TAJUK TERKINI @ KLN

D - Iklan@KLN - RM100 sebulan

http://1.bp.blogspot.com/-nBJEWnq7b0Q/U_T1wDTVboI/AAAAAAAAX_E/4bNcGYWqrWA/s1600/output_rwY6mI.gif

http://1.bp.blogspot.com/-WzeIRaLBrJw/UxbRid7hDaI/AAAAAAAAV60/TTGx1_VvVyQ/s1600/ubat+kuat.gif
07/09/2014
22/09/2014
http://3.bp.blogspot.com/-X4oGprGPQ_o/U__aUw7F5ZI/AAAAAAAAYJs/I8RfxsvTg7U/s1600/paksu%2B1.gif
30/11/2014


Wednesday, October 9, 2013

Sg Limau : Adakah ini calon yang dikatakan akan mewakili PAS..??




ALOR SETAR – Pemilihan calon yang tepat untuk mewakili Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, 4 November ini dilihat menjadi semakin rumit apabila seorang lagi calon yang merupakan pemimpin Pas Kawasan Jerai juga disebut-sebut mungkin tersenarai dalam pencalonan tersebut.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir, Azam Samad, 37, disebut-sebut antara calon yang mungkin akan mewakili Pas pada PRK Dun Sungai Limau nanti.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah adalah merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada suatu ketika dulu.
Azam mungkin menjadi calon pilihan kerana beliau cukup dikenali semasa era Allahyarham Azizan di Majlis Tindakan Dun (MTD) Sala suatu ketika dulu yang kini dikenali sebagai Dun Sungai Limau.

Menurut sumber Pas Kawasan Jerai, Azam mungkin calon yang sesuai kerana mempunyai rekod keperibadian yang baik dalam parti selain tidak mempunyai musuh dalaman serta mampu memerangkap agenda BN.

Azam yang baru dilantik memegang jawatan Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di Kampung Ulu Sedaka, Batu 18, Sungai Limau Luar, Sungai Daun Atas dan Kuala Sedaka.

“Beliau boleh mematikan hujah mereka (BN) kerana mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, berlatar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi.

“Dulu, datuknya, Hamid Ibrahim juga adalah antara pengasas Pas Kedah dan beliau dibesarkan di pondok Al-Nahdhoh. Beliau juga mampu memimpin bacaan tahlil dan berkhutbah seperti yang dikehendaki masyarakat setempat,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, ibunya yang dikenali sebagai Ustazah Maryani juga adalah merupakan Aktivis Muslimat Pas Kawasan Jerai. Sementara bapanya juga amat aktif dalam parti sebelum meninggal dunia pada tahun 2003.

No comments:






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...