TERKINI :

Friday, October 25, 2013

Lebih banyak 'rompakan' jika laksana GST


Lebih banyak 'rompakan' jika laksana GST 
 Antara peserta himpunan Bantah GST memegang sepanduk di hadapan jalan utama menuju ke Parlimen selepas solat Jumaat tadi. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN

KUALA LUMPUR - Lebih banyak dana awam akan dirompak dan diseleweng oleh kerajaan BN jika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, pelaksanaan GST akan menyumbang kepada kenaikan pendapatan negara sekali gus akan menggalakkan berlakunya ketirisan dan pemborosan oleh kementerian dan jabatan kerajaan seperti mana didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, baru-baru ini.

"Tidak wajar kerajaan mengenakan GST dalam bajet tahun depan kerana ia bukan sahaja menaikkan pendapatan negara bahkan menggalakkan ketirisan dan pemborosan.

"... lagi besar pendapatan lagi, lebih banyak penyelewengan dan rompak dana negara akan berlaku," katanya ketika berucap dalam Himpunan Bantah GST di Jalan Parlimen, di sini, hari ini.
Sementara itu, menurut Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan, pengenalan GST dalam sistem percukaian negara akan meningkatkan jurang kemiskinan rakyat sekali gus melonjakkan kadar inflasi yang tinggi di negara ini.

"Rakyat akan menjadi mangsa pelaksanaan GST akibat inflasi yang tinggi khususnya mereka berpendapatan rendah," dakwanya.

Dalam pada itu, dakwanya GST hanyalah taktik kerajaan BN untuk menyelamatkan negara daripada bajet defisit dan bagi menghadapi masalah hutang yang kian meruncing.

Protes besar-besaran itu merupakan anjuran Pemuda Pas Malaysia dan disertai hampir 100 peserta.

Himpunan berakhir dengan aman kerana pihak penganjur mematuhi syarat dan nasihat yang diberikan pihak polis.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...