Mukhriz Tun Dr Mahathir  
Mukhriz Tun Dr Mahathir

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pernah membayangkan ingin melantik Adun Pas ke dalam barisan exco negeri itu pada awal kemenangan BN Kedah dalam PRU13 lalu.

Katanya, beliau mempertimbangkan pelbagai cara untuk kurangkan suku politik di Kedah, yang mana salah satunya menawarkan jawatan itu kepada wakil parti pembangkang itu.

"Bagaimanapun, akhirnya saya berfikir cara lain yang boleh diterokai dan memikirkan kesan yang bakal dihadapi.

"Buat masa ini sedikit payah untuk melakukan apa yang dicadangkan," katanya, tanpa mengulas lanjut.

Dalam PRU13 lalu, BN berjaya merampas kembali Kedah dengan memenangi 21 daripada 36 kerusi Dun. Pas mendapat sembilan kerusi, PKR empat dan DAP dua.

Jelasnya, rancangannya untuk melantik wakil Pas ke dalam barisan exco negeri itu tidak pernah dibawa ke dalam mesyuarat exco.

Ditanya adakah rancangan itu ada kaitan dengan hasrat mewujudkan kerajaan perpaduan, Mukhriz menjelaskan, ia bukan begitu tetapi beliau mengharapkan mereka mempunyai persefahaman dalam isu rakyat.

"Apa yang saya agak terkejut dalam membahaskan enakmen jenayah syariah melibatkan Syiah baru-baru ini, nampaknya mereka (Pas) tidak sokong apa yang kita lakukan. [NOTE : Ini penjelasan kenapakah ADUN PR tidak menyokong.. Nak tahu kenapa sila KLIK SINI]

"Kita ambil tindakan tepat, kita buat sendiri. Kita bahaskan dan undi," katanya.