TERKINI :

Friday, August 23, 2013

Dua jaringan untuk Presiden KFA serta peminat setia Pasukan Hijau Kunung

Oleh: Bashah Zainol Abidin
Foto: Tajul Arifin Kamal Baharin

PENJARING dua gol Kedah, Alen Guc ketika Pasukan Hijau kuning berjaya mengikat pasukan Lions XII, 2-2 pada Piala Malaysia Selasa lalu di Stadium Jalan besar, menghadiahkan jaringan itu kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Paduka Mukhriz Mahathir serta kesemua peminat setia Pasukan Hijau Kuning.

Menurutnya, perjumpaan buat pertama kali dengan Mukhriz, Presiden KFA serta kata-kata semangat daripada beliau berjaya menaikkan semangat kesemua pemain untuk berkerja keras bagi memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong dari Singapura Selasa lalu.

“Saya teruja dapat bertemu Presiden KFA buat pertama kali kerana ketika saya bersama pasukan Kedah bulan April lalu saya tak berpeluang bertemu tetapi presiden KFA yang baru di lantik begitu perihatin terhadap pemain dan juga beliau begitu mesra dengan kami.

“Pertemuan dengan Mukhriz berjaya menaikkan semangat kami untuk bangkit memberi prestasi terbaik untuk mencuri satu mata dari pasukan Lions XII dan kejayaan ini sudah pasti dapat meningkatkan keyakinan kami sebelum bertemu Perak di Stadium Darulaman Sabtu ini.

“Saya mahu menghadiahkan dua gol ini kepada Mukhriz dan kesemua peminat setia Pasukan Hijau kuning yang tidak pernah penat ataupun jemu menyokong kami setiap kali kami beraksi, penyokong setia adalah pemain yang kedua belas beraksi bersama kami walaupun mereka hanya berada di di luar padang permainan,” kata Alen.

Musim lalu ketika beraksi pada perlawanan Liga Super Kedah juga berjaya mengikat Lions XII dengan keputusan 3-3 dan salah satu gol di jaringkan Vedran Gerc yang berasal dari Croatia tetapi Selasa lalu seorang lagi penyerang dari Croatia, Alen berjaya menjaringkan dua gol untuk pasukan Kedah mengikat lawan dengan keputusan 2-2.

Katanya, kejayaan dia menjaringkan gol adalah kerja keras daripada kesemua pemain yang beraksi kerana mereka terpaksa melupakan khidmat tonggak pertahanan Khairul Helmi Johari yang terpaksa di tinggalkan setelah anaknya yang baru lahir kurang sihat pada hari yang sama mereka bertolak ke Singapura.

“Walaupun beraksi tanpa Khairul Helmi, pertahanan Kedah berjaya memaksa barisan serangan Lions XII berkerja keras untuk menjaringkan gol-gol mereka, itupun dihasilkan dari kesilapan kita sendiri, tetapi kecekalan barisan pemain Kedah untuk memastikan tidak mahu pulang dengan tangan kosong berjaya memastikan kami menyamakan kedudukan walaupun dua kali ketinggalan dengan jaringan lawan.

“Kini kami mahu memastikan tiga mata penuh tetapi kami mengetahui hasrat ini bukanlah mudah untuk di capai setelah Perak berjaya mengaibkan Sarawak di Ipoh Selasa lalu dan kekalahan Sarawak adalah buat kali ke-2 musim ini dan ini pasti berjaya meningkatkan semangat seta keyakinan barisan pemain Seladang,” kata Alan.


#iamhijaukuning
E-BERITA RASMI KEDAH FA: HIJAUKUNING 3SIXTY (138) 
Khamis, 22.8.2013

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...