TERKINI :

Friday, September 27, 2013

KUIN - Adakah PANGGILAN KUALA akan muncul semula...???

Keputusan membawa balik semua pelajar dari Kampus K.Ketil dibuat apabila berlaku peralihan kuasa pentadbiran negeri Kedah dari PAS kepada BN. Alasan yang diberikan oleh MB ialah kampus itu terlalu mahal. Kerajaan negeri Kedah tidak mampu menanggung hutang. 

Jika proses perpindahan masuk ke K.Ketil disusuli dengan demonstrasi, kejadian yang sama berlaku semasa pindah keluar dari K.Ketil. Cuma orang yang terlibat berbeza. Tetapi semuanya kerana kepentingan masing-masing. Biarlah ia menjadi sejarah yang tidak dicatat di mana-mana.

Namun keadaan tidak kembali kepada suasana asal. Jika dulu ada beberapa cawangan KUIN iaitu di Sungai Petani dan Star Gate, sekarang cuma tinggal kampus di Mergong sahaja. 

Sesiapa yang melawat kampus Mergong akan perasan bahawa keadaan luar biasa sesaknya. Ada pihak yang sangat gembira dengan suasana begini. Peniaga gerai makanan di sekeliling kampus tak menang tangan melayan pelanggan. Tuan punya rumah di beberapa taman perumahan berdekatan menikmati permintaan rumah sewa yang meningkat. Golongan ini mendapat faedah dari pindah balik ke Mergong.


Ada juga pihak yang mengeluh. Pelajar ada banyak sebab untuk merasa tertekan dengan suasana sekarang. Ketiadaan tempat tinggal, sewa yang tinggi dan kekurangan kemudahan sokongan lain sudah tentu menimbulkan masalah. Keadaan dewan kuliah juga tentunya mengganggu proses pembelajaran.

Suasana ini akan menjadi lebih tenat dengan kemasukan pelajar baru beberpa bulan dari sekarang. Ada ura-ura pelajar perubatan akan bertambah lebih 100% dengan kemasukan pelajar baru dari Mesir yang memilih untuk menyambung pelajaran di Malaysia. (Program perubatan ini diserang teruk oleh pentadbiran sebelum ini sehingga hampir digadai kepada MAHSA).

Pendek kata, suasana KUIN sekarang ini dipandang dari sudut mana pun, semakin teruk. Tidak perlulah menuduh semua ini hasil buah tangan siapa. lebih waras menumpukan tenaga dan usaha kepada membaiki kegawatan yang berlaku sekarang.

Jika benar kerajaan negeri Kedah hendak menjadikan KUIN sebuah institut pengajian tinggi yang gah dipersada dunia, maka keputusan meletakkan semua pelajar dalam satu kompleks bangunan ini tidak membantu ke arah itu. Barangkali tindakan ini lebih kepada membawa KUIN ke belakang. Lagipun KPT katanya telah meletakkan syarat KUIN tidak boleh menambah bilangan pelajar sessi akan datang tanpa menambah kemudahan prasarana.

Pilihan yang ada ialah mencari bangunan lain yang sesuai bagi mengatasi kesesakan yang berlaku. Mungkinkah Star Gate dan Bangunan di Sungai Petani akan disewa semula bagi menampung pelajar baru nanti?

Barangkali elok juga pihak kerajaan negeri melihat seemula kampus Kuala Ketil. Mana yang lebih mahal; menyewa, membina bangunan baru atau kembali ke Kampus di Kuala Ketil? Jika faktor kos semata-mata yang menjadi dasar pertimbangan, rasanya kampus Kuala Ketil lagi murah. Tidak tahulah pula jika kampus itu sudah dijual seperti yang diwarwarkan beberapa bulan dahulu. Jika pun ada pihak yang akan merasa maruah tercemar kerana terpaksa kembali ke K.Ketil namun harga maruah itu dapat diimbangi dengan penjimatan kembalinya KUIN ke kampus Kuala Ketil.

Kepada yang ikhlas ingin melihat kecemerlangan KUIN, ketepikan kepentingan diri, buangkan ego, politiking yang melampau-lampau. Bersihkan hati dan jelaskan niat, insya Allah akan ditunjukkan jalan yang benar.

Sebelum terbit matahari Januari 2014, makhluk halus yang menumpang percuma di kampus K.Ketil beberapa bulan ini akan diminta keluar dengan cara baik. Bangunan indah ini akan dihuni semula oleh pemuda/i Islam yang berjuang dijalan Allah. Alangkah indahnya panggilan pulau KUALA!

DOUBLE HH

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...