TERKINI :

Thursday, October 3, 2013

Zulhazmi4KP : K-POP - Antara duit rakyat dan amanah rakyat kepada KBS

RM1.6 juta untuk k-pop.

Photo: RM1.6 juta untuk k-pop.

Laporan Audit Negara melaporkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan telah membayar RM1.6 juta duit pembayar cukai kepada 3 kumpulan k-pop untuk membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia 2012.

Saya ingin komen sedikit berkaitan perbelanjaan RM1.6 juta ini atas beberapa isu :-

a) Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mohid Mohamed menjelaskan bahawa pembayaran persembahan kumpulan k-pop tidak menggunakan wang kementerian tetapi ditaja oleh pihak swasta.

Apabila laporan audit mendedahkan bahawa pembiayaan RM1.6 juta untuk persembahan kumpulan k-pop telah dibuat oleh KBS sendiri, maka jelas menunjukkan bahawa Ketua Setiausaha KBS telah menipu, mengelirukan dan membuat penyelewengan fakta. Justeru tindakan yang munasabah harus diambil terhadap Ketua Setiausaha KBS ini.

b) Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin dalam kenyataan beliau pula menjelaskan bahawa sememangnya pembayaran untuk persembahan k-pop adalah drpd penajaan swasta tetapi akhirnya terpaksa ditanggung oleh KBS kerana pihak swasta menarik diri.

kenyataan Menteri ini sekali lagi dengan jelas membuktikan kpd rakyat Malaysia betapa lemahnya pentadbiran dan pengurusan Kerajaan apabila dengan mudah ditipu oleh pihak swasta. bagaimana KBS boleh menerima bulat-bulat dan dengan mudah percaya terdapat penajaan drpd swasta utk persembahan k-pop. Jika ada tawaran drpd swasta utk menaja, semestinya proses tawaran mesti hadir dalam bentuk hitam putih bukan hanya dengan lisan. Jika ada hitam putih tawaran penajaan tetapi pihak yg menawarkan penajaan tidak memenuhi tawaran, tidakkah wajar kementerian membuat tuntutan bayaran?

Jelas akhirnya yang ditipu dan dipermainkan serta dibodohkan ialah rakyat Malaysia yang membayar cukai yang memberikan duit kpd kerajaan untuk kerajaan sewenang-wenang berbelanja. Pertama ditipu bahawa persembahan k-pop ditaja & tidak menggunakan wang rakyat. Apabila terbongkar penipuan, KBS mengalih tanggungjawab utk terus menipu bahawa ada penajaan tetapi tidak diterima. Pusing kiri pusing kanan, rakyat ditipu.

Perkara berkaitan KBS ini bukan perkara baru.... ia berlaku sudah lama malah lebih teruk berlaku semasa penganjuran Sukan Komanwel 1998 yang mana sehingga hari ini kita tidak tahu apa untung rugi penganjuran SUKOM98... yang tinggal hanya perkampungan Komanwel.. Stadium Kompleks Sukan Negara yang saban tahun perlukan penyelenggaraan yang memakan duit rakyat.... Rakyat diminta berjimat.. subsidi dikurangkan tetapi kerajaan tidak langsung bertanggungjawab!!

ZULHAZMI4KP
3/10/2013Laporan Audit Negara melaporkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan telah membayar RM1.6 juta duit pembayar cukai kepada 3 kumpulan k-pop untuk membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia 2012.

3/10/2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...