TERKINI :

Wednesday, January 2, 2013

Soi Lek merapu lagi..nampak sangat gila Jawatan Presiden MCA sampai mati...

oleh AnakKedah007

 

Nampaknya OTAK PEMIMPIN BN nie semakin hari semakin SERABUT & BUNTU.... dan bila bercakap pun dah semakin MERAPU.... Sebelum ini menteri besar Pahang nak potong telinga... last bila orang gertak dia buat main tarik tali pulak.... tau pun kecut...

Sekarang nie mai pulak yang sorang nie buat kenyataan BANGANG tak MASUK OLEH OTAK KEPALA LUTUT.... ada kaa patut pie merapu buat statement NAK LETAK JAWATAN JIKA DAP JADI MENTERI BESAQ...

Nampak sangat takut dan buat akujanji yang mustahil di terima pakai... DAP bertanding berapa kerusi yang dok pie bercakap macam tuu..nampak sangat dok pulon nak pegang lagi jawatan tuu sampai mati...

TAHNIAH... GURU sekarang bukan macam GURU zaman dulu... boleh hangpa tukaq ikut suka..!!!

Guru fail saman tidak mahu pindah sekolah

Alor Setar: Seorang guru dari Langkawi, semalam memfailkan saman terhadap Pengarah Pelajaran Kedah dan lima yang lain memohon deklarasi mahkamah menetapkan arahan pertukarannya ke Jawi, Pulau Pinang, sebagai tidak sah.

Saman berkenaan difailkan Alias Saleh, 47, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedawang di Langkawi, melalui peguam, Mohd Fadli Shuib.

Selain Pengarah Pelajaran Kedah, Alias turut menamakan Pegawai Penyelia Pelajaran Daerah Langkawi, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua hingga kelima.

Arahan penempatan

Dalam tuntutannya, plaintif memohon dua deklarasi dibuat Mahkamah Tinggi, iaitu memutuskan arahan penempatan semulanya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kedawang di Langkawi ke SK Relau dekat Jawi, Pulau Pinang yang dikeluarkan defendan pertama bertarikh 1 Oktober lalu, sebagai tidak sah.

Alias juga turut memohon satu lagi deklarasi supaya Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) plaintif bagi tahun 2005 hingga 2007 dinilai semula secara lebih adil dan saksama berdasarkan merit oleh pentadbiran semua defendan.

KB1M - Kerajaan Bohong 1 Malaysia.... Sampai YDP Agung 'kecewa'.....!!!!

'Hospital tak siap-siap, BN tak tepati janji'



PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya lima buah hospital yang dijanjikan oleh Barisan Nasional di seluruh negara gagal siap seperti yang sepatutnya.

Ketua Biro Kepenggunaan PKR Yahaya Saari berkata, ianya termasuk hospital yang dijanjikan oleh BN sejak 2006 lalu lagi namun tidak siap hingga ke hari ini.

Malah menurutnya, ada projek yang sampai dipecah tanah sebanyak dua kali menjelang pilihan raya 2008 lalu, namun sehingga sekarang tidak nampak sebarang perkembangan.

"Di Tanjung Karang Selangor, hospital telah dijanjikan sebelum pilihan raya ke-10 lagi iaitu pada tahun 1999.

"Tahun 2004 janji lagi, 2008 janji lagi tapi tak siap-siap sampai sekarang. Tapak dah ada sign board dah ada tapi projek tak jalan-jalan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

[Gempar] Benarkah Najib dinasihat meletak jawatan..???

 Dakwaan Deepak: Muhyiddin dirayu selamatkan Umno?

KUALA LUMPUR: Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

“Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4 buat Umno di PRU13,” kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini.

Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya.

“Masalah ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib turun takhta demi survival Umno,” kata beliau.

Gempar... Azizan sudah hentikan penebangan balak di Pedu



Projek ladang buah-buahan terpisah dari Empangan Pedu… setitik air tercemar pun tak boleh melompat ke sana

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Menteri Besar Ustaz Azizan Razak memberitahu Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga bakal menjadi pusat ladang buah-buahan yang terbesar di Malaysia apabila ianya siap kelak. Projek itu telah dikontroversikan oleh pihak tertentu kononnya telah menyebabkan pencemaran air Empangan Pedu dan Muda, walhal setitik air dari kawasan terbabit pun tidak boleh melompat masuk ke empangan kerana kedudukan dasar bukitnya (kawasan ladang) lebih rendah dari aras empangan serta dipisahkan oleh laluan TEKIH yang tinggi.

Bantahan di sana sini dibuat supaya kerajaan negeri menghentikan projek pembalakan di kawasan terbabit. Memang projek pembalakan sudah terhenti pun kerana sekarang bermula pula projek mengisi kawasan yang digondolkan dengan pokok buah-buahan. Selepas ia dipenuhi tumbuhan maka kawasan yang gondol tentu tidak kelihatan lagi.

Rakyat Malaysia hidup di kelilingi cukai setiap hari..!!!

King Jason...


Lu isi minyak siap cukai... Lu buat roadtax kena cukai.. Lu beli brg kena cukai... Lu bayar astro kena cukai.. Sape kata byr cukai setahun sekali?

Lu pikir kalau sehari kerajaan kutip cukai seringgit.. Kali 23 juta org.. Tu seringgit kalau 5 ringgit? Sehari kerajaan dpt kutip 23 juta.. Setahun?

Tu x masuk cukai beli kenderaan 8% sebuah kereta..kalau sehari yg beli kenderaan kereta purata 20 org.. Lu kali berapa semua kutipan cukai kerajaan malaysia setahun, abis duit tu nk buat pe? simpan dalam tanah mcm cerita pirates of the bananabean tu? semua tu kalau bukan untuk kemudahan rakyat malaysia untuk sape? Bangla? Nepal?

Kalau Amanat Hadi Dibangkit Kenapa Memali Didiamkan?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sebelum kita semua dibawa melangkah ke tahun baru masihi saya ingin melontarkan pertanyaan 'bodoh cerdik' kepada kita semua untuk dijawab secara senyap.
Apa yang saya ingin kemukakan begini; kalau orang Umno mempertikaikan apa dinamakan 'Amanat Haji Hadi' dan meminta presiden PAS itu memohon maaf, apakah tidak boleh dipertikaikan tragedi Memali dan meminta orang terlibat dalam tragedi itu juga memohon maaf sama?
 
Makam syuhada korban Memali di Baling Kedah.
Kita tahu kenapa isu amanat ditimbulkan untuk dijadikan modal politik. Isu itu bukan berat seperti mana ditonjolkan kerana ia sudah lama berlaku. Sudah 31 tahun perkara itu timbul tetapi kenapa tidak pernah ambil serius untuk menyelesaikannya.

Barang kali betul apa yang diucapkan oleh bekas seorang ahli Parlimen asal Terengganu kepada saya dua hari lalu tatkala tersebut perkara itu. Katanya isu itu sudah lama berlaku dan tidak diselesaikan kerana ia dijadikan modal politik. Sebab itu bila setiap kali menjelang pilihan raya ia diungkitkan, begitulah ujarnya jujur.

Apa yang diucapkan bekas ahli parlimen pernah menjadi timbalan menteri itu ia menepati apa yang saya jangkakan sebelum ini. Amanat Haji Hadi adalah modal politik Umno.

Di sinilah tampak PAS jauh lebih baik berbanding dengan Umno. PAS lebih gentlemen dan tidak suka mengungkit-ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Kalau PAS hendak berbuat seperti apa Umno lakukan, PAS juga boleh, sebab parti itu juga ada peristiwa yang tidak kurang juga menarik dan boleh menguntungkan parti itu kalau ia ditimbulkan apa lagi dieksploitasikan.

Perdana Menteri. 'sempatkah' Mahyuddin Yassin.

Oleh newkk


1hb. Januari 2013 merupakan tahun tahun terakhir pemerintahan kerajaan BN kerana pada bulan April 2013 adalah genap 5 tahun edah parlimen Malaysia sejak Pulihanraya umum ke 12 iaitu tahun 2008.

Masuk tahun 2013 mana-mana parti politik dan orang perseorangan yang mahu melibatkan diri dalam pilihanraya umum akan mula membilang detik perdetik hari akan berlakunya pilihanraya umum ke 13. Yang pasti hebat apabila bertembung diantara BN dengan PR.

BN akan mempertahankan PUTRAJAYA sehingga ketitisan darah yang terakhir, begitu perlu bagi pihak BN untuk mempertahankan kuasa kerana kuasa akan boleh membuat segala-galanya bagi mana-mana pihak yang meletakkan kepentingan diri melebihi dari kepentingan Ugama, Bangsa dan Negara.

PR pula akan terus mendampingi rakyat untuk mendapat mandat dan sokongan bagi menruntuhkan BN dan dapat menawan PUTRAJAYA bagi membaiki kerosakan dan memberi berkhidmat untuk kepentingan kebajikan rakyat dan berjuang untuk Ugama dan Negara.

Umno BN kantoi sebab apa depa nak PENERANGAN TG HJ HADI secara rakaman



Sebab ini yang RTM dok kalut nak buat siaran RAKAMAN.... Sebab akai busuk macam nie laaa yang kita mintak buat LIVE SUPAYA mereka tak boleh dok potong sana potong sini dah...

Kita biarkan rakyat yang dengaq buat keputusan dan yang depa dok gelabah bewak sangat nanti depa takut puak saluran 1 yg hanya maklumat depa ialah TV dan Paper UTUSAN sahaja takut terpengaruh dengan hujah TG HJ HADI.....

Najib mahu PRU13 akhir Mac tapi ...

Oleh SELENA TAY


Tarikh Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) memang sudah dekat, bahkan ramai yang berkata, ia amat dekat sekali.

Semua parti komponen BN berada dalam keadaan siap sedia. Tetap, persoalannya, siapakah dalang di sebalik keputusan yang mahukan PRU13 diadakan lebih cepat lagi? Heboh desas-desus bahawa "ibu segala pilihan raya" ini akan diadakan pada bulan Januari ataupun awal Februari, iaitu sebelum Tahun Baru Cina.

Bukankah Perdana Menteri Najib Razak mahu menunggu sehingga pertengahan Mac apabila semua pemohon BR1M yang layak telah mendapat wang bantuan ketika itu? Najib percaya hanya selepas rakyat mendapat habuan yang dijanjikan, barulah BN akan mendapat sokongan.

"Jika PRU13 diadakan pada masa pengedaran BR1M sedang dijalankan, ia akan memberikan satu persepsi yang tidak begitu baik. Oleh itu, amatlah wajar untuk PRU13 diadakan selepas agihan BR1M selesai. iaitu sekitar pertengahan Mac," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Umno suka PAS kafirkannya?

Oleh Zulkifli Yahaya


TERASA semacam kita kembali berada di tahun 80-an apabila isu kafir mengkafir ditimbulkan semula. Solat dua imam, nikah dua kali, tak makan sembelihan orang Umno adalah antara isu yang berlegar di tahun 80-an.

Orang yang berpeluang mengikuti perkembangan politik tahun 80-an dapat menyaksikan bagaimana isu kafir-mengkafir dimainkan habis-habisan oleh media propaganda BN sehingga menyebabkan PAS kalah teruk PRU 1986. Di Parlimen, PAS hanya mendapat satu kerusi yang dimenangi oleh Haji Nik Abdullah Arshad di Pengkalan Chepa.

Di saat PAS ditolak-tolak mentah-mentah oleh masyarakat bukan Islam pada masa itu, maka Umno hanya perlu pastikan PAS tidak diterima orang-orang Melayu. Maka isu kafir-mengkafir terbukti sangat berkesan memberikan imej buruk terhadap PAS, yang hasilnya Umno dan BN menang besar dalam PRU.

Hari ini, Umno ditolak oleh bukan Melayu. Maka keperluan untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya undi Melayu tentulah lebih menekan BN. Jika formula isu 'kafir mengkafir' berkesan tahun 80-an maka Umno percaya ia juga masih berkesan hari ini. Sebab itulah isu itu dimainkan secara besar-besaran.

DOA dimakbulkan, HAJAT belum kesampaian...Insya'Allah teruskan bermohon pada ALLAH untuk kejatuhan rejim UMNO BN

oleh Aspan Alias


Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua dan kita menerima kedatangan tahun baru ini dengan bermacam ‘expectations’ dan semuanya untuk kebaikan mengikut kemahuan diri sendiri. Selebihnya kita mengharapkan kita hidup dalam negara yang bersih dan aman sentosa. Kita juga memohon dari yang Maha Pencipta agar kita digerakkanNya untuk menjadi seorang yang sentiasa melaksanakan tuntutanNya sebagai insan yang secantik-cantik kejadianNya.

2012 merupakan tahun yang penuh dengan peristiwa dan kita ternampak dengan terang dan nyata yang rakyat negara kita semuanya sedang dalam pencarian. Dalam politik pula keadaan boleh lah dianggap sebagai keadaan yang sangat ‘menggila’ dan penuh dengan kekeliruan seolah-olah tiada lagi peluang untuk kita mencari jalan yang sebenarnya.

Rakyat seolah-olah sedang mencari jalan keluar untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik setelah terikat dan tertambat oleh sistem politik dan pentadbiran yang bercelaru yang tidak dapat di cari puncanya bagi melerai kekusutan politik itu sendiri. Tetapi sebagai seorang yang beragama dan mempunyai Tuhan kita mesti jangan lupa yang segala-gala kekusutan itu akan akhirnya terlerai dan ia bergantung kepada kehendak Tuhan jua akhirnya.

Projek Ladang Charok Genting Bunga bakal jadi pengeluar buah-buahan terbesar




PADANG TERAP – Projek Ladang Buah-Buahan Charok Genting Bunga bakal menjadi pusat ladang buah-buahan yang terbesar di Malaysia apabila ianya siap kelak.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, selain membangunkan kawasan Charok Genting Bunga ini, ianya juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, terutama di kawasan Padang Terap.

“Di sebalik projek ini, orang Padang Terap tak tau, kita (kerajaan negeri) nak wujudkan peluang pekerjaan semasa ladang ini sedang dibangunkan dan selepas ianya siap, lebih daripada 300 peluang pekerjaan disediakan, dan saya galakkan orang tempatan untuk ambil peluang ini.

“Kawasan ini tak ada siapa bangunkan lagi, saya bangunkan, jika berjaya ini, kita akan buat lagi selepas dapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar dan juga kawasan hutan yang dibenarkan.

“Pemantau Rakyat” Bersih 2.0 diwujudkan untuk mengesan penipuan dalam PRU13

Menjelang pilihan raya, Bersih melatih rakyat Malaysia untuk mengesan penipuan dalam PRU13

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Penipuan pilihan raya perlu dilakukan secara berhati-hati semasa pilihan raya umum (PRU) ke 13 oleh kerana ribuan yang dilatih akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis untuk mengesan penipuan dan keganasan politik pada hari mengundi.

Selain daripada ejen pengiraan undi yang dilantik calon bertanding di setiap pusat mengundi, terdapat sekumpulan lagi pemerhati yang akan memantau kem SPR di luar dan di dalam sementara pengundi menentukan siapa yang bakal mengawal Putrajaya selepas ini.

Mereka adalah “pemantau rakyat” Bersih 2.0 — rakyat biasa yang akan mengundi pada hari tersebut, tetapi terlatih oleh pakar pilihan raya tempatan tentang bagaimana untuk memantau penipuan yang mungkin berlaku dan apa yang boleh dilakukan dengan maklumat tersebut.

Dalam temuramah bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menerangkan disebalik inisiatif “pemantau rakyat”, kempen yang digelar “Jom Pantau” yang akan dilancarkan bersama “Jom 100” pada bulan ini, sebagai percubaan kumpulan tersebut untuk memastikan pilihan raya ke-13 dijalankan secara adil.

Calon MB Kedah sudah "KAMCING GIGI" sebab PELABURAH kat Kulim High Tech masuk mencurah-curah..!!!

Lebih RM400 juta pelaburan masuk di penghujung 2012

http://www.wartakedah.net/images/April2011/2012.jpg

KULIM - Di saat tahun 2012 mahu melabuhkan tirai, Taman Berteknologi Tinggi atau Kulim Hi-Tech Park (KHTP) berjaya menarik pelaburan berskala besar di bidang industri perubatan yang bernilai lebih RM400 juta. Sebanyak dua buah syarikat terbabit dalam pelaburan tersebut, manakala dua buah institusi pengajian pula menyewa kemudahan KHTP untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.

Aspion Sdn. Bhd. syarikat yang terbabit di bidang membekalkan peralatan perubatan akan membuat pelaburan berjumlah antara RM300-400 juta di atas tapak KHTP fasa 3 yang berkeluasan 51.74 ekar. Syarikat ini terkenal di seluruh dunia sebagai pengeluar sarung tangan yang digunakan dalam pembedahan, namun di KHTP mereka akan memberi tumpuan kepada penghasilan peralatan Peritoneal Dialysis di samping melakukan kerja penyelidikan dan pembangunan di bidang berkaitan.

[Video] Sepenggal Kedah Sejahtera






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...