TERKINI :

Saturday, December 28, 2013

Jom TURUN di DATARAN MERDEKA, DBKL kata boleh sambut tahun baru disitu..!!

Sambutan Tahun Baharu 2014 diteruskan - DBKL


KUALA LUMPUR 27 Dis. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap meneruskan acara sambutan Tahun Baharu 2014 yang dianjurkan pihaknya di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul pihak DBKL dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil langkah meningkatkan tahap keselamatan sepanjang sambutan berlangsung.

Menurutnya, Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara rasmi sahaja termasuk sambutan tahun baharu dan pihaknya juga telah melakukan persiapan sejak minggu lalu untuk mengadakan acara tersebut.

"Setakat ini, DBKL tidak menerima permohonan permit berhubung sebarang penganjuran acara lain oleh pihak luar termasuk Himpunan Guling Kerajaan yang dikatakan akan diadakan pada tempat dan tarikh yang sama.


"Malah, DBKL tidak akan meluluskan sebarang permit sekiranya ada pihak yang mengemukakan permohonan untuk tujuan itu seperti yang kita tegaskan terhadap siri himpunan sebelum ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan agar pihak berkuasa tempatan itu membatalkan acara sambutan Tahun Baharu 2014.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...