TERKINI :

Wednesday, October 23, 2013

Mohd Azam Abd Samat Faktor Pemersatu...

BismillahirRahmanirRahim

Biduk datang dengan ganas membelah kelembutan kiambang nan hijau dalam deburan kocakan air sungai, akibatnya kiambang berserakkan ke kiri dan ke kanan tebing ada sebahagian tebing telah runtuh akibat kocakkan kuat itu serta air tercemar dik tumpahan minyak tanpa dipedulikan dan kini biduk itu telah hilang dari pandangan...

Alhamdulillah. Muncul seorang pencinta kelestarian alam dengan penuh AZAM, membelai, menguis dan menyisir kiambang agar kembali menyatukan dan menghijau seluruh permukaan sungai, membaiki semula tebing yang runtuh dengan ditanami semula rerumputan.

Tanpa lengah ia terus mencari kembali petugas sungai yang lama tidak dipedulikan untuk kembali bertugas menghijaukan sungai dan tebingnya serta membuang sisa tumpahan minyak. InsyaAllah sungai kembali normal, ikan-ikan kecil mula berenang dengan lincah, burung berkicauan, rerumputan semakin menghijau, kiambang kembali bertaut.

Sungai menjadi harum seharum Limau Kasturi.

Itulah hikayat Sungai Limau

Dengan penuh dedikasi ku persembahkan hikayat ini kepada Cikgu Muhsin, Sdr Zulkifli Ismail (ada dalam gambar di bawah bersama Hj Mohammad Sabu, Timpres PAS) serta semua sahabat lamaku di Yan/Jerai yang telah kembali muncul dengan tampan dan gagah.

Tidak dilupa kepada Pemangku Yang Dipertua Jerai yang dikasihi Ustaz Haji Azizan Talib (Asalnya Orang Kangkung, Kuala Kedah, menjadi AJK DPPNK semasa Hj Najib Yahaya Ketua Pemuda Kedah hujung 80an bersama Ir Hj Phahrolrazi sebagai AJK ketika itu dan saya sebagai Setiausaha)

Selamat bertugas dan pastikan kita dan keluarga kita mengundi Calon PAS N.20 Sungai Limau iaitu Mohd Azam Abd Samat dengan majoriti bertambah!!!

Aris Awang
Petugas Pas Tambak Bunga

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...