TERKINI :

Saturday, October 5, 2013

NGO bantu Pas pertahan Dun Sungai Limau

SHAH ALAM - Bagi mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau sebagai kubu kuat Pas, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengumumkan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai "anak angkat".

Menurut Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, badan itu akan turun padang memberi taklimat kepada pengundi di kawasan berkenaan bagi menangkis dakyah politik Umno-BN.

Juham katanya akan diwakili oleh 50 peguam daripada kawasan utara yang akan berada di Unit Pembuangan Undi Dun Sungai Limau.

"Peguam Juham juga akan memberikan penerangan kepada pengundi-pengundi mengenai isu undang-undang seperti hak istimewa orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menangkis dakyah Umno-BN kononnya wakil DAP akan menjadi Perdana Menteri sekiranya PR memerintah Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


PRK Dun Sungai Limau akan diadakan pada 4 November depan selepas kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Menurut Ahmad Zamri, beliau percaya Umno akan bersungguh-sungguh merebut kerusi Dun Sungai Limau bagi menjaga "air muka" Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

"Justeru, Juham menyeru kepada semua petugas Pas agar lebih bersedia dalam berdepan pelbagai penipuan sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...