TERKINI :

Thursday, September 26, 2013

1995 hanya mereka berdua dalam DUN KEDAH kini telah dua-dua meninggalkan kita... Al fatihah..!!

Dalam PRU 1995, PAS hanya menang di 2 daripada 36 kerusi DUN di Kedah. Walaupun Kedah adalah negeri Presiden PAS, tetap Kedah juga adalah negeri kelahiran bekas Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman dan Presiden UMNO pada ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua ADUN PAS yang menang itu berganding bahu menjadi suara parti Islam yang dominan dalam DUN Kedah walaupun dikelilingi oleh 34 ADUN BN yang lain. Keberkesanan peranan mereka berdua juga menjadi antara faktor kemenangan PAS di 12 daripada 24 kerusi DUN dan 8 daripada 15 kerusi parlimen dalam PRU 1999. Kedah juga kini menjadi negeri yang kuat pengaruh PAS bertapak.
ADUN PAS yang menang itu salah seorangnya adalah Ustaz Fadzil Nor iaitu di kerusi N18 Bukit Raya. Ustaz Fadzil adalah Presiden PAS sejak tahun 1989 dan kemudiannya pernah menjadi Ketua Pembangkang Dewan Rakyat pada tahun 1999. Ustaz Fadzil menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 23 Jun 2002.

Seorang lagi adalah Ustaz Azizan Abdul Razak yang menang di N20 Sala. Ustaz Azizian adalah Pesuruhjaya PAS Kedah dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada tahun 2008.

Hari ini, Ustaz Azizan pula mengikut jejak sahabatnya itu. Beliau menghembuskan nafasnya pada jam 11.10 pagi tadi.

Hari ini, kedua-duanya telah tiada. Tetapi perjuangan menegakkan Islam tetap perlu diteruskan

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mata-mata rantai perjuangan.

Al Fatihah.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...