TERKINI :

Sunday, November 24, 2013

Aduhai Najib, Siapa suruh kau pakai lilin, orang suruh kau berjimat akan bil letrik tuu..!!!

PM: Takkan nak makan dengan cahaya lilin?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar bil elektrik yang tinggi untuk kediaman rasminya Seri Perdana tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan satu keperluan.

Kediaman tersebut, yang dilengkapi ruang bagi mengadakan majlis rasmi untuk ketua-ketua negara yang melawat, bukan milik beliau, kata Najib kepada pemberita di Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di Kuala Lumpur hari ini.

“Bila presiden China datang, takkan nak makan dengan diterangi cahaya lilin. Itu romantik sangat bukan?,” katanya

Najib berkata beliau merupakan perdana menteri ketiga yang berpeluang untuk “menumpang” di kediaman rasmi tersebut.
“Saya penghuni ketiga, masa kelak akan ada keempat, ini tidak boleh dielak. Saya tak tidur di (rumah utama). Kalau nak adakan seminar di sana juga percuma,” katanya lagi.

Beliau mengulas pendedahakan kerajaan di Parlimen bahawa bil elektrik untuk Seri Perdana menyebabkan pembayar cukai terpaksa menanggung RM2.2 juta setahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mendedahkan perkara itu berkata kadar tersebut masih merupakan kadar paling murah di dunia bagi sebuah kediaman ketua kerajaan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...