TERKINI :

Sunday, September 15, 2013

Mana lebih cerdik antara berusaha mengukuhkan persahabatan dengan memutuskan persahabatan?

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

 

SAKIT LAIN UBAT LAIN: Dewan ulama cadang tahaluf siyasi dikaji semula. Alasannya kerana kerusi PAS makin kurang dan PAS makin hilang dominasi dalam PR.

Kalau itu alasannya, mengapa tahaluf siyasi dipersalahkan? Sakit tempat lain, berubat tempat lain? Mengapa orang lain yang buat salah, orang lain yang dihukum?

Mengapa PAS tidak mengkaji kelemahan diri sendiri? Kelemahan pimpinan, strategi, perkaderan pemimpin, pendidikan politik, komunikasi politik?

Mengapa kita memangsakan rakyat yang mahu PR terus kekal? Mengapa PAS yang lemah, rakyat yang mahu dihukum?

Mengkaji tahaluf siyasi dalam situasi sekarang seolah-olah mempersia-siakan sokongan dan harapan rakyat kepada PR.

Sepatutnya, bila berkawan, dengan siapa pun kita berkawan, kita berusaha mengukuhkan ikatan persahabatan bukan memutuskannya.

Mana lebih cerdik antara berusaha mengukuhkan persahabatan dengan memutuskan persahabatan?

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...