TERKINI :

Saturday, September 28, 2013

Dimensi fikrah Almarhum Ustaz Azizan

Detik 26 September 2013 kita kehilangan Almarhum (Tan Sri) Ustaz Azizan Abd Razak. Itulah sunnatullah yang dijanjikan oleh Allah, yang mana setiap insan pasti akan mengadap Ilahi. Kematian Almarhum sememang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira 'kiblat' politik.

Yang pasti. Almarhun adalah antara tokoh politik PAS yang telah mengabdikan diri dengan perjuangan menegakkan kebenaran. Almarhum telah menelusuri wasilah perjuangan yang didampari dengan pelbagai suka-duka, hambatan mehnah dan tribulasi sehingga akhirnya dianugerahkan penghormatan.

Sejarah Terukir

Tahun 2008 sejarah terukir bagaimana Almarhum diangkat mengetuai sebuah kerajaan yang didokongi oleh parti yang Almarhum perjuangan iaitu PAS bagi kerajaan negeri Kedah ekoran kemenangan PAS pada pilihanraya ke-12. Walaupun terukir dalam tempoh lima tahun sahaja, namun ianya memberi pemahaman yang makro terhadap pemikiran dan sumbangan yang dicetuskan dan dilaksanakan oleh Almarhum. Pilihanraya 2013, menyaksikan Kedah kembali kepada BN.
Inilah merupakan antara detik sejarah bagi perjuangan PAS, khususnya PAS Kedah yang mana telah berjaya menawan Kedah daripada kerajaan BN. Sejarah ini secara beriringan juga memahatkan insan yang bernama Ustaz Azizan Abd Razak sebagai seorang individu daripada PAS bercarta nombor 3 sebagai Menteri Besar daripada PAS setelah kejayaan PAS membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu sebelum ini. Tidak dapat tidak, Armarhum telah memaparkan sumbangan yang cukup bermakna buat parti dan juga rakyat negeri Kedah.

Amanah Terpikul

Ketika diamanahkan menjawat sebagai Menteri Besar Kedah, Almarhum secara peribadi mengakui bahawa amanah yang dipikul amat besar sekali. Pertamanya rakyat Kedah akan menilai kewibawaan dan kemapuan parti PAS sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir. Kedua,cabaran mengurus kepelbagaian fikrah dalaman disebabkan ketika ini 'aura' Pakatan Rakyat sebagai bakal kerajaaan amat tinggi dan popular.

Sehinggakan ramai yang ke depan untuk menjadi 'popular' dan 'berkarisma' untuk menjadi Yang Berhormat. Ketiganya, cabaran bagaimana mengurus untuk menserasikan kerajaan PAS Kedah dengan penjawat awam. Keempatnya, cabaran mentadbir sebuah kerajaan negeri memilki sumber kewangan yang terhad.

Walauapapun cabarannya, iltizam dan kemampuan Almarhum amat terserlah dengan menampilkan satu 'seni' dalam mengurus tadbir kerajaan negari Kedah. Maka, zahirlah dasar yang kondusif dan terkesan antaranya mempertingkatkan aspek pendidikan, kebajikan social rakyat, mengintimkan kerajaan dengan penjawat awam, mempertingkatkan kemampuan kewangan negeri dan banyak lagi dasar-dasar yang mengutamakan kebajikan rakyat.

Umumnya, dapat dikatakan bahawa Almarhum telah Berjaya mengangkat satu pencapaian terhadap kemampuan PAS sebagai sebuah kerajaan negeri, walaupun usianya setahun jagung dan tiada pengalaman mentadbir.

Tersurat "Seni Pentadbiran"

Tempoh lima tahun mengetui sebuah kerajaan negeri tidak selari dengan kerajaan pusat adalah sesuatu yang mencabar. Bukan itu sahaja, memendam 'perangai' kawan yang bersalam tetapi memaling muka juga adalah satu perkara yang perlu dihadapi. Walauapapun sikap Almarhum disulami dengan pengalaman sebagai ahli jemaah serta pengalaman sebagai ahli akademik telah member suntikan ketabahan dan meneruskan agenda perjuangan.

Justeru, antara keistimewaan Almarhum ialah menampilkan satu 'seni pentadbiran' dalam melaksanakan segala agenda dan dasar kerajaan negeri. Akhirnya tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan negeri Kedah telah melalui satu fasa yang cukup baik, kalau hendak dibandingkan dengan cabaran yang dilalui. Pasti, umum memperakui bagaimana Almarhum berjaya meletakkan satu petanda aras sebagaimana kejayaan yang di sebut di atas.

Oleh sebab itu, kekalahan PAS di Kedah pada pilihanraya ke -13 baru-baru ini telah diungkap oleh penganalisis politik sebagai kegagalan jentera mengurus dasar-dasar yang dilakukan oleh Menteri Besar (Ustaz Azizan). Ini cukup memberi erti bagaimana dari satu sudut, Almarhum telah berjaya memikul amanah sebagai seorang MenteriBesar. Namun, ianya tidak diuruskan dengan baik dan bijaksana oleh para jentera. Mungkin inilah yang dikatakan bagaimana Almarhum terpaksa menghadapi cabaran "kawan yang bersalam tetapi memaling muka."

Inilah secebis coretan buat ayahandaku yang mengabdikan diri terhadap perjuangan kebenaran. Semoga Allah memberkati perjuanganmu dan digolongkan dalam golongan orang yang beriman. Al-Fathihah

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...