TERKINI :

Monday, December 9, 2013

Tadi Zahid U-Turn, kini Najib pulak U-Turn..bab negara bangrap tanpa GST

Najib: Saya tak kata negara bankrap tanpa GST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan bahawa negara akan muflis jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan.

gerakan egm 261013 najib 3Menurutnya, kenyataannya pada akhir November lalu disalah petik dalam laporan akhbar.

Katanya, beliau menerima kesilapan tersebut sebagai salah satu dari risiko kerjayanya sebagai ahli politik.

Jelasnya, beliau hanya menegaskan bahawa Malaysia berisiko menjadi seperti Greece jika negara terus boros berbelanja tanpa mengambil kira jumlah pendapatan yang dipungut.

"Saya kata jika kita belanja tanpa henti tanpa kutipan cukai yang cukup, kita akan jadi macam Greece.

"Saya tak kata tanpa GST negara bankrap," katanya pada majlis penghargaan bersama pesara kanan kerajaan di Putrajaya tengah hari tadi.

Laporan The Star bertajuk 'Najib: It's either GST or facing bancruptcy' pada 25 November memetik Najib sebagai berkata, Malaysia perlu melaksanakan GST jika mahu Malaysia menjauhi risiko muflis seperti negara Greece jika terus meminjam wang.

Pada hari yang sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sewaktu sidang Dewan Rakyat pula menjelaskan kedudukan kewangan negara masih stabil.

Menurutnya, hutang negara berada pada kadar 53.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar sehingga akhir September jumlah RM529.6 bilion itu disifatkan Ahmad sebagai masih terkawal.

Kenyataan bercanggah kedua-dua pemimpin tersebut menjadi sasaran MP Pakatan Rakyat yang mendesak perdana menteri menjelaskan kedudukan kewangan negara.
Para MP berkenaan juga menuntut Najib menjelaskan dan sama ada Malaysia berhadapan risiko muflis atau dalam kedudukan kewangan yang selesa.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...