TERKINI :

Wednesday, September 25, 2013

Akan datang..Himpunan Ulama Terbesar di Kedah 2013 akan diadakan..!!

Himpunan Ulama Terbesar di Kedah 2013

GAMBAR KENANGAN PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK PERHIMPUNAN KALI KE 2 TAHUN 2013 - INSA ALLAH akan berhimpun pada bulan Oktober 2013 ini , Para Muhibbin Nantikan dan ikuti Perkembangan 

Dari masa ke semasa kami akan diumumkan di Blog Cahaya Kehidupan Tauhid , Blog Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah , di Facebook Page Rasmi Persatuan Pondok Tauhid  , facebook ana Helmi Assyafie , Facebook Setiausaha PPPT Mazlan Jamalludin , Ahmad Rafae dan lain-lain. Insa ALLAH setiausaha PPPT akan tubuhkan Page Rasmi Program ini , nantikan!

Laporan Terkini : Hari ini 24.9.2013:

Helmi Assyafie mengadap Dato Mufti Kedah , Dato Syeikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad , memohon perkenan dan restu bagi mengadakan Himpunan Ulama Thurath 2013 peringkat negeri Kedah .
 
Himpunan Khas menghimpunkan seramai munggkin ulama muktabar bagi menyatakan pendirian dalam isu ancaman Syiah di Kedah khususnya dan Amnya di Malaysia .  Ahli Sunnah sedang diganggu gugat maka himpunan ini bagi mengambarkan kebangkitan ummah menyatak pendirian terhadap Syiah . Syiah Kedah membuat laporan Polis terhadap Dato Mufti Kedah , ummah perlu bangkit menyatakan pendirian kita , ini bukan hanya mempertahankan maruah Dato Mufti Ulama kesayangan ummah tetapi isu ini isu Maruah Ahli Sunnah Wal Jamaah, bangkitlah Ummah!!! .

Ayuh bangun saudara saudara ku !

Insa Allah majlis terdekat akan diadakan , doakan agar berjaya
Kemungkinan sejarah Kedah tahun 2013 Perhimpunan Ulama secara besaran berlaku 3 kali :

Pertama : Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand pada bulan February 2013 lalu di Pondok Pak Ya Telok Bukit Pinang
Ke 2   : INSA ALLAH bulan Oktober ini (tunggu masa iklan dikeluarkan )-bakal dilaksanakan
ke  3   : INSA ALLAH hujung tahun di Surau Perwaja Gurun -dalam perancangan


Para Muhibbin sekalian doa bersungguh -sungguh , doa lagi dan lagi agar kita sentiasa berkumpul bersama majlis ulama .

Ulama yang berusia emas makin berkurangan di Malayisa , sekarang di Kedah masih ada  lebih kurang 10 orang lebih lagi ulama usia emas , maka kita akan menafaatkan usia mereka dengan mengadakan majlis himpunan seperti ini, semoga ulama muda dan ulama tua bergabung dalam menyebarkan dakwah dan membina kesatuan Ahli Sunnah supaya kuat dan tidak diganggu gugat .

Majlis ini milik ummah bukan milik peribadi , bukan milik persatuan. Hanya Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah menguruskan sahaja . Maka doa , sokongan dan bantuan para Muhibbin dialu- alukan untuk khidmat kita pada perjuangan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah .
Doa dan terus doakan agar ia akan berjaya dan mendapat barakah dari Allah.

Ayuh anak muda ,
Gelanggang jihad telah dibuka ,mulai saad ini bersiap sedia untuk turun padang bagi sama-sama jayakan majlis ini .Setiap kali kami anjurkan majlis ulama maka ingatlah majlis ini bukan majlis peribadi bukan majlis Perstuan kami tetapi majlis ini hak ummah , maka teruskan doa kejayaan dan sama -sama beri sokongan dan khidmat mengikut kebolehan masing -masing . Akhir kalam dari al fakir , marilah kita bersatu dalam menjayakan sebarang program berkaitan ulama moga Rasulullah gembira dengan khimat kita menjayakan majlis pewaris -pewarisya - (Helmi Assyafie)

KENANGAN MAJLIS MAJLIS LALU :
 
ALLAHUAKBAR teringat kenangan ini ,
Kenangan Himpunan Ulama pada bulan February 2013 , kenangan abadi hingga Akhirat , moga diberkati ameen .....
 
http://pondoktauhid.blogspot.com/2013/09/kenangan-himpunan-ulama-terbesar-di.html

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...