TERKINI :

Thursday, October 3, 2013

[PERHTIAN] Ahli Parlimen PR kecewakan harapan rakyat sebab ponteng sidang dewan

Kehadiran Anda di Parlimen Adalah Amanah Yang Tidak Patut Diseleweng

http://2.bp.blogspot.com/-V8Q9PZLGJyA/UdLGoSq2lII/AAAAAAAAZzw/TPsxy_ohubo/s550/parlimen-malaysia+anwar-copy.jpg
HALLO..KETUA DARJAH.. TOLONG TENGOK KENAPA ANAK MURID KELAS KAU PONTENG
Akhirnya Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Peluasan) 2013 dilulus oleh Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut hanya dibantah oleh 66 ahli parlimen manakala yang menyokongnya pula seramai 115 ahli parlimen.

Solidariti Anak Muda Malaysia negeri Melaka (SAMM Melaka) tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilan bukan hanya kerana undang-undang 'drakonian' ini diwujudkan semula setelah dimansuhkan tahun lalu, tetapi juga kerana segelintir wakil rakyat dari Pakatan Rakyat didapati tidak hadir ke Parlimen.

Atas nama memperjuangkan nasib rakyat, di manakah anda ketika satu perbahasan yang penting berlangsung di Parlimen? Pengundian 'belah bahagi' khususnya yang melibatkan peruntukkan undang-undang negara wajib diambil bahagian oleh semua ahli parlimen yang diundi rakyat. Apatah lagi undang-undang tersebut boleh penjarakan rakyat tanpa perbicaraan selama 2 tahun, sepertimana ISA suatu ketika dulu.

Janganlah diberi alasan kononnya kehadiran semua MP PR tetap tidak menghalang undang-undang tersebut diluluskan. Kehadiran anda di Parlimen adalah amanah yang tidak patut diselewengkan atas kepentingan peribadi.

Masih segar dalam ingatan pada awal Jun lalu, banyak pihak yang mohon agar dilewatkan walau sehari dari mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen sebagai tanda protes penipuan PRU. Namun bingkas suara dari MP mengatakan Parlimen adalah wajib dihadiri demi rakyat, malah ada yang minta supaya jangan gopoh.

Sekarang, SAMM Melaka ingin bertanya kepada MP yang ponteng, di manakah anda semalam? Apakah alasan munahsabah ketidak-hadiran anda semalam?

Ini bukan kali pertama, apakah ini juga bukan kali terakhir? Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat harus buktikan ketegasan dan ketulusan, maka SAMM Melaka desak agar MP yang tidak hadir Parlimen tanpa alasan kukuh dihukum dan jangan lagi diberi peluang untuk mewakili rakyat.

Zuraidi Abdullah
Penyelaras SAMM Melaka

2 comments:

The Seven Thing said...

rang undang2 rampas tanah kampong baru pun MP pakatan ponteng jugak..celako betol

nonbal said...

Ketua darjah pun ada hal kat bangkok kut? tapi twitter kena update bro... nanti kantoi.... he he he!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...