TERKINI :

Wednesday, September 25, 2013

Cabaran peguam KASE untuk bayar semua saman AES tiada respon dari menteri dan peguam negara...


AES: Apa respon cabaran saya?


Zulhazmi Shariff 2:15PM Sep 25 2013

Pada 18 September 2013, saya selaku penasihat undang-undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) telah mengemukakan cabaran kepada Pemangku Menteri Pengangkutan dan Peguam Negara seperti berikut:-

Saya Zulhazmi Sharif, Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mencabar Pemangku Menteri Pengangkutan, Peguam Negara & sesiapa saja di dalam Kerajaan yang terlibat dengan AES untuk tunjukkan sepatah ayat di dalam Saman AES yang menyebut Saman hendaklah dibayar... Tunjukkan satu ayat bahawa kompaun hendaklah dibayar...

Jika ada, saya akan tunggu di kaunter JPJ utk bayar semua saman2 AES..


Jika tidak ada, saya minta Kerajaan hapuskan & lupuskan semua saman AES yang telah dikeluarkan... Dan pulangkan semua duit kompaun yang telah dikutip...

Malangnya sehingga hari ini tiada mana-mana pihak yang tampil menyahut cabaran saya tersebut. Justeru saya beranggapan bahawa sememangnya tiada sebarang ayat di dalam saman AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) yang mewajibkan penerima saman untuk membayar.

Kesimpulannya adalah jelas bahawa segala pengumuman atau tindakan kerajaan selama ini yang meminta malah mengugut penerima saman membayar saman atau membayar kompaun adalah tidak bersandarkan peruntukan undang-undang.

Oleh yang demikian, saya mendesak kerajaan membatalkan semua saman AES yang telah dikeluar, hentikan serta-merta perlaksanaan AES dan pulangkan semua kutipan kompaun yang telah dipungut selama ini.

Jika kerajaan mahu rakyat mengikut undang-undang, kerajaan mesti terlebih dahulu hormati undang-undang.

Zulhazmi Shariff adalah penasihat undang-undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...