TERKINI :

Saturday, November 9, 2013

Mencari Ketua Pemuda PAS yang mampu menggegar dan membela kesinambungan warisan perjuangan.

Pasca selepas PRU13 amat penting untuk menyaksikan KEMANA arah Dewan Pemuda PAS Pusat didalam menghadapi cabaran UMNO dan lain-lain Parti yang sezaman. UMNO kini masih di Ketuai oleh Khairy Jamaluddin. Tentunya Calon KP PAS mestilah Berkebolehan Memimpin, Berani, Bijak, Berstrategi dan Mampu Membuat Perubahan jika tidak mahu ketinggalan dibandingkan dengan UMNO dalam mendekati golongan muda di Malaysia khususnya

Selaku rakan sejawat di pentas arena POLITIK MALAYSIA ini, perlantikan KP PAS yang baru amat penting jika ingin terus bersaing. PKR umpamanya memiliki ramai anak muda yang berkaliber selaku pemimpin dan begitu juga dengan DAP. Mereka tidak ketinggalan didalam melakar idea, pendekatan, hujah dan perlaksanaan. Nama-nama anak muda seperti Rafizi, Nurul Izzah, Shamsul Iskandar, Chegu Bad dan Tony Phua bukanlah asing. Jadi, tidak hairanlah jika Parti mereka mudah didekati oleh golongan anak muda.

Amatlah PENTING pada ketika ini untuk melihat Pemuda PAS yang mampu menggegar dan membela kesinambungan warisan perjuangan. Sepanjang tempoh 2013~2015 akan menyaksikan gelombang arus sebenar wajah anak muda PAS dimata rakyat.

Bukanlah semudah pemilihan dan omongan. Latar belakang Calon KP PAS ini haruslah dilihat/dikaji terlebih dahulu. Apakah telah ada sumbangan mereka kepada Parti dan Rakyat Malaysia sebagai cacatan. Jika ada, haruslah kepada perwakilan untuk memilih mereka yang mampu memberi pembelaan didalam pelbagai hal kepada rakyat Malaysia, bukan hanya terperuk didalam kepompong dalaman sendiri.

Semoga pemilihan Pemuda kali ini akan berjalan dengan sempurna dan akan terpilih Calon yang terbaik buat Rakyat Malaysia hendaknya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...