TERKINI :

Sunday, November 24, 2013

Aduhai PAS.. METALLICA korang bantah, Tapi mai Kump. Rock di MUKTAMAR nie boleh la pulak..???

Metallica korang bantah.. Tapi kumpulan rock tah apa apa ni boleh lah pulak PAS adakan?


Suatu ketika yang lalu... Bilamana sebuah kumpulan rock dari Amerika Syarikat, Metallica akan mumbuat persembahan buat pertama kalinya di negara ini.. sebuah Dewan Pemuda sebuah parti politik telah membantahnya..

Kata Setiausahanya, bantahan mereka tidak bermakna dewan itu menghalang hiburan, sebaliknya mereka menyokongnya "namun biarlah ia sesuai dengan budaya dan norma masyarakat" di negara ini.

"Budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam. Budaya apakah yang ingin kita terapkan kepada anak-anak muda dengan lagu-lagu rock yang keras seperti Metallica?

"Apakah nilai dan budaya positif yang ingin dipupuk hasil dari penganjuran konsert ini. Sebaiknya kerajaan prihatin terhadap penganjuran sesuatu konsert itu," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata penganjuran sesuatu program hiburan perlu dilihat dan dinilai mengikut kesesuaian tarikh, latar belakang artis yang diundang, konsep lagu, serta sejauh mana artis itu menjadi ikon dan mampu mencerminkan budaya positif kepada masyarakat.

"Sebaiknya dalam situasi dan urutan peristiwa dunia yang melanda seperti tragedi pembunuhan umat Islam di Mesir dan Syria, kerajaan mengambil langkah prihatin dengan mengelakkan program hiburan yang melalaikan masyarakat khususnya umat Islam.

"Masyarakat seharusnya disedarkan tentang isu-isu yang berlaku di samping menghulurkan sumbangan mahupun doa agar kesejahteraan ummah terjamin," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau lagi sebagai usaha memberikan kesedaran kepada para penonton yang akan membanjiri stadium itu, Pemuda dari sebuah parti politik itu akan mengadakan ekspedisi dakwah semasa konsert itu dijalankan.

"Program jelajah ini dijangka akan bermula pada pukul 6 petang di perkarangan Stadium Merdeka. Dewan tersebut juga mempelawa anak-anak muda untuk bersama menyertai ekspedisi Dakwah ini," katanya...

Bagaimanapun akhirnya terbukti.. 'Orang lain buat, tak boleh... depa buat boleh.".. konsert "Gig Green Zone" pada malam Karnival PAS For All di Stadium Malawati, Shah Alam semalam telah menampilkan kumpulan heavy metal 'Heart Attack ..
Pinjam ayat dia. Budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam. Budaya apakah yang ingin kita terapkan kepada anak-anak muda dengan lagu-lagu rock yang keras oleh Heart Attack ini?
"Apapun alasannya, konsert sempena Muktamar PAS yang menampilkan kumpulan rock berambut panjang dan menyanyi sambil terkinja-kinja amat tidak sesuai dan saya membantahnya. Urusetia yang mengaturkan konsert seperti ini wajar ditegur dengan tegas agar memahami erti keterbukaan yang di bawa oleh PAS. Jangan sampai prinsip Islam yang didokong tercemar dek kerana sesetengah individu yang tidak faham....tak perlulah mengambil pendekatan sekular dalam menarik golongan muda!", 

Kata seorang pemimpin PAS dari Pahang yang turut hadir ke Muktamar PAS Ke-59..

Penjelasan Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS, Dr Muhaimin Sulam mengenai perkara ini,
PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda.

Namun katanya, mungkin ada ahli PAS yang 'terkejut' dengan program sedemikian yang disifatkan sebagai 'keras'.

"PAS bukan baru sekali menganjurkan konsert melibatkan artis-artis namun pertama kali diadakan menjelang muktamar dan mungkin ada yang terkejut dengan perkara 'baru' sebegini," kata beliau pada sidang media di Stadium Malawati petang kelmarin...
Jangan sampai "matlamat menghalalkan cara" akibat terlalu mengambil kira selera orang muda.

PAS perlu bermuhasabah dan tidak terpedaya dengan permintaan pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu menjatuhkan imej parti itu.

Lebih baik diadakan konsert yang melibatkan artis-artis yang sudah bersama Pakatan Rakyat seperti Aishah, Dayangku Intan dan ramai lagi daripada membenarkan aktiviti terkinja-kinja seperti itu.

Jika ahli kumpulan berkenaan memakai imej Islamik mungkin tidak menjadi masalah sangat, namun, tindakan dan aksi yang ditonjolkan sambil terpampang gambar Presiden TG Hj. Abd Hadi Awang dan Murysidul Am PAS TG Nik Abd Aziz Nik Mat amatlah mendukacitakan dan jelas tidak wajar.

Semoga PAS mengambil pengajaran atas kesilapan yang berlaku ini. Jika ia program Pakatan Rakyat mungkin boleh dimaafkan, namun ini adalah program Parti Islam SeMalaysia (PAS) sendiri..

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...