Datuk Mukhriz Tun Mahathir  
Datuk Mukhriz Tun Mahathir

ALOR SETAR - Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 diluluskan pada sidang Dun lewat malam tadi dengan semua 21 Adun BN menyokong menerusi undian belah bahagi.

Bagaimanapun, 9 Adun PR tidak menyokong, 4 berkecuali dan 2 tidak mengundi.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, langkah yang pertama kali diadakan pada sidang Dun dibuat untuk mendapat persetujuan majoriti.

Beliau berkata, sepanjang proses perbahasan, berlaku sedikit kontroversi apabila pembangkang tidak bersetuju secara prinsipnya kerana beranggapan pelaksanaannya mesti mengambil kira soal hudud.
"Isu Syiah ini saya ingat sudah selesai peringkat Dun kerana sekarang kita mempunyai enakmen yang membenarkan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang semata-mata diwujudkan bagi membanteras hal penyebaran fahaman Syiah.

"Selain itu, kita ada beberapa lagi pindaan rang undang-undang yang semuanya dijalankan dengan sempurna dan lancar," katanya pada sidang media selepas sidang berakhir, malam tadi.

Menurutnya, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Anas Ahmad Zakie juga menjelaskan bahawa apabila satu enakmen itu hendak dipinda, kesemua enakmen yang dikuatkuasakan terdahulu perlu ditarik balik.

"Misalnya dalam enakmen yang asal dulu ada soal zina, liwat dan sebagainya ditarik balik, kemudian dimasukkan berkenaan fahaman yang bertentangan dengan ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Selepas itu, dimasukkan semula enakmen yang ditarik itu sebagai satu enakmen yang baru. Itu sebabnya ia nampak panjang, walhal fasal yang baru itu tidak banyak," katanya.

Mukhriz berkata, untuk mengelak kekeliruan, kerajaan memperjelaskan bahawa yang lain-lain tidak perlu dibahaskan kerana sudah diluluskan sebelum ini.

"Cumanya, sekarang ini kita nak masukkan fasal baru yang menyentuh soal fahaman yang bertentangan dengan ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Mengenai sidang Dun Kedah yang berakhir lewat malam, beliau berkata, buat pertama kali Kedah melakar sejarah apabila ia berakhir pada jam 10.45 malam.

"Kita mengambil masa untuk membahaskan usul titah Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah yang diluluskan dengan pelbagai perkara dibangkitkan oleh kedua-dua pihak (BN dan pembangkang).

"Kita memberi ruang yang seluas-luasnya kepada Adun untuk menyentuh pelbagai perkara yang disebut dalam titah ucapan Tunku Bendahara," katanya.

Menurutnya, perbahasan berjalan dengan lancar dan matang walaupun ada kritikan yang dilontarkan oleh pembangkang, namun ia dibuat secara berhemah serta tidak mencetuskan ketegangan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa kerajaan negeri akan menubuhkan unit perundangan, undang-undang dan pemulihan akidah untuk memulihkan akidah mereka yang terpesong akibat fahaman Syiah.

Exco Agama, Mohd Rawi Hamid dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri menolak fahaman Syiah kerana ia jelas menolak al-Quran.

Beliau berkata, sebagai contoh, golongan itu meninggalkan solat Jumaat kerana menganggapnya tidak wajib dikerjakan sehingga munculnya Imam Mahadi.

Rawi berkata, Syiah juga menyeleweng apabila memfitnah sahabat dan isteri Nabi.

NOTE : NAK MINTAK PENJELASAN DARI ADUN PR KENAPAKAH MEREKA TIDAK MENYOKONG RANG UNDANG-UNDANG INI.. MUNGKIN MEREKA ADA SEBAB MUSABABNYA.. JADI SILALAH JELASKAN SUPAYA TIDAK ADA KEKELIRUAN.....

NOTE 2 : Ini link penjelasannya kenapa mereka tidak sokong - http://www.kedahlanie.info/2013/08/penjelasan-kenapa-adun-pr-tak-sokong.html