TERKINI :

Saturday, October 5, 2013

Bazir... Bazirrrr....Bazirrrrrrrrr......


Satu pembaziran!'


Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: October 4, 2013

KEMARAHAN Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berhubung bayaran kemasukan artis Korea pada Perhimpunan Sejuta Belia, pada tahun lalu ternyata berasas.

Pernah mempertikaikan jumlah bayaran hampir RM2 juta hanya untuk persembahan tiga kumpulan K-Pop (U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet), Zed akhirnya terpaksa 'menutup mata' setelah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada ketika itu memaklumkan ada penaja yang menanggung perbelanjaan mereka ke sini.

Bagaimanapun, laporan Ketua Audit Negara 2012, kelmarin, yang mendedahkan perbelanjaan itu sebenarnya ditanggung kerajaan dengan kos RM1.6 juta hanya untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop itu ternyata mengejutkan industri seni.


Menurut Zed, tindakannya itu ternyata berasas apabila sudah terang lagi bersuluh ia adalah satu pembaziran dalam program berkenaan.

“Bayangkan dengan peruntukan RM1.6 juta, KBS ketika itu boleh membayar kepada kita-kira 1 juta artis Malaysia.

Malah peruntukan RM1,000 untuk penyanyi solo dan RM3,000 untuk berkumpulan untuk artis tempatan juga boleh dinaikkan jika mereka ada peruntukan sebanyak itu.

“Ketika saya mempertikaikan dahulu, wakil KBS beri alasan tindakan mereka bawa artis Korea adalah untuk menarik belia dari kaum Cina. Tapi pada saya, mereka sepatutnya mempertaruhkan artis Cina tempatan untuk persembahan, apatah lagi, artis Korea bukannya membawa budaya yang elok.

“Malah, sepatutnya kerajaan sendiri mengutamakan artis Malaysia dan saya sokong tindakan KBS yang sudah memansuhkan kemasukan artis Korea dalam program belia selepas ini,” ujarnya kepada Zass.

Zed berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sepatutnya boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang didapati membelanjakan wang lebih daripada yang sepatutnya.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan pembaziran dan bagi industri seni sendiri, ia dapat membantu lagi memperkembangkan industri dan membela nasib artis tempatan.

“Saya sokong keberanian Khairy (Khairy Jamaludin) yang berani mendedahkan masalah dalam kementeriannya sekarang dan bertanggungjawab dengan perbelanjaan sebanyak itu biarpun pada ketika itu dia belum lagi menjadi Menteri Belia dan Sukan.

“Sebagai menteri, beliau telus dalam menjalankan kerjanya dan ketua sebeginilah yang kita mahukan sekarang,” jelasnya.

1 comment:

Reezrich said...

RM1.6 juta boleh bayar 1 juta artis malaysia...makanya byrn utk sorg artis malaysia cuma RM1.60 shj utk 1 show.... awat murah sgt...pasai tu diorg xmau guna artis malaysia...bajet rendah giler, x masyukkkkk...huhuhuuuu ;)))





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...