TERKINI :

Friday, October 25, 2013

BN Kedah nie asyik dok Kaji.. Kaji... Kaji... yang pasti Tanpa Hasil...

ASYIK KAJI, KAJI, KAJI… TANPA HASIL
oleh Zulkifli Yahaya


Sungai Limau - Kerajaan BN Kedah hanya melakukan gimik politik apabila seringkali menyebut bahawa semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji dalam Makmal Transformasi sebelum diputuskan baik untuk dilaksanakan.

“Nampaknya sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji dan mengkaji sedangkan tiada output bermanfaat yang boleh dari makmal tersebut setakat ini.

“Persoalan yang lebih asas daripada itu ialah benarkah wujud apa yang dikatakan ‘Makmal Transformasi’ ini? Siapa panel penyelidiknya?” demikian persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dalam sidang media yang diadakan sempena PRK Sungai Limau.

Rakyat, katanya, ingin tahu dalam beberapa kes kononnya kerajaan menangguhkan projek kononnya kerana mahu melakukan kajian tetapi nampaknya projek-projek tersebut seolah-olah dipetisejukkan atau mungkin dibatalkan terus. Contohnya Ladang Agroteknologi di Charok Genting Bunga, Ladang Rakyat Gunong Inas, Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) dan sebagainya.

Secara khususnya pada sidang media tersebut, Amiruddin turut memfokuskan kepada dua lagi isu yang yang merupakan sebahagian dari kegagalan kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Antaranya, gagal untuk meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba Langkawi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2013 bagi fasa pertama pembinaan.

“Kerajaan negeri juga gagal meneruskan skim bantuan untuk keluarga si mati yang miskin iaitu Skim Kafalah sebanyak RM500 untuk setiap kematian yang diperkenalkan kerajaan lalu.

“Skim kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10 ribu penerima. Kalau kerajaan terdahulu mampu, mengapa kerajaan BN tak mampu?” ujarnya.

Berhubung PRK Sungai Limau, selaku Pengarah Operasi Jentera Pilihanraya PAS/Pakatan Rakyat beliau merakamkan kesyukuran kerana gesaan kami untuk menganjurkan politik damai, harmoni dan sejahtera disambut baik oleh pihak BN.

Bagaimanapun, katanya, politik damai tidak bermaksud pertentangan dasar dan isu dengan pihak lawan diketepikan. “Memandangkan media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil maka usaha mendedahkan penyelewengan dan kelemahan pentadbiran BN, Negeri mahupun Pusat akan tetap diteruskan,” ujarnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...