TERKINI :

Saturday, November 9, 2013

Cilakak DAP tak sambung lesen SUPERMARKET MELAYU ISLAM di Terengganu.

Sabasun, Contoh ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ Kerajaan Umno-BN


KUALA TERENGGANU  - Ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah mempersoalkan usaha kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), kononnya kerajaan mahu memperkasakan ekonomi bumiputera.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Pemerkasa Ekonomi Bumiputera di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam pada 14 September lalu mengumumkan lima strategi utama untuk memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera.

Kata beliau antara yang digariskan Najib adalah, Mendaya modal insan Bumiputera, Memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, Memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, Memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera dan Memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.


20131107_114442Oleh itu, Raja Kamarul Bahrin mempersoalkan, bumi mana dan islam yang mana serta bumiputera yang manakah yang dimaksudfkan oleh najib.

“Isu pembangunan usahawan dan memperkasakan ekonomi bumiputera ini dengarnya amat baik…. tetapi bumi mana, (dan) Islam mana?

“Sepatutnya semua miskin dibela. Kemiskinan tidak mengenal bangsa,”tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di Jalan Masjid Abidin, dekat sini pada Khamis 7 Oktober.

Beliau Membawa satu contoh dimana tindakan yang dilakukan oleh kerajaan umno dan barisan nasional adalah sebaliknya

“Saya ingin menyatakan satu contoh yang mana sepatutnya memperkasakan bumiputera patut dilaksanakan. Contohnya sebuah supermarket di sini bernama Sabasun 100% milik bumiputera, 100% rakyat tempatan dan 100% orang Islam.

“Sebuah supermarket tempatan bersaing dengan Giant dan Mydin yang terletak lebih kurang setengah kilometer sahaja,”jelasnya.

sabasun2Beliau berkata selama 12 tahun Sabasun telah berjaya bersaing dengan Mydin dan Giant yang sepatutnya menjadi kebanggaan orang Melayu dan rakyat Terengganu.

Akan tetapi, katanya, kerajaan telah tidak memperbaharui lesen Sabasun pada bulan Januari lalu dan Sabasun sekarang ini dalam keadaan ‘tergantung-gantung’.

Beliau berkata, Sabasun juga telah bercadang untuk membina premis keduanya di Gong Badak tetapi cadangan itu telah ditolak dan kerajaan pula bercadang untuk mengambil balik tanah milik hypermarket itu.

“sementara (itu) sebuah (Hypermarket baru) Giant baru naik (siap dibina) di sebelah dan sebuah lagi Hypermarket Mydin telah hamper siap, hanya beberapa ratus meter sahaja dari premis Sabasun di Gong Badak,

“Kalau kita betullah hendak memperkasakan Melayu, soalnya Melayu mana? Sabasun bukan minta subsidi, bukan minta tanah dan bukan minta geran. Hanya kebenaran untuk berniaga,”ujarnya.

http://www.buletinonline.net/v7/index.php/sabasun-contoh-cakap-tak-serupa-bikin-kerajaan-umno-bn/

Admin : Saja boh tajuk nama DAP..sebab kepala UMNO nie sikit2 DAP sikit2 DAP.... skrg ambik la DAP ka UMNO yang berkelakuan macam tuu..

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...