TERKINI :

Saturday, October 5, 2013

Suburkah demokrasi dalam UMNO?

Mohammad Agus Yusoff

http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2013/06/rauf-suk-setiausaha-kerja-umno-ibu-pejabat-penerangan-pemilihan-perlembagaan-pindaan-terengganu.jpg
Suburkah demokrasi dalam UMNO? Soalan ini sukar dijawab, tetapi merujuk kepada kenyataan MB Negeri Sembilan DS Mohamad Hasan, UMNO masih bertatih dalam melaksanakan demokrasinya. Ini kerana peraturan dalam pemilihan UMNO ketat sekali sehingga calon tidak boleh berkempen secara bersendirian bagi bertemu dengan ahli UMNO. Beliau berkata, jawatan ketua kelas pun kena kempen inikan pula bertanding untuk merebut jawatan tertinggi parti?

Kaburnya demokrasi dalam UMNO boleh diperkukuhkan lagi dengan sekatan yang dikenakan ke atas ahlinya yang ingin bertanding. Semalam saya bercerita panjang dengan Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, seorang anak muda yang berhasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, tetapi disekat atas alasan pencalonan beliau tidak layak kerana bertentangan dengan Fasal 15.5 Perlembagaan UMNO, iaitu: “Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian hendaklah mendaftarkan dirinya dan telah menjadi ahli sekurang-kurangnyua tiga (3) tahun.”

Anehnya Dr Najmil adalah ahli UMNO semenjak tahun 2009 lagi dan adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Setia Burung Kuala Terengganu yang dipilih pada 22 Jun 2010 dan dipilih semula sebagai Ketua Pemuda Cawangan yang sama pada 23 Ogos 2013. Rekod keahliannya menunjukkan beliau telah menjadi ahli UMNO melebihi dari tiga tahun.

Tetapi kerana persaingan dalam politik Bahagian dan Negeri, pencalonannya ditolak atas alasan tidak mematuhi Fasal 15.5. Penolakan terakhir adalah surat yang diterimanya dari Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu bertarikh 1 Oktober.

Dr Najmil adalah anak muda yang luar biasa pencapaiannya. Pada tahun 2005, beliau menjadi anak Malaysia pertama diberikan penghormatan untuk membentangkan tesis PhDnya di Parlimen Britain. Pembentangan beliau mengenai teknologi nano membuatkan para tetamu terhormat dan saintis yang hadir di House of Commons terpegun. Kajian beliau kemudiannya dinobatkan sebagai Prospek Terbaik untuk industri pembuatan.

Melihat kepada kes Dr Najmil ini, saya tertanya: Jika kempen pemilihan pun calon disekat dengan pelbagai peraturan dan pantang larang, bilakah UMNO akan terbuka untuk menerima perubahan ke arah yang lebih demokratik? Jika hasrat anak muda untuk bertanding pun dikuburkan, bilakah UMNO akan dapat mencari barisan pelapis kepimpinannya yang berwibawa? Jika begitulah sikap pemimpin UMNO yang kerjanya mencantas orang baru untuk muncul dalam politik, saya tidak tahu bila UMNO akan berubah.

Merenung ke depan, saya semakin pesimis dengan perubahan dalam parti UMNO. Semoganya itu persepsi saya sahaja!

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...