TERKINI :

Wednesday, September 25, 2013

Banyak songeh betul KETUA PEMBANGKANG DUN P.PINANG - Orang bagi DUIT tu ambik je lah..!!

Kerajaan P.Pinang tidak ikhlas salur peruntukan

BUTTERWORTH - Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan keputusan kerajaan negeri menyalurkan peruntukan tahunan kepada semua Adun BN itu sebagai tidak ikhlas.

Beliau berkata tawaran itu juga bukan satu bentuk pendamaian tetapi untuk kepentingan politik agar rakyat memandang rendah kepada Adun BN.

"...jika betul ikhlas dan adil hendaklah diberi jumlah yang sama kepada semua. Ini sekadar melepas batuk di tepi tangga dan seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dilapor berkata kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM40,000 setahun kepada setiap Adun BN di negeri itu untuk tujuan pembangunan kecil, bermula tahun depan.

Lim juga dilapor berkata beliau mahu Adun BN menyertai mesyuarat kerajaan negeri kerana bimbang Adun pembangkang terbabit tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Mengulas lanjut, Jahara yang juga Adun Teluk Air Tawar berkata semua Adun BN mahu peruntukan itu disalur terus kepada pejabat daerah di kawasan mereka.

Ini katanya, bagi membuktikan Adun BN tidak seperti yang didakwa oleh Lim bahawa mereka mengamalkan perbelanjaan tidak bersih selain menggunakan peruntukan untuk kepentingan peribadi.

"Ini satu tuduhan tanpa bukti yang melulu dan amat serius bertujuan menimbulkan persepsi negatif rakyat di Pulau Pinang terhadap semua Adun BN.

Tuduhan ini juga berniat jahat dan mempunyai unsur menghasut serta memutar belit fakta supaya rakyat mempercayai perkara yang sama sekali tidak benar," katanya.

Beliau berkata, selama ini segala peruntukan kerajaan persekutuan yang disalurkan kepada Adun BN diberi menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan dikeluarkan mengikut SOP sedia ada yang telus.

"Tidak ada sebarang peruntukan yang disalurkan terus kepada Adun-Adun BN secara peribadi dan kerajaan negeri baru nak buat garis panduan, kenapa perlu buat SOP untuk Adun-Adun BN?" katanya. - Bernama

1 comment:

S.A.Hamid said...

ADUN BN bukan macam ADUN PAS/PR, asalkan beri sahaja sapu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...