TERKINI :

Wednesday, November 13, 2013

Keputusan Sains dan Matematik merudum ketika PPSMI dilaksanakan


Oleh Hasbullah Awang Chik

Datuk Dr Awang Sariyan ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media di Menara DBP hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 November, 2013.


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini berpegang teguh kepada pendirian kerajaan untuk menarik balik pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana statistik Kementerian Pendidikan membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar itu.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan (gambar), berkata PPSMI tidak mempunyai hala tuju selain Kementerian Pendidikan membuktikan keputusan pelajar merudum dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

"Kami patuh kepada keputusan kerajaan kerana pelbagai institusi pendidikan menjalankan kajian mendalam terhadap kegagalan PPSMI.

"Kementerian Pelajaran mendapati PPSMI tidak praktikal dalam pendidikan kerana kerajaan tidak boleh mengutamakan kira-kira 2,000 pelajar yang cemerlang dalam bahasa Inggeris tetapi meminggirkan 28 juta pelajar yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu.

"Kajian Unesco turut membuktikan sesuatu ilmu itu lebih mudah dipelajari jika diajar dalam bahasa ibunda," katanya dalam satu sidang media Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu kali ke-8 di Menara DBP, hari ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merayu kerajaan memperkenalkan semula PPSMI untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. - 13 November, 2013.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...