TERKINI :

Tuesday, August 20, 2013

Mampukah BN Kedah mendepani kepimpinan dan pengurusan sebuah Universiti?

Muhammad Sanusi Md Nor

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ YANG JELAS


Lupakah rakyat Kedah tentang ketidakmampuan UUM menjelaskan cukai tanah RM1.74 juta sehingga terpaksa diberi rebat selama 2006-2009, dan mengamok kpd kerajaan negeri dgn mcm2 tuduhan bila tempoh rebat tamat?

UUM diberi bajet 300 juta setahun, dan mengumumkan keuntungan anak2 syarikatnya RM80 juta, tapi tak mampu menjelaskan cukai tanah yg hanya RM0.20 semeter persegi, berbanding USM RM2.58 semeter persegi.

Lupakah kpd isu infrastrutur bekalan air dlm kawasan UUM yang dibina bagi menampung 10,000 penghuni, tetapi tidak mengalami penambahbaikan walaupun penghuninya mencecah 30,000 pada 2011. Lalu kerajaan negeri dipersalahkan. Padahal infra utk bekalan air dalam kawasan mereka adalah tanggungjawab mereka dan kementerian?

Dalam Akujanji PRU13, BN kedah berjanji membina tangki air, padahal yang uzur dan tak mampu menampung keperluan ialah saluran paip! Ia pernah meletup gara-gara SADA melepaskan jumlah air yang diperlukan oleh UUM melalui saluran paip tua itu.

Ini semua terjadi diwaktu Kementerian Pengajian Tinggi dengan segala dana dan kepakaran yang ada di sana, untuk mengendalikan IPTA di bawah pemerintahan BN di peringkat Pusat.

Apa diharap kpd Kepimpinan BN Kedah yang sebahagiannya tidak melepasi pagar universiti pun, untuk mengendalikan kemajuan dan pembangunan KUIN?

Bolehkan Akujanji PRU13 BN Kedah dilaksanakan? Kata Pengerusi BN DS Najib dlm akujanji itu... di depan semua pemimpin BN Kedah...Sesungguhnya, apa yang dijanjikan akan ditunaikan!

Mampukah?

dari : FB

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...