TERKINI :

Wednesday, November 13, 2013

Aduhai buat malu 'kaum' ja Nik Amar nie... nak debat pun takut..!!

Debat Timbalan Presiden: Ust Nik Amar takat nak jadi pemimpin untuk perwakilan saja?

Yang aku tak fahamnya, pasai apa Ust Nik Amar pun takut jugak nak berdebat. Apa salahnya kalau berdebat dalam suasana 'adik-beradik' sama macam dia kata "pertandingan pada Muktamar Pas ke-59 lebih kepada persaingan adik-beradik."

Sinarharian melaporkan:
“Cukuplah dengan apa yang dijelaskan sebelum ini mengenai matlamat mahu dicapai jika saya terpilih,” kata calon Timbalan Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah,semalam.

Mohd Amar berkata, cara sedia ada yang digunakan kini untuk menyampaikan mesej kepada umum berhubung visi pencalonan baginya sudah memadai.

“Insya-ALLAH saya sendiri sudah sampaikan sebab saya menawarkan diri untuk bertanding pada muktamar nanti dan selebihnya semua itu boleh dinilai sendiri oleh perwakilan,” katanya. - Sinarharian.    
Sebelum ni aku dah ulas pasai debat untuk calon Ketua Pemuda PAS, kali ni pulak pasao calon Timbalan Presiden.

Dari satu segi aku setuju dengan pendapat Ust Nik Amar ni, memang kalau untuk perwakilan debat ni tak dak pun takpa pasai memang sepatutnya pun perwakilan dah cukup kenal semua calon-calon yang bertanding.


Kalau perwakilan pun tak kenal maknanya calon-calon tu memang tak cukup layak bukan saja untuk jawatan tu tapi untuk jadi calon pun sebenarnya dah tak layak.

Tapi aku suka tengok cadangan debat ni dari sudut lain. Debat ni akan buka ruang bukan saja untuk perwakilan tapi juga seluruh ahli dan penyokong PAS supaya boleh tengok sendiri betapa hebatnya calon-calon yang bertanding untuk jadi pemimpin utama PAS.

Bahkan lebih dari tu untuk tunjukkan kepada seluruh pengundi dan bakal pengundi kehebatan calon-calon pimpinan utama PAS yang PAS tawarkan untuk jadi bukan saja pemimpin PAS tapi pemimpin rakyat Malaysia seluruhnya.

Dengan iltizam PAS bersama Pakatan Rakyat untuk ambilalih pemerintahan PAS bukan saja perlu pemimpin yang diterima oleh ahli dan penyokong saja tapi juga sekurang-kurangnya majoriti rakyat Malaysia kalau pun bukan semua.

Kecuali la kalau calon-calon tu hanya nak jadi pemimpin untuk ahli dan penyokong PAS saja macamm masa era PAS cukup banyak hilang deposit masa pilihanraya satu ketika dulu.

Yang aku tak fahamnya, pasai apa Ust Nik Amar pun takut jugak nak berdebat. Apa masalahnya kalau berdebat dalam suasana 'adik-beradik' sama macam dia kata "pertandingan pada Muktamar Pas ke-59 lebih kepada persaingan adik-beradik."

Sinarharian juga melaporkan:
Sebelum ini, Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, berikrar memberi keutamaan kepada membantu kepimpinan memperkukuhkan parti sekiranya terpilih menjadi timbalan presiden pada muktamar nanti. - Ibid.
Tapinya, debat untuk jawatan Timbalan Presiden ni tak berapa kena pasainya apa sangat yang timbalan boleh buat selain dari macam yang Ust Nik Amar kata dan memang kalau ikut perlembagaan parti pun tugas Timbalan Presiden cuma membantu Presiden dan kalau Presiden berhalangan Timbalan Presiden akan mengambilalu tugas dan tanggungjawab Presiden.

Takkan kut Timbalan Presiden nak lebih laju dari Presiden, nak jalankan agenda dan perancangan dia sendiri yang mungkin tak selari dengan agenda dan perancangan Presiden.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...