TERKINI :

Tuesday, August 20, 2013

Pendedahan Proses Jual Negara kepada warga asing... Hidup UMNO BN..!!

Harga perlu dibayar beri kewarganegaraan untuk undi
OLEH LEE SHI-IAN
August 20, 2013

Persolan yang akan anda tanya selepas membaca beberapa perenggan daripada cerita ini adalah: Bagaimana jika keadaan ini turut berlaku di semenanjung? Kerana ia berlaku di Sabah sekarang.

Apa yang berlaku menurut salah seorang saksi penting Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram di Sabah adalah penjajahan terhadap sebahagian daripada Malaysia.

Sementara pertuduhan pendatang haram diberikan kad pengenalan (IC) Malaysia sebagai pertukaran kepada undi sudah menjadi pengetahuan umum, apa yang ramai tidak tahu adalah kesan daripada tindakan ini.

Sebagai balasan terhadap sokongan politik kepada yang berkuasa, mereka pemegang IC baru melakukan rampasan tanah secara terbuka dan menikmati keistimewaan kesihatan dan pendidikan, kata bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim.

“Lihat Universiti Malaysia Sabah: 80% daripada pelajar yang belajar di sana bukan penduduk asal Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Hassnar memberi keterangan di RCI Sabah minggu lalu dan dia menamakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perancang di belakang skim untuk menawarkan IC Malaysia kepada pendatang haram sebagai pertukaran undi kepada Barisan Nasional (BN).

“Tiada negara dalam dunia ini yang kerajaan sengaja mengurangkan kuasa undi penduduk asal seperti di Malaysia,” katanya.

“Beribu ekar tanah pribumi perlahan-lahan diambil alih oleh orang asing yang menggunakan kuasa palsu dokumen peguam dan perjanjian jual beli palsu,” dakwanya.

Katanya, masalah ini terlalu besar sehingga Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum menggesa Tribunal Tanah Pribumi ditubuhkan untuk mengguruskan penyalahgunaan dengan mengeluarkan sijil tanah pribumi.

Hassnar menceritakan pengalaman peribadinya sebagai mangsa rampasan tanah oleh bekas pendatang haram.

“Saya bertanya kepada polis bagaimana tanah pribumi boleh jatuh ke tangan orang luar apabila ia jelas bertentangan dengan undang-undang,” katanya.

Beliau mendakwa, secara peribadinya sudah kerugian berjuta ringgit melalui skim penipuan dan penyelewengan melibatkan tanah pribumi di Sabah dan polis sering kali tidak bertindak terhadap laporannya.

“Pada 1980-an, saya beli lebih daripada 10,000 ekar tanah pribumi. Pada awal 90-an, saya kehilangan 9,000 ekar tanah bernilai RM72 juta.

“Saya membuat 20 laporan polis berhubung aktiviti penipuan sekitar tanah yang dicuri daripada saya. Tetapi apa yang saya dengar daripada polis adalah mereka masih menyiasat,” katanya.

Bosan dengan tiada tindakan daripada polis, Hassnar ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan.

Beliau turut memberikan contoh spesifik bagaimana pengenalan diri palsu dibuat di Sabah untuk mendapat keistimewaan sebagai rakyat Malaysia.

Beliau menceritakan kisah seorang warga Indonesia membeli dokumen seorang kanak-kanak tempatan yang meninggal dunia pada 1975.

Katanya, warga Indonesia itu, Abdullah Abeautullah yang tiba di Sabah pada 1970-an mengahwini rakyat Malaysia dengan menggunakan dokumen identiti palsu.

“Tetapi tidak ada rekod identitinya semasa perkahwinannya.

“Jadi dokumen apa yang Abdullah guna untuk berkahwin?” soal Hassnar.

“Pada 2006, Abdullah memiliki kad pengenalan dengan nama Halim Ahmad. Semakan mendedahkan Halim Ahmad ialah seorang kanak-kanak yang mati pada tahun 1975, tetapi ibu bapanya tidak mendaftar kematiannya.”

Hassnar dan bekas senator Dr Chong Eng membuat laporan polis mengenai perkara itu, tetapi mendakwa sehingga kini, tiada tindakan diambil.

Menurutnya, ramai pendatang, sama ada mereka mempunyai kad pengenalan atau tidak, menghantar sebahagian besar daripada gaji mereka ke negara asal.

“Di sisi lain, pembayar cukai Malaysia secara taat membayar cukai setiap tahun. Ironinya, mereka menyaksikan cukai yang mereka bayar digunakan untuk membiayai pendatang ini,” katanya. – 20 Ogos, 2013.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...