumbangan dari Yayasan Haji Zainuddin.

“Kita menerima sumbangan RM5 juta dari Yayasan Haji Zainuddin untuk pembinaan Rumah Sejahtera Rakyat ini dan kerajaan negeri menyediakan tapak perumahan,”ucap Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak sempena Majlis Pecah Tanah projek rumah berkenaan.

Tambahnya lagi, beliau bersyukur kerana projek berkenaan akhirnya dapat dilaksanakan walau pun sebelum ini terdapat sedikit kelewatan atas sebab-sebab tertentu.

“Yang jadi lambat itu pasal tapak. Bila tapak ini kawasan bendang, kita perlu timbus tanah dan mantapkan terlebih dahulu. Lagi pun bila kita nak timbus, kena juga tengok masa yang sesuai. Kalau masa padi nak masak, tak boleh juga. Kena tunggu sehingga sesuai,”jelasnya.

Ladang Sejahtera untuk bantu rakyat bukan projek politik

PADANG TERAP – Ladang Sejahtera yang diilhamkan oleh kerajaan negeri adalah bukan bermotifkan politik seperti yang diwar-warkan.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Ladang Sejahtera diwujudkan bagi memberi peluang pekerjaan dan menambah pendapatan kepada penduduk luar bandar.

“Sesetengah telah salah faham dengan Ladang Sejahtera, ini bukan kepentingan politik, tetapi kita (kerajaan) buat untuk bantu rakyat yang memerlukan.

“Ladang ini adalah hak anak syarikat kerajaan negeri serta mereka yang usahakan, jadi ia beri peluang kepada penduduk setempat, setelah peroleh hasil, ianya diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.

“Jika kerajaan mempunyai kepentingan politik, lebih baik kita bagi tanah kepada rakyat, ini baru dinamakan untuk kepentingan politik, tetapi kita cuma bagi hasil ini kepada rakyat,” jelas beliau dalam sidang media pada Majlis Penerangan Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga, di sini.

Kerjasama GLC dengan persatuan sekolah-sekolah agama, Cina dan India.


PADANG TERAP – Kerajaan negeri bersetuju untuk bangunkan tanah menerusi kaedah usaha sama antara syarikat milik kerajaan negeri (GLC) dengan persatuan-persatuan sekolah agama, Cina dan India.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, walaupun kerajaan negeri tidak boleh memberi terus tanah kepada persatuan-persatuan ini, tetapi kerajaan tetap berusaha untuk membantu mereka.

Maka, kerajaan bersetuju untuk memastikan GLC memilih persatuan-persatuan ini bagi sama-sama membangunkan tanah yang diberikan.

“Tanah Kedah cukup kecil, jadi apa yang kita boleh masa kini dalam usaha meningkatkan bantuan kepada persatuan-persatuan sekolah agama, Cina dan India, maka GLC diminta menjalankan usaha sama bersama persatuan-persatuan ini untuk bangunkan tanah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...