TERKINI :

Wednesday, August 28, 2013

Pemimpin tidak mencipta pengikut tetapi mencipta lebih banyak pemimpin

Zul Hazmi


Pergerakan kempen mereka boleh diikuti di page facebook : Zulhazmi4KP .

"MERAKYATKAN PEMUDA, MEMUDAKAN RAKYAT"

 "PEMIMPIN TIDAK MENCIPTA PENGIKUT TETAPI PEMIMPIN MENCIPTA LEBIH BANYAK PEMIMPIN"

Aku nak petik kata-kata seorang ustaz.... aku kata itu kata-kata dia sbb sebelum ni aku tak penah jumpa kata-kata tu.... kalau ada yang tau asal usul kata-kata mutiara tu boleh betulkan.... Kata Ustaz tu...

Petikan kata-kata tu selari dengan tema tawaran aku sebagai calon Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Malaysia iaitu Merakyatkan Pemuda Memudakan Rakyat.

Sebagai seorang pemimpin yang menanggung amanah untuk memimpin, kita tidak hanya boleh selesa dengan ramainya pengikut tetapi tidak ramai pengikut kita itu boleh memimpin. Apa akan jadi jika ditakdirkan semasa kita memimpin itu, kita ditimpa musibah keuzuran atau kematian. Siapa akan menggantikan kita sebagai pemimpin jika kita tidak mencipta pengikut kita sebagai pemimpin.

Atas dasar kesedaran itu kita seharusnya membuka ruang kepada pengikut seluasnya untuk memimpin bukan sahaja mengikut. Bagaimana untuk mencipta pemimpin? Kita perlu bersama mereka bukan sebagai pemimpin sebaliknya sebagai sahabat, sebagai rakan. Kita tidak boleh merasakan diri kita hebat sebagai pemimpin kerana kita memimpin bukan kerana kita sahaja tetapi kerana sokongan mereka. Kita tidak boleh duduk selesa dalam pejabat memberi arahan sebaliknya kita juga perlu bersama mereka merasai keperitan perjuangan.

Kata-kata retorik sahaja tiada gunanya.... kepimpinan perlu dilihat bukan hanya didengar... Atas faktor itu konsep Merakyatkan Pemuda akan memberikan ruang kebersamaan Pemuda dengan rakyat tanpa mengira latarbelakang. dengan kebersamaan Merakyatkan pemuda ini InsyaAllah akan merapatkan jurang antara Kepimpinan dengan penyokong, pengikut dan pejuang yang InsyaAllah akan melahirkan Pemimpin bukan sekadar pengikut.

Contohnya Pas di bawah kepimpinan Almarhum Dato' Ustaz Fadzil Noor telah melahirkan begitu ramai pemimpin bukan sekadar pengikut. Pengikut di masa kepimpinan Almarhum meningkat begitu drastik tetapi dalam masa yang sama pemimpin juga lahir begitu ramai hasil didikan dan tarbiyyah Almarhum. Antara pemimpin yang lahir ialah seperti Dato' Mahfuz Omar, Tuan Haji Salahuddin Ayub, Tuan Haji Mohamad Sabu, Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Dr siti Mariah, Allahyarhamuha Dr Lo'lo' dan lain-lain yang begitu panjang senarainya jika hendak ditulis. Begitulah kehebatan seorang pemimpin mencipta pemimpin. Kehebatan kepimpinan ini harus dicontohi dan diteruskan bukan sekadar mengenang sahaja.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...