TERKINI :

Saturday, October 5, 2013

Kenapa tidak difikirkan sebab apa pengundi lari daripada PAS walaupun hakikatnya meluat pada UMNO..!!

Mat Saman Kati

Dalam PRU 13 yang lalu, penceramah-penceramah, calon-calon, pemimpin dan tukang kempen PAS menggunakan taktik memburukkan lawan. Maki hamun lawan. Tak cukup dengan tenaga yang ada, dipanggil mereka yang murtad Umno untuk berceramah menceritakan keburukan Umno.

Dalam masa yang sama, tukang-tukang kempen ini tidak menceritakan apa sistem alternatif yang hendak dibawa. Dan diakhir ceramah..masing-masing meminta pengundi mengundi depa.

Pengundi bukan bodoh. Hangpa cakap pung-pang...pengundi tahu hangpa cuma nak jadi YB. Diakhirnya...pengundi tak mau undi PAS sebab hangpa cuma tau menceritakan keburukan orang lain. Akhirnya PAS bukan saja kehilangan satu negeri..malah menjadi parti minoriti dalam PR dari jumlah kerusi.

Bukan depa suka sangat kat Umno..tapi pasai depa meluat dengan orang yang hanya tahu tentang keburukan orang lain.

Strategi yang gagal dalam PRU lalu sekarang dibawa dalam Pemilihan AJK PAS pulak.

Belum apa-apa lagi, dah keluar macam-macam cerita buruk. Mat Sabu syiah la. Khalid Samad liberal la. Dr. Zul bawa pluralisma la. Mujahid pun dah nak murtad pasai asyik masuk gereja.

Kesemua nama yang aku sebut diatas dah lama dalam PAS. Pasai apa sekarang baru keluar cerita-cerita buruk ni?

Semua pasal nak jawatan..nak kemewahan...nak kuasa.

Ulama-ulama PAS dok pung-pang sana sini tentang perjuangan islam. Dok sembang pasal akidah. Dok sembang pasal balasan di akhirat.

Tapi bila depa minta supaya semua jawatan utama dalam PAS perlu diberi kepada ulama....bila jawatan dalam kerajan negeri dan GLC pun depa mintak...orang tau yang ulama-ulama ni hanyalah gila kuasa. Dan kerana gila kuasa, depa sanggup memburuk dan memfitnah kawan-kawan depa sendiri.

Diakhir muktamar nanti..kalau ahli PAS memilih mereka yang teraniaya...jangan pula ulama PAS menuduh ahli-ahli mereka tak wala'..sesat..liberal.

Bukan depa suka sangat kat Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid atau Dr. Zul...tapi pasai depa meluat dengan sikap hipokrit ulama yang sanggup "membunuh" kawan kerana kuasa.

1 comment:

ghimau said...

Poyo Lah Mat Saman Kati ni... Jgn salahkan muallaf PR pulak dowh...

Mai aku nak habaq kat hgpa, sblm PAS menang di Kedah aku & majoriti rakyat Kedah exited bila arwah TS Azizan kata nak jdkan Kelantan sbg role model bila PAS memerintah nnt. Tp malang, bila dah menang habuk pun tarak. Pusat hiburan bagaikan cendawan tumbuh slps hujan, kedai nombot ekoq terus dibuka, arak berleluasa. Alasannya Kedah tak sama mcm Kelantan.

Bercakap bab hasil balak pom pang pom pang, walhal 1 duit pun tak dpt kat rakyat. Hat kenyang kerajaan baru pimpinan Mukhriz Che Det jugak. Apa salah ikut Selangoq bagi ayaq free, ni dak pi penaik lagi caj ayaq SADA. Macai hat bodo duk sokong caj ayaq naik, x sedaq apa implikasi masa depan.

Hat paling bodo ngan UMNO-BN buat kawan, ngan EXCO sendiri buat lawan. Tu pun jgn, Setpol punya mulut mengalahkan bangkai khinzir duk jaja seolah2nya 2 org EXCO tu dah buat dosa besaq.

Kalu PAS Kedah tak berubah, baik BN saja hat perintah. Bil ayaq, bil api kena bayaq srupa tu jugak. Nak makan nasi kena beli beras srupa tu jugak. Takdak apa2 kebajikan sgtlah hat blh majoriti rakyat rasa. Klu turun cukai pintu/tanah ada jugak pekdah, semua rakyat blh rasa. Duk bangga apa hasil balak banyak cek oi??? Bingai...

Wallahu a'lam...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...