TERKINI :

Saturday, November 30, 2013

Muktamar ke-59 dan 5 agenda baru IT PAS

Suhaimi Embong

Salam perkenalan kepada semua pembaca Harakahdaily. Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-59 baru melabuhkan tirainya pada petang 24hb November, 2013 di Stadium Malawati di Shah Alam.

Muktamar pada kali ini meriah dan kehadiran pengunjung juga ramai termasuk rakan-rakan media juga diluar jangkaan pihak penganjur mungkin kerana pada tahun ini dibuat di sekitar Lembah Kelang dan juga ada pemilihan kepimpinan.

Sebagai orang diamanahkan mengendalikan persiapan prasarana IT, pihak Jabatan IT PAS (JITP) sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik kepada pihak perwakilan dan juga media yang bertugas. Pihak kami juga berusaha dengan sebuah syarikat telekomunikasi terkenal untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan ‘Wifi’ disekitar stadium tersebut secara sementara untuk tempoh muktamar ke-59 tersebut.

Agak mendukacitakan, disaat-saat akhir muktamar ke-59 hendak bermula syarikat telekomunikasi tersebut menarik diri dan pihak kami tidak sempat untuk berunding dengan syarikat telekomunikasi lain pada masa tersebut.

Kerajaan di penghujung hayat

- Dr Mohd Asri Zainul Abidin

November 30, 2013

Kerajaan di penghujung hayat adalah kerajaan yang zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahaw  sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya. Antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konflik berlaku sesama rakyat.

Kerajaan kelihatan bersikap tidak toleransi dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri. Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus.

Jika kita lihat dalam sejarah, kejatuhan empayar dan dinasti ialah bermula apabila mereka bersikap tidak toleransi sehingga dalam negara berlaku banyak konfliks antara rakyat. Kerajaan bersifat kepuakan dan gagal menaungi inspirasi rakyat yang pelbagai. Politik pecah perintah mungkin menguntungkan golongan politik tertentu untuk sementara waktu, tetapi akhirnya akan menjadikan negara porak peranda.

Semoga ustaz Kazim Elias tidak sekadar berperanan baca doa dalam Umno

- Shahbudin Husin


Umno semalam mengumumkan pelantikan sembilan ahli MT untuk melengkapkan barisan kepimpinan tertingginya, sesuai usainya pemilihan parti pada 12 Oktober lalu dan dalam menghadapj Perhimpunan Agung Umno minggu depan. Pelantikan yang dibuat dan disahkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak itu bagaimanapun hanya diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mereka yang dilantik ialah Nazri Aziz, Hamzah Zainuddin, Sharkar Shamsuddin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias.

Sudah tentu yang paling mengejutkan ialah pelantikan Ustaz Kazim Elias manakala yang lain tidaklah begitu memeranjatkan seperti Dr Asraf dan Prof Ibrahim Abu Shah. Dr Asraf, walaupun menjadi Pengerusi Yadim tetapi beliau memang orang Umno. Ayahnya, Dusuki Ahmad ialah bekas Ahli Parlimen di Kelantan dan pernah menjadi Setiausaha Politik Dr Mahathir dan Dr Asraf juga pernah menjadi calon pilihanraya mewakili BN.

Percubaan Jadikan Shuhaizan Boneka

http://3.bp.blogspot.com/-cWPvR6dkfoo/UlrsNF5d1rI/AAAAAAAAiwE/ww9MzDAvXgg/s400/a16.jpegSesungguhnya apa yang berlaku dalam Mesyuarat Exco Pemuda yang lepas adalah sangat jijik dan busuk sekali.

Kesahnya telah menjadi buah mulut ramai. Tak perlu nak dapat kan maklumat sahih dari mereka yang hadir. Cukup dgn makluamt dari aktivis2 Pemuda peringkat Kawasan.

Konon puak2 yang ke sana ke mari menjaja wala' namun dalam mesyuarat semalam merekalah yang paling tidak wala'.

Setiap pencalonan Ketua Pemuda ditolak mentah2 oleh mereka. Misalnya Ketua Pemuda mencalonkan Raja Ahmad Iskandar sebagai calon Ketua Penerangan Pemuda juga ditolak mentah2 dan dinaikkan Din Ayam.

Kita semua maklum Din Ayam bila buka mulut lebih banyak yang buruk dari yang baik yang keluar. Tapi yang mereka pentingkan adalah menaikkan orang2 mereka semata-mata.

Yang hairannya, Timbalan dan Naib Ketua Pemuda sepatutnya memberi sokongan kepada Ketua Pemuda kerana mereka di dalam Dewan Harian tetapi langsung sepatah haram tidak buka mulut.

Ketua Pemuda mahu mencalonkan Abang Ahmad Kardee sebagai SU Pemuda. Dia adalah exco yang menang serta terbukti kebenarannya.

Khalid nafi bayar Anwar RM15 juta, ini semua fitnah..


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat menafikan dakwaan kerajaan negeri membayar tuntutan elaun dan sebagainya berjumlah RM15 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi negeri.

“Perkara itu tidak betul,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfaa’ Eza Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama, turut menegaskan dakwaan tersebut palsu dan Abdul Khalid tidak pernah membuat sebarang kenyataan dan ulasan mengenai tuntutan berkenaan.

“Pejabat Menteri Besar sendiri tidak pernah keluarkan kenyataan mengenai tuntutan Anwar dan saya berasa hairan bagaimana isu itu boleh timbul malah mendakwa pula ia disiarkan di laman web rasmi kerajaan negeri sedangkan itu tidak benar.

Ust Sharil Long menempelak Ahli Majlis tertinggi UMNO terbaru Ust Kazim yang mempelekehkan Hudud


Faekah jangan biadab, Azmin jangan main wayang, TS Khalid dengarlah nasihat Bos & Rakyat..

FAEKAH JANGAN BIADAB DENGAN ORANG POLITIK, AZMIN JANGAN MAIN WAYANG KULIT DAN TS KHALID PERLU DENGAR NASIHAT BOS

FAEKAH Husin, Setiausaha Politik MB Selangor tidak perlu bersikap kurang ajar bila menggelar YB Azmin, Timbalan Presiden PKR sebagai sarkas di dalam twitter beliau. Walaupun beliau mahu menunjukkan setia tidak berbelah bahagi kepada TS Khalid, tetapi beliau harus membela bosnya dengan hujah bukan menghina.

Di dalam isu kenaikan gaji mendadak dan terlalu tinggi yang diluluskan oleh Dun Selangor, bukan sedikit yang tidak bersetuju malah aku jamin jika diadakan pungutan suara pasti ramai yang tidak bersetuju. Kita bukan tidak bersetuju kesemua Adun dan Speaker itu dinaikkan gaji tetapi biarlah munasabah dengan situasi semasa rakyat kini. Jika Azmin menentang kenaikan gaji tersebut dan mohon ditangguhkan, kita mahu persoal Azmin mengapa beliau tidak menentang sewaktu Rang Undang-Undang tersebut dibaca dan dibahaskan di dalam Dun? Aku bersetuju dengan saranan Azmin tetapi tidak bersetuju dengan sikap beliau yang menunggu DS Anwar berbunyi dahulu baru beliau mahu berbunyi.

ALOR SETAR - Pengguna motosikal sengsara dengan bayaran paking RM1.

Pengguna motosikal sengsara 
 Tempat parkir motosikal berkunci disediakan di hadapan bangunan sebuah bank dengan bayaran RM1.

ALOR SETAR - Kadar parkir yang dikenakan kepada pengguna motosikal di sekitar bandar raya Alor Setar dilihat menjadi rungutan dan bebanan berikutan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak Mei lalu.

Parkir berkunci yang disediakan PBT kini diperluas khususnya di kawasan-kawasan awam yang menjadi tumpuan orang ramai seperti stesen bas, bank dan pasar raya termasuk Pekan Rabu.

Kadar bayaran RM1 untuk sekali parkir dilihat tidak munasabah berikut pengguna motosikal meletakkan kenderaan mereka itu secara tidak berkala, contohnya untuk urusan mengeluarkan wang di bank hanya memerlukan masa yang singkat.

Langkah pihak berwajib mewujudkan tempat parkir berkunci itu satu langkah baik bagi menangani kes-kes kecurian motosikal yang semakin berleluasa.

Kita tak miskin, tapi kekayaan itu disalah tadbir.. 'buang' BN, hilanglah masalah itu...

Kewangan bukan masalah Malaysia tetapi...

rafizi ramli  
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli

PETALING JAYA - PKR mendakwa negara tidak mengalami masalah kewangan sebaliknya urus tadbir negara.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, negara mempunyai kekayaan tetapi disalah tadbir oleh pemerintah kerajaan BN.

Beliau mendakwa, untuk menyelesaikan spekulasi negara mengalami masalah kewangan, rakyat perlu "buang" BN yang memerintah sekarang.

"Kita tak ada masalah kewangan, kita hanya ada masalah pemerintahan.

"Kita tak miskin, tapi kekayaan itu disalah tadbir, jangan sampai generasi muda kata negara kita ada masalah kewangan.

"Jika 'buang' BN, hilanglah masalah itu (kewangan)," katanya pada Forum Masa Depan Masa Kita, di sini, hari ini.

Gaji baru YB Selangor mampu cegah rasuah


Mohd Fauzi Mohd Jani  
Mohd Fauzi Mohd Jani

SHAH ALAM – Kenaikan gaji pemimpin Selangor yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 dilihat mampu mencegah gejala rasuah di negeri itu.

Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan & Enterprise Kecil dan Sederhana (EKS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Fauzi Mohd Jani berkata, pendapatan yang mencukupi tidak akan mendorong seseorang pemimpin untuk terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu.

“Sudah pasti peningkatan gaji ini sedikit sebanyak mampu mencegah dan mengelakkan penyelewengan dan rasuah terus berleluasa.

“Malah dengan kenaikan ini juga, pemimpin dapat melakukan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih ikhlas dan baik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, sama ada kenaikan tersebut wajar atau tidak ia bukan soalan utama memandangkan usul tersebut telah pun dipersetujui sebulat suara oleh semua Adun.

[Video] Tahniah Ust Kazim, Akhirnya umno jua yang kami sertainya...



Tok Guru Nik Aziz terjemah hal mudah dan indah dalam Islam

Oleh KASSIM MUHAMMAD

Ada yang bertanya, apakah cabaran masa depan PAS? Walaupun senarai cabaran tersebut mungkin panjang, berikut adalah persoalan yang perlu difikirkan bersama:

Satu cabaran besar kepada PAS ialah kesungguhan, kemampuan dan kreatitivi untuk menterjemahkan sisi-sisi keindahan Islam ke dalam amalan-amalan yang mudah dilihat, yang dapat dirasakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebenarnya ini jugalah cabaran paling getir kepada sekalian orang Islam. Kita memerlukan contoh-contoh nyata kehebatan Islam yang diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya fasa cakap-cakap dan segala syarah tentang segala yang muluk-muluk dan indah-indah Islam itu bukan saja tidak begitu berkesan tapi kerap kali pula mencederakan imej agama apatah lagi sekiranya tingkah laku para pemimpin PAS itu sendiri dilihat bercanggah tuntutan Islam.

Istilah Muzakarah disalah erti


Mujahid Yusof Rawa  
Mujahid Yusof Rawa

PETALING JAYA - Muzakarah antara Pas dan Umno bukan melambangkan kedua parti itu akan bergabung, kata AJK Pas Pusat, Dr Mujahid Rawa.

Menurutnya, istilah itu membawa maksud perbincangan seperti yang sering digunakan masyarakat serta parti politik lain.

Beliau juga menambah, mengapa perlu mempunyai perkataan "khusus" untuk digunakan di antara Pas dan Umno menyebabkan timbul persepsi ke arah pergabungan parti.

Selamat masuk UMNO wahai Ust Kazim

Ustaz Kazim Elias antara MT Umno yang dilantik


PUTRAJAYA - Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias adalah antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.

Friday, November 29, 2013

Ketua Pembangkang BN Selangor SETUJU gaji adun naik...!!

http://1.bp.blogspot.com/-hwLvf7QdlR0/T0jWb8aRlyI/AAAAAAAAATg/8CyUBla9-2c/s1600/Ustaz+PKR+Yang+Kantoi.jpg


TNB untung billion, tapi nak naik jugak tarif elektrik..

Bantahan bertambah jika tarif elektrik naik 2014

Kerajaan harus menjangkakan bantahan jika cuba memindahkan kos tinggi elektrik kepada awam bermula 2014 kerana ia tidak pernah dilihat menerokai kesemua alternatif lain.

"Menghentikan subsidi tanpa menyelesaikan salah tadbir dan kita mencipta lohong hitam kepada kerajaan untuk terus menyedut wang.

"Ia seperti mengambil alkohol untuk diberikan kepada kaki botol... Tiada jumlah cukai yang dapat menampung ketamakan BN," kata anggota Parlimen Pandan.

Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkil semalam.

Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.

Saifuddin tawar diri jadi orang tengah muzakarah Asri dan Badaruddin

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
November 29, 2013

http://mk-cdn.mkini.net/696/5504e337752c3f4ca83f86e3a636b482.jpg 

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) hari ini menawarkan diri menjadi orang tengah antara pertikaman lidah bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan juga Mufti Kedah Datuk Badarudin Ahmad.

Saifuddin berkata, melalui proses muzakarah ia dapat memberikan manfaat kepada umat Islam di negara ini.

"Dalam hal ini, GMM mencadangkan agar kedua-dua Mufti Kedah dan bekas Mufti Perlis dapat mengadakan muzakarah untuk mengharmonikan keadaan. GMM bersedia menjadi penganjur dan tuan rumah muzakarah itu," kata bekas ahli Parlimen Temerloh itu lagi.

"Apabila ia berlangsung dalam suasana ilmiah dan hikmah, seperti yang pernah berlaku dalam tradisi Islam, ia mendatangkan manfaat pengayaan ilmu di kalangan umat Islam," katanya yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Tahniah Ust Kazim sebab dilantik jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, memang sesuai pun orang hina hudud dok dalam UMNO

 

Ali Tinju : Patut la sanggup pertahan Rosmah sampai mau buat tarian pungkoq, 'jilat' tahap licin nie..!!!



Mesyuarat pertama Pemuda PAS gagal bentuk Kabinet

November 29, 2013

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat (gambar), berkata sayap parti Islam PAS itu masih belum berjaya membentuk Dewan Harian berikutan tidak mencapai kata sepakat untuk memilih siapa yang sesuai menjadi setiausaha.

Katanya, mesyuarat pertama Exco Pemuda PAS yang dipengerusikannya semalam berakhir tanpa melantik setiausaha, jawatan yang dianggap penting untuk menentukan keberkesanan sayap itu.

"Kita belum selesai lagi. Kita sambung semula 5 Disember ini," katanya kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas perkembangan terkini dalam Pemuda PAS.

Suhaizan menang dalam pertandingan sengit tiga penjuru untuk merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia menerusi Muktamar ke-59 baru-baru ini.

Beliau mendapat 320 undi mengalahkan lawannya, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad yang mendapat 307 undi dan Zulhazmi Sharif yang mendapat tujuh undi.

Timbalan Ketua Pemuda PAS adalah Mohamad Khalil Abdul Hadi dan naibnya Khairul Nizam Khirudin.

12 pelan induk Pakatan tawan Putrajaya pada PRU14

LIM KIT SIANG 

Kelmarin, saya telah mengemukakan soalan sama ada Pakatan Rakyat sanggup bangkit untuk menyahut cabaran bagi menentukan masa depan bukan saja Sabah dan Sarawak, malah Malaysia secara keseluruhan dalam PRU14.

Dalam kenyataan media saya sejak empat hari lalu, saya telah menjelaskan menerusi fakta dan angka bahawa ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat DAP, PKR, dan PAS telah mencapai keputusan terbaik di peringkat parlimen dan negeri di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak – dan untuk suatu tempoh berjaya menguasai lima negeri, iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak – menerusi kerjasama ketiga-tiga parti itu dalam Pilihanraya Umum tahun 1999, 2008 dan 2013.

Hari ini, saya ingin membentangkan strategi 12 mata berikut untuk Pakatan Rakyat sebagai pelan induk untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-14.

Polemik Naik Gaji/Elaun/MB/MP, apa kesudahan dan penyelesaiannya..?

Zul Hazmi Shariff

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/1128/Kosmo/Negara/ne_02.1.jpg

Sehari dua ni ramai sungguh dok komen bab kenaikan elaun ADUN Selangor, MB Selangor, Exco Selangor, Speaker & Timbalan Speaker Selangor. Dalam masa yang sama yg naik elaun jugak ialah ADUN Kedah, Sarawak & Ahli2 Parlimen Malaysia.

Ada yang setuju ada yg tak setuju. Ada yg sokong, ada yg bantah. Aku nak komen jugak tp nak komen keluar sikit dr skop naik gaji/elaun tu sbb ant alasan yg depa bagi utk justifikasi kenaikan elaun/gaji ialah nak elak rasuah dan komitmen kpd rakyat yg tinggi.

Mula2 sekali aku nak bgtau para YB semua & kawan2 seluruhnya sebenarnya apa kerja YB2 ni. Ada yg jd YB tp tak tau apa tugas sebenar depa sbg YB. Ramai dok ingat & dok anggap YB2 ni adalah tempat mintak bantuan termasuk YB2 sendiri. YB2 dok kata rakyat/pengundi dok mai mintak bantuan sekolah, bantuan nak buat kenduri, nak buat program, bantuan kematian, kebakaran dan sebagainya. Bagi aku itu semua salah faham yg memang sejak dulu didoktrinkan oleh pemerintah BN... aku istilahkan itu adalah YB ala Umno.

Anda inginkan kereta murah atau nak bangga dengan kereta Malaysia w.pun mahal harganya..???

Apakah rakyat Malaysia perlu hidup melarat demi melayan ego Dr.Mahathir?

ANALISIS BERITA OLEH AMIN ISKANDAR


Sering kali ramai yang bertanya, apakah negara ini diuruskan untuk kesejahteraan rakyatnya atau untuk melayan ego kepada seorang bekas perdana menteri yang tidak habis-habis mencampuri urusan negara walaupun sudah 10 tahun bersara?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) memberikan amaran kepada kerajaan, memansuhkan sistem Permit Import (AP) kereta akan menyebabkan riwayat dua kenderaan nasional Proton dan Perodua tamat.

Kenyataan beliau hadir selepas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang berkhidmat dalam Kabinetnya menggesa kerajaan memansuhkan sistem AP agar rakyat Malaysia dapat membeli kereta dengan lebih murah.

"Memansuhkan AP bermakna harga kereta yang lebih murah untuk rakyat," kata Daim.

Menulis di blognya, Dr Mahathir berkata, tanpa sistem AP, kenderaan import akan membanjiri pasaran tempatan menyebabkan Proton dan Perodua gagal untuk bersaing.

Antara apa yang RAKYAT SELANGOR dapat dari Kerajaan Negeri sekarang ini..!!



bawah nie ada banyak lagi SILA KLIK

Apabila orang UMNO sudah mula sokong apa yang MB Selangor laksanakan..!!


http://i1.ytimg.com/vi/Mm2DN9cOrXM/maxresdefault.jpg

[Gempar] Benarkah Ada musuh dalam selimut dalam PKR Sabah..??

Berita Gempar Dari Negeri Di Bawah Bayu..

Dua nama yang kerap disebut-sebut sebagai trojan horse Umno dalam PKR ialah timbalan ketua penerangan PKR dan anggota MPN, Musli Oli dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.

Sumber dalaman PKR memberitahu FMT, dua individu tersebut masih mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Musli dikatakan kerap berhubung dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan menyampaikan maklumat kepada Umno setiap kali menghadiri mesyuarat MPN yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said.

Musli juga dikatakan mendapat dana khas daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dalam bentuk pemberian projek bernilai lebih 20 juta sebelum menyertai PKR.Dengan wang tersebut dia berjaya mempengaruhi Pengerusi PKR Sabah untuk melantiknya sebagai angota MPN Sabah.

Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Jadi Kelab Kongkalikong


Semalam SAMM Johor menjadi antara yang pertama menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap kenaikan gaji yang terlalu tinggi DUN Selangor di kala rakyat masih terbeban dengan kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin mendesak.

Hari ini, setelah pelbagai pihak menyatakan bantahan termasuklah komentar Ketua Pembangkang yang menyatakan kenaikan itu terlalu tinggi, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor membuat pusingan 180 darjah apabila Pengerusinya, YB Azmin Ali membuat kenyataan meminta pentadbiran Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan yang telah diluluskan semalam.

Persoalan yang ingin SAMM Johor lontarkan adalah mengapa semalam sewaktu usul pindaan dibentangkan di Dewan DUN, BBC Selangor tidak menyatakan bantahan atau menolak usul ini daripada diluluskan? Adakah BBC berpandangan bahawa Dewan DUN itu adalah seperti sebuah set penggambaran drama? Di dalam Dewan DUN, mereka mengundi untuk meluluskan usul kenaikan namun apabila berhadapan dengan media BBC membuat pusingan 180 darjah dan meletakkan semua beban kesalahan kepada Menteri Besar seorang.

Pas-Umno dalam situasi menang-menang


SHAH ALAM - Muzakarah antara Pas dengan Umno boleh memberi situasi 'menang-menang' kepada kedua parti itu dalam meraih undi pada pilihan raya akan datang.

Pensyarah Kanan Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, situasi tersebut diperolehi ekoran 60 peratus pengundi di Malaysia adalah kaum Melayu yang beragama Islam.

Menurutnya, pengundi Islam ini mempunyai kesedaran politik dan ingin memilih perintah yang memperjuangkan agama syumul itu.

"Pas yang membuka ruang untuk bermuzakarah dan disambut baik oleh Umno mampu menaikkan imej parti masing-masing yang ingin memperjuangkan Islam.

"Pengundi Melayu yang beragama Islam adalah 60 peratus, dan mereka mengharapkan ada satu parti yang boleh memperjuangkan Islam.

"Jadi jika muzakarah berlaku antara Pas dan Umno kedua-dua parti berada dalam situasi menang-menang," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Bagus dilaksanakan oleh jabatan agama di Kedah......


Letak pegawai agama di premis judi


OLEH: Tarikh: November 28, 2013

MELAKA - Kerajaan Melaka bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

"Kita merancang meletakkan pegawai syarak secara 24 jam untuk mencegah umat Islam di negeri ini terlibat dalam perjudian.

"Tetapi kadang-kadang orang yang minat judi ini, dia akan menggunakan orang tengah...akhirnya ia berbalik kepada diri mereka sendiri," katanya menjawab soalan tambahan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai premis perjudian berlesen yang dibuka di kawasan majoriti umat Islam pada persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Justeru, beliau berkata pihaknya akan menasihatkan pengendali premis perjudian terbabit untuk bekerjasama membina pos kawalan berkenaan.

Naik taraf loji rawatan air bakal selesai masalah

OLEH: Tarikh: November 28, 2013

KUALA NERANG - Projek naik taraf loji rawatan air Kuala Nerang yang dijangka siap sepenuhnya Januari tahun depan akan dapat menyelesaikan masalah air bagi keperluan 50,000 penduduk daerah Padang Terap.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim berkata, projek itu menelan kos sebanyak RM 12.5 juta dan telah 90 peratus siap.

Katanya sebahagian penduduk daerah daerah Sik dan Pokok Sena akan turut menikmati manfaat projek itu.

"Projek ini menjadi titik permulaan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih rakyat Kedah," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat masalah air Padang Terap di Pejabat Daerah Padang Terap di sini semalam.

MB Selangor Bodoh, Sepatutnya di beri PERUNTUKAN DUN bukannya penaik gaji

http://1.bp.blogspot.com/-6l8IsrZUd8I/Upb-5IUnK3I/AAAAAAAASMc/3yVHVRLeE2Y/s640/naik.jpg

Setelah lama tak menulis hari ini terpaksa juga menulis sebab kebodohan MB SELANGOR.. Sewaktu KEDAH penaik sebelum nie pun kami dah malas nak melayan namun bila PR sendiri pun buat kerja bangang maka terpaksalah kami memberi pandangan.

Kami berpandangan bahawa MB SELANGOR sepatutnya memulakan proses Keadilan yang selalu dilaungkan oleh PR iaitu PERUNTUKAN UNTUK ADUN. Beliau patut tumpu pada kategori ini, bukannya menaikkan GAJI ADUN.

Memandangkan Selangor merupakan negeri yang banyak hasil dan pendapatannya apa kata Selangor menjadi contoh pertama memperuntukan bujet untuk semua ADUN, dari ini apabila bujet diberikan maka kerajaan negeri dapat memantau duit peruntukan tersebut melalui kewangan negeri.  Dari sini rakyat akan dapat bujet dari Kerajaan Negeri terus menerus dari ADUN mereka.

Rasanya ini lagi praktikal daripada menaikkan gaji ADUN-ADUN di Selangor kerana jika gaji perbelanjaan yang mereka gunakan tidak akan ada sesiapa boleh audit kerana itu gaji mereka jadi mereka berhak menggunakan untuk diri mereka tetapi jika peruntukan ianya akan diaudit sebab itu duit kerajaan negeri,

Thursday, November 28, 2013

Obama Ke Asia Pasifik April 2014 Untuk Meterai TPPA?


Media Asia-Nikkei dan beberapa media di Jepun dan Filipina telah memetik kenyataan Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat, Susan Rice yang menyatakan Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat akan membuat lawatan rasmi ke Asia Pasifik pada bulan April 2014. Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa pentadbiran Obama terus kekal fokus kepada hubungan dengan rantau Asia-Pasifik setelah kunjungan beliau sebelum ini gagal kerana masalah dalaman Amerika Syarikat.

Solidariti Anak Muda Malaysia melihat kenyataan Susan Rice ini mempunyai hubungan dengan siri rundingan Perjanjian Perkongsian Asia Pasifik (TPPA) yang sepatutnya dimeterai pada penghujung tahun ini sebelum Amerika Syarikat memulakan satu lagi perjanjian serupa dengan Kesatuan Eropah awal tahun 2014 nanti. SAMM melihat keghairahan Obama untuk hadir ke rantau Asia Pasifik secepat mungkin adalah untuk memastikan setiap negara peserta akan menandatangani Perjanjian TPPA setelah gagal dilakukan pada bulan Oktober lepas.

Muktamar PAS dan harga sepinggan nasi

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Sebenarnya tempoh kepemimpinan PAS yang baru dilantik hujung minggu lalu tidaklah begitu lama. Difahamkan muktamar tahun depan mungkin akan dianjakkan lebih awal, iaitu sekitar pertengahan tahun, seperti lazimnya dahulu.

Muktamar 2013 terpaksa ditangguh bagi memberi laluan kepada PRU13, Mei lalu. Ini bermakna, sesi 2013/15 tidak sampai dua tahun, lebih kurang 18 bulan sahaja. PAS memilih pemimpinnya setiap dua tahun sekali, berbeda dengan Umno, tiga tahun.

Namun, secara praktiknya, penggal majlis tertinggi Umno mendekati lima tahun, apabila proses pemilihan sering ditangguh - perlembagaan parti membenarkan maksimum 18 bulan -- sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Justeru, kepemimpinan Umno yang terpilih merupakan barisan yang bakal mengetuai parti berdepan PRU. Misalnya, pasukan yang menang baru-baru ini, iaitu gandingan lama, kecuali Ketua Puteri, dijangka mengemudi jentera kempen Umno untuk PRU14 nanti.

Bukanlah disebabkan banyak cacat-celanya tempoh dua tahun itu, tetapi dari satu segi ada pihak melihat ia agak singkat dan mungkin meletihkan jika terpaksa menghadapi proses pemilihan yang nampak tegang, seperti baru-baru ini.

Gaji Adun : Aduhai Selangor.. awat hang pa BEBAL sangat nie..

Edaran segera

http://4.bp.blogspot.com/-_Nu_zCFeeNw/UpZfSHVzguI/AAAAAAAAHsc/Cc-G7u5qhQU/s320/1459293_718739618153478_56026650_n.jpg
Kenaikan melampau. 

Begitulah yang dapat ditafsirkan rentetan daripada keputusan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari 2014

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Ironinya, ketika Parlimen Malaysia bercadang menaikkan gaji Ahli Parlimen, pihak Pakatan Rakyat membantah sehingga Rang Undang Undang itu ditarik sebelum sempat dibahaskan.

Dengan rakyat dihimpit dengan masalah gaji tak naik, tapi kos sara hidup yang makin melampau, seperti harga gula dan minyak yang naik, kenaikan gaji semua wakil rakyat di Negeri Selangor ini ternyata tidak kena pada masanya.

Tetiba Kak Mah kata kat Najib.. “you can go if you wish to,….I stay!!”

“You may go…I stay!!” – Aspan Alias
November 28, 2013

http://2.bp.blogspot.com/-wPp0PWdB8Sk/Tm7Y4VuzWOI/AAAAAAAAFz8/5kjA3i5SxJE/s1600/Kak+Mah.JPG
tak sangku paut dengan kak mah satu lagi..!!!
Masalah yang disebut khalayak sekarang ini lebih besar daripada isu-isu yang rakyat perbahaskan sebelum pilihan raya lalu. Isu-isu bertambah besar dan berat kerana ia melibatkan janji-janji pihak yang memenangi pilihan raya itu. Tidak usah kita kritik pembangkang jika ada lagi janji mereka tidak tertunai kerana mereka tidak dapat untuk menguasai kerajaan persekutuan.

Tetapi yang menjadi isu sekarang ini ialah janji-janji BN khususnya Najib Razak, kerana janji BN jika benar dilaksanakan, masakan masalah dan persekitaran politik negara bertambah meruncing? Janji Najib itu bukannya janji yang susah hendak dilaksanakan jika beliau dan kabinetnya menguruskan negara dengan baik. Rakyat telah memberi lagi peluang kepada BN dalam PRU yang lepas, tetapi kali ini juga keadaan bertambah teruk dan seolah-olah negara kita sudah tiada kerajaan lagi. Semuanya tidak terurus.

Begitu cantik dan menarik segala janji-janji BN Najib. Negara akan menjadi negara termaju dan terhebat jika BN diberikan kuasa lagi. Maka rakyat tertipu lagi malahan apa yang berlaku lebih buruk daripada keadaan sebelum pilihan raya lalu. Pendeknya negara kita tidak seperti negara yang mempunyai kerajaan dan pimpinan yang benar-benar bertanggungjawab terhadap negara.

ketua menteri Sarawak RM39,000, gaji menteri besar di Selangor ialah baru RM29,000

Gaji MB Selangor lebih rendah dari Sarawak 
- Abdul Khalid
Harakahdaily

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan langkah kerajaan negeri menaikkan gaji Menteri Besar, anggota Exco, speaker dan timbalan speaker yang dianggap masih rendah dan munasabah.

Beliau berkata kenaikan gaji antara 80 hingga hampir 400 peratus itu dibuat selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk mengambil kira kenaikan yang diterima Adun serta anggota pentadbiran negeri Sarawak, lapor Bernama.

"Kita naikkan gaji di Selangor kerana tidak mahu wakil rakyat kita buat kerja luar untuk tampung perbelanjaan mereka.

"Saya berpendapat kenaikan ini munasabah sebab kita hendak (beri) servis kepada rakyat. Malah, kalau di sektor swasta, gaji seperti ini tidak tinggi. Kita juga tidak boleh sorok pendapatan sebab kita setuju setiap harta dan pendapatan mesti diumumkan, biar rakyat tahu," katanya kepada pemberita di lobi Dun Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa gaji baru beliau lebih tinggi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib rasmi Novel yang di haramkan oleh JAKIM

Novel dilancar PM diharamkan Jakim

Novel pengarang terkenal Faisal Tehrani yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu kini diperakukan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas dakwaan mempunyai mesej Syiah.

Menariknya, perakuan itu dinyatakan dalam majlis ceramah berhubung dakwaan kesesatan Syiah yang turut dihadiri isteri Najib, Rosmah Mansor di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin, lapor MyMetro.

NONEPenolong Pengarah Seksyen Akidah Jakim Mohd Aizam Mas'od dilaporkan berkata, berlaku penyusupan idea ajaran itu melalui novel berjudul Perempuan Nan Bercinta itu.
"Ini sangat bahaya kerana penulisannya mempromosikan Syiah dan mutaah, antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita... malah penulis juga bermain dengan pemikiran rasional orang ramai.

"Namun, buku ini sudah diperakukan haram oleh Jakim.

"Antara buku Syiah lain yang juga sudah diambil tindakan adalah Meniti Titian Kebenaran, Akhirnya Kutemui Kebenaran, Dialog Sunnah Syiah dan Salafi Wahabi," beliau dipetik sebagai berkata.

Juga dilancarkan di Seri Perdana
Justeru, Mohd Aizam menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati supaya tidak terjerat dengan fahaman Syiah kerana pengikut mereka menggunakan cara halus atau secara tidak langsung untuk menarik umat Islam menyertainya.

Pemimpin Umno tiada harga di mata Najib

– Shahbudin Husin

November 27, 2013

Apabila bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengkritik Najib dengan mengatakan kepimpinannya semakin lemah dan sering tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstremis pembangkang, beberapa pemimpin Umno segera tampil menyanggah pandangan itu. Menurut mereka, keterbukaan Najib tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tunduk dan lebih mendengar tuntutan pembangkang.

Namun, dua hari lalu Najib mengumumkan penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara atau MKPN sebagai usaha mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini. MKPN ini diberi tempoh selama enam bulan untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagi tujuan itu.

Cuba lihat ahli-ahli MKPN ini:-

  • Pengerusi - Samsudin Osman
  • Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye

TNB untung BERSIH RM4.6bil tahun 2013 tapi mai 2014 umum nak naik tarif elektrik.. tak ke gila kaa..!!!



Antara Zahid & Pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”

Pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” tidak pernah berbohong 
oleh - Shahbudin Husin
November 28, 2013

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2013/11/26/ahmad%20zahid%20hamidi%20spying.ashx?w=620&h=413&crop=1& 

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kertas siasatan tidak dapat dibuka berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana akuan bersumpahnya bukan laporan polis, sebenarnya menimbulkan lebih banyak tanda tanya kepada umum.

Ia hampir mengesahkan kebenaran dakwaan Naib Presiden PKR, N Surendran bahawa ia merupakan konspirasi untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh pegawai kanan kerajaan itu sedangkan akuan bersumpah Mat Zain itu mempunyai merit untuk dilakukan siasatan.

Kenyataan Zahid ini juga bertentangan sama sekali dengan kenyaaan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini yang menyatakan kes yang melibatkan Gani bukanlah bidang kuasa polis untuk menyiasatnya tetapi di bawah SPRM. Khalid tidak menyebut tentang perlunya laporan polis.

Anwar tegur MB Selangor bahawa kenaikan gaji Adun agak tinggi...!!

Anwar: Kenaikan gaji ADUN Selangor agak tinggi


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat kenaikan gaji wakil rakyat di Selangor agak tinggi dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu mencari jalan jika ia boleh dikaji semula.

NONEMenurutnya, Khalid sudah menjelaskan perkara itu kepada beliau dan sekarang Khalid wajar menjelaskan perkara itu kepada orang ramai menerusi media.

"Saya beritahu MB kenaikan itu agak tinggi dan beliau perlu jelaskan kepada Pakatan Rakyat alasan ia dilakukan.

"Khalid telah berikan penjelasan dan sekarang dia perlu beri penjelasan kepada media juga akan alasannya berbuat demikian serta apa tindakan untuk mempertimbangkannya semula," kata Anwar sewaktu ditemui wartawan di Parlimen tengah hari tadi.

MB Kelantan selesai bertemu PM pagi tadi...!!!

YB Dato Dr Fadzli :

Assalamu Alaikum.


Ramai orang bertanya berkenaan dengan perjumpaan PM dengan MB Kelantan pagi ini. Saya ada bersama dalam perjumpaan tersebut mengiringi YAB Us Dato' MB, Dato SUK Kelantan dan YB Dato' Hj Hanifa. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan tertib. Perlu dijelaskan bahawa perjumpaan tadi adalah antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Ia bukan antara UMNO dan PAS. Sebagaimana dijelaskan oleh Dato' MB, bahawa ia adalah lawatan mahabbah antara ketua kerajaan negeri dengan Ketua kerajaan di peringkat pusat. Maka agenda rakyat diutamakan.

Antaranya bagaimana kerjasama perlu dibuat untuk faedah rakyat dalam keperluan asas spt rumah, lebuhraya, air, lapangan terbang, ECER, naik taraf KIAS kepada kolej universiti, dan yang utamanya juga adalah perlaksanaan Shariah Islamiyyah di Kelantan. Semua ini tidak dapat dilakukan tanpa kedua pihak mengambil tanggung jawab secara bersama dengan ikhlas. Ianya adalah pertemuan yang baik untuk faedah rakyat Kelantan.

Fokusnya adalah untuk mencari kaedah bagaimana rakyat Kelantan juga dapat menikmati hak mereka walaupun diperintah oleh kerajaan yang berbeza dengan persekutuan kerana ianya diperuntuk dan dibenarkan oleh oleh Perlembagaan. PM sendiripun menyebut bahawa supaya dapat mengurangkan halangan yang tidak perlu bagi kerjasama negeri dan pusat.

2014 - Pesta menaikkan harga oleh Kerajaan BN, nie Rumah pulak nak naik 5% tahun depan..!!

 
SYUKUR ALHAMDULILLAH... NAIK LAGI AKHIRNYA..

UMNO nak bermuzakarah dengan PAS... pakai kirim salam laa jawabnya... !!


KUALA LUMPUR: Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

“Apabila Umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang Melayu, mereka menindas umat Islam,” ujarnya dipetik blog Gendang Perang.

Berikut petikan tulisan daripada blog berkenaan.

Diharap dengan menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!!" di bawah dapatlah semua ahli PAS yang menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir semula.

Nilai keikhlasan mereka.

Hutang negara sekarang hampir di paras siling... tu pun 'macai' kata OK...!!

http://1.bp.blogspot.com/-1rkdsLFH7Bw/T9LPCoHhEBI/AAAAAAAACRI/LImv3QjPtes/s1600/debt.jpg2013? | 2014?

KOTA BHARU: Jika dijumlahkan hutang kerajaan sebanyak RM529.6 bilion dengan jaminan kerajaan berjumlah RM147.3 bilion, ia akan membentuk sebanyak RM676.9 bilion.

Jumlah itu menyumbang kepada 68.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sedangkan paras hutang ditetapkan Akta Pinjaman Tempatan (1959) iaitu 55 peratus.

Jaminan kerajaan bermaksud hutang yang perlu dilangsaikan kerajaan sekiranya badan berkanun atau syarikat milik kerajaan gagal melunaskannya.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, situasi sekarang hutang negara berada hanya kurang 1.4 peratus lagi daripada paras siling di bawah Akta Pinjaman Tempatan (1959).

Syukur Alhamdulillah.. Selepas Selangor & Kedah menaikan elaun wakil rakyat, kini TOL pun akan naik..!!!

Muzakarah: Pas dakwa Umno tak serius

KOTA BHARU - Umno didakwa tidak serius dalam usaha mengadakan muzakarah sejak dahulu lagi dan pernah menarik diri pada saat-saat akhir ketika perkara itu akan berlangsung.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, muzakarah perlu diadakan dan Pas tidak pernah menarik diri pada saat-saat akhir sehingga ke hari ini.

"Kita (Pas) perlu mengikut kepimpinan dan tidak pernah menutup pintu mengenai hal agama.

"Muzakarah ini perlu dilakukan untuk memberi kefahaman dan perlu penambahbaikan serta yakin ia perkara yang betul," katanya yang juga Adun Bukit Panau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, muzakarah antara umat Islam adalah baik, namun setiap perkara yang baik mempunyai penghalangnya.

"Antaranya ia dikaitkan dengan penggabungan Umno-Pas, proses dan matlamat asal muzakarah digerhanakan.

"Jika Pas suatu hari memerintah negara, bermuzakarah dengan Umno sebagai pembangkang adalah pilihan, bahkan satu kewajipan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dipetik dalam laman sosial Facebooknya.

Katanya, kewajipan pemerintah ialah menyatukan umat dan beliau mengingatkan Umno supaya sedar dengan menyoal siapakah yang memecahkan perpaduan umat dan memisahkan mereka daripada tali ALLAH SWT.

Akta Gangguan Seksual perlu disegera

Kerajaan digesa segera memperkenal Akta Gangguan Seksual agar kesalahan itu dapat diselesai mengikut peruntukan undang-undang yang lebih jelas tanpa menggunakan akta lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakatdan Integrasi Nasional negeri Perak Datuk Rusnah Kassim berkata ketika ini, kesalahan atau perbuatan gangguan seksual tidak boleh diambil tindakan di bawah Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual sedia ada.

"Sekarang kita hanya ada dalam bentuk Kod sahaja dan ia tidak memperuntukkan tindakan undang-undang yang boleh diambil.

"Jika berlaku perbuatan gangguan seksual, kita terpaksa mengambil tindakan di bawah undang-undang lain seperti jenayah dan Akta Pekerja 1955," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata meskipun tidak mempunyai perincian dan statistik kejadian gangguan seksual, sudah tiba masanya negara memiliki Akta Gangguan Seksual dan ia bukan hanya untuk membela kaum wanita kerana perkara itu juga boleh berlaku kepada lelaki.

"Sudah tiba masanya Majlis Pembangunan Wanita memperjuangkan perkara ini. Keperluannya ada untuk mewujudkan akta ini," katanya

Wednesday, November 27, 2013

Lajim: Hanya lapan pemimpin PKR Sabah keluar parti

KOTA KINABALU - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa hanya lapan pemimpin PKR yang keluar daripada parti itu.

Beliau berkata tiga daripada mereka adalah ketua cabang dari Kinabatangan, Kota Marudu dan Silam.

"Sementara selebihnya adalah terdiri daripada pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa manakala Cabang Beluran masih belum mendapat kepastian," katanya pada sidang media di Bangunan PKR di sini, hari ini.

Lajim memaklumkan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan mereka yang keluar dan menyokong Barisan Nasional (BN) sehingga petang ini.

Beliau berkata parti di peringkat negeri akan mengesyorkan kepada presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat keahlian mereka.

Semalam, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti dan menyatakan sokongan terhadap BN.

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna. - Bernama

Akhirnya isteri Papagomo yang buat beliau dapat waran tangkap

Waran tangkap terhadap blogger Papagomo

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.

Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.

Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.

Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian.

Semakin hilangnya tazkirah dan doa'nya' di Muktamar

TUAN IBRAHIM TUAN MAN 

Muktamar Tahunan PAS ke-59 telah berakhir. Pemilihan telah selesai. Sekalung tahniah kepada semua petugas parti sesi lalu. Jasa kalian tidak akan dilupakan.

Kepenatan bersama menggerakkan jamaah ini, adalah nikmat perjuangan. Semua petugas bergerak sebagai sebuah jamaah.

Inilah ukhuwah dan nikmat perjuangan yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang menghayatinya.

Namun tanpa disedari kita sebenarnya kehilangan nasihat dan doa daripada Mursyidul Am. Muktamar kali ini kita hanya sempat melihat kelibatnya sebentar di pentas di hari perasmian.

Beliau yang telah diketahui sangat uzur terus menggagahkan diri untuk turut hadir di pentas utama. Namun kesihatannya tidak mengizinkan beliau terus bersama kita di sepanjang Muktamar kali ini

Kebiasaannya beliau akan menasihati semua kita sama ada pimpinan di pentas, perwakilan atau pemerhati.

Isu Peguam Negara: Berdiam diri bukan lagi jawapan

 - Shahbudin Husin

November 27, 2013

Pendedahan terbaru yang dibuat oleh bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menerima sejumlah wang yang besar dalam transaksi di Hong Kong dalam kes kehilangan Pulau Batu Puteh, bukan isu yang boleh dipandang ringan. Tuduhan ini jelas membawa maksud bahawa Gani menerima rasuah dan kemudian membuat pembelaan yang lemah supaya pulau yang begitu strategik itu jatuh ke tangan Singapura.

Lebih-lebih lagi, Mat Zain membuat dakwaan ini bukan di tepi jalan atau melalui surat layang yang mungkin boleh ditafsirkan sebagai tuduhan tanpa bukti dan melulu, tetapi melalui akuan bersumpah yang jelas kewibawaannya. Beliau tentunya tidak akan membuat dakwaan sedemikian dalam akuan bersumpah jika tidak mempunyai bukti mengenainya.

Sebagaimana dakwaan melalui ucapan atau kenyataan dalam sidang akhbar pun terdedah kepada tindakan saman, membuat dakwaan dalam akuan bersumpah pastinya lebih mengundang risiko undang-undang yang lebih besar kiranya dakwaan yang dibuat itu palsu dan tidak berasas.

Oleh itu, sikap berdiam diri Gani Patail dalam hal ini bukan tindakan yang boleh diterima. Setelah sekian banyak tuduhan dan dakwaan dikaitkan terhadap dirinya, dakwaan beliau menerima rasuah sehingga mendorong kehilangan Pulau Batu Puteh ini adalah tuduhan yang serius dan memerlukan jawapan. Setidak-tidaknya beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Zain.

Bekas pemandu saman pelakon Zahida Rafik


http://3.bp.blogspot.com/-0GUo8W9oKTI/T7RUbVRDroI/AAAAAAAAEno/k_b_NVoRaVo/s400/n3zahida.jpgBekas pemandu pelakon Zahida Mohamed Rafik hari ini memfailkan saman terhadap Zahida berhubung kenyataan yang dikatakan fitnah, disiarkan di akhbar berikutan kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000.

Noor Azman Azemi, 39, yang pernah bekerja selama lima tahun dengan Zahida memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di ibunegara.

Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk 'Zahida Rafik Terkedu.'

Beliau mendakwa pada 5 Mac tahun lepas, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan Noor Azman telah melarikan wang tunai miliknya.

Khasiat 'SERAI' yang disembunyikan oleh ISRAEL

dari blog : InfoPanaz

Dr Hamid Arshat
SERAI - memang banyak khasiat dan sering digunakan dalam masakan harian. Satu kajian di israel menunjukkan serai mengandungi 'citral' yang berkesan sebagai sokongan dalam rawatan kanser.
Minum lapan gelas air serai setiap hari selama seminggu sebelum menjalani chemotherapy atau radiation. 
Citral menyebabkan sel2 kanser bunuh diri (suicide). Masukkan kedalam satu jug air panas 3 batang serai yg telah dicincang. Minum 8 gelas sehari selama seminggu sebelum chemo atau radiation. 
 

Harapan & Suara Anak Muda - Antara Rafizi, Chegubard & Pemuda PAS

HARAPAN & SUARA ANAK MUDA
– Ahmad Syukri Ab Razab

http://farm5.static.flickr.com/4148/4949491859_5ddb1ae8d8_m.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-2YfPk8WmC24/Tc1jmLYfJPI/AAAAAAAADrM/a9JxrBvZ4GQ/s320/suhaizan.jpg

Mengenal potensi Pemuda

Bercakap soal potensi Pemuda PAS, saya kira semua orang sangat mengenali kekuatan yang dimiliki sayap terpenting PAS ini. Dengan susunan rekrutmen yang kemas, program-program tarbiah yang teratur, serta kerja buat akar umbi yang efisyen, menjadikan Pemuda PAS sentiasa memiliki generasi pelapis kepimpinan yang berkualiti.Saya kira sudah banyak nama-nama anak muda dalam PAS yang mempamerkan potensi yang boleh dibanggakan. Pemuda PAS sudah miliki penganalisis politik muda seperti saudara Hasbie Muda, barisan peguam muda melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), tokoh ekonomi muda seperti saudara Syahir Sulaiman, dua tokoh Pemuda yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka di Parlimen.

Namun, polemik mengenai Pemuda PAS yang dilihat terpinggir dalam isu-isu nasional terus menjadi topik perbincangan sejak kebelakangan ini. Saya kira, polemik ini berlanjutan kerana Pemuda PAS tewas dengan sentimen yang membandingkan kepimpinan Pemuda PAS dengan ikon Pemuda lain seperti Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin, atau Pemuda daripada parti lain.

Cabang PKR Sabah keluar parti sebab boring dengan pimpinan negeri dan pusat.

Faktor Pemimpin 11 Cabang PKR Keluar Parti Tersebar?

Terlalu banyak campur tangan kepimpinan di peringkat pusat dalam urusan parti di Sabah merupakan antara faktor pemimpin daripada 11 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong Datuk Jelani Hamdan berkata soal autonomi yang dicanangkan pemimpin PKR di peringkat pusat sebenarnya tidak langsung dipraktikkan, termasuk dalam urusan melantik ketua pembangkang negeri dan Majlis Pimpinan Negeri parti itu.

"Bukan soal pembangunan semata-mata. Tapi kita hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR khususnya di peringkat pusat dan negeri. Soal autonomi...beri kuasa kepada Sabah pilih pemimpin tapi authority datang dari seorang individu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keluar parti pemimpin cabang PKR Sabah dan menyokong Barisan Nasional (BN) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Saman Ekor : ianya bukan saman tetapi hanya Notis Meminta Maklumat Pemandu

http://1.bp.blogspot.com/_R97EFFMhsng/TQQ0MlRSq_I/AAAAAAAAAKM/k8BBeggMsmM/s1600/SAMAN-EKOR.jpg
SAMAN EKOR : FAKTA & ISU

a) Apa itu Saman Ekor

JPJ : Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

KDN : Saman ekor ialah saman yang dikeluarkan oleh mahkamah berikutan daripada satu notis yang dikeluarkan oleh pihak PDRM melalui borang polis yang dikenali sebagai borang POL 170A. Saman ini dikeluarkan berikutan atas kegagalan mematuhi notis POL 170A yang dikeluarkan oleh pihak PDRM. – Hansard Dewan Rakyat D.R. 29112010

Laman Web Galeri PDRM : Notis Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan polis seperti perangkap laju menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat

Surat Rakyat Kepada PM - Antara Layanan TUN & NAJIB..!!!


http://1.bp.blogspot.com/-uIOI69BXy88/UWO-MiLjYXI/AAAAAAAACW8/nfw8qhooDWQ/s400/download.jpgSudah lama dan beberapa kali rakan-rakan kedai kopi ingin MR membangkitkan kekeciwaan mereka tentang surat-surat mereka yang dihantar ke pejabat Najib Razak tidak mendapat layanan. Jangankan tindakan malah langsung tidak ada respon atau jawapan. 

Mereka merungut ketika pentadbiran Tun M dahulu pentadbiran pejabat PM cukup sensitif dengan surat-surat rakyat. Ada seorang hamba rakyat marhaen menghantar surat menegur Tun Siti yang tidak bertudung Tun M sendiri ketika itu menjawab surat beliau. 

Berbeza dengan hari ini. Pentadbiran Najib Razak dengan pendekatan lautan biru atau Blue Ocean seharusnya lebih efficient dan perihatin dalam hal ini. Hendaknya lagi kerajaan BN pimpinan beliau hari ini sedang berada di ambang goyang seperti telur di hujung tanduk.

Mungkin proses penerajangan surat-surat rakyat hari ini melalui liku-liku proses yang panjang sebelum dibakul sampahkan. Mari kita lihat bagaimana proses satu-satu surat itu dilayan. 

GST atau tidak, negara berdepan risiko bankrap

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) mengecam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang mendakwa negara harus melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika tidak mahu menghadapi kemungkinan bankrap.

Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata, negara tidak akan terlepas daripada masalah bankrap selagi kerajaan tidak mengurus tadbir kewangan dengan baik dan pelaksanaan GST bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu.

Katanya, GST bukannya ‘miracle cure’, ia tidak bermakna dengan melaksanakan GST negara tidak akan bankrap.

“Isu bankrap bukan kerana sesebuah negara laksana GST atau tidak. Kita lihat Hong Kong, tidak ada GST tapi tetap bankrap. Negara maju lain seperti USA tidak ada GST.

“Najib kata laksana GST atau hadapi kemungkinan bankrap seperti Greece. Ini salah dan untuk pengetahuan Najib, Greece ada GST, GST mereka adalah 21 peratus tapi tetap bankrap,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Gurun - 2 kejadian seludup warga asing ditumpas

Enam disumbat dalam but kereta

Enam disumbat dalam but kereta  
Seorang warga asing mendakwa mengalami kecederaan kaki memerlukan 
bantuan untuk keluar dari but kereta.

SUNGAI PETANI - Seramai 18 warga asing ditahan termasuk enam yang disumbat dalam but kereta ditemui oleh pasukan Peronda Lebuhraya Unit 4 Alor Setar-Sungai Petani, Bukit Aman (Zon Utara) dalam dua kejadian berasingan, awal pagi semalam.

Kejadian pertama disedari apabila kenderaan dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan melalui Lebuhraya Utara Selatan dekat Kilometer 73.5 arah utara ke selatan pada kira-kira jam 1.50 pagi semalam.

Pasukan peronda terdiri daripada empat anggota yang mengekori kenderaan tersebut mengarahkan pemandunya berhenti namun suspek memecut laju sehingga melanggar palang susur keluar Plaza Tol Gurun.

Bahasa rojak tiada kesudahan


Bahasa rojak tiada kesudahan  
Perkataan perabut jelas kelihatan di papan tanda iklan sebuah kedai.

KUALA KEDAH - Isu pencemaran bahasa seakan-akan tidak berkesudahan walaupun dilihat semakin berkurangan namun masih berlaku.

Tinjauan Sinar Harian menemui beberapa papan tanda iklan kedai di Kuala Kedah dan Alor Setar yang memiliki kesalahan tata bahasa.

Antara kesalahan dikenal pasti adalah perkataan perabut dan kelinik yang masih digunakan.

Sementara itu, orang awam yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 26, berkata, kesalahan bahasa masih berlaku namun dilihat semakin berkurangan masa kini.

“Walaupun tidak ketara, namun ia sedikit sebanyak memalukan kita. Ditambah lagi, sekiranya berkaitan bahasa Melayu dicampurkan dengan bahasa Inggeris hingga menunjukkan bahasa tunggang terbalik.

Tuesday, November 26, 2013

Patut laa IBRAHIM ALI senyap sunyi dah sekarang, dah dapat habuan..!!

Anak Sungai Derhaka

Patutlah tak jadi bawa Teksi.. dah dilantik jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM rupanya Brahim Ali ni..


Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat

oleh  – Aspan Alias

November 26, 2013

Najib dan seluruh kabinet Malaysia perlu berterus-terang, daripada mengelak isu sebenar diketahui ramai. Kita hendak tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang ini dan hendak melihat apa yang akan dilakukan beliau dan kabinet keseluruhan untuk menyelesaikan masalah besar yang sedang hadapi kini. Jangan bermain dengan silap mata lagi dan menafikan yang anda dan seluruh ahli kabinet telah gagal mendapatkan penyelesaiannya.

Jika kedudukan kewangan negara sudah tenat mengaku sahaja ia tenat. Kita sudah letih mendengar seorang ahli kabinet kata yang ekonomi kita masih kukuh dan seorang lagi kata sedang menghadapi masalah kewangan.

Kerajaan ingin mencukai rakyat dengan pelbagai cara bagi menambahkuatkan kedudukan kewangan. PM Najib tidak perlu takut dan menerima keadaan buruk ini dengan menunjukkan jiwa mereka yang besar dengan mengaku sahaja yang keadaan kewangan kita sedang dalam ketenatan.

Untuk menunjukkan jiwa besar ahli-ahli jemaah kabinet pula keseluruhan kabinet perlu diajak bersama-sama meletakkan jawatan dan berundur kerana ‘accountability’ ini wajar dipikul semua ahli kabinet secara bersama (collective).

Ahli PAS hadapi ‘kejutan budaya’ sebab layan konsert di Muktamar

Nov 26, 2013
Abd Shukur Harun

Setelah menghadiri Muktamar PAS ke-59 baru-baru ini saya terkesan bahawa sesetengah ahli PAS menghadapi ‘kejutan budaya’ kesan sikap keterbukaan PAS, lebih-lebih lagi dengan slogannya ‘PAS For All’.

Sikap keterbukaan ini mengundang warga PAS menghadapi suasana baru yang sangat mencabar, malah mencemaskan bagi kalangan agamawan di dalam PAS apabila mereka merujuk kepada pendekatan syara’. Umpamanya persembahan melibatkan kumpulan muzik Underground di Karnival Muktamar PAS, Jumaat lalu, dilakukan untuk menarik anak muda yang minat hiburan. Namun persembahan itu berlangsung secara terkawal.

Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam berkata, pengunjung mungkin terkejut dengan salah satu pengisian persembahan malam itu yang berkonsepkan rock metal.

Namun menurutnya, ia sesuai dengan tema karnival tahun ini, 'PAS For All' (PAS untuk semua) di mana persembahan Gig Grid Zon malam itu dikhususkan kepada golongan muda.

Dr Muhaimin mengukuhkan hujahnya bahawa persembahan serupa ini adalah menepati sikap keterbukaan PAS, tetapi tidak melanggar perinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Cukai: Label pengkhianat, PM cuba tutup kelemahan sendiri...

Nov 26, 2013
MUHAMMAD FAIZAL

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berpendapat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melabelkan "pengkhianat" kepada rakyat yang mengelak membayar cukai membuktikan beliau gagal dalam menguruskan kewangan negara.

Jelasnya, Najib tidak perlu menggunakan istilah 'pengkhianat' jika ingin menambah wang negara, tetapi beliau perlu memperbaiki segala ketirisan serta penyelewengan yang berlaku dalam petadbirannya.

"Jelas kita lihat Najib cuba menutup kelemahannya dalam menguruskan kewangan negara yang semakin teruk sehingga menyebabkan berlaku pembaziran dalam soal perbelanjaan wang negara.

"Najib sanggup melabelkan rakyat sebagai pengkhianat jika mereka tidak membayar cukai dengan harapan rakyat akan membayar cukai mereka bagi menampung kewangan, sedangkan beliau yang gagal memperbaiki ketirisan," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Agus - Antara Demokrasi di BELGIUM & MALAYSIA..!!

Mohammad Agus Yusoff

Indah sungguh bangunan parlimen Belgium. Tapi, lagi indah ialah praktik demokrasi dan kemajuannya.

Belgium mempunyai 11.2 juta orang penduduk dengan masyarakatnya terbahagi kepada tiga kaum utama: 59% Flemish (Belanda), 41% Wallons (French) dan selebihnya Jerman. Ah, nampak macam sama sahaja dengan negara kita.

Dari segi sistem politik pun sama, dwi parlimen, raja berperlembagaan dan federal parliamentary.

Apa bezanya pula dengan kita? Bezanya Belgium bukan sahaja demokrasi di atas kertas, tapi juga demokrasi pada amalannya. Belgium maju dengan pendapatan per kapita rakyatnya US37,900. Manakala Malaysia pula kurang separuh daripada itu.

Belgium mengamalkan sistem pengundian proportional dalam pilihan rayanya berbanding Malaysia sistem majoriti mudah.

Belgium juga mewajibkan rakyatnya mengundi, tetapi Malaysia tidak. Itulah sebabnya peratusan rakyat keluar mengundi paling tinggi di dunia ialah Belgium.

UMNO BN memerintah sampai nak bangrap, last kutip duit kat rakyat untuk bayarnya..!!

GST bukan ubat ajaib elak muflis, kata Pakatan Rakyat
OLEH DIYANA IBRAHIM

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah perlu bagi mengelak negara daripada muflis.

Kata mereka, GST tidak boleh dianggap ubat ajaib untuk mengelakkan negara dari muflis.

Sambil memberikan contoh Greece yang juga melaksanakan GST, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata sistem cukai baru itu tidak boleh menyelesaikan masalah kewangan negara

"Negara kita sedang mengalami krisis kewangan yang teruk walaupun dinafikan. Sebagai contoh, Greece melaksanakan GST, namun apa jadi dengan negara itu, mereka tetap muflis juga," kata Rafizi dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata bantahan terhadap GST adalah kerana cara pelaksanaannya.

"Kita tidak kata sistem (GST) tidak betul, namun ini merupakan masalah korupsi, pembaziran dan penyelewengan," kata Khalid.

Rafizi bertegas, tidak kira berapa banyak dana yang disalurkan kepada negara melalui GST kerajaan masih juga terdedah dengan risiko muflis.

Mufti Kedah enggan ulas cabaran sumpah laknat

Mufti Kedah Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad enggan mengulas cabaran Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya beliau bersumpah laknat selepas didakwa memfitnah bekas mufti Perlis itu.

Ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, beliau sebaliknya menyuruh Malaysiakini mendapatkan komen pihak lain.

"Saya tiada komen. saya tak nak komen. Saya tak nak mengulas, tak nak panjang-panjang (cerita).

"Kalau nak (tanya juga), tanya-tanya orang lain," kata Sheikh Muhamad Baderudin (kiri) sebelum memutuskan talian telefon.

Dr Mohd Asri pada 23 November lalu mencabar Sheikh Muhamad Baderudin bermubahalah atau bersumpah laknat dengannya selepas timbulnya rakaman video yang didakwa memfitnahnya.

Katanya, jika benar beliau mengeluarkan kenyataan seperti didakwa, maka laknat Allah ke atasnya; dan jika sebaliknya, laknat akan menimpa mufti itu.

Dr Mohd Asri merujuk kepada sebuah rakaman kuliah Sheikh Muhamad Baderudin di Youtube berhubung isu Wahabi yang secara sepintas lalu menyebut namanya.

Antara dibangkitkan, menurut Dr Asri, berkaitan tuduhan kepada aliran Wahabi, pengiktirafan kepada keberkatan Nabi Muhammad dan tuduhan menyamakan Allah dengan makhluk, seperti kera, dalam pentakwilan ayat al-Quran.

Pulau Tergadai Kerana Rasuah dan Hasil Intipan, SPRM dan PDRM Masih Berdiam?

SAMM sejak minggu lalu telah mendesak supaya pihak polis membuka siasatan ke atas keseluruhan pejabat AG di atas dakwaan wujud dua ejen CIA. Laporan polis juga dibuat di setiap negeri di seluruh negara bagi menggambarkan betapa seriusnya dakwaan Tun Mahathir yang dimuat dalam akuan bersumpah bekas Ketua Siasatan Jenayah PDRM, Mat Zain Ibrahim.

Selesai laporan polis oleh SAMM bersama aksi desakan anak muda di hadapan IPD Dang Wangi Ahad lalu, kini satu lagi pendedahan terbongkar yang juga melibatkan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail. Mat Zain dalam akuan bersumpah yang sama mendedahkan Gani Patail telah dengan sengaja menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura ketika prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Menurut beliau lagi, berlaku transaksi pindahan wang dalam amaun yang besar ke dalam sebuah akaun di Hong Kong, di atas terlepasnya Pulau Batu Putih kepada negara Singapura. Ini menggambarkan Pulau Batu Putih sebenarnya telah dijual. SAMM juga tidak menolak kemungkinan, hasil intipan ejen CIA yang dikatakan berpengkalan di pejabat AG turut membantu lolosnya Pulau Batu Putih.

Langkah SAMM mendesak dengan laporan polis sebelum ini adalah bertepatan. Apakah pihak polis masih lagi berdiam diri kerana kes ini berprofile tinggi? Apakah SPRM hanya menunggu arahan pihak tertentu untuk bertindak? Apa lagi yang boleh diharapkan?

Perlu diingat, setelah gagal mendapatkan Pulau Batu Putih dalam pertembungan tahun 2007, Gani Patail tetap kekal sebagai AG dan tidak bertanggungjawab atas kekalahan tersebut. Malah menjadi persoalan lebih penting - Mengapa tiada rayuan dibuat kepada ICJ dalam kes Pulau Batu Putih setelah lebih enam tahun berlalu? Tiada juga sebarang perkembangan mengenainya. Ini jelas membangkit keraguan munahsabah betapa pejabat AG punyai agenda tersendiri.

Justeru itu, SAMM akan menggerakkan satu usaha penting untuk mengembalikan Pulau Batu Putih ke tanahair asalnya melalui SAMM Johor. Beberapa gerakan sedang disusun oleh SAMM Johor dan akan mula bertindak menuntut semula Pulau Batu Putih dalam masa terhampir.

SAMM sekali lagi menegaskan, Gani Patail harus disiasat dan dibicarakan segera atau dakwa Tun Mahathir atas tuduhan menipu dan mengelirukan. Inilah pengkhianat negara yang sebenar, pengkhianat negara ini tidak harus dibiarkan menduduki kerusi teratas dalam sistem perundangan negara, malah perlu dihukum mati jika bersalah.

Sekian

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...