TERKINI :

Friday, August 23, 2013

Menipu kutib derma dengan nama PUSAT TAFIZ AMAL

UNTUK PERHATIAN ORG KEDAH>>>>BIASA LIHAT RESIT INI DI MANA2? BIASA TERJUMPA DENGAN ORANG YANG MINTA DERMA DAN PAKAI RESIT INI? BACA...


Beberapa minggu yang lalu, aku baru sahaja keluar dari balai ketibaan selepas kembali dari Singapura. Dalam perjalanan pulang, aku be...rhenti di sebuah restoran di Seremban. Sudah lama aku tak makan di situ. Sedang aku menjamu selera, aku di datangi seorang budak lelaki yang aku rasakan usianya sekitar 10 atau 12 tahun.

Budak : Assalamu alaikum Pakcik. Harap dapat beramal dan beri sumbangan untuk Pusat Tahfiz.

Aku melihat budak itu. Sambil tersenyum dia menunjukkan buku resit bagi setiap sumbangan yang diberi oleh orang ramai. Aku tenung wajah budak tersebut.

Aku : Datang dari mana ?

Budak : Dari Kedah. Saya datang buat jualan amal, kutip derma.

Aku : Jauuuuhhhnyaaaaa. Ni Seremban taw dik. Kedah ke Seremban ni, dekat 600km. Apasal sampai jauh sangat adik kutip derma. Orang Kedah sana takkan bakhil bakhil tak mahu beri sedekah ?

Budak : Kami kutip derma banyak tempat pakcik. Kedah ada juga.

Aku : OooooOoooo. Adik kutip derma apa ?

Budak : Kami kutip derma untuk sekolah tahfiz kami di Kedah.

Aku : OooOoooo ... ishhhh ..... sekarangkan musim budak-budak sedang bersekolah, bukan musim cuti. Apasal adik tak masuk kelas belajar ?

Budak : Kami sekolah swasta pakcik. Kami tak ikut sistem sekolah kerajaan.

Aku : Isshhhh adik ni. Nak buat lawak lak. Sekolah swasta pun, kena apply permit dengan Kementerian Pelajaran dan kena ada sistem belajar dan ko-kurikulum. Ni sekolah Tahfiz ke atau sekolah Tipu ?

Budak : Kami sekolah tahfiz pakcik. Kami belajar Al Quran saja.

Aku : Oh ye ke ? ermmmm ... OK laaa ... memandangkan awak ni belajar sekolah tahfiz ... Pakcik nak baca ayat Al Quran, lepas tu nak suruh awak sambung ayat tu OK ....

Aku pun membaca 3 ayat dari surah Al Baqarah dari ayat 20 hingga 23.

Aku : OK adik , sila sambung ayat yang pakcik baca tu. Kalau belajar tahfiz, tentu boleh sambungkan ?

Budak tu dah cuak. Wajahnya dah pucat. .... Ermmm ... ermmm ... Saya belum hafal surah tu lagi pakcik.

Aku : Isshhh ... itu surah Al Baqarah, ayat 20 hingga 23. Takkan awak tak hafal ? sekali lagi saya nak tanya, sekolah awak ni sekolah Tahfiz ke atau sekolah Tipu ?

Budak : Sekolah tahfiz pakcik. Kami mula baca dan hafal muqaddam saja.

Aku : OK, kalau macam itu, cuba baca surah As Syams. pakcik nak dengar.

Budak tu semakin pucat ...... Saya belum hafal lagi pakcik.

Aku tak puas hati. Aku pegang tangan budak tu agar dia tak lari ..... OK kalau macam tu, tolong baca surah Al Fatihah ...

Budak tu terkedu. Perlahan dia baca Surah Al Fatiha sampai habis.

Aku : Astaghfirullahalazim. .... Awak baca Al Fatihah pun tak betul. Makhraj Siin dengan Shad tak betul, tajwid lintang pukang. Sekali pakcik nak tanya, sekolah adik ni sekolah Tahfiz atau sekolah Tipu ? Sebelum adik jawab pakcik nak ingatkan. Orang yang menipu, ALLAH akan humban dalam api neraka. Kalau adik nak menipu, siapkan diri adik untuk masuk neraka.

Budak tu dah menangis ... tak terjawab.

Aku : Adik nak masuk neraka ?

Budak tu geleng kepala.

Aku : Sekolah ni sekolah tipukan ?

Budak tu angguk kepala.

Aku : OK nanti adik bagitahu Ustaz, cakap Pakcik TAIKO pesan, takutlah dengan neraka ALLAH. Orang yang berdusta atas nama agama,mereka adalah orang munafik dan tempatnya lebih hina dari orang kafir di neraka.

Berikut adalah maklumat berkenaan Pusat Tahfiz Amal yang aku perolehi dari resit budak tu :

Pusat Tahfiz Amal
Km. 17. Jalan Yan Kuala Kedah
Mkm. Kangkong
06600 Alor Setar,
Kedah.
No. Telefon : 04-7647640 / 019 3893544

Bila aku google berkenaan Pusat Tahfiz Amal ni, rupa-rupanya sudah banyak kes. Tapi aku hairan mengapa pihak berkuasa KHUSUSNYA DI KEDAH tidak mengambil tindakan.

Antara aduan dan rungutan yang aku temui ialah :








Seandainya operator Pusat Tahfiz Amal ini ada membaca posting aku ni, aku menyeru kepadanya agar bertaubatlah. Mempergunakan agama serta memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan wang ringgit adalah satu perbuatan yang BUKAN dari ajaran Islam. Malah perbuatan Pusat tahfiz Amal ini menjadi fitnah kepada Pusat Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang sebenar kerana masyarakat akan meragui aktiviti pusat tahfiz/anak yatim yang sebenar.

Tulisan ini tiada Copyright. Sila sebarkan jika ada manfaat demi menyedarkan masyarakat agar tidak timbul fitnah ke atas Ma'had Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang benar-benar menjalankan operasi berlandaskan syariat. -HAMBA ALLAH-
Share

2 comments:

mohd fauzi said...

Isu kutip derma utk Tahfiz, Rumah Anak Yatim, Rumah Kebajikan, peribadi dll ni dah lama dlm masyarakat kita. Buatlah aduan kat mana2 pihak berkuasa, depa akan kata ini bidang kuasa jabatan/agensi lain. Majlis Agama ka, Pej. Daerah ka, Polis ka, Imigresen ka (yg libatkan pendatang asing), semuanya sama saja. Kalau buat operasi pun, macam acah2 saja. Esok lusa timbul lagi geng2 kutip derma ni. Kesucian agama Islam makin tercemar tapi ada juga yang kata "NIAT DERMA KITA MESTI IKHLAS & PASTI DAPAT PAHALA. DEPA YG MENIPU TU DAPAT DOSA". Bukan itu isu sebenarnya. Depa tu dah mempermainkan & mempersendakan Islam. Orang bukan Islam nampak kita ni macam tak bermaruah. Sampai ada yg jadikan kutip derma ni sbg profesion tetap depa. Makan komisyen sampai 50%. Duit yg dikutip tu entah sampai kat pihak2 berkenaan kita pun tak pasti. Ada kes yg Tok Guru makan besaq, pasang bini 2,3, anak2 murid kena kerah pi kutip derma merata-rata. Pakat2 la bukak mata dan buat kerja semua oi.

Ibu Zharif said...

Salam tuan.
Blog Mazidul dah lama post pasal hal ni. cuba baca blog dia http://www.mazidulakmal.com/. sampai sekarang, dari bawah hingga ke pihak atasan mmg langsung xde tindakan. aduan dah dibuat sampai ke pejabat menteri baru & lama. tiada tindakan & masih berjalan seperti biasa. sedih anak2 kita di perjudikan nasib mereka.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...