TERKINI :

Friday, October 4, 2013

"Hang jangan risau, jika aku takdak aku dah habaq dah sapa nak ganti aku jaga hangpa..!!"

oleh Pengundi DUN Sg Limau

http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2013/09/Al-Fatihah-Tan-Sri-Azizan-Abdul-Razak-Meninggal-Dunia.jpg
Al Fatihah untuk arwah mantan MB & ADUN kami Al-Fadhil Ust Azizan Razak. Kehilangan beliau meruapakan satu kehilangan tiang seri kepada rakyat Sg Limau. Sepanjang beliau berkhidmat disini kami sebagai rakyat Sg Limau amat rasa terharu dan tersentuh dengan keprihatinan beliau mengambil berat tentang kami.

http://3.bp.blogspot.com/-eQtn9Z1IapU/TtpIzcjBrII/AAAAAAAAAOk/s5WoSdqBkEc/s320/suih1.jpgSatu perkara yang amat kami ingati beliau sepanjang beliau menjadi wakil kami ialah dengan membatalkan projek ZIPY yang mana akan menyebabkan kami dapat terus berada di kampung halaman yang kami cintaidan digantikan dengan SULIHH di tengah laut sana.

Dengan menziarahi beliau 2 kali sewaktu beliau sakit, sekali di Hospital Penang dan sekali lagi di Hospital Alor Setar maka itulah yang mampu kami lakukan sebagai penghormatan kepada beliau. Seloroh terakhir untuk kami yang beliau ucapkan sewaktu menziarahi beliau ialah "Hang jangan risau, jika aku takdak aku dah habaq dah sapa nak ganti aku jaga hangpa..!!"

Tersentak dengan apa yang beliau katakan itu, mungkin berseloroh atau serius kami terpaksa menenangkan beliau supaya berehat dan jangan dok pikiaq sangat bab ganti mengganti nie...

Kini apabila beliau dah tiada dan isu nama calon di bising-bisingkan akan siapa PAS Jerai pilih untuk memegang amanah yang beliau tinggal untuk menjaga kami di Sg Limau ini.. kami rasakan nama calon yang di war-warkan untuk mengganti beliau ialah bukan bekas calon Guar Chempedak. Ini pada pandangan kami ada orang lain yang telah arwah maklumkan kepada pihak-pihak yang berdekatan dengan beliau sewaktu diakhir-akhir hayatnya di hospital itu.

Perkara ini biarlah kita serahkan kepada PAS Jerai membuat keputusan... demi menyambung legasi pemerintahan PAS di Sg Limau dan perkhidmatan arwah maka sudah pasti perkara ini juga dipikirkan sedalam-dalamnya apa dikatakan oleh arwah itu.

Tak mustahil calon yang dikatakan arwah itu merupakan sebutir bintang yang telah beliau gilap dan asuh serta didik... jika tidak buat apa arwah bersembang sebegitu...

Perkara ini dulu juga pernah berlaku sewaktu arwah Ust Fadhil Noor meninggalkan kita dimana beliau menyatakan bahawa YB Amiruddin adalah pengganti beliau... dan lihatlah dimana YB Amiruddin berada sekarang ini....

Al-fatihah untuk arwah....

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...