TERKINI :

Wednesday, October 23, 2013

Mahkamah arah Polis & Kerajaan Malaysia membayar RM370,000 kepada ahli PAS iaitu Pengerusi ANAK

Mahkamah perintah polis, kerajaan Malaysia bayar Pengerusi Anak RM370,000

October 23, 2013
Mazlan Aliman (baju oren) bersama peguam dan penyokongnya selepas mahkamah membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan atas kes salah tangkapan. Gambar dari Facebook Mazlan Aliman.


Gambar dari Facebook Mazlan Aliman.Mazlan Aliman (baju oren) bersama peguam dan penyokongnya selepas mahkamah membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan atas kes salah tangkapan. 

Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini mengarahkan polis dan kerajaan Malaysia membayar RM370,000 kepada Pengerusi Anak Felda (Anak), Mazlan Aliman.

Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam keputusannya mendapati polis bersalah membuat tangkapan terhadap Mazlan dalam kes Felda Lembah Klau, Raub, Pahang.

Akhtar memerintahkan kerajaan Malaysia membayar Mazlan RM300,000 bagi ganti rugi am dan ganti rugi teladan (RM50,000) serta kos mahkamah (RM20,000).

Polis menangkap Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Felda Lembah Klau, Raub pada 18 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Mazlan melalui peguamnya menyaman polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan membuat tangkapan salah dan memalukannya.

Mazlan diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud. - 23 Oktober, 2013.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...