TERKINI :

Friday, October 25, 2013

Industri komputer kena tempias GST, kata Pikom

OLEH MD IZWAN

http://earnic.com/wp-content/uploads/2011/09/gst-tax-in-malaysia-2010.jpg
Persatuan Industri Komputer Malaysia (Pikom) tidak menolak pengguna komputer di Malaysia akan menerima kesan daripada pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan dalam Bajet 2014 petang tadi.

Pikom dalam satu kenyataannya hari ini berkata, pengguna akan menerima impak kerana sebelum ini tiada sebarang cukai dikenakan ke atas industri komputer.

"GST sudah pasti akan memberi impak kerana sebelum ini tiada cukai ke atas produk dan komponen ICT.

"Pengenalan 6% itu pastinya akan memberi impak kepada pengguna kerana kos berkaitan dalam industri," kata kenyataan itu.

Pengerusi Pikom, Toon Tai Hai, bagaimanapun, berkata langkah kerajaan itu patut dipuji kerana pelaksanaan GST akan menjana pertumbuhan untuk jangka masa panjang.

"Kami puji kerajaan kerana mempunyai kesungguhan memperkenalkan GST.

"Ia bukan satu keputusan mudah dan kerajaan mengumumkan pelaksanaannya pada 1 April 2015. Langkah untuk menangani kesan pelaksanaan GST juga diperkenalkan sekaligus mengurangkan kesannya kepada perniagaan dan pengguna," katanya.

Pikom juga mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usahasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar utama.

Dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengenalan GST pada kadar 6 peratus yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2015.

Susulan pengenalan GST, dua lagi cukai iaitu Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan.

GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST. - 25 Oktober, 2013.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...