TERKINI :

Friday, August 23, 2013

KUIN gagal ambil kesempatan dari Student Medic yang pulang dari Mesir disebabkan kebodohan UMNO BN memerintah..!!

Muhammad Sanusi Md Nor


Ramai pelajar Medic kena balik di zaman krisis di Mesir. Kjaan kata nak beralih ke Rusia dan negara lain yg kosnya tentu jauh lebih tinggi. Apa akan jadi kpd pelajar tanggungan sendiri?

Fakulti Perubatan KUIN di mulakan dgn 23 pelajar dan fasaliti pengajian difakulti ini memang mahal, tapi tak semahal di Rusia dan negara lain, kena mula lagi dgn belajar bahasa.

Pada saat spt ini, sayangnya, KUIN swastakan pulak fakulti perubatannya kpd Mahsa College yg juga IPT swasta yg berbeza dr byk sudut, termasuk menanggalkan falsafah Islam dlm melahirkan doktor yg dirancang di KUIN.

Saya berpendapat KUIN akan jadi opsyen terbaik pelajar medic yg terpaksa balik... Falsafah pendidikan utk melahirkan doktor2 di KUiN hampir sama dgn di Mesir - Doktor yang lahir dari acuan Islam- Dari 23 org pelajar mungkin boleh jadi 100 orang. Ada fakulti perubatan IPTA negara ini bermula dgn 17 org sahaja di awalnya, kini menjadi 'kilang doktor'

Demikian juga kursus2 baru yang lain, mula dengan 5-6 orang bukan satu masalah besar bagi sebuah IPT yg sedang berkembang. Kata bekas timb rektor UIAM, ada kursus yang kami mulakan di UIAM hanya dengan 5 pelajar, sekarang sudah sesak dan terpaksa dihadkan. Demikian KUIN, bertatih dahulu barulah berlari. Lama kelamaan dgn promosi dan kualiti yg baik, ia boleh berkembang.

Kalau dah dpt pemimpin dan pentadbir yang 'bukan ahli' dalam bab univerisiti, jadilah spt apa yg terjadi kpd KUIN di Era Mukhriz. Mau segera untung! Kesian!

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...